Politik Kejap Muhyiddin Bikin Mahathir Butthurt



Pengerusi Bersatu Dr Mahathir Mohamad menyuarakan "bantahan terhadap pemberhentian Marzuki Yahya" daripada jawatan setiausaha agung parti itu.
Hal ini dinyatakan dalam surat Dr Mahathir kepada Presiden Bersatu Muhyiddin Yassin yang dilihat Malaysiakini.
"Pemberhentian Marzuki Yahya daripada jawatan setiausaha agung Bersatu oleh Tan Sri (Muhyiddin Yassin) adalah tidak sah dan wajar diketepikan," katanya.
Terdahulu, Muhyiddin Yassin yang juga perdana menteri telah memecat Marzuki Yahya daripada jawatan setiausaha agung Bersatu.
Muhyiddin dilaporkan memetik Fasal 13.9 perlembagaan parti Bersatu untuk menamatkan perkhidmatan Marzuki di dalam parti itu.
Bagaimanapun, Dr Mahathir dalam surat itu menegaskan Fasal 13.9 Perlembagaan Bersatu memang memperuntukkan kuasa atau tugas melantik setiausaha agung kepada presiden tetapi dengan syarat: "Selepas berunding dengan pengerusi parti."
"Maksud dan aplikasi berunding di dalam konteks ini bukan hanya setakat presiden memaklumkan pengerusi tetapi ianya mesti mencapai perbincangan yangbersungguh-sungguh antara presiden dengan pengerusi parti berkenaan urusan melantik pegawai-pegawai (tertinggi parti) tersebut," katannya.
Menjelaskan lanjut, Dr Mahathir yang dilantik semula sebagai pengerusi Bersatu tanpa bertanding pada Isnin lalu berkata "presiden adalah pada setiap masa material" mesti berunding dengannya parti sebelum apa-apa tindakan dan keputusan pemberhentian boleh dibuat.
"Di dalam situasi pemberhentian Marzuki Yahya tersebut daripada jawatan setiausaha agung bersatu oleh Tan Sri (Muhyiddin Yassin), tiada sebarang rundingan telah dilakukan antara Tan Sri (Muhyiddin) dengan saya selaku pengerusi parti," kata Mahathir lagi.

Menteri Dalam Negeri Hamzah Zainuddin dilantik sebagai setiausaha agung parti.
Mahathir juga tidak bersetuju dengan pelantikan setiausaha agung Bersatu yang baru yang dilantik Muhyiddin bagi menggantikan Marzuki.
"Saya selaku pengerusi dengan ini memaklumkan bahawa melalui pemakaian fasal-fasal perlembagaan parti sebagaimana dinyatakan di atas, saya tidak bersetuju dengan cadangan Tan Sri (Muhyiddin Yassin) untuk melantik Hamzah Zainudin sebagai setiausaha agung parti yang baru," jelasnya.
Terdahulu, Marzuki yang dihubungi Malaysiakini mengesahkan menerima surat pemecatan itu.
Diminta mengulas sebab pemecatannya, Marzuki sekadar menjawab: "Saya pun tak tahu, tanya dia (Muhyiddin) lah."
Marzuki juga berkata beliau tidak akan membuat rayuan.

Susulan 'Langkah Sheraton' yang menyaksikan kejatuhan kerajaan PH dan Muhyiddin berjaya perdana menteri, hubungan antara pengerusi dan presiden Bersatu itu menjadi renggang menyebabkan wujud dua kem di dalam Bersatu.
Muhyiddin mengetuai sekumpulan ahli parlimen Bersatu, bersama MP yang keluar PKR diketuai oleh Azmin Ali, membentuk kerajaan persekutuan bersama Umno, PAS, GPS dan beberapa yang lain.
Sementara itu, Mahathir mendapat sokongan kumpulan anggota Bersatu yang lain termasuk beberapa ahli parlimen, antaranya Dr Maszlee Malik dan Ketua Pemuda Syed Saddiq Syed Abdul Rahman.
Malaysiakini


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://bankami.blogspot.com/2020/03/politik-kejap-muhyiddin-bikin-mahathir.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Ag Pilihan Muhyiddin Disokong Ramai Ag Pilihan Mahathir Lebih Latikan Politik

Ag Pilihan Muhyiddin Disokong Ramai Ag Pilihan Mahathir Lebih Latikan Politik

papar berkaitan - pada 7/3/2020 - jumlah : 285 hits
PETALING JAYA Hakim Mahkamah Persekutuan Idrus Harun ialah pilihan tepat untuk jawatan peguam negara kerana beliau serba boleh kata bekas hakim Mahkamah Persekutuan Gopal Sri Ram Beliau berkata Idrus pernah memegang pelbagai jawatan ketika ...
Perebutan Bersatu Tun Mahathir Tak Mampu Kalahkan Ts Muhyiddin

Perebutan Bersatu Tun Mahathir Tak Mampu Kalahkan Ts Muhyiddin

papar berkaitan - pada 21/3/2020 - jumlah : 255 hits
DI DALAM surat beliau kepada Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini Tun Dr Mohamad menyifatkan pemberhentian Datuk Wira Marzuki Yahya daripada jawatan Setiausaha Agung BERSATU adalah tidak sah dan atau wajar diketepikan Alasan yang diberikan ole...
Gendang Perang Muhyiddin Disambut Mahathir Ditengah Kuatkuasanya Larangan Pergerakan

