Adakah Agihan Jawatan Menteri Dan Glc Bagi Wujudkan Kerajaan Perikatan Nasional Boleh Dianggap Rasuah




Saya ingin merujuk kepada rakaman audio yang tular di laman sosial semalam dan juga telah dilaporkan oleh media-media mengenai suara yang dikatakan mirip suara YAB Tan Sri Muhyiddin Yasin.

Lelaki tersebut telah memberikan gambaran bahawa kerajaan baharu boleh dibentuk dengan mendapatkan sokongan Ahli-Ahli Parlimen UMNO yang mana sokongan itu boleh ditarik melalui pemberian jawatan Menteri atau GLC yang mempunyai implikasi kuasa dan kewangan.

Antara dialog suara lelaki tersebut adalah:-

”Kalau dia tahu kerajaan baru nak terbentuk, UMNO masuk, ‘why don’t you come in now, why don’t you join us now rather than you join later?’”

”Kalau kita ambil seorang-seorang, mungkin ada di antara mereka terutamanya kalau mereka ada tawaran-tawaran tertentu, why not?”

”Saya fikir kalau itu kita lakukan, sebahagian besar mungkin tinggalkan UMNO, 10 hingga 20 tinggal Najib dan puak-puak dia.”

”Lebih-lebih lagi kalau ada jawatan. Tak jadi Menteri, jadi chairman of GLC”

Sekiranya suara tersebut adalah benar-benar suara YAB Tan Sri Muhyiddin Yasin, ini menimbulkan satu persoalan besar samada Kerajaan Perikatan Nasional (PN) terbentuk dengan secara merasuah Ahli-Ahli Parlimen dengan jawatan.

Berdasarkan takrifan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), rasuah adalah ’penerimaan atau pemberian suapan sebagai upah atau dorongan untuk seseorang individu kerana melakukan atau tidak melakukan sesuatu perbuatan yang berkaitan dengan tugas rasmi.’

Ahli-Ahli Parlimen bertanggungjawab untuk membentuk sokongan majoriti bagi menentukan siapa yang akan menjadi kerajaan.

Adakah beliau memberi suapan jawatan-jawatan untuk menjadi Perdana Menteri?

Malah, jika dirujuk dibawah Seksyen 3 Akta SPRM 2009 (Akta 694), “suapan” juga ertinya -

(b) apa-apa jawatan, kebesaran, pekerjaan, kontrak pekerjaan atau perkhidmatan, dan apa-apa perjanjian untuk memberikan pekerjaan atau memberikan perkhidmatan atas apa-apa sifat

Rakaman audio tersebut turut menunjukkan bahawa rancangan ‘membeli’ sokongan dari Ahli-Ahli Parlimen parti UMNO dan mungkin juga parti-parti lain telah disusun lebih awal sebelum pembentukan kerajaan PN.

Selepas PN mengambil kuasa, Ahli-Ahli Parlimen PN telah menerima agihan jawatan dengan lantikan 70 orang sebagai Menteri dan Timbalan Menteri serta 23 orang lagi sebagai Pengerusi GLC atau Badan Berkanun.

Tanpa sokongan 93 orang Ahli Parlimen yang bersandarkan kepada ganjaran jawatan, adalah mustahil untuk PN membentuk kerajaan.

Memandangkan isu ini melibatkan kedudukan kerajaan dan atas dasar kepentingan orang ramai, sewajarnya SPRM menjalankan siasatan dengan segera bagi mengesahkan ketulenan audio tersebut.

Sekiranya audio tersebut sah, maka mereka yang menawarkan dan menerima jawatan berkenaan wajar disiasat mengikut Akta SPRM 2009. 

Sekian, terima kasih.

AKMAL NASIR
Ahli Parlimen Johor Bahru
Ketua AMK Malaysia




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://wrlr.blogspot.com/2020/05/adakah-agihan-jawatan-menteri-dan-glc.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Gempar Kerajaan Perikatan Nasional Akan Tumbang Julai Nanti

Gempar Kerajaan Perikatan Nasional Akan Tumbang Julai Nanti

papar berkaitan - pada 31/5/2020 - jumlah : 638 hits
Timbalan Presiden Amanah Salahuddin Ayub memberi gambaran bahawa Pakatan Harapan mungkin dapat merampas semula Putrajaya daripada kerajaan Perikatan Nasional sebelum persidangan parlimen akan datang yang dijangka bermula pada Julai Salahudd...
Perikatan Nasional Tetap Kerajaan Yang Sah Walaupun Majoriti Kecil

Perikatan Nasional Tetap Kerajaan Yang Sah Walaupun Majoriti Kecil

papar berkaitan - pada 1/6/2020 - jumlah : 373 hits
Muhyiddin beramah mesra dengan Menteri Kanan Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mohamed Azmin Ali di Dewan Rakyat Foto Bernama UMUM sedia maklum bahawa kerajaan Perikatan Nasional dibentuk melalui sokongan majoriti yang kecil ...
100 Hari Kerajaan Perikatan Nasional 100 Fakta Yang Jelas Dan Sahih

