Adakah Dosa Meninggalkan Solat Terhapus Dengan Menggantikannya



SOALAN:
Jika kita tinggal solat, kemudian kita qadha solat tersebut, adakah dosa solat itu terhapus ataupun tidak? Terima kasih.

JAWAPAN:
Kami mulakan kalam ini dengan firman Allah SWT:

إِنَّ الصَّلَاةَ كَانَتْ عَلَى الْمُؤْمِنِينَ كِتَابًا مَوْقُوتًا
“Sesungguhnya sembahyang itu adalah satu ketetapan yang diwajibkan ke atas orang-orang yang beriman, yang tertentu waktunya.” [Surah al-Nisa’ (103)]

Ayat ini merupakan salah satu dalil kefardhuan solat ke atas umat Islam seluruhnya. Solat menjadi zimmah (beban) ke atas orang Muslim sehinggalah dia menunaikannya melainkan wujudnya uzur Syar’ie yang menggugurkan kewajipan atau meringankannya, maka barangsiapa yang meninggalkannya disebabkan keuzuran seperti terlupa atau tertidur, maka hendaklah dia menggantikannya sebaik sahaja tersedar ataupun terjaga. Ini berdasarkan sabda Rasulullah SAW yang diriwayatkan oleh Anas bin Malik R.A:

«مَنْ نَسِيَ صَلَاةً فَلْيُصَلِّهَا إِذَا ذَكَرَهَا، لَا كَفَّارَةَ لَهَا إِلَّا ذَلِكَ»
“Sesiapa yang terlupa solat, maka hendaklah dia menunaikannya apabila dia teringat akannya. Tidak ada kaffarah untuknya melainkan hal tersebut.” [Riwayat al-Bukhari (597), Muslim (684)]

Adapun bagi mereka yang meninggalkan solat dengan sengaja yakni kerana mengingkari kewajipannya, maka kafirlah dia dan terkeluar daripada agama Islam. Manakala bagi mereka yang meninggalkan solat atas sebab malas atau melengah-lengahkannya, maka dia mendapat dosa dan hendaklah dia mengqadhakannya (menggantikannya) semula. [Lihat: al-Fiqh al-Manhaji; 1/103-104]

Perkara berkenaan hukum qadha bagi seseorang yang meninggalkan solat dengan sengaja, kami mentarjihkan pandangan bahawa wajib qadha bagi orang yang sengaja meninggalkannya.

Berbalik kepada persoalan yang diajukan berkenaan adakah dosa meninggalkan solat akan terangkat ataupun terhapus dengan perbuatan mengqadhakan solat. Seperti yang diketahui bahawa perbuatan meninggalkan solat dengan sengaja termasuk dalam dosa-dosa besar. [Lihat: Tafsir al-Qurtubi; 5/160]

Maka, dosa-dosa besar tidak akan terampun atau terangkat hanya dengan menggantikan solat fardhu namun perlu disertai dengan taubat kepada Allah SWT. Sebaliknya solat-solat fardhu hanya boleh mengangkat dosa-dosa yang kecil sepertimana hadith Rasulullah SAW:

«الصَّلَوَاتُ الْخَمْسُ، وَالْجُمْعَةُ إِلَى الْجُمْعَةِ، وَرَمَضَانُ إِلَى رَمَضَانَ، مُكَفِّرَاتٌ مَا بَيْنَهُنَّ إِذَا اجْتَنَبَ الْكَبَائِرَ»
“Solat lima waktu, dari (solat) Jumaat ke (solat) Jumaat yang lain dan dari (puasa) Ramadhan ke (puasa) Ramadhan yang lain adalah penghapus dosa-dosa kecil di antara waktu-waktu tersebut selama tidak melakukan dosa besar.” [Riwayat Muslim (233)]

Imam Ibn Rejab menyatakan dalam kitabnya bahawa sebahagian ulama’ berkata bahawa sesungguhnya solat menghapus dosa-dosa kecil dan dosa-dosa besar, tetapi jumhur ulama’ berkata bahawa solat tidak akan terhapus sekadar dengan menggantikan solat namun perlulah bersama-sama dengan taubat. [Lihat: Fath al-Bari; 4/221]

Perkara ini dikuatkan lagi dengan firman Allah SWT:

إِنْ تَجْتَنِبُوا كَبائِرَ مَا تُنْهَوْنَ عَنْهُ نُكَفِّرْ عَنْكُمْ سَيِّئاتِكُمْ وَنُدْخِلْكُمْ مُدْخَلاً كَرِيماً
“Jika kamu menjauhkan dosa-dosa besar yang dilarang kamu melakukannya, Kami akan ampunkan kesalahan-kesalahan (dosa kecil) kamu, dan kami akan masukkan kamu ke tempat yang mulia (syurga).” [Surah al-Nisa’ (31)]

Imam Ibn Kathir berkata di dalam tafsirnya bahawa jika seseorang itu menjauhi dosa-dosa besar (yang telah dilarang daripadanya), maka Allah SWT akan menghapuskan dosa-dosa kecilnya dan memasukkannya ke dalam syurga. [Lihat: Tafsir Ibn Kathir; 2/271]

Jelas di sini bahawa dengan menjauhi dosa besar atau secara mafhum mukhalafahnya (tidak meninggalkan solat) maka dapatlah ia menghapuskan dosa-dosa kecil.

