Adakah Karier Politik Dr Mahathir Akan Berakhir Sama Seperti Dato Onn Jaafar



UMNO ditubuhkan pada 11 Mei 1946 sewaktu Kongres Melayu Ketiga yang diadakan di Johor Bahru (BACA DI SINI).

Dato' Onn Jaafar telah dilantik sebagai Presiden UMNO yang pertama setelah beliau berjaya menonjolkan diri sebagai seorang pemimpin yang tegar memperjuangkan Kedaulatan Raja Raja Melayu serta nasib bangsa Melayu.

Sewaktu Onn Jaafar menjalani hukuman buang negeri ke Singapura dari tahun 1927 hingga 1936  oleh Almarhum Sultan Ibrahim yang menjadi Sultan Johor ketika itu kerana beliau telah menuduh Sultan Ibrahim menggunakan Johor Military Force (JMF) sebagai buruh paksa dalam akhbar Sunday Mirror, beliau telah sekali lagi mengkritik perkahwinan Sultan Ibrahim dengan Helen Wilson seorang warganegara Brirish, sedangkan beliau sendiri mengahwini seorang perempuan Cina, Rafeah Abdullah dalam perkahwinan pertama beliau.

Onn Jaafar menjadi Presiden UMNO pertama dari 11 Mei 1946 hingga 25 Ogos 1951.

Beliau meletak jawatan sebagai Presiden UMNO ketika Majlis Mesyuarat Agung UMNO Ke 6, selepas pemimpin dan ahli UMNO ketika itu menentang cadangan beliau supaya keahlian UMNO dibuka kepada bukan Melayu.

Beliau kemudiannya menubuhkan parti Parti Kemerdekaan Malaya (IMP) pada 26 Ogos 1951 tetapi tidak mendapat sambutan dari orang Melayu.



Beliau meninggalkan IMP pada tahun 1952 lalu menubuhkan pula Parti Negara pada Februari 1954.

Selepas kematian Dato' Onn pada 1962, Parti Negara yang juga tidak mendapat sambutan telah dibubarkan secara rasmi pada 19 Januari 1962.

Karier Politik Dr Mahathir


Selepas tewas di Parlimen Kota Setar Selatan pada PRU 1969 (yang beliau menang pada PRU 1964) kepada Hj. Yusof Rawa dari PAS, Dr Mahathir telah menyalahkan kepimpinan Tunku Abdul Rahman yang menjadi Presiden UMNO ketika itu dalam kritikan beliau melalui buku The Malay Dilema.

Hakikatnya pada ketika itu, Dr Mahathir telah tersilap percaturan.

Beliau lebih mengutamakan pengundi Cina di Parlimen Kota Setar dan mengabaikan pengundi Melayu sedangkan di Dewan Rakyat, beliau telah membuat kritikan-kritikan keras terhadap Presiden PAP ketika itu, Lee Kuan Yew, yzng menurut beliau bersikap cauvanis dan pro Cina hingga beliau digelar Ultra Melayu oleh Lee Kuan Yew.


Sikap talam dua muka Dr Mahathir bukan sahaja mengecewakan pengundi Melayu malah membuatkan pengundi Cina hilang kepercayaan kepada beliau sehingga mereka lebih senang mengundi calon PAS ketika itu, Hj. Yusof Rawa.

Akibat kritikan beliau terhadap Tunku Abdul Rahman, beliau telah dipecat dari UMNO.

Selepas Tunku Abdul Rahman meletak jawatan sebagai Presiden UMNO yang kedua, beliau telah digantikan oleh Tun Abdul Razak pada tahun 1970.

Tun Razak kemudian telah mengutip semula Dr Mahathir ke dalam UMNO dan seterusnya melantik beliau sebagai senator untuk menjadi Menteri Pelajaran ketika itu.

Sewaktu Tun Hussien Onn dilantik menjadi Perdana Menteri ke 3 dan Presiden UMNO ke 4 selepas kematian Tun Razak, beliau telah melantik Dr Mahathir sebagai Timbalan Perdana Menteri.

Namun disebabkan banyak dasar yang mahu diperkenalkan oleh Dr Mahathir telah ditolak oleh Hussien Onn, maka Dr Mahathir telah menggerakkan usaha untuk memaksa Hussien Onn meletak jawatan.