100 Hari Kerajaan Perikatan Nasional 100 Fakta Yang Jelas Dan Sahih

papar berkaitan - pada 3/6/2020 - jumlah : 466 hits
1 Kerajaan Perikatan telah berjaya menstabilkan negara daripada tiga krisis serentak dalam masa sebulan iaitu krisis politik kepartian krisis ekonomi rakyat dan krisis pandemik COVID 19 2 Sebaik sahaja mengambilalih kuasa Tan Sri Muhyiddin ...
Jawatan Menteri Glc Satu Untuk Kau Satu Untuk Aku

Jawatan Menteri Glc Satu Untuk Kau Satu Untuk Aku

papar berkaitan - pada 1/6/2020 - jumlah : 563 hits
Puak2 sembab dgn semburit yg berapa kerat tu boleh buli parti melayu keris telanjang dlm meeting mereka Mereka perlekehkan pmimpin2 parti keris telanjang dgn kata2 cukup umpan mereka dgn beberapa menteri dan jawatan dlm GLC itu sudah cukup ...
Senarai Lantikan Ahli Parlimen Adun Pemimpin Politik Pengkhianat Nasional Ke Glc Dan Agensi Kerajaan

Senarai Lantikan Ahli Parlimen Adun Pemimpin Politik Pengkhianat Nasional Ke Glc Dan Agensi Kerajaan

papar berkaitan - pada 22/5/2020 - jumlah : 493 hits
Umno 1 MP Jelebu Umno Dato Jalaluddin Alias Pengerusi UDA Holding2 MP Gerik Umno Dato Hasbullah Osman Pengerusi Syarikat Perumahan Negara Berhad3 MP Cameron Highlands Umno Dato Ramli Pengerusi Amanah Raya Berhad4 MP Padang Terap Umno Dato S...
Perikatan Nasional Tubuhkan Majlis Presiden Tuan Ibrahim

Perikatan Nasional Tubuhkan Majlis Presiden Tuan Ibrahim

papar berkaitan - pada 6/6/2020 - jumlah : 440 hits
ALOR SETAR Timbalan Presiden Pas Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man mengesahkan kerajaan gabungan Perikatan Nasional telah menubuhkan Majlis Presiden Presiden Parti selepas menerima persetujuan dalam mesyuarat Majlis Pimpinan Tertinggi PN Menurut ...
Lebih Ramai Mp Pn Pegang Jawatan Glc

Lebih Ramai Mp Pn Pegang Jawatan Glc

papar berkaitan - pada 22/5/2020 - jumlah : 590 hits
Tiga lagi ahli Parlimen Perikatan Nasional telah dilantik memegang jawatan dalam syarikat berkaitan kerajaan sejak beberapa hari lalu Shahbudin Yahaya dilantik sebagai Pengerusi Lembaga Penyatuan dan Pemulihan Tanah Persekutuan Bhd syarikat...
Perikatan Nasional Perlu Jauhi Dan Jauhkan Tun Dr Mahathir

Perikatan Nasional Perlu Jauhi Dan Jauhkan Tun Dr Mahathir

papar berkaitan - pada 29/5/2020 - jumlah : 466 hits
Oleh Tun Abdul Hamid Mohamad dua bulan telah berlalu Perkembangan yang berlaku di kebelakangan ini menunjukkan rencana ini masih relevan Maka saya menaikmuatkan rencana ini tanpa apa apa pindaan Sepanjang kerjaya politiknya Tun Dr Mahathir ...
5 Sebab Kenapa Korang Wajib Singgah Gunung Reng Eco Park Di Jeli Kelantan

30 Petua Kesihatan Tradisional Melayu Minyak Kayu Putih

Huawei Kicks Off The Holidays With Its Biggest Year End Celebration Joy Sale Season

Permata Hati Melihatmu Tersenyum Aku Bahagia Gambar Kenangan Kami

Banner Flyers Custom Masih Relevan Untuk Menjana Jualan

Jemputan Majlis Kahwin Ada Kepada Sahabat Suami 07 12 2025

Hidup Dalam Koridor Algoritma Menyelami Rasa Penat Dan Ketentuan

Yummy Beef Jerky Recipe Without Dehydrator


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Masak Lemak Labu Bayam Suun Pucuk

Senyum Di Luar Perang Di Dalam Tentang Luka Yang Tak Semua Nampak

U S Plans To Scrutinize Foreign Tourists Social Media History

Wanita Cuba Cop Parking Terkejut Kereta Tetap Masuk Sendiri

Hiburan Isu Muafakat Mrsm Saman Rita Saya Akan Panggil Kedua Dua Pihak Asyraf Wajdi

Insiden Baju Tetas Dari Lengan Sampai Ke Bahu