Adakah Latheefa Mahu Lepaskan Najib


Wartawan MalaysiaGazette
 Chan Quin Er. foto FB MCAKUALA LUMPUR – Tindakan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mendedahkan rakaman suara membabitkan Datuk Seri Najib Razak kepada media terlebih dahulu dengan membelakangkan prosedur biasa semalam disifatkan sebagai pelik dan luar biasa.

Malah, tindakan Ketua Pesuruhjaya SPRM, Latheefa Koya itu menimbulkan tanda tanya kerana beliau seorang peguam yang mempunyai 18 tahun berpengalaman sebelum menerajui suruhanjaya tersebut.

Jadi, adalah mustahil jika beliau tidak tahu Akta Keterangan 1950 dan Kanun Acara Jenayah secara mendalam.

Di bawah undang-undang Malaysia, bukti dan fakta dalam kes pendakwa raya mesti dikemukakan kepada tertuduh sebaik sahaja dituduh, bagi membolehkan tertuduh bersiap sedia untuk membela dirinya.

Ahli Jawatankuasa Pusat MCA, Chan Quin Er berkata, perkara ini adalah sangat jelas di bawah Seksyen 51A Kanun Acara Jenayah, menyebabkan pendedahan pra-perbicaraan adalah kewajipan bagi pendakwaan.

Jika mana-mana pihak mendapat bahan baru yang boleh diklasifikasikan sebagai bukti semasa perbicaraan, ia mesti diserahkan kepada mahkamah, juga kepada pihak lain bagi tujuan penilaian, termasuk mengesahkan kesahihan dan kebolehterimaan keterangan dan berdepan dengan keterangan baru dalam pembelaan.

“Jadi mengapa Latheefa Koya mengadakan (sangat lama) sidang media untuk mendedahkan rakaman perbualan? Apa motif beliau sehingga membelakangkan prosedur? Pada sidang media yang sama, beliau berkata rakaman perbualan itu akan disiasat dan keputusan akan diserahkan kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM). Jadi, mengapa beliau tidak menunggu siasatan selesai kemudian baru buat sidang media?

“Satu persoalan masih belum terjawab iaitu apa motif dia? Adakah kerana masih tidak ada cukup bukti untuk mensabitkan Datuk Seri Najib Razak.

“Lantaran itu SPRM memutuskan untuk melakukan pendedahan dengan niat untuk mengheret Datuk Seri Najib kepada Mahkamah Pendapat Awam hingga mewujudkan tanggapan negatif terhadapnya sebagai suami yang patuh kepada isteri?

“Sekiranya demikian, maka apa gunanya negara ini mempunyai sistem kehakiman dan mahkamah? Kalau begitu mengapa tidak menonjolkan semua orang yang dituduh melakukan jenayah kepada media juga dan kemudian biarkan Facebook membuat keputusan?” soal Quin Er dalam kenyataannya menerusi akaun Facebooknya.

Bekas Timbalan Pendakwa Raya itu juga bertanya, adakah Latheefa (yang lama bersama PKR) sebenarnya adalah ejen rahsia kepada Datuk Seri Najib.

Persoalan itu timbul kerana pendedahan sesetengah bahagian rakaman perbualan itu seolah-olah mahu melepaskan Najib daripada pertuduhan jenayah kerana wujud pengesahan penglibatan seorang ‘Putera Arab ‘dan usaha Najib untuk membendung masalah itu dan bukannya terlibat dalam rompakan harta.

Lagi pula, hujahnya,  tiada sebarang rakaman membabitkan Jho Low, dalang utama yang terlibat dalam skandal yang dihadapi oleh Najib.

Disebabkan itu, tambah beliau, peguam peribadi Tun Dr Mahathir Mohamad, Haniff Khatri panik hingga memberi amaran bahawa pendedahan rakaman itu boleh menjejaskan perbicaraan berkaitan 1MDB yang dihadapi oleh Najib dan kemungkinan selepas pendedahan Latheefa itu, Najib dibebaskan.

Peguam itu turut melahirkan kebimbangannya kerana percaya pendedahan rakaman tersebut bukan sahaja mendapat perhatian dalam negara tetapi juga luar negara.

Pendedahan perbualan yang membabitkan pemimpin-pemimpin negara lain akan mewujudkan tanggapan bahawa Malaysia sebuah negara polis, yang mana semua orang diintip – tidak terkecuali Perdana Menteri dan rakan-rakan sejawatnya.

Beliau mendakwa, Latheefa tidak bertanggungjawab kerana meletakkan hubungan diplomatik dan imej Malaysia di peringkat antarabangsa dalam bahaya, semata-mata untuk memusnahkan kerjaya politik seorang lelaki yang sudah tidak lagi berkuasa.

Selain itu, tindakan tersebut dilihat sebagai kempen yang memberi manfaat kepada Pakatan Harapan menjelang Pilihan Raya Kecil Kimanis tidak lama lagi.

Biarpun, Latheefa memaklumkan objektif utamanya di sebalik pendedahan ini bagi menangani percubaan untuk ‘melemahkan badan-badan bebas’, tetapi, hujah Quin Er pula, adakah betul bagi Latheefa untuk menghakis badan kehakiman yang juga bebas.

“Bagaimanakah Latheefa Koya boleh menjadi begitu jahil terhadap undang-undang dan prosedur?Adakah bukan kerana reputasi beliau sebagai seorang peguam yang hebat maka dia dilantik sebagai ketua SPRM? Atau adakah kerana reputasinya sebagai peguam parti politik tertentu?

