Tiga Soalan Untuk Latheefa Koya Berkenaan Rakaman Telefon Najib Dan Rosmah




oleh ISHAM JALIL
Pagi tadi Latheefa Koya KP SPRM mendedahkan rakaman perbualan telefon yang dikatakan antara Dato’ Seri Najib dan isterinya Datin Seri Rosmah Mansur pada 27 Julai 2016.
Saya telah mendengar rakaman tersebut dari awal sehingga akhir.
Walaupun Najib adalah Perdana Menteri pada ketika itu yang sedang disiasat oleh pihak berkuasa (atas kerelaannya), pada saya perbualan ini tidak lain hanyalah satu perbualan antara seorang suami dengan isterinya berkenaan masalah yang dihadapi mereka, sepertimana perbualan telefon ramai pasangan apabila menghadapi dugaan hidup dan cuba mencari penyelesaian.
Saya pasti ramai pasangan suami isteri yang bertengkar jauh lebih teruk dari ini di kala diuji oleh Allah SWT.
Perbualan Najib dengan Rosmah itu mungkin boleh dikata tiada apa jika dibanding dengan banyak perbualan pasangan-pasangan lain di Malaysia yang menghadapi cabaran.
Selama saya mengenali Dato’ Seri Najib sehingga kini, dia adalah seorang yang amat tenang.
Rosmah pula adalah seorang isteri yang ingin membantu suaminya menyelesaikan masalah, seperti ramai isteri-isteri dalam hampir semua keluarga di Malaysia.
Apa salahnya beliau telefon suaminya untuk memberi input?
Beliau hanya cuba mempertahankan suaminya.
……..
Saya ingin bertanya kepada Latheefa Koya tiga soalan:
PERTAMA, apakah motif beliau apabila menyebarkan rakaman perbualan telefon Najib dan Rosmah ini kini?
Dalam perbualan telefon tersebut tidak ada satu pun elemen jenayah atau salah laku.
Yang ada cuma kenyataan Dato’ Seri Najib bahawa beliau telah tandatangan surat perlantikan KP SPRM yang baru pada ketika itu iaitu Tan Sri Dzulkifli Ahmad.
Ini adalah fakta yang diketahui ramai, bukannya konspirasi rahsia.
Adakah Latheefa Koya sengaja ingin cuba mengaibkan Dato’ Seri Najib dan Rosmah dengan nada perbincangan telefon mereka?
Latheefa Koya dilihat tersenyum-senyum apabila rakaman tersebut mula dimainkan.
KEDUA, saya dimaklumkan terdapat lagi lapan rakaman perbualan telefon yang baru didedahkan hari ini.
Mengapa baru hari ini rakaman-rakaman ini baru “diserahkan” dan didedahkan di kala perbicaraan kes 1MDB di mahkamah telah separuh jalan?
Besar kemungkinan rakaman-rakaman ini bukanlah bukti-bukti baru yang boleh diterima di mahkamah namun hanyalah satu lagi drama politik kerajaan untuk menutup kelemahan kes mereka terhadap Najib.
KETIGA, bagaimanakah Latheefa Koya dan SPRM mendapat rakaman telefon ini?
Adakah ianya mengikut undang-undang?
Dan adakah mereka boleh “tap” perbualan telefon sesiapa sahaja yang mereka suka?
Di bawah Akta Komunikasi dan Multimedia 1988 dan Kanun Prosidur Jenayah, mereka perlu ada waran untuk tap perbualan telefon.
Peruntukan waran ini tertakluk kepada kes-kes seperti keganasan atau terorisme, bukannya dalam siasatan kes jenayah kolar putih seperti 1MDB.
Saya pasti SPRM tidak ada waran untuk tap perbualan telefon ini.
Sebab itu baru tadi SPRM kata mereka dapat rakaman ini secara “anonymous” atau mereka tidak tahu siapa yang buat rakaman ini atau siapa yang serahkan kepada mereka.
Saya ingin menggesa supaya pihak-pihak berwajib seperti Polis Diraja Malaysia dan Suruhanjaya Komunikasi menyiasat perkara ini (siapa yang membuat dan menyerah rakaman ini) kerana ini melibatkan pencabulan hak asasi rakyat untuk pelindungan privasi termasuk perbualan peribadi dalam telefon.
Jika mereka boleh tap perbualan telefon Perdana Menteri dengan isterinya, adakah anda rasa perbualan telefon dan privasi rakyat biasa di Malaysia seperti anda selamat dari dicabul?
ISHAM JALIL
8 Januari 2020




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://mykmu.net/2020/01/08/tiga-soalan-untuk-latheefa-koya-berkenaan-rakaman-telefon-najib-dan-rosmah/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Malaysia Kehilangan Pelaburan Bernilai Rm70 Bilion Akibat Kegopohan Latheefa Koya Dan Dendam Dr Mahathir Pada Ds Najib

Malaysia Kehilangan Pelaburan Bernilai Rm70 Bilion Akibat Kegopohan Latheefa Koya Dan Dendam Dr Mahathir Pada Ds Najib

papar berkaitan - pada 15/1/2020 - jumlah : 384 hits
Laman blog ini ada menulis artikel bertajuk Pendedahan Rakaman Perbualan Talipon Oleh SPRM Ibarat Senjata Makan Tuan Kini apa yang dikatakan oleh admin sudah mula menjadi kenyataan Bukan saja apa yang didedahkan oleh Ketua Pesuruhjaya Suruh...
Garangnya Kak Mah Sprm Dedah Rakaman Perbualan Rosmah Amp Najib Trending Di Twitter

