Adakah Mempelajari Jawi Itu Mengkhianati Kaum Bahasa Dan Budaya Cina


Keputusan tegas Perdana Menteri, Tun Mahathir Mohamad meneruskan cadangan memperkenalkan tulisan khat atau seni kaligrafi dalam buku teks sekolah untuk kurikulum Tahun Empat Bahasa Melayu bagi sekolah vernakular melegakan banyak pihak.


Tun Mahathir berkata, dia percaya kepada dasar kemakmuran bersama kerana kerajaan turut tidak pernah membantah penggunaan penulisan dalam bahasa Cina di negara ini.

Langkah tersebut juga ialah suatu yang istimewa di Malaysia berbanding di negara serantau yang lain, kerana tulisan dalam bahasa Cina tidak dibenarkan di negara lain seperti di Indonesia, Filipina dan Thailand yang menggunakan bahasa ibunda mereka dalam proses pendidikan.

Isu itu menjadi bualan hangat apabila seramai 138 pemimpin akar umbi termasuk 13 anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) DAP menggesa Kabinet daripada parti itu membantah rancangan memperkenalkan tulisan khat atau seni kaligrafi dalam kurikulum Tahun Empat.

Memetik laporan akhbar Sin Chew Daily, subjek jawi akan diperkenalkan dalam kurikulum bahasa Melayu Darjah Empat di sekolah jenis kebangsaan Cina dan Tamil.

Tambahan pula, cadangan tersebut dibantah dua pertubuhan pendidikan Cina, Gabungan Jawatankuasa Sekolah Cina (Dong Zong) dan Gabungan Persatuan Guru-guru Sekolah Cina Malaysia (Jiao Zong).

Merujuk kepada kandungan dalam Dokumen Standart Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP) Tahun Empat untuk kegunaan 2020 seperti dalam Standard Kandungan 4.4 yang menyebut 'mengaplikasikan, menghayati dan menghasilkan unsur keindahan dalam seni khat,' maka cadangan kerajaan itu bukanlah langkah yang dianggap mendatangkan implikasi negatif kepada sesetengah pihak.

Perkara itu jelas selari dengan kenyataan Timbalan Menteri Pelajaran, Teo Nie Ching ketika merasmikan Penulisan Kreatif Bahasa Cina antara Sekolah Peringkat Kebangsaan 2019 memberitahu tulisan jawi atau seni khat dalam buku teks sudah digunakan sejak 2016 dan jika diikutkan keputusan pada tahun itu, seni khat akan dimasukkan ke dalam buku teks pelajar Tahun Empat menjelang 2020.

Kementerian Pendidikan dalam satu kenyataan berkata, tulisan itu akan diperkenalkan tahun depan memandangkan perancangan untuk memperkenalkan tulisan jawi dalam kurikulum sekolah sudah pun dimulakan sejak 2014 lagi.

Pencerahan

Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik dalam satu wawancara bersama sebuah portal menegaskan langkah kementerian memperkenal tulisan khat dalam sukatan mata pelajaran Bahasa Melayu Darjah Empat bukannya bertujuan mewujudkan proses Islamisasi di sekolah vernakular.

Ujarnya, masyarakat sewajarnya melihat pengenalan jawi sebagai suatu usaha mengenali warisan dan identiti negara.

Kerajaan juga tidak mengarahkan pembelajaran tulisan jawi secara menyeluruh malah ia tidak dimasukkan dalam peperiksaan.

Seperti yang dinyatakan oleh Perdana Menteri, “Bukan semua (yang membantah) itu adalah ahli DAP tapi ada satu bahagian daripada DAP yang menentang jadi saya ingat kita boleh teruskanlah."

Perkara itu terbukti apabila Penolong Setiausaha Wanita DAP Kebangsaan, Young Syefura Othman dilaporkan bersetuju dengan keputusan Kementerian Pendidikan menyifatkan pelaksanaan modul itu hanya bertujuan mengekalkan warisan seni khat di negara ini.

Selaras dengan usaha bagi memupuk warisan sejarah itu, beliau menyarankan agar semua pihak perlu bertenang dan mengelakkan daripada menjadikan isu itu satu sentimen yang boleh menakutkan mana-mana pihak.

Pemimpin veteran DAP, Lim Kit Siang mendedahkan beliau pernah mempelajari sendiri tulisan jawi semasa ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) pada 1969.

Ujarnya, usaha mempelajari tulisan tersebut tidak menjadikan beliau 'kurang Cina' sebaliknya mengukuhkan jati dirinya sebagai seorang rakyat Malaysia.

Lim Kit Siang sendiri pernah berkata, “Adakah seseorang yang mempelajari jawi itu mengkhianati kaum, bahasa dan budaya Cina? Bagi saya, jawapannya tidak."

Langkah itu juga disokong tokoh bahasa di Malaysia antaranya Profesor Madya Dr Lim Swee Tin dan Profesor Datuk Dr Nik Safiah Karim yang menyatakan pengenalan tulis khat dalam buku teks sekolah tidak akan menggugat kestabilan kaum dan agama.

