Solat Sunat Nikah Ada Dalam Sunnah Ke Ini Jawapan Mufti


Mungkin ramai di antara kita masih keliru dengan adat selepas selesai akad nikah seperti solat sunat selepas nikah. Sudah menjadi satu ‘trend’ apabila pasangan pengantin melakukan solat sunat di masjid secara terbuka di hadapan orang ramai.
Isu ini sudah dijelaskan oleh Mufti Wilayah Persekutuan untuk masyarakat Islam di Malaysia tahu akan adat dan hukum hakam agama. Satu persoalan telah dikemukakan oleh seorang pengguna media sosial kepada pihak mufti.
Sumber: baituljannah Soalan:
Adakah terdapat di dalam sunnah, solat sunat selepas akad nikah?
Ikuti penjelasan daripada mufti ini.
Jawapan
Alhamdulillah, segala puji bagi Allah SWT, selawat dan salam kepada junjungan besar Nabi Muhammad SAW, ahli keluarga baginda SAW, sahabat baginda SAW serta orang-orang yang mengikuti jejak langkah baginda SAW.
Terdapat beberapa athar daripada perbuatan Sahabat yang menunjukkan kepada perbuatan solat sunat selepas akad nikah namun yang dimaksudkan di sini bukanlah dilakukan secara langsung selepas akad nikah, namun ianya dilakukan ketika mana mendatangi dan menemui si isteri di dalam bilik. Solat ini dilakukan bersama-sama yang mana si isteri menjadi makmumnya. Ini sepertimana yang diriwayatkan oleh Ibn Abi Syaibah di dalam Musannafnya yang mana seorang lelaki telah datang berjumpa dengan Abdullah bin Mas’ud RA lalu berkata:
إِنِّي تَزَوَّجْتُ جَارِيَةً شَابَّةً، وَإِنِّي أَخَافُ أَنْ تَفْرَكَنِي قَالَ: فَقَالَ عَبْدُ اللَّهِ: إِنَّ الْإِلْفَ مِنَ اللَّهِ، وَالْفَرْكَ مِنَ الشَّيْطَانِ، يُرِيدُ أَنْ يُكَرِّهَ إِلَيْكُمْ مَا أَحَلَّ اللَّهُ لَكُمْ، فَإِذَا أَتَتْكَ فَمُرْهَا أَنْ تُصَلِّيَ وَرَاءَكَ رَكْعَتَيْنِ.
Maksudnya: Sesungguhnya aku telah berkahwin dengan seorang hamba perempuan yang masih dara dan aku takut dia akan membenciku. Berkata Abdullah bin Mas’ud: “Sesungguhnya rasa kasih sayang serta kelembutan itu daripada Allah, dan kebencian itu daripada syaitan. Dia (syaitan) mahu menyemai rasa kebencian kepada kalian apa yang telah Allah halalkan. Sekiranya kamu mendatangi isterimu, arahkan dia untuk solat dibelakangmu dua rakaat”.
Riwayat Ibn Abi Syaibah di dalam Musannafnya (17156)
Dalam sebuah athar yang lain diriwayatkan daripada Abu Sa’id maula Abu Usaid al-Ansari telah berkata:
تَزَوَّجْتُ وَأَنَا مَمْلُوكٌ , فَدَعَوْتُ نَفَرًا مِنْ أَصْحَابِ النَّبِيِّ – صلى الله عليه وسلم – فِيهِمْ ابْنُ مَسْعُودٍ وَأَبُو ذَرٍّ وَحُذَيْفَةُ – رضي الله عنهم – فَعَلَّمُونِي فَقَالُوا: إذَا أُدْخِلَ عَلَيْكَ أَهْلُكَ فَصَلِّ عَلَيْكَ رَكْعَتَيْنِ، ثُمَّ سَلْ اللهَ تَعَالَى مِنْ خَيْرِ مَا دَخَلَ عَلَيْكَ، وَتَعَوَّذْ بِهِ مِنْ شَرِّهِ، ثُمَّ شَأنَكَ وَشَأنَ أَهْلِكَ.
Maksudnya: “Aku telah berkahwin dan aku masih dalam keadaan seorang hamba yang dimiliki. Aku telah mengajak sebahagian sahabat Nabi SAW dan dikalangan yang hadir itu adalah Ibn Mas’ud, Abu Dzar dan Huzaifah R.Anhum. Mereka telah mengajarkanku dengan mengatakan: “Jika kamu masuk menemui isterimu, maka solatlah dua rakaat kemudian mintalah kepada Allah SWT kebaikan daripada isterimu dan mohonlah perlindungan daripada keburukan isterimu dan kemudian urusanmu dan juga isterimu”.
Riwayat Ibn Abi Syaibah di dalam Musannafnya (17153)
Berdasarkan dua athar di atas, sebahagian ulama’ mengatakan bahawa hukum solat sunat selepas nikah itu dibolehkan berdasarkan perbuatan para salaf. Oleh itu, melihat kepada nas athar di atas, ianya solat yang dilakukan di dalam bilik ketika si suami memasuki untuk bertemu, mendatangi si isteri dan bukannya dilakukan secara terbuka sejurus selepas nikah. Sekiranya tidak dilakukan, ianya juga dibolehkan.
Sebahagian ulama menggalakkan pelakuan solat sunat selepas nikah. Hal ini amat baik dalam memukadimahkan pembinaan rumah tangga agar menjadi ‘Baiti Jannati’ (rumahku syurgaku).
Wallahu a’lam.
 
