Azmin Ali Saran Beri Peluang Hajiji Di Lantik Menjadi Ketua Menteri Sabah


 


TUARAN: Ketua Penerangan Perikatan Nasional (PN) Mohamed Azmin Ali berkata, Ketua PPBM Sabah, Hajiji Noor harus diberi peluang sebagai Ketua Menteri jika parti itu dan gabungannya memenangi Pilihan Raya Negeri (PRN).
Katanya, Hajiji wajar diberi peluang untuk memimpin Sabah kerana beliau seorang calon ketua menteri yang kuat dan bersih.
“Perkara ini telah diumumkan secara terbuka oleh Perdana Menteri (Muhyiddin Yassin), bagi pihak PN, Hajiji adalah calon yang layak untuk menjamin masa depan rakyat dan negeri Sabah, mereka (rakyat) perlu tahu perkara ini (calon ketua menteri),” katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas menghadiri majlis bersama rakyat anjuran PN di Kampung Bolong Baru hari ini.
Terdahulu, dalam ucapannya Azmin berkata rakyat Sabah memerlukan seorang tokoh sebagai ketua menteri dan Hajiji adalah orangnya.
“Saya mengalu-alukan beliau (Hajiji) diangkat sebagai Ketua Menteri, bukan pandangan saya seorang tetapi beliau memiliki keperibadian, watak, khidmat, ilmu dan rakyat Sabah memerlukan tokoh sebagai ketua menteri, tidak lain dan tidak bukan Hajiji,” katanya.
Dalam pada itu, Azmin meminta Shafie Apdal berhenti memainkan sentimen anti Semenanjung kerana ia hanya akan mengganggu-gugat keharmonian di negara ini.
“Shafie sampai sekarang berkata ‘Sabah for Sabahan’, siapa kamu? Sabah juga sebahagian daripada Semenanjung dan saya juga bertanggungjawab untuk mendengar suara orang Sabah, kalau tidak dapat (dengan suara rakyat Sabah), serahkan kepada Hajiji.
“Mahu harap kerajaan negeri sendirian tidak boleh, mahu harap pelabur luar kalau tengok Shafie jadi Ketua Menteri semua lari, Semporna pun belum sempurna kononnya dia ketua menteri.
“Nama (parti) Warisan tetapi tidak dapat meninggalkan satu warisan yang baik untuk Sabah, kenapa tidak bekerjasama (dengan kerajaan persekutuan)? kalau tiada Sabah dan Sarawak maka tiadalah Malaysia,” katanya.
Anti Semenanjung
Sementara itu, ketika diminta mengulas insiden beliau dihalau oleh penyokong Warisan ketika di Membakut Azmin berkata, ia salah satu contoh parti yang dipimpin Shafie memainkan sentimen anti Semenanjung sehingga menggugat keharmonian.
“Saya cuba untuk meraih penyokong Warisan tetapi ada seorang pemuda yang memainkan sentimen anti Semenanjung, tetapi saya respons dengan senyuman dan tidak mahu menimbulkan provokasi malah ada antara mereka yang datang memohon maaf kepada saya.
“Saya terima baik, cuma saya berharap Shafie Apdal tidak mengapi-apikan sentimen yang boleh memecah-belahkan perpaduan rakyat dalam pilihan raya ini kerana ini adalah sebahagian daripada demokrasi tetapi kita tidak boleh menggunakan pentas ini untuk membakar isu yang boleh memecahkan persekutuan dengan Sabah,” katanya. #sumber
http://www.pahangdaily.blogspot.com

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://pahangdaily.blogspot.com/2020/09/azmin-ali-saran-beri-peluang-hajiji-di.html?utm_source=feedburner&utm_medium=feed&utm_campaign=Feed%3A+blogspot%2FLWFdy+%28Pahang+Daily+Online%29

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Hajiji Terima Jadi Calon Ketua Menteri Sabah

Hajiji Terima Jadi Calon Ketua Menteri Sabah

papar berkaitan - pada 12/9/2020 - jumlah : 1481 hits
Pengerusi PPBM Sabah Hajiji Noor di pusat penamaan calon bagi DUN Sulaman di Dewan Seri Sulaman hari iniTUARAN Pengerusi PPBM Sabah Hajiji Noor menerima cadangan Perdana Menteri Muhyiddin Yassin yang mencalonkan beliau sebagai ketua menteri...
Tawaran Buat Rakyat Sabah Hajiji Calon Ketua Menteri Muhyiddin

Tawaran Buat Rakyat Sabah Hajiji Calon Ketua Menteri Muhyiddin

papar berkaitan - pada 12/9/2020 - jumlah : 723 hits
Presiden Bersatu Muhyiddin Yassin mengumumkan bahawa Pengerusi Bersatu Sabah Hajiji Noor akan dilantik sebagai ketua menteri Sabah jika Gabungan Rakyat Sabah berjaya menawan negeri itu daripada parti Warisan atau gabungan Warisan Plus Walau...
Muhyiddin Namakan Datuk Hajiji Calon Ketua Menteri Sabah Jika Pn Dan Bn Bersetuju

