Adakah Homestay Anda Sesuai Untuk Tetamu Yang Datang Atas Urusan Kerja



Melalui laman web Airbnb, kita boleh belajar macam-macam perkara dan strategi untuk jadi pengusaha bisnes homestay yang berjaya.
 
Salah satu perkara yang menarik perhatian saya ialah tentang istilah “for work” ataupun “work friendly” listing (untuk kerja). Untuk pengetahuan anda, bukan semua homestay atau guesthouse yang tersenarai di laman web airbnb akan mempunyai title work friendly.
 
Rupa-rupanya ada beberapa syarat yang perlu kita penuhi sebelum homestay milik kita itu nanti layak untuk diklasifikasikan sebagai work friendly apabila dibuat penyenaraian melalui laman web Airbnb.

Untuk versi rasmi dari pihak airbnb sendiri, anda boleh baca menerusi pautan ini.
 
Sebelum homestay milik anda layak untuk mendapat title ini, ada beberapa kriteria yang perlu dicapai terlebih dahulu. Ini adalah antara perkara yang anda perlu capai.

 
(1) Ruang penginapan Menurut maklumat yang kita boleh baca menerusi laman web Airbnb itu sendiri,
“Jenis kediaman yang layak adalah seperti berikut: rumah, pangsapuri, banglo, kabin, chalet, rumah bandar, vila, rumah tumpangan, loteng, kondominium, hotel, atau inap sarapan.“
 
Dari laman web airbnb, kita selaku pengguna boleh buat tempahan pelbagai lagi jenis tempat penginapan. Ada antaranya yang memang unik dan mungkin tak terdapat di Malaysia.
 
Sebagai contoh, di airbnb juga ada rumah dari jenis tree house, boat house, farm house, camping site dan sebagainya. Ruang kediaman ini tidak begitu sesuai untuk masuk dalam kelompok untuk kerja. Jadi pihak airbnb telah mengeluarkan senarai yang biasanya memang disukai oleh tetamu yang datang menginap bagi tujuan kerja.
 
(2) Kemudahan yang disediakan Kriteria kedua yang perlu diberikan perhatian adalah mengenai kemudahan yang disediakan untuk tetamu. Perkara-perkara berikut adalah antara yang anda perlu sediakan.
 
i. Keperluan penting
Termasuk tisu tandas, tuala bersih, sabun, bantal, linen
 
ii. Sistem daftar masuk sendiri (self check in)
Tetamu boleh check in pada bila-bila masa mengikut kesesuaian masanya tanpa perlu menunggu tuan rumah. Kalau anda kata masa untuk daftar masuk bermula jam 3.00 petang, bermakna tetamu ini boleh masuk sendiri tanpa perlu hubungi tuan rumah.
 
Anda boleh menggunakan kotak kunci, papan kekunci, smartlock, atau dengan mendapatkan kunci atau akses daripada penjaga pintu atau atendan meja. Semua ini akan memudahkan tetamu untuk daftar masuk ke dalam rumah.
 
iii. Wifi
Sesetengah individu yang travel atas tujuan kerja, pasti memerlukan sambungan internet untuk memudahkan dia bekerja dimana-mana sahaja. Sambungan internet yang bagus bukan setakat untuk memberikan kepuasan dalam menonton saluran streaming video berbayar, pada masa yang sama ia sangat membantu untuk membuat kerja-kerja pejabat.

Kadang-kadang ada tetamu yang memang berniat untuk pergi bercuti. Tetapi kalau ada urusan penting yang datang dengan tiba-tiba, mempunyai wifi di guesthouse sangat membantu dia menyelesaikan urusan tersebut.
 
iv. TV
Televisyen merupakan kemudahan yang perlu ada dalam kediaman. Ini mungkin sebab orang yang travel untuk kerja, akan luangkan masa yang lebih panjang dalam rumah. Dengan adanya televisyen, jadi dia dapat sentiasa ikuti berita di tv dan dapat kurangkan rasa bosan dalam rumah.
 
v. Ruang kerja mesra laptop
Ada meja yang sesuai untuk letak laptop. Kerusi yang digunakan tidak terlalu keras dan selesa jika perlu duduk dalam tempoh masa yang agak panjang. Selain itu kena pastikan berdekatan dengan meja terdapat power point untuk mengecas laptop.
 
vi. Seterika
Ini untuk memastikan pakaian yang dibawa oleh tetamu sentiasa kelihatan rapi. Ada juga guesthouse yang mungkin pemiliknya terlupa nak sediakan seterika, ataupun hanya akan sediakan seterika jika diminta.
 
vii. Pengering rambut
Orang yang travel atas urusan kerja mempunyai jadual yang ketat. Menyediakan pengering rambut dapat menjimatkan masa tetamu itu tadi untuk bersiap.
 
viii. Penggantung baju (hanger)
Hanger ini nampak remeh, tapi percayalah ianya sangat penting bagi memastikan pakaian yang dibawa tidak cepat kedut. Kalau dapat sediakan dalam jumlah yang banyak lagi bagus.
 
