Adakah Kita Perlu Mengambil Vitamin



Adakah kita perlu mengambil vitamin?
Oleh DR. ISKANDAR MIRZA AMRAN
SEJAK kebelakangan ini, kita sering menerima maklumat terutamanya di media sosial yang menyarankan pengambilan multivitamin dalam kehidupan seharian.
Pelbagai manfaat multivitamin telah diiklankan antaranya dapat mengurangkan risiko untuk mengidap penyakit jantung, kanser dan dapat mengurangkan masalah kemerosotan kognitif.
Persoalan yang bermain di fikiran, adakah kita benar-benar perlu mengambil vitamin-vitamin ini?
Jika anda bertanya kepada doktor sama ada perlu atau tidak mengambil multivitamin, jawapan ringkas yang seharusnya dijawab adalah ia bergantung kepada kesihatan dan penyakit anda.
Tidak semua orang perlukan vitamin tambahan kerana ia boleh diperoleh daripada diet pemakanan harian yang cukup untuk memberikan nutrisi terbaik untuk badan kita.
Dalam hal ini, pelbagai kajian dilakukan untuk melihat keberkesanan multivitamin, antaranya kajian melibatkan 450,000 orang mendapati, multivitamin tidak mengurangkan risiko untuk mendapat penyakit jantung atau kanser.
Selain itu, kajian mengenai kesihatan mental melibatkan 5,947 pesakit dalam masa 12 tahun menunjukkan, multivitamin tidak mengurangkan risiko untuk mendapat kemerosotan mental.
Turut dijalankan kajian membabitkan 1,708 pesakit yang mendapat serangan jantung, yang mana mereka diberi multivitamin dengan dos tinggi berbanding pesakit yang tidak mengambil vitamin selama 55 bulan.
Keputusan kajian menunjukkan, tiada sebarang perbezaan dari risiko untuk mendapat serangan jantung berulang, operasi jantung atau kematian terhadap dua kumpulan ini.
Pengkaji di seluruh dunia membuat kesimpulan, multivitamin tidak mengurangkan risiko untuk mendapat serangan jantung, kanser dan kemerosotan kognitif atau kematian.
Dalam kebanyakan kajian mendapati, vitamin seperti vitamin E dan beta karotina adalah berbahaya kepada kesihatan badan, lebih-lebih lagi jika diberikan pada dos tinggi.
Anda harus ingat, pil vitamin bukan jalan pintas untuk mengelakkan daripada mendapat penyakit kronik.
Makanan tambahan yang disarankan oleh Kementerian Kesihatan (KKM) adalah lebih terbukti kajiannya dalam meningkatkan kesihatan tubuh seperti pengambilan makanan sihat, selain mengurangkan berat badan dan meminimumkan pengambilan lemak tepu, lemak trans, garam dan gula dalam pemakanan.
Jadi, siapakah yang memerlukan vitamin?
Pengecualian diberikan kepada beberapa individu yang memerlukan vitamin untuk memastikan kesihatan badan di tahap optimum disebabkan kurangnya vitamin dalam diet atau mereka mempunyai penyakit kronik yang mana vitamin dapat membantu untuk hidup lebih sihat.
Contoh terbaik adalah ibu hamil, mereka perlu mengambil vitamin asid folik untuk mengelak daripada mendapat masalah pembentukan saraf kepada bayi yang dikandung.
Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menyarankan agar semua wanita yang berkahwin atau di umur reproduksi perlu mengambil vitamin asid folik 400 mikrogram sehari.
Contoh lain adalah pesakit buah pinggang kronik yang mana mereka mempunyai masalah kekurangan sel darah merah atau hemoglobin.
Ini disebabkan pengurangan penghasilan hormon erythropoietin dalam badan yang sangat penting untuk penghasilan sel darah merah.
Untuk pesakit buah pinggang, mereka diberikan vitamin B12, asid folik, vitamin C dan zat besi bagi memastikan penghasilan darah merah pada tahap optimum.
Tidak dilupakan pesakit osteoporosis ataupun masalah tulang rapuh yang sangat kerap berlaku kepada pesakit wanita yang telah menopaus.
Mereka diberikan vitamin D bagi menguatkan tulang agar tidak mendapat penyakit osteoporosis.
Dalam pada itu, kebanyakan vitamin tidak memberi masalah kesihatan yang serius.
Bagaimanapun, adalah penting untuk kita sentiasa cakna denga apa diambil.
Kita perlu sentiasa bertanya kepada doktor sama ada vitamin yang diambil memberi kesan kepada kesihatan.
Ini kerana, sesetengah vitamin tidak sesuai untuk pesakit kronik seperti yang mempunyai penyakit hati atau kepada mereka yang melakukan pembedahan.
Kita juga perlu ingat, sesetengah vitamin yang dijual, kandungannya tidak dilabel dengan tepat.
Vitamin K akan mengurangkan keberkesanan ubat warfarin (pencair darah) dan ini membuatkan pesakit lebih senang untuk mendapat risiko darah beku.
Gingko yang meningkatkan keberkesanan ubat cair darah boleh membuat pesakit mendapat pendarahan dalam badan.
Beta karotina atau vitamin A pula boleh meningkatkan risiko kanser paru-paru terhadap perokok.
Seeloknya, selalulah berbincang dengan doktor, pegawai farmasi atau pakar dietetik sebelum mengambil sebarang vitamin atau suplemen.
Tiada yang dapat menandingi pengambilan nutrien daripada pemakanan sihat. Suplemen atau vitamin tidak seharusnya dijadikan pengganti kepada makanan sebenar. K Online
DR. ISKANDAR MIRZA AMRAN
ialah Felo Kardiologi dan Pakar Perubatan
Dalaman, Institut Jantung Negara.
Adakah kita perlu mengambil vitamin?
Baca Artikel Menarik:
Enam doktor pakar gagal kesan penyakit saya – Ustaz Kazim Penaja MUDA, selepas ‘kantoi’ ini jawapan Syed Saddiq Farhash tidak suka Rafizi PRNJohor: Mat Sabu, Mukhriz adakan pertemuan Sultan Johor undi kali terakhir Muhyiddin suruh UMNO ‘poddah’ Nombor plat advance cetus tanda tanya, Ini jawapan JPJ Begini Cara Nak ‘Left’ Group WhatsApp Tanpa Diketahui Ahli Lain Pemilik kedai emas disamun ketika berhenti isi minyak (Video) PKR bidas MUDA agar ‘Move On’ Hazwani Helmi akhirnya bersuara mengenai Shuib Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Ibu Puteri Balqis hisap dadah, ini penjelasannya

