Bn Dan Pn Dari Berebut Ketua Menteri Kepada Berebut Perdana Menteri




Muhyiddin Yassin kini sedang gigih berkempen bagi memastikan GRS berjaya memenangi PRN Sabah mengalahkan Warisan.
Tetapi, lebih penting daripada itu ialah Muhyiddin mahu memastikan PN menang sejumlah kerusi yang selesa agar hasratnya untuk meletakkan Hajiji Noor sebagai Ketua Menteri yang baru menggantikan Shafie Apdal menjadi kenyataan.
Kalau GRS ditakdirkan menang, namun BN yang akhirnya memenangi lebih banyak kerusi dan Bung Mokhtar yang mengangkat sumpah sebagai Ketua Menteri, ia adalah suatu kegagalan bagi Muhyiddin.
Berbanding jika Warisan menang lagi dan Shafie terus kekal sebagai Ketua Menteri, ia tidaklah begitu memedihkan hati Muhyiddin berbanding melihat Bung Mokhtar mengangkat sumpah sebagai peneraju baru kerajaan negeri Sabah.
Apabila UMNO menang lebih banyak kerusi dan kerusi Ketua Menteri juga dimiliki parti itu, ia adalah petanda buruk buat Bersatu untuk menuntut pembahagian kerusi yang memihak kepada mereka dalam PRU15 akan datang.
Dengan menang di Sabah, UMNO sudah pasti akan lebih berkeras untuk meminta kerusi yang melebihi Bersatu agar seterusnya dapat pula merampas kerusi Perdana Menteri daripada Muhyiddin.
Perebutan kerusi Ketua Menteri antara UMNO dengan Bersatu dalam PRN Sabah 26 September ini bukanlah suatu rahsia lagi.
Walaupun sebelum ini, baik UMNO atau Bersatu, tidak menamakan sesiapa sebagai calon Ketua Menteri mereka, tetapi ia mula menjadi masalah apabila Muhyiddin sendiri secara terbuka mahu Hajiji bagi mengisi jawatan itu.
Ia kemudian mengundang kecaman daripada bebarapa pemimpin UMNO, bahkan Zahid Hamidi sendiri mengatakan, antara BN, PN dan PBS yang bergabung dalam GRS, siapa yang mampu memenangi jumlah kerusi terbanyak seharusnya berhak menentukan calon Ketua Menteri.
Sekaligus ini merupakan cabaran buat PN yang hanya bertanding 29 kerusi berbanding BN yang bertanding 41 kerusi.
Begitu pun, disebabkan Muhyiddin sudah membuat pengumuman bahawa Hajiji calon Ketua Menteri bagi PN, beliau kini tidak ada pilihan lain selain kena berusaha semampu mungkin memastikan kemenangan berpihak kepadanya.
Gagal memastikan kemenangan GRS, gagal memastikan PN memenangi lebih banyak kerusi dan gagal menjadikan Hajiji sebagai Ketua Menteri, ia adalah suatu kegagalan bagi Muhyiddin untuk mempertahankan kerusi Perdana Menterinya.
Walaupun Muhyiddin mengumumkan pilihanraya awal akan diadakan secepat mungkin sebaik saja GRS berjaya memenangi PRN Sabah, perkara itu tidak mungkin berlaku jika tiga sasarannya itu gagal dicapai.
Bagi UMNO pula, kemenangan BN di Sabah dan berjaya meletakkan Bung Mokhtar yang masih ada kes mahkamah sebagai Ketua Menteri, ia adalah suatu isyarat yang sangat baik bagi masa depan Zahid Hamidi.
Ia dengan sendirinya akan membuka ruang juga bagi Zahid Hamidi yang turut sedang berdepan kes mahkamah untuk dinamakan sebagai calon Perdana Menteri untuk BN.
Sebab itu, dalam PRN Sabah ini, selain BN dan PN sedang berebut jawatan Ketua Menteri, kedua-duanya juga bakal berebut kerusi Perdana Menteri selepas ini.
 (Shahbudindotcom 18/09/2020)






Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://wrlr.blogspot.com/2020/09/bn-dan-pn-dari-berebut-ketua-menteri.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Sokongan Perdana Menteri Pas Mohon Penjelasan Umno

Sokongan Perdana Menteri Pas Mohon Penjelasan Umno

papar berkaitan - pada 25/9/2020 - jumlah : 278 hits
PAS terpanggil untuk mendapatkan penjelasan daripada Umno berhubung dakwaan berlakunya perubahan sokongan Ahli Ahli Parlimen Umno terhadap YAB Perdana Menteri PAS merasakan jika benar keadaan ini ianya bermakna Umno telah tidak mematuhi per...
Tawaran Buat Rakyat Sabah Hajiji Calon Ketua Menteri Muhyiddin

Tawaran Buat Rakyat Sabah Hajiji Calon Ketua Menteri Muhyiddin

papar berkaitan - pada 12/9/2020 - jumlah : 700 hits
Presiden Bersatu Muhyiddin Yassin mengumumkan bahawa Pengerusi Bersatu Sabah Hajiji Noor akan dilantik sebagai ketua menteri Sabah jika Gabungan Rakyat Sabah berjaya menawan negeri itu daripada parti Warisan atau gabungan Warisan Plus Walau...
Disebabkan Anwar Cuba Rebut Jawatan Perdana Menteri Pak4r Pelembagaan Mula Bersuara Ini Yang Dia Perlu Buat

