Adakah Hamzah Dimaksudkan Kpn Guna Jet Peribadi Soal Ahli Parlimen Warisan




FMT Reporters -May 1, 2021 Ketegangan tercetus antara Ketua Polis Negara Abdul Hamid Bador dan Menteri Dalam Negeri Hamzah Zainudin baru-baru ini berhubung penukaran pegawai polis.KOTA KINABALU: Seorang bekas timbalan menteri mempersoalkan sama ada Menteri Dalam Negeri Hamzah Zainudin adalah individu yang dimaksudkan oleh Ketua Polis Negara Abdul Hamid Bador ketika menyebut tentang orang yang kerap menggunakan jet peribadi ke Sabah.
Ahli Parlimen Sepanggar, Azis Jamman dari Warisan berkata, Hamzah antara pemimpin yang kerap melawat Sabah sebelum pilihan raya negeri diadakan.
“Adakah KPN merujuk kepada Hamzah Zainuddin yang mana umum mengetahui, lawatan Hamzah ke Sabah membawa kepada sidang media dan pengumuman pertama yang dibuat oleh dua orang YB pada masa itu, mengumumkan sokongan kepada Perikatan Nasional?” soal beliau dalam kenyataan hari ini.
Beliau merujuk kepada Limus Jury dan James Ratib, dua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dari Upko yang sebelum itu berada dalam gabungan kerajaan Sabah.
Azis mendakwa, Hamzah kemudian mengadakan beberapa siri lawatan ke Sabah menggunakan jet peribadi untuk bertemu dengan bekas ketua menteri Sabah, Musa Aman.
Selepas itu, tambah beliau, terdapat pembelotan besar-besaran oleh penyokong kerajaan yang beralih kesetiaan kepada Musa, mendorong ketua menteri ketika itu, Shafie Apdal, mengadakan pilihan raya di negeri itu.
Semalam, Hamid bercakap mengenai bagaimana beliau memerangi rasuah dalam pasukan polis, tetapi dalam politik, rasuah berlaku “di mana-mana”.
Kata beliau, dalam politik, pemimpin “mabuk kuasa dan sedia membeli orang lain dan mengugut (yang enggan dibeli)”.
Ahli Pemuda Warisan membuat laporan di SPRM Kota Kinabalu hari ini susulan kenyataan Abdul Hamid Bador berkenaan campur tangan Hamzah Zainudin dalam urusan polis.“Bila ia membabitkan polis, mereka akan kata itu rasuah,” kata Hamid.
“Lihatlah tingkah laku orang politik. Naik jet peribadi, mana dapat duit naik ‘private jet’? Pergi ke seluruh Sabah dan tiba-tiba ada yang tukar sokongan.”
Aziz mendakwa, sebagaimana dilaporkan sebelum ini, terdapat usaha daripada kerajaan Perikatan Nasional (PN) untuk membeli dan mengugut wakil Warisan Plus.
Kata beliau, laporan polis sudah dibuat ADUN berkenaan yang didekati agen politik mengumpan untuk melompat parti.
Namun, katanya, tiada perkembangan berkenaan laporan itu setakat ini.
Azis, yang juga ketua Pemuda Warisan, juga bertanya sama ada Hamid turut merujuk kepada ugutan yang dibuat terhadap wakil rakyat Pakatan Harapan (PH) untuk menyertai PN.
“Umum mengetahui beberapa kes rasuah melibatkan beberapa pemimpin daripada kalangan PH telah dimulakan. Tekanan diberikan dan akhirnya beberapa siri lompatan berlaku.
“Persoalannya, hasil daripada lompatan tersebut, tiba-tiba siasatan terhadap para pemimpin tersebut menjadi senyap.
“Adakah ini yang dimaksudkan KPN, ada ugutan dibuat?” soalnya.
Azis juga ingin mengetahui sama ada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan terus menyiasat perkara ini susulan pendedahan serius yang dibuat Hamid.
“Kenyataan KPN tentang bagaimana ‘katak politik’ wujud ‘di sini’ ‘di sana’ perlu disiasat SPRM kerana selaku ketua pasukan polis, pastinya beliau tahu sesuatu yang wajar SPRM siasat,” kata beliau.
Tambahnya, sebagai bekas timbalan menteri dalam negeri, beliau bersetuju dengan saranan Hamid bahawa Suruhanjaya Perkhidmatan Polis (SPP) perlu diketuai oleh seseorang yang mempunyai kredibiliti dan integriti, serta tidak dipengaruhi oleh kuasa politik.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2021/05/adakah-hamzah-dimaksudkan-kpn-guna-jet.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Rci Untuk Adil Rehatkan Menteri Kdn Kpn Pengganti Ketika Hamzah Perlu Disiasat

Rci Untuk Adil Rehatkan Menteri Kdn Kpn Pengganti Ketika Hamzah Perlu Disiasat

papar berkaitan - pada 1/5/2021 - jumlah : 288 hits
MALAYSIA DATELINEBekas Timbalan Menteri Undang undang mencadangkan agar Datuk Seri Hamzah Zainudin Tan Sri Hamid Bador dan Datuk Seri Acryl Sani Abdullah direhatkan buat sementara sehingga siasatan ke atas mereka selesaikan dijalankan Cadan...
Guna Dana Kwan Tunjuk Kerajaan Kurang Usaha Kata Ahli Ekonomi