(3) Ulasan dan maklum balas dari tetamu sebelumnya “Penyenaraian mesti mengekalkan penarafan keseluruhan 4.8 atau lebih tinggi sepanjang 365 hari sebelum ini, dengan 5 atau lebih ulasan.”
 
Untuk homestay yang baru nak disenaraikan di laman web airbnb, memang tidak akan dapat title for work ini. Homestay anda mestilah pernah menerima tetamu sekurang-kurangnya 5 orang sebelum ini dan mereka ini mesti pernah meninggalkan review tentang homestay anda.
 
(4) Peraturan untuk membatalkan tempahan Anda perlu menetapkan peraturan untuk membatalkan tempahan kepada fleksibel atau sederhana. Apabila kita mensasarkan tetamu yang datang menginap atas urusan kerja, kita kena siap sedia dengan kemungkinan yang mereka mungkin akan batalkan perjalanan tersebut.

Mungkin disaat-saat akhir, ada urusan lain yang lebih penting, ataupun mungkin mesyuarat yang dijadualkan berlangsung telahpun dibatalkan. Justeru, dah tak ada sebab untuk dia teruskan perjalanan dan penginapan di tempat anda.
 
Baiklah.
 
Anda mungkin tidak akan menggunakan laman web Airbnb untuk mempromosi dan mengiklankan bisnes homestay anda di internet. Tetapi setidak-tidaknya anda boleh ceduk serba sedikit ilmu dari laman web mereka.
 
Tak semestinya anda hanya mensasarkan tetamu yang nak datang sebab nak pergi kenduri kahwin, atau tetamu yang datang sebab nak bercuti di kawasan peranginan disekitarnya.
 
Anda juga boleh luaskan lagi target pelanggan dengan mensasarkan individu yang datang menginap atas urusan kerja. Cuma bila nak target tetamu seperti ini, kenalah sediakan kelengkapan yang sesuai untuk mereka.

Sekiranya anda minat nak mengetahui dengan lebih mendalam tentang bisnes homestay, mungkin anda boleh muat turun panduan ini.
 
Apabila anda menambahkan kelompok sasaran pelanggan untuk menginap di homestay anda, tindakan ini akan meningkatkan potensi pendapatan yang anda bakal raih dari perniagaan homestay yang anda jalankan.
 
Satu lagi, lepas ini anda bolehlah menambah pada ayat iklan anda yang homestay anda sesuai dan selesa untuk bekerja. Siapa tahu, mungkin akan ada tetamu yang selama ini hanya bekerja dari rumah, atau yang tidak mempunyai pejabat sendiri, akan memilih untuk bekerja dari homestay milik anda.
 
Jika memang terbukti homestay milik anda memang sesuai dan selesa untuk bekerja, tak mustahil untuk individu seperti ini untuk menyewa homestay anda bagi tujuan bekerja. Kalau dia nak sewa ofis, mungkin kena bayar mahal, atau kena bayar untuk 30 hari. Sedangkan dia cuma nak bekerja untuk 2 atau 3 hari sahaja.
 
Anda nampak peluang yang saya maksudkan?
 
 
The post Adakah homestay anda sesuai untuk tetamu yang datang atas urusan kerja? appeared first on Blog Sabree Hussin.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.sabreehussin.com/homestay-untuk-tetamu-atas-urusan-kerja/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Adakah Kerja Dari Rumah Sesuai Untuk Anda

Adakah Kerja Dari Rumah Sesuai Untuk Anda

papar berkaitan - pada 4/12/2018 - jumlah : 247 hits
Bagaimana kita boleh mengetahui sama ada adalah baik dan sesuai untuk kita atau sebaliknya Saya berpendapat kerja dari rumah ini bukan untuk semua orang Ada orang memang sesuai dan mungkin kita boleh katakan dia memang dilahirkan untuk beke...
Senarai Kerja Popular Untuk Pelajar Lepasan Spm Dan Yang Baru Menamatkan Pengajian Di Universiti

Senarai Kerja Popular Untuk Pelajar Lepasan Spm Dan Yang Baru Menamatkan Pengajian Di Universiti

papar berkaitan - pada 13/12/2018 - jumlah : 615 hits
Adakah anda baru habis peperiksaan SPM Atau adakah anda baru selesai menamatkan pengajian sama ada di peringkat Universiti mahupun kolej Pada ketika ini anda mungkin sedang mempertimbangkan untuk memulakan kerjaya anda Jika anda tidak mempu...
Saya Tak Campur Urusan Suami Dan Forteen

