Adakah Dituntut Mengangkat Tangan Ketika Berdoa



SOALAN:
Perlukah saya mengangkat tangan semasa membaca doa sebelum tidur?

JAWAPAN:
Berdoa kepada Allah SWT merupakan satu ibadah yang dituntut. Para ulama' telah menyebutkan beberapa sebab-sebab yang menguatkan kemustajaban doa seseorang. Antara sebab tersebut adalah mengangkat tangan semasa berdoa.

Ini berdasarkan sebuah hadith yang diriwayatkan oleh Salman Al-Farisi R.A beliau berkata bahawa Rasulullah SAW bersabda:

إِنَّ اللَّهَ حَيِيٌّ كَرِيمٌ يَسْتَحِي إِذَا رَفَعَ الرَّجُلُ إِلَيْهِ يَدَيْهِ أَنْ يَرُدَّهُمَا صِفْرًا خَائِبَتَيْنِ
“Sesungguhnya Allah itu Maha Pemalu dan Maha Mulia. Dia malu sekiranya seorang lelaki itu mengangkat tangan ke arah-Nya (dalam berdoa), lalu Dia membiarkan kedua tangan tersebut kosong dan tertolak.” [Riwayat Al-Tirmidzi (3556)]

Syeikh ‘Ubaidullah al-Mubarakfuri dalam syarahan beliau berkata: “Pada hadith ini terdapatnya anjuran untuk mengangkat kedua tangan semasa berdoa dan kedua tangan tersebut dirapatkan.” [Rujuk: Mir’aat al-Mafatih Syarah Misykat al-Masabih (7/363)]

Berbalik kepada persoalan yang dikemukakan, kami menyatakan bahawa secara umumnya perbuatan mengangkat tangan semasa berdoa itu terbahagi kepada tiga kategori seperti berikut:

1. Doa Yang Dituntut Mengangkat Tangan Padanya

Dalam beberapa nas syarak menjelaskan beberapa kategori doa yang dituntut bagi seseorang itu untuk mengangkat tangan padanya. Antaranya adalah doa istisqa’ (memohon kepada Allah SWT agar diturunkan hujan).

Ini berdasarkan sebuah hadith yang diriwayatkan oleh Anas bin Malik R.A beliau berkata:

أَنَّ نَبِيَّ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم كَانَ لاَ يَرْفَعُ يَدَيْهِ فِي شَىْءٍ مِنْ دُعَائِهِ إِلاَّ فِي الاِسْتِسْقَاءِ حَتَّى يُرَى بَيَاضُ إِبْطَيْهِ
“Sesungguhnya Nabi SAW tidak mengangkat tangan baginda pada doa-doa baginda melainkan pada istisqa’, sehingga jelas kelihatan putihnya dua ketiak baginda SAW.” [Riwayat Muslim (895)]

Imam Ibn Battal ketika mensyarahkan hadith di atas beliau menukilkan pendapat yang menyebut: “Mengangkat kedua tangan semasa doa istisqa’ dan selainnya adalah mustahab (dituntut). Ini kerana ia zahir sikap rendah diri dan kehinaan serta menunduk diri kepada Allah SWT.” [Rujuk: Syarah Sahih al-Bukhari, Ibn Battal (3/21)]

Manakala berkenaan kenyataan Nabi SAW tidak mengangkat kedua tangan baginda ketika berdoa kecuali semasa istisqa’, Imam al-Nawawi menyatakan: “Keadaan sebenarnya tidaklah sedemikian. Kerana banyak riwayat yang sabit bahawa baginda SAW mengangkat kedua tangan dalam berdoa selain dari doa istisqa’. Maka ditakwilkan hadith ini kepada maksud Nabi SAW tidak mengangkat kedua tangan dengan begitu tinggi sehingga kelihatan putihnya ketiak baginda seperti mana yang baginda lakukan pada doa istisqa’.” [Rujuk: Syarah Al-Nawawi ‘ala Muslim (6/190)]

2. Doa Yang Tidak Dituntut Mengangkat Tangan Padanya

Manakala ada juga beberapa jenis doa yang tidak dituntut untuk seseorang itu mengangkat tangan padanya. Antaranya adalah doa istiftah atau iftitah yang dibaca oleh seseorang itu pada awal solat. Demikian juga doa yang terdapat di dalam bacaan surah al-Fatihah pada ayat yang keenam. Demikian juga doa-doa yang dibaca ketika sujud. Kesemuanya ini tidak dianjurkan untuk seseorang yang berdoa itu mengangkat tangan padanya.