“Atau mungkin ‘Malaysia Baru’ bermakna ‘Prosedur SPRM Baru’ juga? Saya rasa, terlalu dahsyat untuk kedaulatan undang-undang. – MalaysiaGazette



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2020/01/adakah-latheefa-mahu-lepaskan-najib.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Malaysia Kehilangan Pelaburan Bernilai Rm70 Bilion Akibat Kegopohan Latheefa Koya Dan Dendam Dr Mahathir Pada Ds Najib

Malaysia Kehilangan Pelaburan Bernilai Rm70 Bilion Akibat Kegopohan Latheefa Koya Dan Dendam Dr Mahathir Pada Ds Najib

papar berkaitan - pada 15/1/2020 - jumlah : 373 hits
Laman blog ini ada menulis artikel bertajuk Pendedahan Rakaman Perbualan Talipon Oleh SPRM Ibarat Senjata Makan Tuan Kini apa yang dikatakan oleh admin sudah mula menjadi kenyataan Bukan saja apa yang didedahkan oleh Ketua Pesuruhjaya Suruh...
Tiga Soalan Untuk Latheefa Koya Berkenaan Rakaman Telefon Najib Dan Rosmah

Tiga Soalan Untuk Latheefa Koya Berkenaan Rakaman Telefon Najib Dan Rosmah

papar berkaitan - pada 9/1/2020 - jumlah : 447 hits
oleh ISHAM JALIL Pagi tadi Latheefa Koya KP SPRM mendedahkan rakaman perbualan telefon yang dikatakan antara Dato Seri Najib dan isterinya Datin Seri Rosmah Mansur pada 27 Julai 2016 Saya telah mendengar rakaman tersebut dari awal sehingga ...
Dah Tiga Hari Najib Masih Terkial Kial Belum Buat Apa Tindakan Ke Atas Latheefa

Dah Tiga Hari Najib Masih Terkial Kial Belum Buat Apa Tindakan Ke Atas Latheefa

papar berkaitan - pada 11/1/2020 - jumlah : 414 hits
Siapa yang rakam Cuba toleh kiri dan toleh kanan Budak tadika pun tahu ini siapa punya kerja Bagaimana yang lain TAKKANLAH dengan pompuan pun kau orang Tak berani keroyok dia Jangan jadi darai lah kalau sekadar gesa latheefa letak jawatan
Dedah Audio Najib Rosmah Polis Rakam Kenyataan Latheefa

Dedah Audio Najib Rosmah Polis Rakam Kenyataan Latheefa

papar berkaitan - pada 17/1/2020 - jumlah : 255 hits
Latheefa Koya pada 8 Januari lepas mendedahkan sembilan rakaman audio perbualan berdurasi 45 minit antaranya dipercayai melibatkan bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Razak Foto oleh Farhan NajibPUTRAJAYA 16 Jan Sepasukan polis hari ini ...
Didakwa Hina Mahkamah Latheefa Masih Tunggu Notis Peguam Najib

Didakwa Hina Mahkamah Latheefa Masih Tunggu Notis Peguam Najib

papar berkaitan - pada 15/1/2020 - jumlah : 293 hits
KUALA LUMPUR Latheefa Koya belum terima notis daripada peguam Najib Razak berhubung dakwaan menghina mahkamah kerana mendedahkan 9 rakaman audio yang dikaitkan dengan bekas perdana menteri itu berhubung skandal 1MDB Saya masih menunggu noti...
Sprm Dedah Rakaman Audio Konspirasi Babitkan Najib

Sprm Dedah Rakaman Audio Konspirasi Babitkan Najib

papar berkaitan - pada 9/1/2020 - jumlah : 411 hits
SPRM hari ini mendedahkan beberapa rakaman audio perbualan yang membabitkan bekas perdana menteri Najib Razak dan bekas ketua pesuruhjayanya Dzulkifli Ahmad Juga didedahkan ialah perbualan antara Najib dan seorang tokoh ternama dari Emiriah...
Teks Penuh Perbualan Najib Rosmah

Teks Penuh Perbualan Najib Rosmah

papar berkaitan - pada 9/1/2020 - jumlah : 750 hits
Malaysiakini Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia hari ini mendedahkan rakaman perbualan telefon antara bekas perdana menteri Najib Razak dan isterinya Rosmah Mansor yang dikatakan berlaku pada 27 Julai 2016 Menurut SPRM rakaman itu beser...
Isu Rakaman Suara Najib Pulak Dah

Isu Rakaman Suara Najib Pulak Dah

papar berkaitan - pada 8/1/2020 - jumlah : 441 hits
Saya telah mendengar sehingga habis kesemua 9 rakaman perbualan antara DSN dan figur2 tertentu yang didedahkan dalam sidang media tadi Tulisan ini adalah dengan anggapan bahawa semua perbualan itu tulen 1 Semua perbualan tersebut hanya meli...
I Was Head Of Govt Then Najib Shocked By Recordings Looking Into Legal Action

I Was Head Of Govt Then Najib Shocked By Recordings Looking Into Legal Action

papar berkaitan - pada 9/1/2020 - jumlah : 328 hits
KUALA LUMPUR Datuk Seri Najib Razak has expressed shock over the Malaysian Anti Corruption Commission s airing of nine audio recordings allegedly showing attempts at cover ups and subversion of justice by high ranking officials including hi...
Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu

Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


10 Tips Pilih Pam Tayar Kereta Tekanan Angin Tayar Kereta Yang Sesuai

Catatan Hari Terakhir Trip Ke Kuching

Resepi Udang Khamped Padu Mudah Sedap Dan Confirm Licin Pinggan

The Skill Hexagon The Power Of Multifaceted Abilities

Skill Up Steam Curator

Dua Sahabat Makan Ikan Mentah Minum Air Laut Sepanjang Hanyut