Lebih Ramai Mp Pn Pegang Jawatan Glc


Andrew Ong
Tiga lagi ahli Parlimen Perikatan Nasional telah dilantik memegang jawatan dalam syarikat berkaitan kerajaan (GLC) sejak beberapa hari lalu.
Shahbudin Yahaya (Bersatu-Tasek Gelugor) dilantik sebagai Pengerusi Lembaga Penyatuan dan Pemulihan Tanah Persekutuan (Felcra) Bhd, syarikat milik Kementerian Kewangan yang menguruskan program perladangan dan pengurusan ladang.
Pengerusi sebelumnya ialah tokoh korporat Mohamad Nageeb Ahmad Abdul Wahab.
Ahmad Johnie Zawawi (PBB-Igan) pula dilantik sebagai pengerusi bukan eksekutif Indah Water Consortium (IWK) minggu lalu.
Syarikat ini juga dimiliki oleh Kementerian Kewangan dan ditugaskan untuk mengurus air buangan.
Johnie menggantikan tokoh korporat Amiruddin Abdul Aziz.
Anyi Ngau (PDP-Baram) dilantik sebagai pengerusi Lembaga Koko Malaysia (MCB), sebuah agensi persekutuan yang diletakkan di bawah Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi.
Anyi menggantikan ahli politik Jonathan Yasin, yang kini menjadi timbalan menteri dalam negeri kedua.
Jonathan ialah MP Ranau yang juga anggota PKR sehingga akhir Februari lalu apabila berpaling tadah dan bergabung dengan Bersatu membentuk kerajaan PN
Pelantikan mutakhir ini menunjukkan 82.3 peratus daripada 113 anggota parlimen PN telah dilantik memegang jawatan dalam kabinet, timbalan menteri, GLC atau dilantik sebagai diplomat khas.
Sementara itu, di kalangan baki 20 "anggota parlimen biasa" yang tidak memegang apa-apa jawatan, terdapat 13 MP dari Umno.
Dalam perkembangan berkaitan, tiga Adun PN telah dilantik memegang jawatan dalam syarikat berkaitan kerajaan (GLC) yang lain.
Azman Ibrahim (PAS-Jabi) dilantik sebagai pengerusi Lembaga Kenaf dan Tembakau Negara menggantikan Wan Abdul Rahim Wan Abdullah, yang juga pemimpin Amanah.
Osman Sapian (Bersatu-Kempas) dilantik sebagai ketua Majlis Minyak Sawit Malaysia.
Bekas menteri besar Johor itu menggantikan tokoh korporat terkemuka Mohd Bakke Salleh.
Md Alwi Che Ahmad (Umno-Kok Lanas) pula dilantik sebagai ahli lembaga pengarah Mara.
Sebilangan pelantikan baru pula tidak "tidak melibatkan wakil rakyat."
Ahli jawatankuasa pusat PAS dan Timbalan Ketua PAS Sarawak Muhtar Suhaili telah dilantik sebagai ketua Majlis Pensijilan Minyak Sawit Malaysia (MPOCC) menggantikan Franki Anthony Dass.
Ketua penerangan PAS Kamaruzaman Muhammad pula telah dilantik menerajui Majlis Pensijilan Kayu Malaysia (MTCC) menggantikan K Yogeesvaran.





Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2020/05/lebih-ramai-mp-pn-pegang-jawatan-glc.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Ahli Parlimen Pegang Jawatan Salah

Ahli Parlimen Pegang Jawatan Salah

papar berkaitan - pada 22/5/2020 - jumlah : 369 hits
Liaya MarzukiSekarang tengah hebat dilakukan pembahagian jawatan GLC di kalangan ahli Parlimen Yang saya musykil Perkara 48 Perlembagaan Persekutuan mengatakan ahli Parlimen akan hilang kelayakan kalau dia memegang suatu jawatan berpendapat...
Selepas Lebih 30 Lantikan Glc Takkan Muhyiddin Masih Takut Lagi Dengan Usul Tun M

Selepas Lebih 30 Lantikan Glc Takkan Muhyiddin Masih Takut Lagi Dengan Usul Tun M

papar berkaitan - pada 11/5/2020 - jumlah : 335 hits
Meneliti kenyataan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Takiyuddin Hassan berhubung sidang Parlimen pada 18 Mei nanti ternampak semacam kerajaan enggan memberi ruang kepada pembentangan usul undi tidak percaya terhadap Perdana Menteri Muhyidd...
Mukhriz Mengakui Beliau Masih Pegang Jawatan Mb Kedah

