Adakah Anda Tetap Salah Jika Terlanggar Belakang Kereta Depan Yang Cuai


Pasti ramai pernah berada dalam situasi ketika mana anda sedang memandu kereta, tiba-tiba kereta depan berhenti secara mengejut dan anda terdengar bunyi dentuman yang kuat datang dari luar kereta anda.


Setelah keluar dan berjumpa pemandu kereta depan, belum sempat tegur anda dah dengar, "Bukan salah saya! Awak yang langgar dari belakang, jadi awak la yang salah ni."

Bagi anda yang terkena situasi ini, mohon bertenang dan jangan mengamuk. Fahami perkongsian ini.

Betul ke kereta belakang automatik akan bersalah?

Menurut Seksyen 22 Kanun Lebuhraya Malaysia (diterjemah daripada Bahasa Inggeris):

"Penunggang atau pemandu kenderaan yang berhemah hendaklah membenarkan sekurang-kurangnya jarak sebuah kenderaan antara kenderaannya dan kenderaan di hadapan bagi setiap 10km/j kelajuan. Contohnya, pada kelajuan 30km/j sepatutnya jarak ialah 3 kenderaan antara kenderaannya dan kenderaan di hadapan.

"Sekiranya penunggang atau pemandu kenderaan melanggar bahagian belakang atau tepi kenderaan di hadapannya, itu merupakan kesalahannya sendiri dan ini bermakna penunggang atau pemandu kenderaan tersebut mengikut terlalu dekat."

Kanun Lebuhraya kini digunakan dalam ujian memandu telah dikutakuasa melalui seksyen 68 Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Jadi, pemandu di belakang perlu lebih berhati-hati menjaga jarak dengan kenderaan di hadapan. Jika tidak, anda mungkin menjadi mangsa.

Namun, ia tidak semestinya menjadi kesalahan pemandu di belakang secara menyeluruh jika pemandu kereta di hadapan cuai atau leka.

Menurut ASKLEGAL, laporan dari pihak polis mengatakan bahawa sebahagian besar kes kemalangan bukan dari kesalahan pemandu di belakang, ia terjadi akibat dari pemandu di hadapan yang menukar lorong dengan cuai.

Dalam situasi begini anda berkemungkinan tidak bersalah jika perkara begini berlaku.

Dari segi undang-undang jalan raya, secara teknikalnya anda tidak bersalah, asalkan anda berada dalam laluan memandu yang betul dan bukannya menukar lorong secara tiba-tiba.

Jadi, jangan takut dan cuba berkonfrontasi. Keluar kereta dengan tenang, beri salam dan cakap; "Boleh kita settle kat balai?"

Jangan sesekali minta maaf kerana itu hanya menunjukkan anda bersalah, sekali gus membuatkan pelanggar cuba menguasai anda.

Tips ringkas menghadapi kemalangan

Sekiranya anda terlibat dalam apa-apa kemalangan jalan raya, kenalpasti semua faktor yang boleh mengakibatkan kemalangan tersebut.

Merakam insiden kejadian menggunakan dashboard camera sangat membantu kerana kemungkinan kemalangan yang berlaku bukan salah anda sepenuhnya, ataupun anda memang tidak bersalah.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:
Kereta Ditarik Bank: Ketahui Proses Di Bawah Akta Sewa Beli 1967Cara Claim Insuran Kemalangan Kereta Yang Betul
sumber: zine



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.sentiasapanas.com/2019/11/langgar-belakang-kereta-yang-cuai.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
5 Sahabat Maut Dalam Kemalangan Kereta Dinaiki Terlanggar Belakang Bas Awam

5 Sahabat Maut Dalam Kemalangan Kereta Dinaiki Terlanggar Belakang Bas Awam

papar berkaitan - pada 27/10/2019 - jumlah : 470 hits
JOHORTIMES MY Please Subscribe to JohorTimes Youtube https www youtube com channel UCBGyB6bgPwLLTOahiWTGuFQ Facebook https www facebook com johortimes my Twitter https www twitter com JohorTimes Instagram https www instagram com JohorTimes ...
Buat Duit Kiri Kanan Belakang Depan Dengan Pgmall