Disebabkan Anwar Cuba Rebut Jawatan Perdana Menteri Pak4r Pelembagaan Mula Bersuara Ini Yang Dia Perlu Buat

papar berkaitan - pada 25/9/2020 - jumlah : 306 hits
SHAH ALAM Hanya Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin yang layak menghadap Yang di Pertuan Agong bagi menyatakan kedudukan semasa beliau sama ada masih mempunyai kepercayaan majoriti atau sebaliknya di Parlimen Sehubungan itu tindakan Pr...
Hanya Perdana Menteri Layak

Hanya Perdana Menteri Layak

papar berkaitan - pada 24/9/2020 - jumlah : 300 hits
SAGHAWAK SIK SOKONG ANUAR IBGHAHIM MAKA BERKATALAH PAKAR PERLEMBAGAAN NEGARA Andainya Anuar cukup majority dia kena bagi tahu PM bagi tahu jalan lain tidak ada Ertinya atas nasihat PM tak boleh jalan belakang FAHAM PAKAR PERLEMBAGAAN NEGARA...
Saya Perdana Menteri Yang Sah Sehingga Anwar Buktikan Sebaliknya

Saya Perdana Menteri Yang Sah Sehingga Anwar Buktikan Sebaliknya

papar berkaitan - pada 24/9/2020 - jumlah : 232 hits
Tan Sri Muhyiddin Yassin KUALA LUMPUR Tan Sri Muhyiddin Yassin menegaskan kerajaan Perikatan Nasional masih berdiri teguh dan beliau adalah Perdana Menteri yang sah sehingga dibuktikan sebaliknya Katanya dakwaan Datuk Seri Anwar Ibrahim bah...
Hajiji Terima Jadi Calon Ketua Menteri Sabah

Hajiji Terima Jadi Calon Ketua Menteri Sabah

papar berkaitan - pada 12/9/2020 - jumlah : 1460 hits
Pengerusi PPBM Sabah Hajiji Noor di pusat penamaan calon bagi DUN Sulaman di Dewan Seri Sulaman hari iniTUARAN Pengerusi PPBM Sabah Hajiji Noor menerima cadangan Perdana Menteri Muhyiddin Yassin yang mencalonkan beliau sebagai ketua menteri...
Calon Ketua Menteri Sabah Dicabar Anak Saudara Sendiri

Calon Ketua Menteri Sabah Dicabar Anak Saudara Sendiri

papar berkaitan - pada 12/9/2020 - jumlah : 341 hits
606 total views 606 views today TUARAN Pilihan Raya Negeri Sabah ke 16 pada 26 September ini menyaksikan dua calon yang mempertahan kerusi mereka bakal berentap dengan anak saudara lelaki masing masing Ketua Menteri Datuk Seri Mohd Shafie A...
Muhyiddin Cemas Isu Hajiji Ketua Menteri

Muhyiddin Cemas Isu Hajiji Ketua Menteri

papar berkaitan - pada 13/9/2020 - jumlah : 353 hits
Tidak pasti sama ada Muhyiddin Yassin yang tersasul atau pun secara tidak sengaja apabila terlepas cakap semasa menamakan Ketua Badan Pimpinan Parti Pimpinan Bersatu Sabah Hajiji Noor sebagai calon Ketua Menteri mereka sekiranya memenangi P...
Muhyiddin Namakan Datuk Hajiji Calon Ketua Menteri Sabah Jika Pn Dan Bn Bersetuju

Muhyiddin Namakan Datuk Hajiji Calon Ketua Menteri Sabah Jika Pn Dan Bn Bersetuju

papar berkaitan - pada 13/9/2020 - jumlah : 626 hits
TUARAN Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia Sabah Datuk Hajiji Noor akan dilantik Ketua Menteri negeri di bawah bayu itu jika Gabungan Rakyat Sabah menang dalam Pilihan Raya Negeri yang akan berlangsung pada 26 September ini Perkara itu...
Mengapa Sholat Sebaiknya Dilakukan Di Awal Waktu

Siti Mastura Pays Rm830k Pending Appeal In Dap Leaders Defamation Case

All The Android Updates Coming To The Samsung Galaxy S25 Series And More

Ringgit Strengthens After Bnm Maintains Opr At 3

Buffet Ramadan 2025 Bangi Golf Resort

Nasi Kandar Kayu Di Kl Sentral Kuala Lumpur

Wordless Wodnesday Nasi Daun Jeruk By Sheila Rusly

Siti Kasim Enraged At Money Play To Lure Conversion Forced Islamisation In Malaysia


echo '';
4 Tanda Ketagihan Yang Jelas Pada Wajah Seorang Penagih Syabu Ice

Biodata Putra Abdullah Atlet Muay Thai Boxing Malaysia Seangkatan Johan Ghazali Jojo Team Jordan Boy

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 10 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Suku Akhir

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 9 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Akad Yang Terlindung Slot Samarinda TV3


Boy Cipta Kejutan Sambar Emas Di Acara Keirin

Resipi Mudah Dan Sedap Masak Pucuk Paku Lemak Tempoyak Dengan Udang

Pemimpin Pemuda Umno Sokong Hak Rakyat Berhimpun Sabtu Ini

Rekod Tiga Kerajaan Lalu Jaga Kebebasan Kehakiman Lebih Baik

Mondy Diarah Bayar Rm20 000 Kepada Ebit Lew

Featured In Rent Com How To Connect With Your Inner Child Through Decor