Saya Tak Campur Urusan Suami Dan Forteen

papar berkaitan - pada 23/11/2018 - jumlah : 119 hits
Isteri dah juga pengurus kepada Izzue Islam Awin enggan campur tangan dalam kemelut yang melanda kumpulan Forteen sekarang kerana bimbang timbul isu The post appeared first on
Kerja Gila Wanita Ini Berhenti Kerja Sebab Nak Menyusukan Teman Lelaki Setiap 2 Jam

Kerja Gila Wanita Ini Berhenti Kerja Sebab Nak Menyusukan Teman Lelaki Setiap 2 Jam

papar berkaitan - pada 13/12/2018 - jumlah : 597 hits
Adalah sesuatu yang normal untuk ibu menyusukan anaknya selepas dia melahirkan baby tersebut yelah sebab bayi kan perlukan susu ibu untuk makan dan membesar Tapi yang lain sikit Seorang wanita mengambil keputusan untuk berhenti kerja semata...
Empat Graduan Ipt Nekad Berhenti Kerja Untuk Tanam Cili Jana Pendapatan Rm60 000

Empat Graduan Ipt Nekad Berhenti Kerja Untuk Tanam Cili Jana Pendapatan Rm60 000

papar berkaitan - pada 13/12/2018 - jumlah : 494 hits
Empat graduan IPT nekad berhenti kerja untuk tanam cili jana pendapatan RM60 000Empat rakan karib yang mempunyai kelulusan dari pelbagai institusi pengajian tinggi dan institusi kemahiran tempatan nekad untuk mengusahakan sebidang tanah ter...
Umur Baru 15 Tahun Gaji Rm400 Ribu Sebulan Kerja Apa Yang Remaja Ini Buat

Umur Baru 15 Tahun Gaji Rm400 Ribu Sebulan Kerja Apa Yang Remaja Ini Buat

papar berkaitan - pada 13/12/2018 - jumlah : 866 hits
14 tahun Pada usia ini remaja bersekolah dalam tingkatan dua di sekolah menengah Mungkin masih tercari cari identiti dan masa depan kerana belum habis SPM lagi Sebahagiannya hanya tahu bermain games sweet sweet cinta dan sebahagian aktiviti...
Fahri Soal Pemindahan Kedubes Australia Ke Yerussalem Itu Bukan Urusan Kita

Fahri Soal Pemindahan Kedubes Australia Ke Yerussalem Itu Bukan Urusan Kita

papar berkaitan - pada 26/11/2018 - jumlah : 197 hits
Wakil Ketua DPR Fahri Hamzah mengomentari ucapan Calon Presiden nomor urut 02 Prabowo Subianto terkait keputusan Australia untuk pemindahan kedutaan besar dari Tel Aviv ke Yerussalem Menurut dia memang pada dasarnya pemindahan kedubes terse...
Pengalaman Kerja Sebagai Kitchen Helper Di Laura Medina Cafe Subang Bestari

Pengalaman Kerja Sebagai Kitchen Helper Di Laura Medina Cafe Subang Bestari

papar berkaitan - pada 12/12/2018 - jumlah : 1126 hits
Assalamualaikum Hai Kitchen Helper di Laura Medina Cafe Mungkin ada yang tahu mungkin ada yang tak Sebab Nad memang rahsiakan betul waktu Nad kerja jadi kitchen helper di Laura Medina Cafe ni Even parents Nad pun rasanya still taktahu lagi ...
Rancangan Perangkap Suami Makan Diri

Christmas From The Manger To The Margins

The Trophy Rat An All Conquering Rat Rod From America S Northwest

Gloomy Tanjung Tembeling

Should Public Caning Be Allowed As Pas Wants It Practised In All Pn States

Mana Satu Betul Tnb Maklum Pada Bursa Malaysia Kenaikan Diluluskan Kerajaan

Hukuman Sebat Enam Sebatan Buat Pesalah Khalwat Berulang

Budak Akmal Ni Agak Bangang Sikit Maaf Cakap Jujur


echo '';
Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Kenapa Manusia Suka Main Game Simulasi Rutin Harian

One In A Million 2024 Cara Undi Peserta Episod Mingguan Akhir 40 Keputusan Markah Musim 4 Di Tangan Penonton Saksikan Calpis Soda OIAM Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton

Kenapa Sambutan Krismas Disebut Sebagai Hari Natal

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Wanita Milik Kaiden Slot Akasia TV3


Percutian Satu Malam Di Hs Farmstay Muar

Flood Evacuations Soar With More Heavy Rain Expected

Netizens Shocked That A Majority Of Malaysians In Their 30s Have Under Rm10k In Savings

Indonesia Issues Aviation Warning As Mount Lewotobi In East Nusa Tenggara Erupts And Ashes Goes Above 2km

Bigwinauto

Ubat Tambah Darah Maltofer