Sumber: Mufti Wilayah Persekutuan
The post Solat Sunat Nikah Ada Dalam Sunnah Ke? Ini Jawapan Mufti appeared first on Siakap Keli.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://siakapkeli.my/2020/01/13/solat-sunat-nikah-ada-dalam-sunnah-ke-ini-jawapan-mufti/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Boleh Sah Ke Solat Sambil Dukung Bayi Ini Jawapan Mufti

Boleh Sah Ke Solat Sambil Dukung Bayi Ini Jawapan Mufti

papar berkaitan - pada 18/1/2020 - jumlah : 379 hits
Bagi ibu bapa yang mempunyai anak kecil pasti sering menghadapi fasa ketika mana si anak tidak dapat berenggang dengan mereka Jika hilang dari pandangan sebentar sahaja pun si kecil akan meraung bagaikan dipukul Hal ini pastinya menjadi dil...
Gerhana Bulan Berlaku Awal Pagi Esok Tiada Solat Sunat Khusuf Dilakukan

Gerhana Bulan Berlaku Awal Pagi Esok Tiada Solat Sunat Khusuf Dilakukan

papar berkaitan - pada 11/1/2020 - jumlah : 575 hits
Gerhana bulan berlaku awal pagi esok tiada solat sunat Khusuf dilakukan Jika sebelum ini rakyat di Malaysia telah berpeluang melihat sendiri fenomena gerhana matahari penuh berbentuk cincin pagi esok gerhana bulan pula terjadi lebih kurang ...
Kedudukan Saf Kanak Kanak Dalam Solat Jemaah Ini Penjelasan Mufti

Kedudukan Saf Kanak Kanak Dalam Solat Jemaah Ini Penjelasan Mufti

papar berkaitan - pada 3/1/2020 - jumlah : 785 hits
Masjid boleh mengajar kita erti persamaan Orang tua duduk di samping anak anak kecil orang kaya di samping orang miskin menteri di samping buruh pemimpin di sebelah rakyat dan ternyata kesemuanya tidak ada perbezaan di antara mereka Namun s...
Kelebihan Dan Hukum Melakukan Solat Sunat Istikharah Yang Ramai Salah Faham Selama Ini

Kelebihan Dan Hukum Melakukan Solat Sunat Istikharah Yang Ramai Salah Faham Selama Ini

papar berkaitan - pada 8/1/2020 - jumlah : 603 hits
Kelebihan Dan Hukum Melakukan Solat Sunat Istikharah Yang Ramai Salah Faham Selama Ini Pengenalan istikharah diajar oleh Rasulullah adalah sebagai meminta petunjuk daripada Allah taala dengan pilihan yang terbaik dalam setiap pekerjaan yang...
Cara Solat Sunat Dhuha Doa Dalam Rumi Serta Kelebihannya