Akhirnya pada 1981, Hussien Onn telah meletak jawatan sebagai Perdana Menteri ke 3 dan digantikan oleh Dr Mahathir sebagai Perdana Menteri ke 4.

Dr Mahathir menjadi Perdana Menteri ke 4 dan Presiden UMNO ke 5 selama 22 tahun dari 1981 hingga 2003.

Dr Mahathir telah menubuhkan PPBM pada 8 September 2016 selepas krisis antara beliau dan DS Najib yang menjadi Perdana Menteri dan Presiden UMNO ketika itu memuncak.

Akhirnya pada 8 Mei 2018, UMNO dapat ditumbangkan dalam PRU 14, Dr Mahathir sekali lagi telah menjadi Perdana Menteri melalui PPBM yang menganggotai Pakatan Harapan.

Namun krisis dalaman Pakatan Harapan yang mendesak Dr Mahathir menunaikan janji supaya menetapkan tarikh peralihan kuasa telah menyebabkan Dr Mahathir meletak jawatan sebagai Perdana Menteri dan Pengerusi PPBM.


Ekoran perletakan jawatan Dr Mahathir, Presiden Bersatu telah dipilih oleh SPB YDP Agong, Al Sultan Abdullah sebagai Perdana Menteri ke 7.

Kini pertembungan dalaman PPBM menyaksikan kem Dr Mahathir dan kem Muhyiddin mahu memperkukuhkan kedudukan masing-masing.

Dengan kuasa dan pengaruh Muhyiddin sebagai Perdana Menteri, pasti beliau mempunyai kelebihan.

Perkembangan terbaru menyaksikan Muhyiddin telah memecat Marzuki, yang dikenali sebagai penyokong tegar Dr Mahathir dari jawatan Setiausaha Agung PPBM (BACA DI SINI).

Sumber dalaman PPBM mengatakan, kemasukan team kartel Azmin ke dalam PPBM adalah sesuatu yang hampir pasti akan berlaku sebelum pemilihan PPBM tahun hadapan.

Pemecatan Marzuki dan kemasukan team kartel Azmin dilihat sebagai usaha mengukuhkan kedudukan Muhyiddin sebagai Presiden PPBM dan juga kedudukan PPBM dalam kerajaan Muhyiddin.

Sekiranya Muhyiddin berjaya perkukuhkan kedudukan beliau dalam PPBM, apakah Dr Mahathir akan dilihat masih relevan dalam arena politik negara?


Dengan usia beliau yang semakin lanjut, dengan kejatuhan sokongan orang Melayu terhadap beliau dan juga pendirian pemimpin PPBM yang dilihat lebih cenderung kepada Muhyiddin, apakah Dr Mahathir akan mengakhiri karier politik beliau seperti Dato' Onn Jaafar?

Perjalanan karier politik mereka hampir sama.

Pernah sampai ke puncak dalam parti politik yang mereka sendiri menjadi pengasasnya.

Namun disebabkan sikap lidah bercabang dua dan hanya mahu menggunakan sokongan orang Melayu supaya mereka kekal di puncak kuasa, akhirnya mereka bukan sahaja ditolak oleh orang Melayu malah pemimpin yang menyokong mereka sebelum itu.

Dato' Onn Jaafar sudah ditolak dan partinya turut berkubur dengan kematiannya, apakah kali ini giliran Dr Mahathir?
Sumber: http://theunspinners.blogspot.com





Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt





............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
[email protected]


©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://mindarakyat.blogspot.com/2020/03/adakah-karier-politik-dr-mahathir-akan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Anwar Membawa Falsafah Politik Liberal Sinis Mahathir Drama Seronok Ni

Anwar Membawa Falsafah Politik Liberal Sinis Mahathir Drama Seronok Ni

papar berkaitan - pada 12/3/2020 - jumlah : 225 hits
Orang Melayu tak boleh terima Anwar kerana falsafah politik liberal dakwa Dr MAntara sebab orang Melayu tidak boleh menerima Presiden PKR Anwar Ibrahim kerana ideologi politiknya yang liberal dakwa bekas perdana menteri Dr Mahathir Mohamad ...
Harap Masyarakat Islam Membenci Rasuah Sama Seperti Mereka Benci Daging Babi

