Harap Masyarakat Islam Membenci Rasuah Sama Seperti Mereka Benci Daging Babi


Tajuk asal : Tabayyun pada Tabligh


ULASAN | Rutin saya membesar dalam keluarga yang terbiasa dengan usaha dakwah dan Tabligh. Kami akan adakan majlis taklim selepas Isyak, atau selepas Subuh pada Ramadan.

Semasa majlis taklim itu, biasanya kami dengarkan bacaan kitab tentang hadis.

Sayidina Abu Musa RA berkata, para sahabat bertanya: “Ya Rasulullah yang mana satulah keislaman seseorang yang paling afdal?” Rasulullah SAW menjawab: Keislaman seseorang yang apabila orang-orang Islam lain berasa terselamat daripada (keburukan) tangan dan lidahnya.” (Bukhari)

Selepas pembacaan kitab, kami akan bermuzakarah sekeluarga. Itulah kebiasaan kami lebih dari 20 tahun yang lalu.

Apabila saya didengarkan “kisah-kisah” atau “kata-kata” kedegilan peserta ijtimak Tabligh (nama rasminya ialah Jord Qudhama dan Ulama), dari melakukan saringan kesihatan, saya berasa ralat berbaur pelik dan marah.

Ralat dan pelik kerana bagi saya, kebiasaannya orang yang sudah lama dalam usaha dakwah ini punya sifat bertanggungjawab yang amat tinggi. Mereka seharusnya sudah terbiasa dengan hadis yang bukan sedikit menyuruh agar kita mengelakkan mudarat diri dari masyarakat sejagat.

Jika itu pun tidak cukup, tarbiah usaha dakwah itu banyak sekali yang menyuruh ke arah ini. Sehalus-halus perkara - malah dalam pemilihan kata-kata dan tona suara pun - jadi benda berat ditarbiahkan dalam Tabligh.

Hal ini supaya manusia akan berasa mereka berada dalam daerah paling selamat. Jord Qudama dan Ulama itu secara umumnya bermaksud orang lama.

Dua kali buat saringan

Seandainya budak muda seperti saya yang baru berusia lewat 20-an pun sangat sensitif akan perkara begini, contoh yang lebih sepatutnya ditunjukkan oleh “orang lama-lama”.

Oleh itu, kepelikan inilah yang menjadikan saya menyoalkan bahawa benarkah kisah-kisah dan kata-kata ingkar itu?

Atau ia hanya hikayat orang luar yang cuba membela Tabligh tetapi hujah dan kata-katanya hanya memberi nama buruk kepada kami?

Saya sendiri bermula daripada mendengar khabar lalu bertanya apakah panduan untuk kami peserta majlis berkenaan?

Saya melalui bukan sekali - tetapi dua kali - saringan kesihatan di Hospital Shah Alam dan kemudian di klinik kesihatan. Ia perlu dilakukan kerana saya memerlukan bukti bertulis untuk disediakan kepada majikan.

Hal ini saya lakukan dalam keadaan saya tidak mengalami sedikit pun simptom yang dapat dikaitkan dengan Covid-19.

Dan seandainya benar ada individu yang ingkar - dan mereka itu orang lama - maka kemarahan saya memang benar. Saya masih ingat, sewaktu masih menjadi mahasiswa, dalam kereta Encik Li, kami menuju ke markas Ipoh.

Pensyarah UiTM itu meluahkan rasa tidak setujunya kepada orang yang mengingkar undang-undang mewajibkan pemakaian topi keledar kerana berserban.

Kata beliau, jika kita tidak mampu taat kepada undang-undang dunia yang mudah, bagaimana kita hendak taat pada undang-undang akhirat yang lebih berat?

Pesan ayah yang sangat berakar dalam kepala saya ke hari ini: “Kalau kita tidak dapat sempurnakan usaha agama ini, kita jangan jadi contoh yang buruk, yang akhirnya memberi sangkaan jahat kepada orang lain yang mahu sempurnakan usaha dakwah ini.”

Saya sedar ada yang cuba membela kami. Namun ada antara mereka adalah umpama tikus membaiki labu apabila mencorakkan kami dengan hujah politik atau agama yang tidak kena pada tempatnya.

Sedarkanlah diri sendiri

Insya-Allah, kami semua sudah dan sedia bekerjasama. Hujah-hujah politik seperti "Ini salah kerajaan PH kerana membenarkan orang China masuk" kini lompang kerana kebanyakan kluster sumber Covid-19 sekarang adalah daripada warganegara Malaysia yang datang dari negara berisikio.