3. Doa Yang Tidak Terdapat Anjuran Mengangkat Tangan dan Tidak Pula Dilarang

Dalam kategori ini, ia merujuk kepada majoriti doa-doa yang lain dari sudut hanya dianjurkan berdoa namun tidak disebutkan sama ada baginda mengangkat tangan atau tidak mengangkat tangan. Termasuk dalam kategori ini adalah doa sebelum tidur. Berdoa sebelum tidur adalah dituntut di sisi syarak dan sabit dari perbuatan baginda SAW.

Ini berdasarkan sebuah hadith yang diriwayatkan oleh Huzaifah Ibn al-Yaman R.A beliau berkata: Nabi SAW apabila menuju ke katil (untuk tidur) baginda membaca:

‏اللَّهُمَّ بِاسْمِكَ أَحْيَا وَأَمُوتُ
“Ya Allah dengan nama-Mu aku hidup dan aku mati.” [Riwayat Al-Bukhari (7394)]

Meskipun begitu, kesemua kategori doa ini secara asasnya digalakkan untuk seseorang yang membacanya untuk mengangkat tangan. Ini kerana mengangkat tangan adalah zahir kerendahan diri dan jiwa seorang hamba kepada Allah SWT. Demikian juga ia termasuk antara sebab kemustajaban doa seseorang.

Penutup

Sebagai kesimpulan, setelah kami meneliti beberapa nas dan hujahan di atas kami menyatakan bahawa disunatkan bagi seseorang itu untuk mengangkat tangannya semasa membaca doa sebelum tidur. Ini mengambil asas dalam berdoa adalah menzahirkan kerendahan jiwa serta menimbulkan rasa hina diri di hadapan Allah SWT. Meskipun begitu, sekiranya seseorang itu semata membaca doa sebelum tidur tanpa mengangkat kedua tangannya, maka hal ini adalah dibolehkan dan tiada masalah padanya kerana dalam isu ini terdapat padanya keluasan.

Akhir kalam, kami berdoa kepada Allah SWT agar memberikan kefahaman yang tepat kepada kita semua dalam beragama. Ameen.

Oleh: Ustaz Dr. Zulkifli Mohamad Al Bakri | Mufti Wilayah Persekutuan
+ Baca Respon Pembaca di Facebook Oh! Media
Sumber: Oh! Media

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.terengganu11.com/2020/03/adakah-dituntut-mengangkat-tangan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Mengangkat Takbir Ketika Rukuk Dan I Tidal Adakah Diwajibkan

Mengangkat Takbir Ketika Rukuk Dan I Tidal Adakah Diwajibkan

papar berkaitan - pada 21/2/2020 - jumlah : 372 hits
SOALAN Saya melihat pelbagai cara masyarakat kita mendirikan solat Contohnya ketika hendak rukuk ada yang mengangkat untuk takbir dan ada yang tidak melakukannya Begitu juga ketika i tidal Kadang kadang ada yang mengangkat tangan pada satu ...
Muhyiddin Sujud Syukur Tadah Tangan Berdoa Selepas Dilantik Pm Ke 8

Muhyiddin Sujud Syukur Tadah Tangan Berdoa Selepas Dilantik Pm Ke 8

papar berkaitan - pada 29/2/2020 - jumlah : 353 hits
Sejurus diumumkan sebagai Perdana Menteri kelapan Tan Sri Muhyiddin Yassin mengucupkan sujud syukur di atas pemilihannya Menerusi sebuah video yang berdurasi 0 26 saat Muhyiddin Yassin dilihat bersujud dan menadah tangan berdoa Beliau telah...
Adakah Perlu Menanggalkan Kanta Lekap Ketika Mandi Wajib

Adakah Perlu Menanggalkan Kanta Lekap Ketika Mandi Wajib

papar berkaitan - pada 2/3/2020 - jumlah : 341 hits
Penggunaan kanta lekap sudah menjadi kebiasaan dalam masyarakat hari ini sama ada untuk tujuan berhias atau menggantikan pemakaian kaca mata Kadang kala saat mengambil wuduk atau mandi wajib sekalipun si pemakai mungkin tidak menanggalkan k...
Hukum Berjabat Tangan Ketika Masuk Ke Majelis