Harap Masyarakat Islam Membenci Rasuah Sama Seperti Mereka Benci Daging Babi

papar berkaitan - pada 16/3/2020 - jumlah : 326 hits
Tajuk asal Tabayyun pada TablighULASAN Rutin saya membesar dalam keluarga yang terbiasa dengan usaha dakwah dan Tabligh Kami akan adakan majlis taklim selepas Isyak atau selepas Subuh pada Ramadan Semasa majlis taklim itu biasanya kami deng...
Tun Mahathir Perdayakan Saya Untuk Percaya Dato Seri Najib Curi Rm2 6 Billion

Tun Mahathir Perdayakan Saya Untuk Percaya Dato Seri Najib Curi Rm2 6 Billion

papar berkaitan - pada 13/3/2020 - jumlah : 805 hits
Hari ini saya menulis tentang perbicaraan mahkamah semalam Bekas Ketua Pesuruhjaya SPRM Tan Sri Zulkifli Ahmad tampil sebagai saksi ke 15 Menurut Zulkifli SPRM telah menerima kertas siasatan melibatkan dana RM2 6 bilion dan RM42 juta SRC ya...
Politik Kejap Muhyiddin Bikin Mahathir Butthurt

Politik Kejap Muhyiddin Bikin Mahathir Butthurt

papar berkaitan - pada 21/3/2020 - jumlah : 247 hits
Pengerusi Bersatu Dr Mahathir Mohamad menyuarakan bantahan terhadap pemberhentian Marzuki Yahya daripada jawatan setiausaha agung parti itu Hal ini dinyatakan dalam surat Dr Mahathir kepada Presiden Bersatu Muhyiddin Yassin yang dilihat Mal...
Tak Sama Seperti Influenza Ini Penjelasan Ahli Soal Covid 19

Tak Sama Seperti Influenza Ini Penjelasan Ahli Soal Covid 19

papar berkaitan - pada 9/3/2020 - jumlah : 212 hits
Virus influenza itu misalnya H5N1 H1N1 H3N9 kalau tidak salah Tapi Corona virus itu keluarga besar lain Jadi tidak bisa disamakan Walaupun gejalanya sama ungkapnya
Adakah Mahathir Berpeluang Menjadi Perdana Menteri Semula Kalau Muhyiddin Kalah Dalam Pemilihan Bersatu

Adakah Mahathir Berpeluang Menjadi Perdana Menteri Semula Kalau Muhyiddin Kalah Dalam Pemilihan Bersatu

papar berkaitan - pada 23/3/2020 - jumlah : 277 hits
KALAU MUHYIDDIN KALAH DALAM PEMILIHAN BERSATU ADAKAH MAHATHIR BERPELUANG JADI PM SEMULA Shahbudin Husin Ramai yang melihat hubungan Muhyiddin Yassin dengan Tun Mahathir Mohamad kini ibarat sudah berpatah arang berkerat rotan Hampir tidak ad...
Towards More Comprehensive Pension Reform

3 Sebab Kenapa Kashmir Menjadi Pilihan Traveler Malaysia

Polis Jerman Sita Bugatti Rare Dalam Siasatan Berkait 1mdb

Laporan Bank Dunia Mengeluarkan Isyarat Bahaya Terhadap Sistem Pendidikan Malaysia

Should Stakeholders Sue Bloomberg To Prove 2nd Casino Licence Claim For Johor S Forest City Is Sheer Slander

Jetama Taja Sabah Fc Rm5 Juta Musim Ini

Tak Sekolah

Legoland Malaysia Resort Empowers Teachers And Students To Conquer The Legoland School Challenge 2024



Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Leha Leya Lawa Tonton

Info Dan Sinopsis Restu Drama Melayu Berepisod Platform Online iQIYI Malaysia

10 Istilah Hampir Serupa Bahasa Inggeris Yang Kita Keliru Penggunaannya

5 Trend Bodoh Netizen Yang Nampaknya Semakin Menjadi Jadi

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Puaka Cuti Semester Slot Lestary TV3


Drama Racun Rihanna Lakonan Intan Najuwa Rita Rudaini

Bunga Paling Seram Di Dunia

Logo Autentik Untuk Produk Asli Madu

Ucapan Hari Jadi Ucapan Lawak Untuk Kawan Islamik

Hadiah Hari Guru 40 Idea Hadiah Yang Menarik

Gara Gara Al Bani Menuduh Iamam Bukhari Kafir Karena Takwil