Saya masih teringat semasa malamnya ada Bayan Maghrib (ceramah). Pak cik di sebelah saya menyatakan rasa bersyukur teramat sangat apabila mendapat tahu Muhyiddin Yassin menjadi perdana menteri, sedang saya bercampur sinikal dan sedih orangnya bukan Anwar Ibrahim.

Kepada yang kiri - atau yang di tengah tapi punya kecenderungan ke kiri - berlaku adillah kepada kami. Majlis di Masjid Seri Petaling itu berlaku dua minggu lepas.

Pada tarikh yang lebih kurang sama ada 30,000 orang orang menonton perlawanan Piala Sumbangsih di selatan tanah air.

Sewaktu majlis di kemuncaknya, hanya dua kes masih aktif di Malaysia, lebih 20 kes sudah dirawat. Malaysia belum tahu pun akan wujud gelombang kedua.

Selain itu, sedar-sedarkanlah diri. Orang yang dikatakan Tabligh itulah yang melihat kamu sebagai manusia biasa berbanding manusia pendosa. Yang mengenali kamu sebagai umat, bukan sebagai liberal, sekular, LGBT atau apa-apa gelar yang jahat.

Mereka yang lebih kisah tentang kemanusiaan penghuni kelab malam dan jalanan, daripada memberi cadang supaya mereka itu dihududkan.

Berilah mereka sedikit "benefit of the doubt". Mereka mungkin orang yang berada di tengah kisah cubaan menghubungkan kumpulan kiri dan kanan tanpa perlu melaga-lagakan.

Semasa artikel ini ditulis, berdasarkan maklumat rasmi, lebih kurang 5,000 peserta sudah dikenal pasti dan lebih 3,000 sudah melakukan pemeriksaan kesihatan.

Saya sendiri berada pada hari akhir tempoh kuarantin (biasanya 14 hari). Seandainya ada seseorang yang zahirnya nampak macam "orang Tabligh” tetapi tidak mengkuarantinkan diri, kemungkinan besar mereka tidak pun hadir di ijtimak tersebut.

Bertabayunlah dengan bertanya kepada mereka sebelum membuat status yang lantang di media sosial untuk menunjuk diri bukan calang-calang.

Seperti yang saya sebut tadi, majlis itu sepatutnya untuk “orang lama” maka orang baru berjinak-jinak tidak pun diundang secara rasmi untuk hadir.

Dan orang lama yang sudah ditarbiah dengan dakwah kasih sayang itu tidak sepatutnya memiliki sifat begitu kejam untuk mendatangkan mudarat pada diri, keluarga dan umat.

Seandainya kamu bertabayun tentang perihal majlis tersebut, kamu akan tahu majlis itu dijalankan dengan penuh tanggungjawab. Punya pasukan perubatannya, keselamatannya, malah pengurusan lalu-lintasnya.

Pihak polis pun menolong mengerahkan lebih 24 anggota untuk menjaga keselamatan. Bagaimana sifat tanggungjawab ditunjukkan sewaktu majlis tersebut, insya-Allah sifat yang sama kami akan cuba tunjukkan waktu-waktu kritikal begini.

****
FIRDAUSI FAUZI ialah Melayu yang berharap masyarakat Islamnya membenci rasuah sama seperti mereka benci kepada daging babi, dan berasa hina berperangai rasis.-Malaysiakini



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://majalahwarisan.blogspot.com/2020/03/harap-masyarakat-islam-membenci-rasuah.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Demokrat Semangat Omnibus Law Sama Seperti Program Sby Dulu

Demokrat Semangat Omnibus Law Sama Seperti Program Sby Dulu

papar berkaitan - pada 6/3/2020 - jumlah : 158 hits
Syarief membantah pertemuan itu membahas kemungkinan Demokrat bergabung dengan koalisi pemerintah Jokowi Ma ruf Demokrat dan Golkar sepakat mendukung kebaikan bangsa dengan cara berbeda
Tak Sama Seperti Influenza Ini Penjelasan Ahli Soal Covid 19

Tak Sama Seperti Influenza Ini Penjelasan Ahli Soal Covid 19

papar berkaitan - pada 9/3/2020 - jumlah : 243 hits
Virus influenza itu misalnya H5N1 H1N1 H3N9 kalau tidak salah Tapi Corona virus itu keluarga besar lain Jadi tidak bisa disamakan Walaupun gejalanya sama ungkapnya
Transformasi Si Biri Biri Sebelum Dan Selepas Mandi Lihatlah Betapa Gebunya Mereka Seperti Rasa Hendak Peluk Sahaja

