Adakah Memasukan Supositori Ke Dalam Dubur Membatalkan Wudhu



SOALAN:
Sekiranya dimasukkan supositori ke dalam dubur seseorang yang dalam keadaan berwudhu’, apakah batal wudhu’nya?

JAWAPAN:
Supositori merupakan pepejal ubat yang dimasukkan ke dalam dubur, uretra atau kemaluan wanita, kemudian ia dibiarkan lalu menjadi cair. Manakala menurut Kamus Dewan, supositori adalah (Ubat) ubat pejal berbentuk silinder atau kon yg dimasukkan ke dalam dubur atau faraj supaya larut dan melepaskan bahan aktifnya. (Kamus Dewan Edisi Keempat).

Dalam mazhab Imam Al-Syafi’e, berikut merupakan beberapa perkara yang membatalkan wudhu’:

Keluarnya sesuatu dari dua saluran (qubul dan dubur).Tidur dalam keadaan yang tidak tetap.Hilangnya akal sama ada disebabkan mabuk atau sakit.Bersentuhan kulit di antara seorang lelaki dengan perempuan ajnabi tanpa sebarang lapik.Menyentuh kemaluan anak Adam dengan bahagian dalam (باطن).Menyentuh halaqah (lubang) dubur dengan bahagian dalam tangan.
Dalam menjelaskan berkenaan maksud ‘sesuatu yang keluar dari dua saluran qubul dan dubur’, Imam Al-Mawardi membahagikannya kepada tiga bahagian yang berikut:

1. Satu kategori mewajibkan istinja’ iaitu najis (tahi), air kencing, dan semua yang keluar dalam keadaan basah.

2. Ada juga kategori yang tidak mewajibkan istinja’ seperti bunyi dan angin (dari kentut).

3. Bahagian yang berlaku perbezaan pendapat padanya iaitu sesuatu yang keluar dari dua saluran tersebut dalam bentuk ‘ain yang tidak ada kebasahan padanya seperti ulat atau batu yang keluar dalam keadaan kering. Maka berlaku perbezaan pendapat akan kewajipan beristinja’ darinya kepada dua pendapat. Pertama, tidak wajib beristinja’ kerana tidak basah sama seperti kentut. Kedua, wajib beristinja’ kerana terdapatnya ‘ain (benda) iaitu ulat atau batu. [Rujuk Al-Hawi Al-Kabir, Al-Mawardi (1/60)]

Dalam menjawab persoalan yang dikemukakan di atas, secara asasnya kaedah umum yang diletakkan oleh para ulama’ berkenaan perkara-perkara yang mewajibkan wudhu’ ini adalah ia disebabkan oleh keluarnya sesuatu dari badan dan bukan kerana masuknya sesuatu. Hal ini berdasarkan kata-kata daripada Ibn Abbas R.Anhuma:

الْوُضُوءُ مِمَّا خَرَجَ وَلَيْسَ مِمَّا دَخَلَ
“Wudhu’ itu disebabkan sesuatu yang keluar dan bukannya disebabkan sesuatu yang masuk.” [Riwayat Ibn Abi Syaibah (535)]

Penutup

Sebagai kesimpulan, kami menyatakan bahawa masuknya supositori ke dalam dubur seseorang yang dalam keadaan berwudhu’ tidaklah membatalkan wudhu’. Meskipun begitu, terdapat dua keadaan yang boleh membatalkan wudhu’ individu tersebut iaitu:

Sekiranya dia memasukkan sendiri supositori tersebut ke dalam duburnya lalu bahagian dalam tangannya menyentuh lubang duburnya. Maka keadaan ini membatalkan wudhu’. Sekiranya dengan sarung tangan, maka ia tidak membatalkan wudhu’.Jika supositori yang telah dimasukkan itu keluar semula dari saluran dubur, maka hal tersebut membatalkan wudhu’. Maka dalam keadaan ini, wajib untuk beristinja sekiranya ia keluar dalam keadaan basah dan ia mewajibkan wudhu’.
Akhir kalam, semoga pencerahan ini sedikit sebanyak memberikan kefahaman yang tepat kepada kita semua dalam beragama. Ameen.

Oleh: Ustaz Dr. Zulkifli Mohamad Al Bakri | Mufti Wilayah Persekutuan
+ Baca Respon Pembaca di Facebook Oh! Media

Oh! Youtube
Sumber: Oh! Media

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.terengganu11.com/2019/11/adakah-memasukan-supositori-ke-dalam.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Terlupa Basuh Tangan Ketika Wudhu Adakah Perlu Ulang Semula

Terlupa Basuh Tangan Ketika Wudhu Adakah Perlu Ulang Semula

papar berkaitan - pada 20/11/2019 - jumlah : 313 hits
SOALAN Ketika ambil wudhu tengah sapu telinga teringat sama ada sudah sapu lengan atau belum Adakah perlu ulang dari awal atau boleh terus sapu lengan JAWAPAN Soalan di atas sebenarnya berkaitan dengan rukun tertib dalam tatacara wudhu Seca...
Adakah Anda Tetap Salah Jika Terlanggar Belakang Kereta Depan Yang Cuai