Syeikh al-Islam Ibn Taimiyah ada berkata:

"والذين أمروه بالقضاء من العلماء لا يقولون إنه بمجرد القضاء يسقط عنه الإثم ، بل يقولون بالقضاء يخف عنه الإثم ، وأما إثم التفويت وتأخير الصلاة عن وقتها فهو كسائر الذنوب التي تحتاج إما إلى توبة وإما إلى حسنات ماحية ، وإما غير ذلك مما يسقط به العقاب".
“Ulama’ tidak mengatakan bahawa qadha semata-mata boleh menggugurkan dosa, tapi mereka katakan ia boleh mengurangkan dosa, namun dosa melewatkan atau meninggalkan solat maka ia adalah seperti dosa-dosa yang memerlukan kepada taubat atau kebaikan-kebaikan yang besar atau apa-apa yang boleh menggugurkan pembalasan.” [Lihat: Minhaj al-Sunnah; 5/233]

Penutup

Kesimpulannya, kami mengatakan bahawa dosa meninggalkan solat tidak akan terhapus hanya dengan menggantikannya sebaliknya perlu disertai dengan taubat, kembali kepada Allah SWT dengan menjauhinya, menyesal terhadap dosa yang dilakukan serta berazam dan bertekad untuk tidak mengulangi perbuatan tersebut.

Akhir kalam, semoga Allah memberikan kepada kita kefahaman dalam memahami agama, diberikan keringanan dan keikhlasan dalam beribadah, ditetapkan keimanan kita serta diberkati segala amal perbuatan kita.

Wallahua’lam.

Oleh: Ustaz Dr. Zulkifli Mohamad Al Bakri | Mufti Wilayah Persekutuan
+ Baca Respon Pembaca Di Facebook Oh! Media
Sumber: Oh! Media

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.terengganu11.com/2020/01/adakah-dosa-meninggalkan-solat-terhapus.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Keistimewaan Solat 9546

Keistimewaan Solat 9546

papar berkaitan - pada 14/1/2020 - jumlah : 338 hits
Keindahan solat Allah berfirman yang bermaksud Kehidupan dunia hanyalah kesenangan yang memperdaya Allahumma salli ala muhammadin wa ala ali muhammad kama sallayta ala ibrahima wa ali ibrahim innaka hamidun majid wabarik ala muhammadin wa a...
Solat Istikharah Sebelum Buat Perkara Haram

Solat Istikharah Sebelum Buat Perkara Haram

papar berkaitan - pada 14/1/2020 - jumlah : 272 hits
SOALAN Saya ada satu soalan berkenaan solat istikharah Yang saya belajar solat istikharah ini kita lakukan jika ingin membuat pilihan atau ingin memohon petunjuk setelah melakukan suatu perkara Soalan saya di sini adakah boleh melakukan sol...
Semoga Kita Berjaya Menghidupkan Sunnahnya Bukan Sahaja Dari Segi Puasa Solat Bahkan Candanya

Semoga Kita Berjaya Menghidupkan Sunnahnya Bukan Sahaja Dari Segi Puasa Solat Bahkan Candanya

papar berkaitan - pada 14/1/2020 - jumlah : 426 hits
Aku suka bergurau Tanya saja sesiapa yang rapat lebih lebih lagi adik beradikku memang dah masak dengan perangaiku Walaupun majoriti kalau orang melihat mukaku jenis yang serius muka yang susah nak senyum Bwahahahaha Gurauan bagi aku mampu ...
Solat Sunat Nikah Ada Dalam Sunnah Ke Ini Jawapan Mufti

Solat Sunat Nikah Ada Dalam Sunnah Ke Ini Jawapan Mufti

papar berkaitan - pada 13/1/2020 - jumlah : 602 hits
Mungkin ramai di antara kita masih keliru dengan adat selepas selesai akad nikah seperti solat sunat selepas nikah Sudah menjadi satu trend apabila pasangan pengantin melakukan solat sunat di masjid secara terbuka di hadapan orang ramai Isu...
Tips Sekiranya Terlepas Solat Subuh Kerana Tertidur

Tips Sekiranya Terlepas Solat Subuh Kerana Tertidur

papar berkaitan - pada 13/1/2020 - jumlah : 388 hits
SOALAN Ustaz saya selalu mengerjakan solat subuh di luar waktu yang sepatutnya kerana terlajak tidur Namun begitu saya tetap menunaikannya apabila terjaga dari tidur disusuli solat sunat Taubat Adakah perbuatan ini dibenarkan atau saya berd...
Anggaplah Ini Adalah Solat Yang Terakhir Sebelum Dikafankan 9566

Anggaplah Ini Adalah Solat Yang Terakhir Sebelum Dikafankan 9566

papar berkaitan - pada 15/1/2020 - jumlah : 318 hits
Bismillahi Walhamdulillah Assalamualaikum warohmatullahi wabarakotuh Allahhumma shalli ala Muhammad waala ali Muhammad Bismillahhirrohmannirrohim Allahhumma alhimna marashida umurina waaizna minsyururianfusina wamin sayyiati akhmalina Robbi...
Makan Steamboat Dapat Henna Free

15 Kafe Di Johor Bahru Instagrammble Muslim Friendly

Suspek Buruan Kes Samun Toreh Dicekup

A Botched Shot

Antara Projek Pungguk Rindu Bulan Tilapia M Sia Pro Hamas

Sarawak And Malaysia Can T Afford Escalating O G Disputes

Worldcoin Dan Ai

Sampul Duit Raya Menghargai Tradisi Dan Budaya


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Lara Kasih Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 2 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dhia Kasyrani Slot Akasia TV3


Enjoy The Rhythm Of Life A Nature Inspired Residence In Hefei China

Hopes Of The Chinese For Pn

Mara Beli Hartanah Terlebih Nilai Di Uk Australia Meskipun Ditolak Mof

Ikut Sop Tampal Lubang Jalan Dalam Tempoh 24 Jam Kkr Seru Syarikat Konsesi

Goatbet678

Olahraga Terbaik Untuk Penderita Diabetes Tipe 2