Perikatan Nasional Tetap Kerajaan Yang Sah Walaupun Majoriti Kecil




Muhyiddin (depan, kanan) beramah mesra dengan Menteri Kanan Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali di Dewan Rakyat. -Foto Bernama UMUM sedia maklum bahawa kerajaan Perikatan Nasional (PN) dibentuk melalui sokongan majoriti yang kecil. PN kini berdepan dengan pelbagai tindak-tanduk Pakatan Harapan (PH) yang berusaha mengambil alih semula tampuk pimpinan negara.
Ikuti temu bual bersama penganalisis politik Universiti Utara Malaysia (UUM), Profesor Dr Mohd Azizuddin Mohd Sani mengenai perkara tersebut.
SINAR HARIAN: Benarkah kedudukan PN kini goyah?
Melihat pada demokrasi dan meskipun dengan majoriti rendah, PN masih lagi kerajaan yang sah serta mentadbir seperti biasa. Cuma apabila majoriti rendah, ada kemungkinan seorang dua ahli Parlimen yang menyokong PN sebelum ini akan melompat dan menyebabkan berlaku pertukaran kerajaan.
Bukan kerana kerajaan itu yang tidak stabil tetapi jumlah majoriti. Jika betul kerajaan PN dibentuk dengan 114 majoriti, bila dibuat undi tidak percaya, sepatutnya Tan Sri Muhyiddin Yassin masih lagi akan menang.
Disebabkan margin terlampau kecil, ramai yang gusar kerana keadaan yang tidak stabil, mungkin PN bila-bila masa boleh jatuh dan sebagainya.
Tapi dari segi realitinya, kerajaan PN boleh mentadbir sampai Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang. PRU nanti perancangan politik mereka mungkin akan berlainan. Bagi saya, PN dilihat tidak stabil dalam konteks majoritinya kecil. Itu sahaja isunya. Sama ada PN jatuh atau tidak, itu bergantung kepada sejauh mana perjalanan mereka boleh kekal sampai PRU akan datang.
 
Adakah usul undi tidak percaya pada sidang Dewan Rakyat akan menggugat kedudukan PN?
Ini ada kaitan dengan Perkara 43 Perlembagaan Persekutuan dan usul itu telah diterima oleh Speaker Dewan Rakyat namun tidak diputuskan tarikh usul tersebut akan diperdebatkan atau ditangguhkan.
Tapi ia perlu diteruskan juga. Disebabkan ia sebahagian daripada Perlembagaan, sepatutnya tidak dijadikan isu untuk dilaksanakan.
Cuma sewaktu pengundian nanti, takut ada yang tidak menyokong atau mengambil pendirian berkecuali.
Dalam perkara ini saya berpandangan, apa yang termaktub dalam Perlembagaan, ia perlu dilaksanakan. Tempoh bila ia akan dilaksanakan sama ada Julai depan atau sidang Dewan Rakyat pada September, itu yang menjadi isu.
Tapi bergantung juga kepada sejauh mana ada unsur untuk menolak supaya usul undi tidak percaya itu tidak direalisasikan. Maksudnya kena ada alasan yang kukuh mengikut Perlembagaan bagi menghalang usul itu tidak dibentangkan.
Buat masa ini, saya tidak nampak ada alasan kukuh untuk berbuat demikian. Sebab itu usul ini boleh ditangguhkan tapi nak menolak, agak sukar.
 
Sejauh manakah istilah kerajaan pintu belakang dan tebuk atap yang dimainkan pembangkang berjaya mempengaruhi rakyat?
Itu perkara biasa. PN sebelum ini juga memainkan pelbagai isu terhadap PH. Apabila PH menjadi pembangkang, mereka juga akan buat perkara yang sama. Kalau mereka tidak mainkan isu ini, rugilah, seolah-olah mereka pula menerima PN.
Sekarang PH mahu mewujudkan satu persepsi dengan mengatakan PN sebagai kerajaan pintu belakang dan sebagainya. Realitinya, walaupun dengan kelebihan satu undi sahaja pun, PN adalah kerajaan yang sah. Oleh itu, apa sahaja isu dimainkan, PN kena menjawab. Ia harus dipatahkan oleh kerajaan.
Pada PRU, rakyat beri mandat untuk memilih wakil rakyat di kawasan, bukan memilih kerajaan. Itu rakyat Malaysia kena faham.
Rakyat pilih siapa ahli Parlimen dan ADUN yang akan wakili mereka di Parlimen dan DUN. Dalam pembentukan kerajaan, ahli Parlimen dan ADUN yang pilih menentukan bentuk kerajaan yang mereka mahu.
Dr Mohd Azizuddin Oleh itu, tidak sepatutnya timbul isu pintu belakang atau tebuk atap. Ini mainan politik, kalau tidak dimainkan, rugilah pembangkang.
 