Guna Dana Kwan Tunjuk Kerajaan Kurang Usaha Kata Ahli Ekonomi

papar berkaitan - pada 28/4/2021 - jumlah : 410 hits
April 28 2021 Pakar berkata kerajaan boleh sahaja mengumpulkan dana RM3 bilion melalui cara lain termasuk meminta belanjawan tambahan atau sumbangan daripada orang awam atau sektor korporat PETALING JAYA Langkah kerajaan menggunakan dana Ku...
Kpn Bidas Campurtangan Hamzah Dalam Hal Polis

Kpn Bidas Campurtangan Hamzah Dalam Hal Polis

papar berkaitan - pada 1/5/2021 - jumlah : 209 hits
Nicholas ChungKUALA LUMPUR Ketua Polis Negara Abdul Hamid Bador membuat kejutan apabila mendakwa Menteri Dalam Negeri Hamzah Zainudin menyalahgunakan kedudukannya untuk campurtangan dalam urusan polis Hamid berkata demikian kepada pemberita...
Kes Pukul Pengawal Peribadi Kerana Berpuasa Ahli Perniagaan Buat Pengakuan Tak Bersalah

Kes Pukul Pengawal Peribadi Kerana Berpuasa Ahli Perniagaan Buat Pengakuan Tak Bersalah

papar berkaitan - pada 22/4/2021 - jumlah : 454 hits
KLANG Seorang ahli perniagaan mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini atas lima pertuduhan termasuk memukul pengawal peribadinya dan mengeluarkan perkataan menghina agama Islam minggu lalu Tertuduh Chung Chee Yang 43 membuat pe...
Hamid Dedah Hamzah Mahu Guna Cawangan Khas Untuk Kepentingan Politik

Hamid Dedah Hamzah Mahu Guna Cawangan Khas Untuk Kepentingan Politik

papar berkaitan - pada 4/5/2021 - jumlah : 255 hits
Malaysiakini Bekas ketua polis negara Abdul Hamid Bador mendedahkan kisah di sebalik dakwaan bahawa Menteri Dalam Negeri Hamzah Zainudin melakukan campur tangan terhadap pelantikan pegawai kanan polis Hamid dipetik MalaysiaGazette mendakwa ...
Menteri Tidak Wajar Terima Tajaan Jet Peribadi Apa Pun Ianya Merupakan Rasuah Jawatan

Menteri Tidak Wajar Terima Tajaan Jet Peribadi Apa Pun Ianya Merupakan Rasuah Jawatan

papar berkaitan - pada 25/4/2021 - jumlah : 231 hits
Dengan kata mudah jika menteri itu hanya penjaja beliau takkan ditawarkan Jadi kenapa beliau boleh dapat Kerana pangkatnya Salah guna pangkat bererti menggunakan jawatan rasmi untuk kepentingan sendiri Mengikut definisi itu beliau telah mel...
Kuasa Di Tangan Ahli Parlimen Umno

Kuasa Di Tangan Ahli Parlimen Umno

papar berkaitan - pada 21/4/2021 - jumlah : 294 hits
Kuasa yang menentukan sama ada UMNO bakal menarik sepenuhnya sokongan parti itu daripada kerajaan Perikatan Nasional terletak di tangan ahli ahli Parlimennya dan bukan keputusan pucuk kepimpinan parti Sumber dalaman Majlis Kerja Tertinggi U...
Apa Yang Menghalang Presiden Umno Dari Mengeluarkan Arahan Kepada Ahli Parlimen Umno Untuk Menarik Sokongan

Apa Yang Menghalang Presiden Umno Dari Mengeluarkan Arahan Kepada Ahli Parlimen Umno Untuk Menarik Sokongan

papar berkaitan - pada 21/4/2021 - jumlah : 289 hits
Sudah hampir sebulan Peerhimpunan Agung UMNO 2020 melabuhkan tirainya dan ini juga bermakna Presiden UMNO DS Ahmad Zahid Hamidi diberikan mandat oleh perwakilan UMNO dari seluruh negara untuk mengeluarkan arahan pada bila bila masa supaya A...
9 Bilion Untuk Skechers Indeks Jatuh Dan Lonjakan Saham Asia

5 Cara Tuntutan Insurans Kemalangan Motosikal 2025

Masa Depan Keluarga Bahagia Di Laman Sendayan 2 Satu Kediaman Yang Luar Biasa

Sunner Museum By Atelier Alter Architects Blends Landform Design With Industrial Heritage

Meraikan 20 Tahun Seni Persembahan Malaysia Anugerah Seni Cameronian Boh Ke 20 Kembali

Anugerah Guardian Kecantikan Kesejahteraan 2025 Raikan Pilihan Sebenar Keyakinan Sebenar

Tri Suaka Feat Ary Goliath Tinggal Seribu Chord

Halal Wagyu Ramen Shinjuku Tei Shinjuku


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Apakah Rafizi Senasib Dengan Ghafar Baba

Membazir Beli Magnetic Eyelash

Yang Tumbuh Selepas Hujan

Gelombang Phk Landa Industri Media Kenapa

Replant Pokok Daun Rama Rama

Bersatu Terperangkap Permainan Kayu 3 Rakan Kongsi