Transformasi Si Biri Biri Sebelum Dan Selepas Mandi Lihatlah Betapa Gebunya Mereka Seperti Rasa Hendak Peluk Sahaja

papar berkaitan - pada 22/3/2020 - jumlah : 351 hits
Pasti ramai yang bersetuju apabila dikatakan biri biri merupakan antara spesies yang sangat comel Kita bukan sahaja geram melihat telatah lucu mereka tetapi fizikal mereka yang gemuk beserta bulu yang tebal pasti akan buatkan sesiapa pun ge...
Ditanya Daging Seperti Apa Yang Enak Sumanto Jawab Daging Seperti Pak Menteri

Ditanya Daging Seperti Apa Yang Enak Sumanto Jawab Daging Seperti Pak Menteri

papar berkaitan - pada 22/3/2020 - jumlah : 127 hits
Masa lalu kelam Sumanto kanibal asal Desa Pelumutan Purbalingga Jawa Tengah ini tetap menghantui pikiran masyarakat hingga saat ini Terbukti warga yang tinggal di sekitar lokasi Sumanto banyak pindah rumah setelah Sumanto bebas dari hukuman...
Seperti Dirasuk Syaitan Mereka Asak Dr M

Seperti Dirasuk Syaitan Mereka Asak Dr M

papar berkaitan - pada 4/3/2020 - jumlah : 326 hits
A Kadir Jasin Apabila Dr Mahathir Mohamad memberitahu saya yang Muhyiddin Yassin mengaku dia anak orang alim bagi membuktikan dia orang baik jawapan saya mudah saja Hanya syaitan bodoh saja menghasut anak orang jahat atau orang yang tidak a...
Kehidupan Masyarakat Indonesia Masa Islam

Kehidupan Masyarakat Indonesia Masa Islam

papar berkaitan - pada 21/3/2020 - jumlah : 142 hits
Masuknya agama Islam ke nusantara antara lain melalui perdagangan interaksi sosial dan proses pengajaran Agama Islam telah berangsur datang ke tanah air kita ini sejak abad pertama abad ke 7M dibawa oleh saudagar saudagar Islam yang intinya...
Adakah Karier Politik Dr Mahathir Akan Berakhir Sama Seperti Dato Onn Jaafar

Adakah Karier Politik Dr Mahathir Akan Berakhir Sama Seperti Dato Onn Jaafar

papar berkaitan - pada 22/3/2020 - jumlah : 884 hits
UMNO ditubuhkan pada 11 Mei 1946 sewaktu Kongres Melayu Ketiga yang diadakan di Johor Bahru Dato Onn Jaafar telah dilantik sebagai Presiden UMNO yang pertama setelah beliau berjaya menonjolkan diri sebagai seorang pemimpin yang tegar memper...
Ini Strategi Korea Selatan Tangani Wabah Corona Tanpa Isolasi Seperti China Italia

Ini Strategi Korea Selatan Tangani Wabah Corona Tanpa Isolasi Seperti China Italia

papar berkaitan - pada 14/3/2020 - jumlah : 187 hits
Korea Selatan adalah salah satu negara di luar China dengan jumlah kasus virus corona tertinggi di dunia Namun dalam sepekan terakhir negara ini berhasil menurunkan jumlah kasus infeksi dengan sejumlah kebijakan yang mengedepankan penggunaa...
Kalau Tak Menipu Tak Nama Parti Amanah Khalid Samad Tidak Dipukul Seperti Didakwa Kata Polis

Kalau Tak Menipu Tak Nama Parti Amanah Khalid Samad Tidak Dipukul Seperti Didakwa Kata Polis

papar berkaitan - pada 15/3/2020 - jumlah : 330 hits
KUALA TERENGGANU Bekas Menteri Wilayah Persekutuan Khalid Abdul Samad membuat laporan polis selepas diprovokasi oleh sekumpulan individu pada Jumaat Kejadian dipercayai berlaku sekitar pukul 10 45 malam selepas Pengarah Komunikasi Parti Ama...
Pas Mocks Madani Gov T After Pmx Loosely Faulted Rushed Flawed Trials Of High Profile Cases Post 2018 Ge

Sah Kes Najib Razak Cacat

Icac Found No Case Rahman Dahlan Defends Musa S Appointment

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Tenure Of Sabah Sarawak S Top Judge Extended Says Source

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


10 Proven Strategies For Raising Resilient Kids

Fort Kemar Pusat Operasi Di Tengah Belantara

10 Laluan Penerbangan Antarabangsa Tersibuk Di Dunia Bagi Tahun 2024

Prosedur Pengesahan Lafaz Cerai

Duna Dara Asam Maram Chord

Terima Kasih Allah Kerana Menjadi Satu Satunya Harapanku Khaby Lame Tunai Ibadah Umrah Di Mekah