Adakah PN akan terjejas sekiranya PH menyingkirkan Tun Dr Mahathir Mohamad dengan menamakan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai bakal Perdana Menteri?
Bergantung sekiranya Dr Mahathir boleh menerima Anwar sebagai bakal Perdana Menteri PH. Perkara ini bergantung kepada perundingan dan kompromi.
Sama juga seperti sekarang Muhyiddin dengan Dr Mahathir, sebab tidak ada kompromi. Kalau PH nak lantik Anwar, mereka kena kompromi tapi dalam politik, apa-apa pun boleh berlaku.
Seandainya Dr Mahathir masih lagi mahu menjadi Perdana Menteri, beliau kena melihat sejauh mana dan dari mana sokongan yang diperolehnya. Seperti kita ketahui, komponen PH setia kepada Anwar.
Bila menjadi pembangkang, PH perlu mengambil inisiatif sama yang pernah berlaku pada UMNO dan Pas apabila bergabung untuk menang pilihan raya.
Bagi memperkuatkan PH, mereka tidak boleh bergaduh sesama sendiri sebaliknya menyatukan semua pembangkang yang ada termasuklah Dr Mahathir sebagai sokongan.Apabila ada sokongan sedemikian, lagi kuat pembangkang untuk melawan PN yang sekarang hanya mempunyai majoriti kecil.
Rasionalnya, semua pembangkang perlu bergabung untuk melawan PN. Jika pembangkang berpecah, PN ada kelebihan untuk memperkukuhkan diri sebagai kerajaan.
SH




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://mykmu.net/2020/06/01/perikatan-nasional-tetap-kerajaan-yang-sah-walaupun-majoriti-kecil/?utm_source=rss&utm_medium=rss&utm_campaign=perikatan-nasional-tetap-kerajaan-yang-sah-walaupun-

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Adakah Agihan Jawatan Menteri Dan Glc Bagi Wujudkan Kerajaan Perikatan Nasional Boleh Dianggap Rasuah

Adakah Agihan Jawatan Menteri Dan Glc Bagi Wujudkan Kerajaan Perikatan Nasional Boleh Dianggap Rasuah

papar berkaitan - pada 31/5/2020 - jumlah : 498 hits
Saya ingin merujuk kepada rakaman audio yang tular di laman sosial semalam dan juga telah dilaporkan oleh media media mengenai suara yang dikatakan mirip suara YAB Tan Sri Muhyiddin Yasin Lelaki tersebut telah memberikan gambaran bahawa ker...
Agong Dedahkan Muhyiddin Dapat Kepercayaan Majoriti Kerajaan Sah Bukan Pintu Belakang

Agong Dedahkan Muhyiddin Dapat Kepercayaan Majoriti Kerajaan Sah Bukan Pintu Belakang

papar berkaitan - pada 19/5/2020 - jumlah : 316 hits
KUALA LUMPUR Yang di Pertuan Agong hari ini mendedahkan baginda telah meminta Tun Dr Mahathir Mohamad untuk tidak melepaskan jawatannya sebagai Perdana Menteri semasa pertemuan yang berlangsung pada jam 5 petang 24 Februari lalu Bagaimanapu...
100 Hari Kerajaan Perikatan Nasional 100 Fakta Yang Jelas Dan Sahih

100 Hari Kerajaan Perikatan Nasional 100 Fakta Yang Jelas Dan Sahih

papar berkaitan - pada 3/6/2020 - jumlah : 331 hits
1 Kerajaan Perikatan telah berjaya menstabilkan negara daripada tiga krisis serentak dalam masa sebulan iaitu krisis politik kepartian krisis ekonomi rakyat dan krisis pandemik COVID 19 2 Sebaik sahaja mengambilalih kuasa Tan Sri Muhyiddin ...
Gempar Kerajaan Perikatan Nasional Akan Tumbang Julai Nanti