Cara Solat Sunat Dhuha Doa Dalam Rumi Serta Kelebihannya

papar berkaitan - pada 10/1/2020 - jumlah : 8432 hits
Solat sunat dhuha adalah solat sunat yang digalakkan untuk dikerjakan serta mempunyai banyak kelebihan bagi mereka yang melaksanakannya Selain solat fardhu lima waktu yang wajib didirikan oleh umat Islam terdapat juga berbagai jenis solat s...
Asmara Pilu Wanita Bunuh Diri Suami Akui Penyuka Sejenis Motif Nikah Karena Cinta Ujungnya Sedih

Asmara Pilu Wanita Bunuh Diri Suami Akui Penyuka Sejenis Motif Nikah Karena Cinta Ujungnya Sedih

papar berkaitan - pada 10/1/2020 - jumlah : 322 hits
Pernikahan seorang wanita berusia 31 tahun hanya bertahan sampai enam bulan setelah menikah Seorang wanita lalu memutuskan juga bunuh diri setelah tahu fakta menyakitkan soal suaminya Padahal wanita tersebut telah lama berkarir sebagai seor...
7 Potret Vanessa Angel Dan Febri Ardiansyah Saat Nikah Secara Resmi

7 Potret Vanessa Angel Dan Febri Ardiansyah Saat Nikah Secara Resmi

papar berkaitan - pada 10/1/2020 - jumlah : 195 hits
Sempat disembunyikan kini Vanessa Angel ungkap siapa pria yang menikahinya Pria tersebut adalah Biblis alias Febri Ardiansyah Vanessa dan Biblis sudah lama menjalin hubungan sebagai pasangan kekasih Keduanya sempat mengaku sudah tidak bersa...
Nikah Guna Sindiket Tak Diiktiraf Majlis Agama Islam Thailand

Nikah Guna Sindiket Tak Diiktiraf Majlis Agama Islam Thailand

papar berkaitan - pada 10/1/2020 - jumlah : 444 hits
Bangunan Ibu Pejabat Majlis Agama Islam Pattani di Thailand foto HAZROL ZAINAL PATTANI Majlis agama Islam di tiga wilayah di selatan Thailand di sini tidak mengiktiraf pernikahan rakyat Malaysia yang dilangsungkan di sempadan Sungai Golok d...
Stres Dua Kali Gagal Nikah Lelaki Di Garut Pakai Sabu Lalu Diciduk Polisi

Stres Dua Kali Gagal Nikah Lelaki Di Garut Pakai Sabu Lalu Diciduk Polisi

papar berkaitan - pada 11/1/2020 - jumlah : 211 hits
Satuan Reserse Narkoba Polres Garut mengamankan seorang pria berinisial SU Ia kedapatan menggunakan barang haram jenis sabu di rumahnya SU mengaku stres karena sudah dua kali gagal menikah sehingga memilih menjadi pemakai narkotika
Plan Your Travels Dpm Says After Govt Ends Toll Free Rides During Festivities

Revision Of Mahb Takeover Terms Sets Unhealthy Precedent Says Wan Fayhsal

Richtech Digital Berhad Lancar Prospektus Ipo Pasaran Ace

Life S A Gift Pass It On Why You Should Donate Blood

Kenapa Mp Mp Umno Membisu Takut Kepada Dap

Wef2025 Misi Anwar Julang Asean Dan Malaysia Di Pentas Global

Anwar I Went Through Hell In Prison But Won T Treat Najib That Way

The Agc S Deafening Silence May Affect Malaysia S Reputation


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 10 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Suku Akhir

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 9 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Akad Yang Terlindung Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 9 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 8 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11


Beli Emas Harga Kilang Dengan Orodesign

Technology For Startup Growth

Husna Mira Tinggalkan Geng Makan

Kerepek Pisang Tanduk Kegemaranku

Masjid Seksyen 7 Shah Alam

Muslimah Physiotherapy Puchong