Pengalaman Kerja Sebagai Kitchen Helper Di Laura Medina Cafe Subang Bestari
Assalamualaikum Hai
Kitchen Helper di Laura Medina Cafe. Mungkin ada yang tahu, mungkin ada yang tak. Sebab Nad memang rahsiakan betul waktu Nad kerja jadi kitchen helper di Laura Medina Cafe ni. Even parents Nad pun rasanya still taktahu lagi sampai sekarang 😂 Kalau Nad masih kerja and diorang tahu, mesti diorang suruh berhenti serta merta punya. And Nad kerja ni pun sebagai part time je.
Kisahnya bermula bila Nad duduk menyewa bilik sorang je dekat area Subang Perdana ni. So bila habis waktu kerja hakiki Nad pukul 5PM, Nad terus balik bilik sewa yang jaraknya hanya cuma 200 meter sahaja dari office hahaha. Tak sempat nak hadap jammed, tak sempat nak habis satu lagu pun dah sampai rumah. Ok let say la Nad sampai rumah pukul 6PM pun kan, ya Allah lama-lama habis idea dah nak buat apa waktu malam tu
Sampai lah Nad terfikir baik kerja part time kan dari buang masa waktu malam ni takde buat apa pun. Nad pun cari lah online kerja-kerja part time yang boleh buat dari rumah sahaja atau kerja yang luar waktu kerja hakiki Nad. Tiba-tiba ternampak dekat Facebook ada abang ni iklankan yang dia memerlukan kitchen helper sekian sekian. Nad try Google Maps alamat cafe, oh 10 minit je dari rumah Nad. Plus minus jammed waktu petang ada la dalam 20 minit jugak. Not bad, kira dekat la jugak. Waktu kerja start dari 6PM until 11PM. Timing ok dah. Salary RM6/sejam. Hmm pun ok jugak
Nad pun terus Whatsapp. Tapiii, sebelum Whatsapp, Nad Google dulu apa tugas-tugas kitchen helper 😂😂😂 Hahahaha. Sejenis tak pernah masuk dapur kan, gini lah jadinya. Basically, tugas sebagai kitchen helper ni dia macam potong-potong sayur, basuh pinggan, dan buat je apa yang chef suruh. So i think i can handle being a kitchen helper. Confident terus Whatsapp dan esok tu datang terus start kerja
Waktu permulaan kerja tu macam-macam lah. Nak tuang nasi bagi bentuk bulat cantik pun tak confident, nak potong sayur pun semua kena tunjuk demo dulu, jari dan tangan ni dah berapa kali kena kuali panas pun taktau, melecur kena wap nasi lah. Eh kenangan betul semua tu hahahah. Tapi dalam around 2 weeks je Nad dah expert ok. Yang penting kena buat kerja kemas dan pergerakan laju. Seriously Nad memang enjoy sangat kerja ni. Suka sangat
Boss pun sporting. Kadang Nad ada jugak masuk lambat sikit sebab kerja kan, kadang ada balik lewat jugak. Pastu kadang kita nak makan pun boss bagi makan free je. Kadang tu boss ajak makan ramai-ramai sesama staff dekat cafe lain. Gaji pun semua ok on time.
Oh and kat bawah ni Nad listkan TOP 4 Nad punya favourite makan dekatsana ok
1) Tauhu Chubby Chubby (Tauhu begedil)
RM7.90 | 5 pieces
Tauhu ni palinggg Nad suka sangat. Walaupun Nad kerja situ, tapi dekat kitchen tak pernah dapat rasa tauhu begedil ni tau. First time Nad rasa time Nad datang Laura Medina Cafe dengan adik Nad. Then kitaorang order tauhu begedil ni sebab teringin nak rasa. Sekali rasa weh pehhh sedap gila sumpah tak tipu. Memang sedap sangat!! Nad jenis tak tahan pedas, tapi sambal dia ni even pedas pun tetap makan jugak sedap punya pasal kan. Tauhu ni memang dorang sumbat segemuk yang boleh, sebab tu panggil chubby. Kalau bernasib baik, dapat lah isi ayam heheh
2) Ayam Korea Jeju
Ayam Korea Jeju | RM13.90Ayam Korea Jeju Cheesy | RM19.90
Actually, mula-mula tu Nad lebih suka ayam korea. Dengan rasa dia yang ala-ala Korean dan ada rasa madu sikit. But then, formula telah diubah. Rasa ayam korea yang terbaru lebih spicy, more to rasa sambal Melayu. Nad pulak tak boleh nak tolerate dengan rasa pedas tu. Kemudian keluar pulak menu yang lebih baru, ayam korea jeju. Baru food tasting session, terus jadi favourite Nad hahahha. Taktau nak describe camne rasa dia tapi sedap manis-manis gitu. Warna kuning eee taktau lah nak kata resepi rahsia apa dia pakai tapi rasa memang umph
3) Chicken Buttermilk
Chicken Buttermilk + Ice Lemon Tea | RM10
Buttermilk chicken pulak memang selalu Nad makan. Kadang Nad puasa so nak berbuka saja request dengan boss nak makan chicken buttermilk heheh. Tiap kali makan, ayam memang tak pernah habis. Memang tak kedekut la, ayam banyak, kuah buttermilk pun banyak. Cuma bagi Nad kadang-kadang macam pedas sikit. Bagi korang tak pedas kot
4) Cheezy Nachos
Tapi Nad tak jumpa gambar dan tak ingat harga dia 😩 Dia tabur mozarella cheese atas nachos dan panaskan lepastu tabur chili flakes. Aaaaa sedangkan nachos sahaja pun dah sedap gila. Apatah lagi bila disalut dengan cheese. Sedapnyaaaa!
Sebenarnya nak buat TOP 3, jer, tetibe teringat pulak dekat cheesy nanchos yang turut menjadi favourite Nad ni. Btw, burger-burger dekat Laura Medina Cafe ni pun semua sedap-sedap. Menu paling famous sekali adalah burger Monster! Daging dia tu homemade tau. Senang cerita mostly customers memang selalu order burger jugak kalau datang sini. Nad je kurang berminat dengan burger.
Haa kalau best sangat kerja kitchen helper dekat Laura Medina Cafe ni, kena quit kan. Nad kerja situ ada lah dalam 3 bulan jugak. Start bulan kedua tu Nad macam asyik demam je. Selang 2 minggu je demam. Stress jugak lah sebab nak sediakan makanan pastu nak kena cover batuk, cover selesema. Dengan pening kepala lagi. Sedangkan Nad jenis yang susah sangat nak demam. Waktu zaman study dulu, boleh kata setahun sekali je kot demam. So bila dah kerap sangat demam, Nad rasa punca Nad demam ni adalah disebabkan terlalu sibuk dan tak cukup rehat. Sebab Nad kerja 8AM to 5PM then sambung part time as kitchen helper 6PM to 11PM. Balik tidur. Esok ulang balik benda sama hahah.
And now, dah sebulan lebih Nad quit kerja part time ni. Setakat ni masih belum rasa boring lagi waktu malam. Nad cuba full kan waktu malam dengan aktiviti berfaedah sikit. Tapi most of the time pun cuma main phone and blogging jela hahahah. Dah taktau nak buat apa lagi untuk busy kan diri ni. Cuba suggest sikit korang selalu buat apa je waktu malam on weekday? 💬
All photos are from Laura Medina Cafe. Kita kerja so tak sempat nak amik gambar 😜
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://www.nadnary.com/2018/12/pengalaman-kerja-sebagai-kitchen-helper.html