Adakah Bn Dan Pn Akan Saling Sabotaj Untuk Merebut Jawatan Ketua Menteri


 
Perebutan jawatan Ketua Menteri Sabah antara BN dan PN secara umumnya masih lagi merupakan isu yang umpama “api dalam sekam” antara kedua-dua gabungan tersebut.
Muhyiddin Yassin pada hari penamaan calon baru-baru ini telah menamakan Hajiji Noor sebagai bakal Ketua Menteri Sabah.
Walaupun kenyataan Perdana Menteri itu dikritik dan dikecam oleh beberapa pemimpin UMNO, termasuk Presiden UMNO, Zahid Hamidi, beliau setakat ini tidak pernah menarik balik pencalonan Hajiji itu.
Ini bermakna, dalam hati Muhyiddin, beliau tetap mahukan Pengerusi Bersatu Sabah itu sebagai Ketua Menteri sekiranya Gabungan Rakyat Sabah berjaya memenangi PRN 26 September depan.
Di pihak BN, memandangkan autonomi telah diberikan kepada UMNO untuk memutuskan calon Ketua Menteri, maka sudah barang tentu Pengerusi BN dan UMNO Sabah, Bung Mokhtar Radin adalah calon utamanya.
Presiden UMNO, Zahid Hamidi juga dikatakan setuju dengan pencalonan Bung Mokhtar sebagai Ketua Menteri Sabah itu.
Mengukuhkan lagi kedudukan Bung Mokhtar ialah berikutan beliau dengan bergaya telah berjaya mengenepikan Musa Aman dan Abdul Rahman Dahlan, dua pesaingnya untuk jawatan Ketua Menteri daripada diturunkan sebagai calon BN.


Bekas Perdana Menteri, Najib Razak dalam rakaman video yang tersebar di media sosial menyebut, siapa yang yang harus menduduki kerusi Ketua Menteri Sabah mestilah dipilih daripada kalangan Adun yang mendapat sokongan majoriti Adun Sabah sendiri.
Katanya, itulah kehendak perlembagaan berkaitan pemilihan Ketua Menteri.
Berdasarkan itu, maknanya antara BN dan PN, siapa yang paling banyak menang kerusi adalah lebih berpotensi untuk menjadi Ketua Menteri.
Dalam PRN Sabah kali ini, BN bertanding sebanyak 41 kerusi, manakala PN cuma 29 kerusi saja daripada 73 keseluruhan kerusi yang ada dalam Dun Sabah.
Dari segi logiknya, ini memperlihatkan peluang BN untuk mengisi jawatan Ketua Menteri adalah lebih cerah berbanding PN.
PN, walau jika ditakdirkan menang semua 29 kerusi sekali pun, mereka tetap tidak cukup majoriti untuk menuntut jawatan Ketua Menteri.
Dengan perebutan yang masih terbuka itu, apakah mungkin antara BN dan PN, mereka akan saling mensabotaj sesama sendiri bagi memastikan masing-masing memenangi jumlah kerusi yang lebih banyak, seterusnya lebih berpeluang meraih jawatan Ketua Menteri?
Ini kerana, meski PN dan BN adalah ahli dalam Gabungan Rakyat Sabah bersama PBS yang mempunyai matlamat menumbangkan Warisan, sudah tentu siapa yang memiliki jumlah kerusi lebih banyak dalam gabungan itu mempunyai peluang lebih tinggi untuk disokong sebagai Ketua Menteri.
Atau mungkinkah juga cubaan memastikan Hajiji dan Bung Mokhtar kalah turut merupakan perkiraan utama sesama BN dan PN?
Dalam perkembangan lain, Pas yang tidak diperuntukkan kerusi dalam PRN Sabah ini turut mengumumkan akan melancarkan jentera partinya sendiri yang melibatkan kira-kira 2,000 anggota.
Timbalan Presiden PAS, Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, beliau sendiri akan ke Sabah hari ini untuk melancarkan jentera parti itu.
“Saya akan pergi ke Sabah untuk melancarkan jentera PAS bagi membantu rakan-rakan PN bagi memastikan kerusi yang ditandingi dapat dimenangi,” katanya lagi.
Persoalan di sini, kenapa Pas hanya umum nak bantu PN saja?
Adakah Pas tidak akan membantu BN yang mana UMNO adalah rakan kongsinya dalam Muafakat Nasional?
Apakah ini bermakna Pas lebih menyokong Hajiji berbanding Bung Mokhtar untuk jadi Ketua Menteri menggantikan Shafie Apdal? (Shahbudindotcom 15/09/2020)




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://wrlr.blogspot.com/2020/09/adakah-bn-dan-pn-akan-saling-sabotaj.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Bung Moktar Mungkin Kecundang Kepada Hajiji Untuk Jadi Ketua Menteri

Bung Moktar Mungkin Kecundang Kepada Hajiji Untuk Jadi Ketua Menteri

papar berkaitan - pada 16/9/2020 - jumlah : 451 hits
Siapa akan jadi Ketua Menteri sekiranya Gabungan Rakyat Sabah berjaya menewaskan Warisan pada PRN 26 September nanti bukan saja isu yang terus menjadi perdebatan sehingga ini malah ternampak makin hari makin bertambah kusut jadinya Di pihak...
Bn Dan Pn Dari Berebut Ketua Menteri Kepada Berebut Perdana Menteri

Bn Dan Pn Dari Berebut Ketua Menteri Kepada Berebut Perdana Menteri

papar berkaitan - pada 19/9/2020 - jumlah : 407 hits
Muhyiddin Yassin kini sedang gigih berkempen bagi memastikan GRS berjaya memenangi PRN Sabah mengalahkan Warisan Tetapi lebih penting daripada itu ialah Muhyiddin mahu memastikan PN menang sejumlah kerusi yang selesa agar hasratnya untuk me...
Menang Dulu 37 Kerusi Baru Bincang Siapa Ketua Menteri