Saman Ali Puteh terhadap balu Arwah Abam, keputusan Jumaat ini

BERSATU Memang Berhasrat Bunuh UMNO

The post Adakah kita perlu mengambil vitamin? appeared first on MYKMU.NET.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://mykmu.net/2022/02/19/adakah-kita-perlu-mengambil-vitamin/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Tips Ketika Mengambil Vaksin

Tips Ketika Mengambil Vaksin

papar berkaitan - pada 25/2/2022 - jumlah : 247 hits
Assalamualaikum semua Sebelum ini nia telahpun berkongsi pengalaman mengambil vaksin AstraZeneca di PWTC Sekiranya kau orang terlepas entry itu bolehlah klik SINI untuk baca pengalaman nia tersebut 1 Datang awal Datang awal balik awal Tak g...
Adakah Air Liur Kucing Najis

Adakah Air Liur Kucing Najis

papar berkaitan - pada 8/2/2022 - jumlah : 381 hits
Adakah kucing menjilat tidak bersih Kucing ialah haiwan yang terdapat di banyak tempat dan termasuk haiwan peliharaan yang berkeliaran di kawasan penempatan manusia Kucing adalah haiwan yang dilarang dimakan dalam Islam kerana ia adalah hai...
Adakah Windows Xp Masih Boleh Digunakan Dalam Tahun 2022

Adakah Windows Xp Masih Boleh Digunakan Dalam Tahun 2022

papar berkaitan - pada 10/2/2022 - jumlah : 228 hits
Default User Interface Windows Xp kredit GeekWireAdakah Windows XP Masih Boleh Digunakan Dalam Tahun 2022 Ada tak lagi pengguna komputer yang masih guna Windows Xp dalam tahun 2022 sekarang ni Jawapannya YA Kami berani cakap Windows Xp masi...
Malu Itu Sebahagian Daripada Islam Adakah Najib Ada Sifat Itu