Adakah Anda Tetap Salah Jika Terlanggar Belakang Kereta Depan Yang Cuai

papar berkaitan - pada 3/11/2019 - jumlah : 444 hits
Pasti ramai pernah berada dalam situasi ketika mana anda sedang memandu kereta tiba tiba kereta depan berhenti secara mengejut dan anda terdengar bunyi dentuman yang kuat datang dari luar kereta anda Setelah keluar dan berjumpa pemandu kere...
Rekomendasi 8 Vendor Dekorasi Pernikahan Di Jogja Adakah Yang Sudah Jadi Incaranmu

Rekomendasi 8 Vendor Dekorasi Pernikahan Di Jogja Adakah Yang Sudah Jadi Incaranmu

papar berkaitan - pada 11/11/2019 - jumlah : 225 hits
Lengkap sama rincian harga cek dulu yang mana yang masuk di konsep dan masuk di bujet
Adakah Benar Hajarul Aswad Dari Syurga

Adakah Benar Hajarul Aswad Dari Syurga

papar berkaitan - pada 31/10/2019 - jumlah : 945 hits
Original Content Soalan Benarkah hajarul aswad itu berasal dari syurga Adakah hadith yang menceritakannya itu hadith yang sahih Jawapan Apakah dia hajarul aswad Hajarul Aswad Sumber Dilarang Plagiat Tanpa Kebenaran
Ini Gerakan Wudhu Yang Boleh Ditinggalkan Dan Wudhu Tetap Sah

Ini Gerakan Wudhu Yang Boleh Ditinggalkan Dan Wudhu Tetap Sah

papar berkaitan - pada 5/11/2019 - jumlah : 170 hits
Layaknya shalat wudhu juga memiliki rangkaian panjang yang harus diselesaikan mulai dari mencuci tangan sampai membasuh kaki Namun tahukah kalian beberapa gerakan ini adalah gerakan gerakan pelengkap yang boleh ditinggalkan ketika berwudhu ...
Irt Diserang Buaya Saat Ambil Wudhu Bareng Anak Di Sungai Indragiri Hilir

Irt Diserang Buaya Saat Ambil Wudhu Bareng Anak Di Sungai Indragiri Hilir

papar berkaitan - pada 3/11/2019 - jumlah : 290 hits
Peristiwa itu terjadi di Parit 5 Desa Sungai Raya Kecamatan Batang Tuaka Kabupaten Indragiri Hilir Riau Jumat sekitar pukul 19 30 WIB Daerah tersebut memang dikenal sebagai lokasi banyak buaya Hasna dan anaknya langsung bergegas dari parit ...
Perlu Permit Untuk Kempen Dari Rumah Ke Rumah Adakah Ph Terdesak

Perlu Permit Untuk Kempen Dari Rumah Ke Rumah Adakah Ph Terdesak

papar berkaitan - pada 13/11/2019 - jumlah : 285 hits
Menyusahkan kata Tok Mat gesa SPR kaji balik syarat permit kempen rumah ke rumah Timbalan Pengerusi Barisan Nasional Mohamad Hasan meminta pihak berkuasa mempertimbangkan semula keperluan permit polis untuk kempen rumah ke rumah semasa pili...
Sembunyikan Sabu Di Dubur Warga Batam Diringkus Di Bandara Makassar

Sembunyikan Sabu Di Dubur Warga Batam Diringkus Di Bandara Makassar

papar berkaitan - pada 20/11/2019 - jumlah : 151 hits
Seorang warga Kota Batam berinisial MR diringkus tim Dit Res Narkoba Polda Sulsel di Makassar setelah terbukti menyembunyikan sabu seberat 81 gram di dalam duburnya
Adakah Saya Penyokong Pas Hoong Ling

Adakah Saya Penyokong Pas Hoong Ling

papar berkaitan - pada 14/11/2019 - jumlah : 287 hits
Saya penyokong PAS SEBENARNYA sudah lama saya menyokong perjuangan PAS dalam diam tetapi saya masih mempunyai tanda tanya yang perlu penjelasan Perjuangan PAS sederhana mengutip derma dari saudara seperjuangan dan konsisten objektif mereka ...
How To Recover Lost Data From Your Smartphone

Startups Vs Established Industries

Yerin Gfriend Kongsi Dah 2 Tahun Bekerja Di Insurans Kesihatan Nasional

Miti Probing Case Of Nvidia Powered Servers Shipped To Malaysia

Sabah Mulls Age Restriction For Mount Kinabalu Climbers

Warga Emas Meninggal Dunia Kkm Jelaskan Tiada Keperluan Wujudkan Unit Kesihatan Di Bazar Ramadan

Nasi Lemak Lobster Jb

Apa Itu Konjac Adakah Konjac Membantu Proses Pembakaran Lemak Bagi Menurunkan Berat Badan


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Mengelaskan Haiwan

Bekas Menteri Pembangunan Infrastruktur Sabah Peter Anthony Masuk Penjara

Bagaimana Wang Rm170 Juta Boleh Terdedah Ini Adalah Antara Spekulasinya

Potongan Dari Pentadbiran Trump Boleh Gugat Usaha Penyelidikan Ai

Ladang Padi Berkilau Peninggalan Kuil Purba Dan Pengrajin Tembikar Mencerminkan Mala

Video Gelagat Syed Saddiq Mahu Bella Astillah Lepas Rambut Netizen Terhibur Kenapa Orang Tepi Tu Serius Sangat