Muhyiddin Namakan Datuk Hajiji Calon Ketua Menteri Sabah Jika Pn Dan Bn Bersetuju

papar berkaitan - pada 13/9/2020 - jumlah : 658 hits
TUARAN Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia Sabah Datuk Hajiji Noor akan dilantik Ketua Menteri negeri di bawah bayu itu jika Gabungan Rakyat Sabah menang dalam Pilihan Raya Negeri yang akan berlangsung pada 26 September ini Perkara itu...
Mahkamah Persekutuan Perlu Putuskan Isu Perlembagaan Kuasa Tyt Singkir Ketua Menteri Sabah

Mahkamah Persekutuan Perlu Putuskan Isu Perlembagaan Kuasa Tyt Singkir Ketua Menteri Sabah

papar berkaitan - pada 4/9/2020 - jumlah : 406 hits
Isu mengenai keperlembagaan kuasa Yang Dipertua Negeri Sabah untuk menyingkirkan Ketua Menteri yang sedang berkhidmat dan dilantik secara sah perlu diputuskan oleh Mahkamah Persekutuan kata Hakim Datuk Abdul Rahman Sebli dalam penghakimanny...
Prn Sabah Bekas Ketua Menteri Sabah Tan Sri Musa Aman Sah Tidak Bertanding

Prn Sabah Bekas Ketua Menteri Sabah Tan Sri Musa Aman Sah Tidak Bertanding

papar berkaitan - pada 12/9/2020 - jumlah : 1567 hits
KOTA KINABALU Bekas Ketua Menteri Sabah Tan Sri Musa Aman tidak kelihatan di mana mana pusat penamaan calon bagi Pilihan Raya Negeri Sabah hari ini Ini termasuk di Dewan Serbaguna Libaran di sini yang menjadi pusat penamaan calon bagi Dewan...
Kes Ketua Menteri Sabah Apa Yang Tak Kena Dengan Bernama

Kes Ketua Menteri Sabah Apa Yang Tak Kena Dengan Bernama

papar berkaitan - pada 5/9/2020 - jumlah : 690 hits
Pelik sungguh bila membaca laporan BERNAMA agensi berita rasmi negara mengenai penghakiman Mahkamah Persekutuan yang memberikan Tan Sri Musa Aman kebenaran untuk membuat rayuan ke atas keputusan Mahkamah Rayuan yang menolak permohonan belia...
Ismail Sabri Tumbangkan Warisan Dahulu Barulah Bincang Soal Ketua Menteri Sabah

Ismail Sabri Tumbangkan Warisan Dahulu Barulah Bincang Soal Ketua Menteri Sabah

papar berkaitan - pada 15/9/2020 - jumlah : 353 hits
KUALA LUMPUR Gabungan Perikatan Nasional di Sabah diingatkan supaya tidak menimbulkan sebarang isu di peringkat awal dan fokus untuk menumbangkan kerajaan Warisan menjelang Pilihan Raya Negeri 26 September ini Naib Presiden UMNO Datuk Seri ...
Azmin Perlekeh Calon Ketua Menteri Bn

Azmin Perlekeh Calon Ketua Menteri Bn

papar berkaitan - pada 15/9/2020 - jumlah : 411 hits
Selepas Muhyiddin Yassin baru baru ini menamakan Hajiji Noor sebagai Ketua Menteri sekiranya GRS memenangi PRN Sabah isu itu kini tambah hangat dengan sokongan Azmin Ali terhadap perkara itu Menurut beliau Hajiji adalah seorang pemimpin yan...
Prn Sabah Pn Bn Berbalah Calon Ketua Menteri

Prn Sabah Pn Bn Berbalah Calon Ketua Menteri

papar berkaitan - pada 12/9/2020 - jumlah : 704 hits
Dalam perkembangan yang dilihat sebagai tempelakan kepada Perdana Menteri Muhyiddin Yassin Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi berkata bahawa gabungan BN dan rakan kongsinya akan memutuskan ketua menteri Sabah jika mereka berjaya menawan neger...
Kotak Pizza Custom Solusi Ideal Untuk Bisnes Makanan Anda

Senarai Universiti Yang Menawarkan Bidang Sains Komputer Di Malaysia

7 Cara Mudah Meningkatkan Pendapatan Dari Rumah Secara Online

Adakah Emas Dikenakan Cukai Di Malaysia Ini Jawapannya

Asal Boleh Buat Duit Tular Jual Baju Bertemakan Insiden Anak Gajah Mati Netizen Kecam Tindakan Tunggang Isu

Cikbunga Menunaikan Umrah

Your Next Airbnb May Include Room Service And Tamale Making

Pasu Kosong


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Sap Process Automation Malaysia Boosting Business Efficiency With Abeam Consulting

Ets Generasi Ketiga Kelas 94

Cendol Jam Besar

Masjid Al Alami Mitc

Ahmad Al Sharaa Masuk 100 Orang Paling Berpengaruh Versi Time 2025

Insurance Defense Attorney Protecting Insurers And Policyholders