Buat Duit Kiri Kanan Belakang Depan Dengan Pgmall

papar berkaitan - pada 5/11/2019 - jumlah : 439 hits
Saya kongsi macam mana boleh buat duit kiri kanan belakang depan dengan PG Mall Teruskan membaca dengan hati yang gembira Tapi sebelum tu saya nak tanya dah register belum jadi shopper kat PG Mall Kalau belum klik link ni untuk register htt...
Driver Gila Penunggang Motosikal Dirempuh Kereta Dipandu Laju Dari Belakang

Driver Gila Penunggang Motosikal Dirempuh Kereta Dipandu Laju Dari Belakang

papar berkaitan - pada 1/11/2019 - jumlah : 552 hits
Viral di media sosial klip video dashcam seorang penunggang motosikal terselamat dari kemalangan yang hampir meragut nyawanya nbsp Dalam kejadian yang berlaku pada jam 8 43 malam Sabtu lalu di sebatang jalan yang menuju ke Lapangan Terbang ...
Peringatan Maulid Nabi Di Istana Wapres Ma Ruf Amin Sambutan Di Depan Jokowi

Peringatan Maulid Nabi Di Istana Wapres Ma Ruf Amin Sambutan Di Depan Jokowi

papar berkaitan - pada 9/11/2019 - jumlah : 267 hits
Presiden Joko Widodo menggelar peringatan Maulid Nabi Muhammad SAW Tahun 1441H 2019M di Istana Negara Jakarta Jumat Jokowi didampingi Wapres Ma ruf Amin
Jokowi Penunjukan Wakil Panglima Tni Bisa Minggu Depan Bisa Tahun Depan

Jokowi Penunjukan Wakil Panglima Tni Bisa Minggu Depan Bisa Tahun Depan

papar berkaitan - pada 9/11/2019 - jumlah : 336 hits
Presiden Joko Widodo buka suara soal pengisian jabatan Wakil Panglima TNI Meski saat ini perpres soal Wakil Panglima TNI sudah terbit namun Jokowi menyebut belum diputuskan sosok yang ditunjuk mengisi jabatan itu
Sidang Pertama Pemakzulan Trump Akan Disiarkan Langsung Pekan Depan

Sidang Pertama Pemakzulan Trump Akan Disiarkan Langsung Pekan Depan

papar berkaitan - pada 8/11/2019 - jumlah : 277 hits
Sidang dengar pendapat Capitol Hill kali ini akan disiarkan langsung di mana anggota parlemen dari Partai Demokrat dan Republik menanyai para saksi
Dekati Dan Bantu Budak Basikal Lajak Mungkin Mereka Juara Masa Depan

Dekati Dan Bantu Budak Basikal Lajak Mungkin Mereka Juara Masa Depan

papar berkaitan - pada 8/11/2019 - jumlah : 646 hits
Kuala Terengganu Ramai jaguh sukan berbasikal tanah air termasuk Azizulhasni Awang Anuar Manan dan Mohd Harrif Saleh lahir daripada geng basikal nyamuk atau basikal lajak dan meskipun hakikat itu tidak manis dikenang tetapi sejarah permulaa...
Ayam Perap Mayo Sedap Mudah Resipi Ringkas Menjilat Jari

Pelancong Amerika Syarikat Puji Rnr Malaysia Apakah Benar Rnr Malaysia Lebih Baik

Aset Selamat Masih Bersinar Emas Naik Tengah Ketidakpastian Politik

Lirik Lagu Pendengar Cerita Angga Candra

Local Pharma Players Pivot Toward High Value Exports To Protect Margins

Cuktech Unveils Smart Charging Essentials For Every Modern Device

Seeking Clarity On Co Teaching Model

Lebih Dari Sekadar Kesedihan Memahami Pelbagai Bentuk Gangguan Mental


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Petua Lama Untuk Melegakan Kembung Perut Anak Kecil

Malaysia Dan China Memperkukuh Kerjasama Anti Rasuah Dalam Mesyuarat Di Vienna

Sesi Praktikal Dalam Kursus Kejurulatihan Profesional Diploma Afc Fam Membangunkan Kemahiran Dan Pengetahuan Pelatih

Anak Rajin Bantu Di Rumah Kunci Keyakinan Di Masa Dewasa

Pm Anwar Mahu Sistem Pendidikan Bebas Daripada Jumud Biar Pelajar Berfikir Amp Berhujah

Zambry Kadir Bagi Hint Rombakan Kabinet Tak Lama Lagi Masa Saya Pun Hampir Tamat