Malah, ia adalah dasar budaya dan bahasa yang mempunyai nilai mendalam dalam tinggalan khazanah Malaysia.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:
11 Tanggapan Salah Tentang Orang Cina Yang Kita Selalu Percaya!Sulaiman Awang, Penulis Khat Wang Kertas Malaysia
sumber: sinarharian



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.sentiasapanas.com/2019/08/pelajari-khat-dan-jawi-khianati-cina.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Jawi Cina Dan Dap

Jawi Cina Dan Dap

papar berkaitan - pada 14/8/2019 - jumlah : 542 hits
Sekali lagi perbahasan dasar menjadi kalut apabila dicampur baur dengan sentimen Banyak aspek yang perlu diperincikan khususnya dari perspektif profesional namun ia berakhir dengan kesimpulan mudah ya atau tidak Lebih parah masyarakat yang ...
Anak Uec Bahasa Melayu Dan Khat Jawi

Anak Uec Bahasa Melayu Dan Khat Jawi

papar berkaitan - pada 16/8/2019 - jumlah : 476 hits
ULASAN Dua minggu sebelum isu khat Jawi meletup dalam kalangan masyarakat Cina saya bersembang dengan seorang sahabat dari Umno Pemuda yang membesar di kampung itu bercerita bagaimana dia terpaksa bergelut untuk menguasai bahasa Inggeris de...
Sabri Azit Khat Jawi Dap Cuba Resahkan Kaum Dan Agama

Sabri Azit Khat Jawi Dap Cuba Resahkan Kaum Dan Agama

papar berkaitan - pada 5/8/2019 - jumlah : 486 hits
KUALA LUMPUR Bantahan dan desakan berkaitan isu khat Jawi yang sedang dijuarai DAP dilihat satu lagi cubaan untuk menimbulkan keresahan perkauman demikian menurut Ahli Parlimen Jerai Ustaz Sabri Azit Menurutnya DAP sedang mengalami satu fob...
Kit Siang Belajar Jawi Tak Jadikan Orang Cina Pengkhianat Bangsa

Kit Siang Belajar Jawi Tak Jadikan Orang Cina Pengkhianat Bangsa

papar berkaitan - pada 5/8/2019 - jumlah : 353 hits
ULASAN Kita semua haruslah membina suatu keyakinan diri yang baharu satu semangat Malaysia Boleh untuk kita melawan segala momokan dan ancaman yang dibuat buat bagi mencapai era kegemilangan untuk MalaysiaSaya telah mengadakan perjumpaan de...
Laksana Tulisan Khat Jawi Walau Dibantah 2 Pertubuhan Cina

Laksana Tulisan Khat Jawi Walau Dibantah 2 Pertubuhan Cina

papar berkaitan - pada 3/8/2019 - jumlah : 364 hits
DONG Zhong dan Jiao Zong sebelum ini membantah keputusan untuk melaksanakan penggunaan tulisan Jawi dan seni khat ke dalam buku teks di semua sekolah UTUSAN ONLINE Gambar hiasan Kerajaan bertegas laksana tulisan khat JawiKUALA LUMPUR 2 Ogos...
Mastering Bahasa Malaysia A Bigger Priority Than Jawi Khat Anwar

Mastering Bahasa Malaysia A Bigger Priority Than Jawi Khat Anwar

papar berkaitan - pada 19/8/2019 - jumlah : 317 hits
Ensuring that all Malaysians can master Bahasa Malaysia should be made a priority rather than debating trivial issues such as the teaching of Jawi or khat according to PKR president Anwar Ibrahim We can t question the status of the Malay la...
Keutamaan Kepada Penguasaan Bahasa Malaysia Bukan Jawi

Keutamaan Kepada Penguasaan Bahasa Malaysia Bukan Jawi

papar berkaitan - pada 19/8/2019 - jumlah : 289 hits
Keutamaan kepada penguasaan Bahasa Malaysia bukan JawiOleh August 19 2019Sewaktu Pakatan Harapan berkempen untuk menumbangkan BN pemimpin gabungan itu berjanji untuk memberi tumpuan kepada isu isu utama Kepada penyokong yang Islamis istilah...
Tular Dakwaan Kononnya Memo Cuti Raya Haji Diganti Dengan Tahun Baru Cina Ini Respon Dipercayai Pekerja Syarikat Itu

Tular Dakwaan Kononnya Memo Cuti Raya Haji Diganti Dengan Tahun Baru Cina Ini Respon Dipercayai Pekerja Syarikat Itu

papar berkaitan - pada 2/8/2019 - jumlah : 1026 hits
Belum reda mengenai isu dakwaan sebuah syarikat tidak membenarkan pekerjanya solat kecuali pada waktu rehat sahaja muncul pula isu baru malam tadi apabila sebuah memo mula tular di laman media sosial malam tadi Memo yang dipercayai dimuatna...
Sah Kes Najib Razak Cacat

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu

Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Ioi City Mall Gears Up For A Meletop 2025 With A Star Studded New Year S Eve Celebration

Farhan Mustapha Mutiara Hati Chord

The West Isn T Dying But It S Working On It

Malaysian Muslims Baffled How Having A Pic With Christmas Tree Santa Claus Can Shake Their Faith

Have A Relaxing Day With Friends Over Lunch Or Dinner

Icqs Bukit Kayu Hitam Sesak Luar Biasa Rakyat Malaysia Melancong Ke Thailand Diminta Jaga Adab