Mukhriz Mengakui Beliau Masih Pegang Jawatan Mb Kedah

papar berkaitan - pada 13/5/2020 - jumlah : 328 hits
ALOR SETAR Datuk Seri Mukhriz Mahathir mengakui beliau masih memegang jawatan Menteri Besar dan kerajaan negeri pimpinannya masih beroperasi seperti biasa Beliau menegaskan pihak pembangkang tidak boleh mengumumkan pertukaran kerajaan neger...
Mod Keluarga Google Duo Menjadikan Panggilan Video Lebih Ceria

Mod Keluarga Google Duo Menjadikan Panggilan Video Lebih Ceria

papar berkaitan - pada 10/5/2020 - jumlah : 625 hits
Kami tahu ada yang sudah berbulan tidak bertemu ibu bapa Nenek di kampung pula sudah lama tidak berjumpa dengan anak cucu Kita bernasib baik kerana kita hidup di zaman teknologi yang insan insan yang dirindui masih boleh dihubungi jika mere...
Kasus Positif Covid 19 Di Sumut Melonjak Warga Diingatkan Lebih Waspada

Kasus Positif Covid 19 Di Sumut Melonjak Warga Diingatkan Lebih Waspada

papar berkaitan - pada 10/5/2020 - jumlah : 356 hits
Kasus positif Covid 19 di Sumatera Utara kembali melonjak Peningkatannya bahkan mencapai angka tertinggi setelah virus ini terdeteksi di daerah ini pertengahan Maret
Hukum Menimbun Barang Untuk Menjualnya Lebih Mahal

Hukum Menimbun Barang Untuk Menjualnya Lebih Mahal

papar berkaitan - pada 10/5/2020 - jumlah : 456 hits
Apa hukum menimbun barang untuk menjual lebih mahal Misal saat saat ini dengan menimbun masker padahal khalayak ramai sangat membutuhkan Posting ditampilkan lebih awal di
Cina Pap Jauh Lebih Baik Perintah Negara

Cina Pap Jauh Lebih Baik Perintah Negara

papar berkaitan - pada 10/5/2020 - jumlah : 392 hits
Ipohmali Ucapan kepada Ummat Islam dari PM singapura Hsien Long sempena Ramadhan Selain DAP PAP atau pemerintah di Singapura sering menjadi modal kelompok Ashabiyah UMNO dan PAS menakut nakutkan orang Melayu dan Ummat Islam Antara ayat Popu...
Lemang Tong Dram Lebih Lemak

Lemang Tong Dram Lebih Lemak

papar berkaitan - pada 9/5/2020 - jumlah : 531 hits
PROSES membakar lemang secara tradisional biasanya mengambil masa sehingga tujuh jam namun dengan menggunakan tong dram dan dapur gas lemang boleh dinikmati dalam tempoh dua jam sahaja
Baru Saya Faham Kenapa Orang Merentan Pasal Pak Mat Western Individu Kongsi Pengalaman Tak Best Ketika Ke Restoran Pmw

Nasihat Perihal Solat Dan Kematian

Filem Martabat Misi Berdarah

Hari Lautan Sedunia Jangan Bawa Balik Kulit Siput Jika Ke Pantai

Bas Bawa Pelajar Upsi Dipercayai Hilang Kawalan Dan Terlanggar Belakang Alza Jadi Punca Kemalangan

Fleeting Yet Functional The Rise Of Transient Electronics

Bukan Tak Nak Cakap Melayu Tapi Memang Mak Bapak Aku Tak Ada Darah Melayu Nak Buat Macam Mana Ameera Khan

Fancy Owning A Private Island Or Uninhabited Land


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Buasir Otak Tv Buasir Otak The Muzik Kekal Sahabat

Jantung Berdebar Debar Dan Bengkak

Elsa Pitaloka Indah Pada Waktunya Chord

How Your Oral Health Affects Your Gut

Giving Back In A Big Way 2 Champion Lembu Sado Shared With Over 1 000 Malaysians

Rethinking Seato A New Maritime Pact For Asean