Menang Dulu 37 Kerusi Baru Bincang Siapa Ketua Menteri

papar berkaitan - pada 16/9/2020 - jumlah : 295 hits
Putatan Barisan Nasional tidak mahu terlalu yakin untuk memperoleh majoriti mudah bagi membentuk kerajaan dan melantik Ketua Menteri pada Pilihan Raya Negeri Sabah kali ini Pengerusi BN Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata berikutan itu...
Azmin Ali Saran Beri Peluang Hajiji Di Lantik Menjadi Ketua Menteri Sabah

Azmin Ali Saran Beri Peluang Hajiji Di Lantik Menjadi Ketua Menteri Sabah

papar berkaitan - pada 15/9/2020 - jumlah : 517 hits
TUARAN Ketua Penerangan Perikatan Nasional Mohamed Azmin Ali berkata Ketua PPBM Sabah Hajiji Noor harus diberi peluang sebagai Ketua Menteri jika parti itu dan gabungannya memenangi Pilihan Raya Negeri Katanya Hajiji wajar diberi peluang un...
Ismail Sabri Tumbangkan Warisan Dahulu Barulah Bincang Soal Ketua Menteri Sabah

Ismail Sabri Tumbangkan Warisan Dahulu Barulah Bincang Soal Ketua Menteri Sabah

papar berkaitan - pada 15/9/2020 - jumlah : 334 hits
KUALA LUMPUR Gabungan Perikatan Nasional di Sabah diingatkan supaya tidak menimbulkan sebarang isu di peringkat awal dan fokus untuk menumbangkan kerajaan Warisan menjelang Pilihan Raya Negeri 26 September ini Naib Presiden UMNO Datuk Seri ...
Tamat Jawatan Potong Elaun Ketua Kampung Tak Wajar Ketika Covid

Tamat Jawatan Potong Elaun Ketua Kampung Tak Wajar Ketika Covid

papar berkaitan - pada 3/9/2020 - jumlah : 254 hits
Surat terbuka kepada YAB Perdana Menteri Malaysia Assalamu alaikum YAB Tan Sri dan salam kemerdekaan Rayuan meneruskan pembayaran elaun Pengerusi MPKK Ketua Kampung Telah sedia maklum kami Pengerusi MPKK Ketua kampung adalah lantikan dari k...
Menteri Alam Sekitar Dan Air Lemah Dan Lembap Wajib Letak Jawatan

Menteri Alam Sekitar Dan Air Lemah Dan Lembap Wajib Letak Jawatan

papar berkaitan - pada 5/9/2020 - jumlah : 361 hits
KUALA LUMPUR 5 SEPT Ramai pihak menyifatkan Kementerian Alam Sekitar dan Air lemah dan lembap dalam menjalankan tanggungjawab menguruskan air di negara kita Setiap kali berlaku pencemaran ada sahaja alasan yang diberi dan kerapkali pula men...
Exco Galak Belia Isi Jawatan Ketua Kampung

Exco Galak Belia Isi Jawatan Ketua Kampung

papar berkaitan - pada 15/9/2020 - jumlah : 288 hits
SHAH ALAM 14 SEPT Golongan muda di negeri ini digalak memohon jawatan ketua kampung tradisi bagi memenuhi 11 kekosongan susulan penyandang terdahulu bersara wajib EXCO Luar Bandar Desa dan Kampung Tradisi Rodziah Ismail berkata permohonan b...
Tak Puas Hati Agihan Kerusi Ketua Penerangan Pkr Sabah Letak Jawatan

Tak Puas Hati Agihan Kerusi Ketua Penerangan Pkr Sabah Letak Jawatan

papar berkaitan - pada 13/9/2020 - jumlah : 326 hits
Simsudin Sidek meletakkan jawatan sebagai ketua penerangan PKR Sabah setelah parti itu diperuntukkan hanya separuh daripada 14 kerusi yang dimintanya Simsudin Rabu lalu mengumumkan bahawa PKR akan bertanding 14 kerusi sehari sebelum Warisan...
Fire Destroys House And Seven Vehicles In Hulu Besut

Vegan And Gluten Free Acv Gummies Without The Junk And With All The Benefits

Kenduri Kahwin Anak Saudara Di Teras Jernang Selangor

Day Trip Ke Pantai Teluk Cempedak Dan Menara 118 Kuantan Pahang

Mca Should Reflect On Where Its Two Seats Are Akmal Shoots Back

Chegubard Mohon Maaf Di Mahkamah Kerana Memfitnah Anak Syarikat Mbi

Pas Open To Reunion With Umno If Latter S Leadership Changes

Bufet Ramadan 2025 Citarasa Sedunia Di Ve Hotel Residence


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Akhir Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Minggu 12

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 11 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Separuh Akhir

5 Undang Undang Aneh Berkait Bendera Kebangsaan di Seluruh Dunia

Benarkah Kajian Sains Membolehkan Gigi Manusia Tumbuh Selepas Hilang

4 Puncak Tertinggi Negara Dunia Yang Paling Ketot Saiznya


Apakah Itu Umami

Lelaki Ditahan Bakar Al Quran

Lelaki Bertenggek Di Atas Pencawang Elektrik

Pemuda Pas Jangan Samakan Jenaka Harith Dengan Ugut Bunuh Pkr

Tarif Elektrik Perlu Dinaikkan Kata Anwar

66 Top 16 By Danial Puntaek66 Run 28 25