Gempar Kerajaan Perikatan Nasional Akan Tumbang Julai Nanti

papar berkaitan - pada 31/5/2020 - jumlah : 520 hits
Timbalan Presiden Amanah Salahuddin Ayub memberi gambaran bahawa Pakatan Harapan mungkin dapat merampas semula Putrajaya daripada kerajaan Perikatan Nasional sebelum persidangan parlimen akan datang yang dijangka bermula pada Julai Salahudd...
6 Parti Bentuk K Jaan Sokong Tubuh Perikatan Nasional

6 Parti Bentuk K Jaan Sokong Tubuh Perikatan Nasional

papar berkaitan - pada 18/5/2020 - jumlah : 276 hits
KL Parti Pribumi Bersatu Malaysia Barisan Nasional Parti Islam Se Malaysia Gabungan Parti Sarawak Parti Bersatu Sabah dan Parti Solidariti Tanah Airku menyokong penubuhan Perikatan Nasional melalui kerjasama gabungan parti politik Dalam sat...
Senarai Lantikan Ahli Parlimen Adun Pemimpin Politik Pengkhianat Nasional Ke Glc Dan Agensi Kerajaan

Senarai Lantikan Ahli Parlimen Adun Pemimpin Politik Pengkhianat Nasional Ke Glc Dan Agensi Kerajaan

papar berkaitan - pada 22/5/2020 - jumlah : 391 hits
Umno 1 MP Jelebu Umno Dato Jalaluddin Alias Pengerusi UDA Holding2 MP Gerik Umno Dato Hasbullah Osman Pengerusi Syarikat Perumahan Negara Berhad3 MP Cameron Highlands Umno Dato Ramli Pengerusi Amanah Raya Berhad4 MP Padang Terap Umno Dato S...
Mpt Bersatu Nyatakan Sokongan Kepada Perikatan Nasional

Mpt Bersatu Nyatakan Sokongan Kepada Perikatan Nasional

papar berkaitan - pada 20/5/2020 - jumlah : 342 hits
Majlis Pimpinan Tertinggi Bersatu menyatakan sokongan penuh terhadap penubuhan Perikatan Nasional dan sokongan tidak berbelah bahagi terhadap kerajaan pimpinan Presiden Bersatu Tan Sri Muhyiddin Yassin Dalam satu kenyataan hari ini MPT Bers...
Perikatan Nasional Sebuah Gabungan Tidak Berdaftar

Perikatan Nasional Sebuah Gabungan Tidak Berdaftar

papar berkaitan - pada 20/5/2020 - jumlah : 287 hits
Perikatan Nasional Sebuah Gabungan Tidak Berdaftar Sidang Dewan Rakyat hari ini menyaksikan seramai 114 ahli parlimen duduk di blok kerajaan sekali gus memberi gambaran bahawa Perdana Menteri Muhyiddin Yassin mempunyai sokongan majoriti di ...
Makan Steamboat Dapat Henna Free

15 Kafe Di Johor Bahru Instagrammble Muslim Friendly

Sarawak And Malaysia Can T Afford Escalating O G Disputes

Antara Projek Pungguk Rindu Bulan Tilapia M Sia Pro Hamas

Isu Calon Perdana Menteri Kembali Menjadi Tegang Di Kalangan Pemimpin Pn

Isu Papan Tanda Aneh Dan Pelik Menteri Wilayah Masih Diam

Worldcoin Dan Ai

Coffee Is For Closers The Motivational Phrase From Quot Glengarry Glen Ross


echo '';
Memahami Fasa Renjatan Elektrik Yang Selamat dan Berbahaya Untuk Manusia

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Lara Kasih Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 2 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


Yaph Jiwa Gundah

E Book Pertama Saya

Resipi Ayam Gepuk

Orbit Labels The Parent S Choice For Safe And Sanitary Feeding

Samun Barang Kemas Dianggar Seberat 4 1 Kilogram Bernilai Rm1 54 Juta Sekumpulan Penjenayah Diburu

Kes Bunuh Pelajar Vokasional Warden Temui Mangsa Tak Sedarkan Diri