Malu Itu Sebahagian Daripada Islam Adakah Najib Ada Sifat Itu

papar berkaitan - pada 10/2/2022 - jumlah : 173 hits
Rasanya semua sudah tahu itu adalah slogan dilaungkan Datuk Seri Najib Tun Razak dan penyokong penyokongnya terus kekal dan makin hebat dilaungkan walaupun bekas Perdana Menteri itu sudah disabitkan kesalahan salah guna kuasa dan rasuah Joh...
Perubahan Sistem Mengambil Lesen Memandu 2022

Perubahan Sistem Mengambil Lesen Memandu 2022

papar berkaitan - pada 11/2/2022 - jumlah : 843 hits
Ramai yang tanya acik update lah bagi pengambilan lesen bagi tahun 2022 Jadi acik kongsikan kepada mereka yang nak ambil lesen tahun ini credit metrodriving Umur Yang Sesuai Untuk Mohon Lesen Lesen Motor Berumur 16 tahun dan ke atas Lesen K...
Perbanyak Sumber Minyak Ikan Omega 3 Dan Vitamin E Dalam Makanan

Perbanyak Sumber Minyak Ikan Omega 3 Dan Vitamin E Dalam Makanan

papar berkaitan - pada 25/2/2022 - jumlah : 309 hits
PERBANYAK SUMBER MINYAK IKAN OMEGA 3 DAN VITAMIN E DALAM MAKANAN Suplemen asid lemak Omega 3 dapat mencegah dan mempertahankan perkembangan penyakit osteoarthritis Dalam satu kajian yang dilakukan oleh saintis di University of Bristol Unite...
Vitamin Chewies Immunolicious Gummy Bantu Tingkatkan Imunisasi Anak

Vitamin Chewies Immunolicious Gummy Bantu Tingkatkan Imunisasi Anak

papar berkaitan - pada 6/2/2022 - jumlah : 260 hits
Vitamin Chewies Immunolicious Gummy Bantu Tingkatkan Imunisasi Anak Wabak pandemik masih belum berakhir Malah timbul pulak varian baru sejak dua menjak ni Jadi kita sebagai ibu bapa ni semestinya bimbang akan kesihatan anak anak ditambah pu...
Apakah Kurma Mengandung Vitamin C Vitamin Apa Saja Yang Dikandung Kurma

Apakah Kurma Mengandung Vitamin C Vitamin Apa Saja Yang Dikandung Kurma

papar berkaitan - pada 17/2/2022 - jumlah : 190 hits
Adakah kurma mengandungi vitamin C Apakah Vitamin yang Mengandungi Kurma Kurma merupakan buah yang merupakan sumber makanan yang baik untuk tubuh Banyak khasiat kurma antaranya mampu melambatkan penuaan memperbanyakkan susu ibu masalah peng...
Cosmoderm Vitamin C Glow C Range

Cosmoderm Vitamin C Glow C Range

papar berkaitan - pada 18/2/2022 - jumlah : 235 hits
VITAMIN C sangat diperlukan untuk tubuh badan kita Bahkan ia mampu membuatkan kulit anda kelihatan cantik dan awet muda Umum mengetahui bahawa Ia boleh didapati dalam buah buahan dan sayur sayuran kedua duanya adalah sumber terbaik vitamin ...
How To Plan A Stress Free Family Vacation

Bendung Elemen Politik Perkauman Elak Permusuhan Keganasan

Rajab Keutamaan Amalan Tanggal Berapa 2025

Masya Allah Ribuan Tentera As Masuk Islam Ini Kunci Hamas

Tutup Pintu Belakang Buang Pintu Depan

Resepi Ayam Cili Padi Bersantan Pedas Lemak Padu Gila

Y15zr Tukar Fuel Pam Jet Cardinals Racing

Djakarta Warehouse Project Festival Musik Elektronik Terbesar Di Asia Tenggara


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Retreat Hujung Tahun Di Kampung Cheq Homestay

Cara Tukar Ringtone Iphone Menggunakan Itunes

Makan Tengah Hari Di Jeti Nelayan Kesang

Addressing Flaws In Mrt3 S Strategy

Yoursay Will Anything Come Out Of Ayer Keroh Accident Probe

Hiking Gunung Bubu Gerik