Gendang Perang Muhyiddin Disambut Mahathir Ditengah Kuatkuasanya Larangan Pergerakan

papar berkaitan - pada 21/3/2020 - jumlah : 524 hits
Tengahari tadi tersebar laporan media yang menyebut Muhyiddin Yassin selaku Presiden Bersatu telah memecat Marzuki Yahya selaku Setiausaha Agung parti itu Surat pemecatan itu bertarikh 18 Mac tetapi dikatakan hanya disampaikan kepada Marzuk...
Mahathir Hantar Muhyiddin Untuk Bunuh Perikatan Nasional

Mahathir Hantar Muhyiddin Untuk Bunuh Perikatan Nasional

papar berkaitan - pada 13/3/2020 - jumlah : 240 hits
Nampaknya Tun Dr Mahathir Mohamad dan Muhyiddin Yassin hanya bermain wayang untuk bunuh Anwar Ibrahim Apabila parlimen dibubar dan PRU15 diadakan nanti Muhyiddin dan PPBM akan kembali ke Pakatan Harapan dan Anwar akhirnya akan membawa PKR m...
Mahathir Tak Boleh Beza Najib Dengan Muhyiddin Geram Atau Nyanyuk

Mahathir Tak Boleh Beza Najib Dengan Muhyiddin Geram Atau Nyanyuk

papar berkaitan - pada 10/3/2020 - jumlah : 362 hits
Bersatu sudah pecah dua satu ikut Mahathir satu lagi ikut Najib Ini mesti terlalu rindu Najib asyiik sebut Najib aje Dia tak boleh bezakan Najib dengan Muhyiddin Marah kepada Najib melebihi marah kepada Anwar Tapi Najib cool aje dengan oran...
Muhyiddin Tidak Khianat Kata Mahathir Habis Kenapa Bangang Sangat Ph Nak Jelajah Kononnya Muhyiddin Pengkhianat

Muhyiddin Tidak Khianat Kata Mahathir Habis Kenapa Bangang Sangat Ph Nak Jelajah Kononnya Muhyiddin Pengkhianat

papar berkaitan - pada 13/3/2020 - jumlah : 355 hits
KUALA LUMPUR 12 Mac Datuk Seri Najib Razak memohon penjelasan Pakatan Harapan rasional mengadakan jelajah seluruh negara Bekas perdana menteri berkata Tun Dr Mahathir Mohamad sendiri mengakui Tan Sri Muhyiddin Yassin tidak curang dalam meng...
Anwar Membawa Falsafah Politik Liberal Sinis Mahathir Drama Seronok Ni

Anwar Membawa Falsafah Politik Liberal Sinis Mahathir Drama Seronok Ni

papar berkaitan - pada 12/3/2020 - jumlah : 274 hits
Orang Melayu tak boleh terima Anwar kerana falsafah politik liberal dakwa Dr MAntara sebab orang Melayu tidak boleh menerima Presiden PKR Anwar Ibrahim kerana ideologi politiknya yang liberal dakwa bekas perdana menteri Dr Mahathir Mohamad ...
Betul Ke Mahathir Memberikan Syarat Mukhriz Sebagai Tpm Untuk Dia Sokong Muhyiddin Dan Pn

Betul Ke Mahathir Memberikan Syarat Mukhriz Sebagai Tpm Untuk Dia Sokong Muhyiddin Dan Pn

papar berkaitan - pada 14/3/2020 - jumlah : 372 hits
Isu 1Mengikut maklumat awal apabila Dewan Rakyat bersidang pada 5 Mei 2020 nanti usul undi tidak percaya akan dilakukan oleh Pakatan Harapan yang diketuai Mahathir semasa itu terhadap kerajaan baharu PN dan sekiranya ini berlaku besar kemun...
Rent A Mechanical Bull For The Ultimate Event Experience

Bufet Ramadan 2025 Bazar Citarasa Kita At Ballroom Palm Garden Hotel Putrajaya

Ulasan Entri Ke Empat Akhirat Dikejar Dunia Jangan Lupa

Home Office In Tashkent A Harmonious Fusion Of Functionality And Warmth

Abstaining From Vote Not The Same As Rejection Pn Mp Tells Govt

Rafizi Dedah Cerita Bagaimana Kerjasama Malaysia Arm Tercetus

Resepi Laksa Lemak Kedah Bahan Bahan 1 Tin Sardin Buang Sos Dan Cuci

Madani Gov T Sending Palestinian Kids To International School Are The Expenses Borne By M Sian Taxpayers


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Leadership In Building A Startup

Menu Berbuka Puasa

Makan Berlebihan Itu Zalim Zalim Pada Diri Sendiri Tv Ppim 05 03 2025

Lirik Lagu Raudah Hafiz Hamidun

Telefilem Detik Waktu

Senarai Rawatan Hoarding Disorder Atau Penyakit Orang Suka Simpan Barang Dalam Rumah