Garangnya Kak Mah Sprm Dedah Rakaman Perbualan Rosmah Amp Najib Trending Di Twitter

papar berkaitan - pada 9/1/2020 - jumlah : 710 hits
Hari ini nama bekas isteri Perdana Menteri Datin Seri Rosmah Mansur menjadi trending di Twitter gara gara tersebarnya mengenai rakaman perbualan telefon antara Datin Seri Rosmah dan Datuk Seri Najib Tun Razak Rakaman tersebut didedakan mene...
Kpn Dedah Rakaman Audio Latheefa Koya Akan Dipanggil Ke Bukit Aman

Kpn Dedah Rakaman Audio Latheefa Koya Akan Dipanggil Ke Bukit Aman

papar berkaitan - pada 14/1/2020 - jumlah : 283 hits
Ketua Polis Negara Abdul Hamid Bador mengesahkan sudah menerima 9 rakaman audio yang didedahkan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia dan dikatakan membabitkan bekas perdana menteri Najib Razak dan beberapa individu lain Abdul Hamid berkat...
Dah Tiga Hari Najib Masih Terkial Kial Belum Buat Apa Tindakan Ke Atas Latheefa

Dah Tiga Hari Najib Masih Terkial Kial Belum Buat Apa Tindakan Ke Atas Latheefa

papar berkaitan - pada 11/1/2020 - jumlah : 427 hits
Siapa yang rakam Cuba toleh kiri dan toleh kanan Budak tadika pun tahu ini siapa punya kerja Bagaimana yang lain TAKKANLAH dengan pompuan pun kau orang Tak berani keroyok dia Jangan jadi darai lah kalau sekadar gesa latheefa letak jawatan
Ketua Pengarah Sprm Tersenyum Sinis Bila Rakaman Audio Najib Dan Rosmah Mula Dimainkan

Ketua Pengarah Sprm Tersenyum Sinis Bila Rakaman Audio Najib Dan Rosmah Mula Dimainkan

papar berkaitan - pada 8/1/2020 - jumlah : 723 hits
Pagi tadi Latheefa Koya KP SPRM mendedahkan rakaman perbualan telefon yang dikatakan antara Dato Seri Najib dan isterinya Datin Seri Rosmah Mansur pada 27 Julai 2016 Saya telah mendengar rakaman tersebut dari awal sehingga akhir Walaupun Na...
Rakaman Telefon Najib Meragukan

Rakaman Telefon Najib Meragukan

papar berkaitan - pada 9/1/2020 - jumlah : 315 hits
Nampak pelik pula bila Latheefa Koya buat sidang akhbar dan merujuk kepada rakaman suara yang tidak tahu ketulinannya Kita pun tidak tahu sumbernya Kita baru terima rakaman audio ini kata Lateefa Koya tanpa mendedahkan sumber rakaman itu ya...
Sayang Awak Perdana Menteri Awak Dikelilingi Orang Yang Bodoh Rakaman Suara Dipercayai Rosmah Pada Najib

Sayang Awak Perdana Menteri Awak Dikelilingi Orang Yang Bodoh Rakaman Suara Dipercayai Rosmah Pada Najib

papar berkaitan - pada 8/1/2020 - jumlah : 552 hits
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia hari ini memutarkan beberapa set rakaman audio perbualan yang melibatkan bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan lain lain yang disifatkan oleh ketua badan anti rasuah itu Latheefa Koya se...
Inilah Kesan Pendedahan Klip Suara Najib Dan Rosmah

Inilah Kesan Pendedahan Klip Suara Najib Dan Rosmah

papar berkaitan - pada 9/1/2020 - jumlah : 573 hits
Nampaknya kesan manifesto hancing lebih teruk daripada pendedahan klip suara oleh SPRM Korang fikirlah sendiri
Soalan Yang Kerap Ditanya Berkenaan Wabak Influenza

Soalan Yang Kerap Ditanya Berkenaan Wabak Influenza

papar berkaitan - pada 14/1/2020 - jumlah : 506 hits
Wabak Influenza tengah hot sekarang Di Johor dah ada kes kematian pertama untuk tahun 2020 Sekaligus menjadikan penularan wabak Influenza ini satu masalah yang sangat merisaukan sehingga menyebabkan vaksin vaksin diklinik habis dijual Bila ...
Ratu Naga Laments Dap Unfazed About Madani Govt S Lavish Overseas Expenses Compared To Bossku S

Senarai Pasar Malam Di Pasir Gudang

Bufet Ramadan 2025 Warna Rasa Ramadan Buffet Di Royale Chulan Hotels Resorts

Noah Feat Ramengvrl Suara Dalam Kepala Chord

Lirik Lagu Aku Yang Dulu Daniesh Suffian

Official Pemenang Ajl39 T A H N I A H

Gula Gula Gummy Berisiko Menyebabkan Tercekik

Singgah Makan Tengah Hari Di Restoran Beriani Salai Taman Melati Kuala Lumpur


echo '';
10 Drama Melayu Terbaru Astro Yang Best 2025 Mesti Tonton Juga Tersedia Online

10 Filem Melayu Malaysia Terbaru Best 2024 2025 Mesti Tonton

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Teratak Kasih Salina Rindu Kasih Musim 3 Slot Samarinda TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dia Imamku Slot Megadrama Astro Ria

Siti Saleha Kahwin Ini Biodata Suami Barunya Joshua Fitton


Huge Cylindrical Aquarium Housing 1 500 Exotic Fish Bursts In Berlin The Guardian

Resume Kraf

Buying A Used Car In Sydney Here S Why Mr Car Sydney Should Be Your First Choice

Guru Tuisyen Ditemukan Maut Berlumuran Darah

Dokumen Standard Kurikulum Pentaksiran Terkini

Tiada Syarat Sokong Pm Untuk Dapat Peruntukan Anwar Beritahu Pn