Hukum Berjabat Tangan Ketika Masuk Ke Majelis

papar berkaitan - pada 26/2/2020 - jumlah : 295 hits
Pertanyaan Apakah berjabat tangan ketika masuk kepada orang orang yang duduk di majelis ada dalilnya dari Kitabullah dan Sunnah atau fi il perbuatan Rasulullah shalallahu alaihi wasallam semoga Allah membalas Anda dengan kebaikan Jawaban ol...
Tips Pakaian Nak Tanggalkan Tisu Kertas Hancur Melekat Ketika Dicuci Dengan Mesin Basuh

Tips Pakaian Nak Tanggalkan Tisu Kertas Hancur Melekat Ketika Dicuci Dengan Mesin Basuh

papar berkaitan - pada 6/3/2020 - jumlah : 930 hits
Kadangkala kita terlupa untuk mengosongkan poket baju atau seluar sebelum memasukkannya ke dalam mesin basuh Akibatnya penuh satu mesin basuh dengan kertas resit atau tisu hancur yang melekat pada pakaian ketika membasuh baju Bila jadi begi...
Jadi Hero Detik Detik Lelaki Berjaya Tumbangkan Penjenayah Dikejar Polis Ketika Bawa Anjing Bersiar

Jadi Hero Detik Detik Lelaki Berjaya Tumbangkan Penjenayah Dikejar Polis Ketika Bawa Anjing Bersiar

papar berkaitan - pada 6/3/2020 - jumlah : 231 hits
Seorang lelaki yang sedang bersiar siar bersama anjingnya telah berjaya menangkap seorang pencuri kereta yang sedang melarikan diri daripada ditahan pihak polis Adegan kejar mengejar itu telah berjaya dirakamkan menerusi sebuah helikopter p...
Tak Sengaja Cipta Senjata Kimia Perang Dunia Kesilapan Lelaki Hampir Bunuh Semua Orang Ketika Sauna

Tak Sengaja Cipta Senjata Kimia Perang Dunia Kesilapan Lelaki Hampir Bunuh Semua Orang Ketika Sauna

papar berkaitan - pada 5/3/2020 - jumlah : 280 hits
Seorang lelaki berkata dia secara tidak sengaja mencipta semula sebuah senjata kimia yang digunakan pada Perang Dunia pertama di dalam sauna Selepas melakukan senaman lelaki itu berkata dia memutuskan untuk mencuba bilik sauna di gym dan me...
Jaga Adab Ketika Menuntut Ilmu Dengan Guru Menjamin Keberkatan Ilmu Yang Diperolehi

Jaga Adab Ketika Menuntut Ilmu Dengan Guru Menjamin Keberkatan Ilmu Yang Diperolehi

papar berkaitan - pada 6/3/2020 - jumlah : 3357 hits
JAGA ADAB KETIKA MENUNTUT ILMU DENGAN GURU MENJAMIN KEBERKATAN ILMU YANG DIPEROLEHI Semua tau dah kot yang semalam result SPM 2019 sudah pun dimumkan Tahniah pada adik adik yang Berjaya perolehi keputusan cemerlang Pada yang memperolehi res...
Imbas Semula Siasat Skandal Bank Negara Rugi Rm30 Bilion Rm100 Bilion Ketika 22 Tahun Era Mahathir

Imbas Semula Siasat Skandal Bank Negara Rugi Rm30 Bilion Rm100 Bilion Ketika 22 Tahun Era Mahathir

papar berkaitan - pada 7/3/2020 - jumlah : 262 hits
KUALA LUMPUR 24 FEB Ketua Parlimen DAP Lim Kit Siang berkata beliau pernah mengatakan Pakatan Rakyat patut membuka semula siasatan terhadap skandal RM30 bilion tukaran wang asing 1992 jika berjaya mentadbir negara selepas Pilihan Raya Umum ...
Pas Mocks Madani Gov T After Pmx Loosely Faulted Rushed Flawed Trials Of High Profile Cases Post 2018 Ge

Sah Kes Najib Razak Cacat

Icac Found No Case Rahman Dahlan Defends Musa S Appointment

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Tenure Of Sabah Sarawak S Top Judge Extended Says Source

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Cinta Bukan Milik Kita Slot Samarinda TV3


Kata Kata Motivasi Tahun Baru 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Pelajari Kesalahan Trader Pemula Untuk Persiapan Trading Profit Maksimal 2025