Adab Cara Menyambut Kelahiran Bayi Menurut Islam


Entri ini khas buat anda yang bakal melahirkan anak dan ada kena mengena dengan diri saya yang bakal melahirkan anak ke-2 kami pada awal tahun 2012, insya Allah (EDD 9/1/2012). Di sini saya kongsikan adab-adab yang disunatkan dalam Islam ketika menyambut kelahiran bayi :
tips kelahiran bayi/ anak dalam islam 1. Melakukan sujud syukur sebagai tanda kesyukuran kepada Allah. Suami boleh lakukan di mana sahaja dia berada ketika itu. Ia elok dilakukan sebaik sahaja anak keluar daripada rahim ibu. Perbanyakkan bacaan zikrullah (tasbih, takbir dan tahmid).
2. Mengikut hadis sahih daripada Abu Daud dan Tarmizi, sunat untuk diazankan di telinga bayisebab ia dibuat oleh Nabi Muhammad s.a.w ketika cucu baginda, Hassan lahir. Imam Ibnu Qayyium memberitahu azan dilakukan supaya kalimat seruan tentang kebesaran Allah menjadi seruan pertama yang didengar oleh bayi.
Sementara Sheikh Muhammad Ali Qutub pula menyamakan seruan azan/iqamat seperti bacaan talqin. Kelahiran bayi bermaksud bayi berpindah dari alam rahim ke alam dunia, seruan azan mengingatkan bayi tentang tanggungjawabnya di dunia. Sebab itu bayi menangis ketika baru lahir ke dunia.
3. Memohon doa keselamatan untuk anak supaya dijauhkan daripada gangguan syaitan. Apa-apa sahaja doa yang diketahui oleh ibu bapa boleh dibacakan. Nabi Muhammad s.a.w juga melakukan amalan ini apabila cucundanya lahir. Amalan ini disebut dalam hadis sahih dari Bukhari. Ustaz Abu Hasan mengingatkan ibu bapa agar jangan sekali-kali melakukan amalan meletakkan gunting, paku dan sebagainya lagi di bawah bantal bayi bertujuan menghalau syaitan atau sebarang gangguan iblis. Ia boleh jatuh syirik kerana ia perbuatan yang khurafat.
4. Sunat memberi ucapan tahniah kepada ibu bapa yang baharu sahaja mendapat anak. Ia ada disebut dalam kitab Imam An-Nawawi. Tujuannya untuk menghulurkan rasa kegembiraan kepada seluruh ahli keluarga yang memperoleh cahaya mata baharu selain mengeratkan kemesraan dan ikatan silaturrahim di antara mereka. Disarankan mereka yang berkunjung melawat bayi turut menghulurkan buah tangan seperti hadiah, wang dan sebagainya kepada ibu bapa tersebut.
5. Tanam uri dengan segera kerana ia adalah benda kotor dan najis. Menurut Ustaz Abu Hasan, uri tersebut tidak perlu dibersihkan seperti dilakukan sesetengah masyarat yang membersihkan uri dengan garam dan asam gelugor. Sebaiknya bungkus terus dan segera ditanam. Elok ditanam di tanah yang keras dengan mencangkul dalam tanah untuk mengelakkan daripada dikorek dan dimakan binatang. Selain itu dia juga mengingatkan ibu bapa agar jangan percaya kepada amalan sesat yang menanam uri bersama objek lain kerana percaya memberi nasib yang baik kepada bayi. Amalan itu boleh merosakkan akidah.

6. Sunat menamakan anak yang baharu lahir dengan nama yang elok dan membawa makna baik kerana nama itu yang akan dipanggil di hari akhirat kelak. Nabi menyuruh ibu bapa memberi nama anak pada hari ke-7 atau secepat yang boleh.
7. Sunat melakukan tahnik atau belah mulut bayi baharu lahir. Tahnik ialah mengunyah buah kurma dan diletakkan sedikit rasanya di dalam mulut bayi. Tahnik bertujuan memohon kepada Allah SWT supaya anak yang dilahirkan mempunyai lidah yang fasih dan terkawal lidahnya daripada menyebut perkara-perkara yang tidak berfaedah dan mendatangkan maksiat walaupun perkara ini boleh dilakukan oleh orang yang soleh namun bapa kepada anak tersebut lebih utama melakukan tahnik untuk anaknya kerana hadis riwayat oleh Tirmizi menyebutkan salah satu doa yang paling mustajab ialah doa ibu bapa untuk anaknya”.
8. Sunat membuat aqiqah yang bermaksud penyembelihan binatang ternakan seperti kambing, lembu, kerbau atau unta dan lebih afdal dilakukan pada hari ketujuh kelahiran bayi. Hadis Abu Daud ada menyebut aqiqah dilakukan sebagai tanda kesyukuran kepada Allah SWT supaya mendekatkan anak kepada Allah. Daging sembelihan hendaklah disedekahkan kepada orang sekeliling supaya mereka tahu tentang kelahiran anak anda. Tetapi jika ibu bapa tidak mampu melakukan aqiqah tersebut dalam masa terdekat, ia boleh dilakukan sebelum aqil baligh si anak. Sunah Rasulullah menyuruh aqiqah dua ekor kambing bagi anak lelaki dan seekor kambing bagi anak perempuan.

9. Mencukur jambul atau rambut anak yang baharu lahir. Menggunting sedikit rambut bayi pada hari ke tujuh adalah sunat. Ini sebagai tanda permulaan kehidupan anak kecil sebagai manusia dan hamba di sisi Allah selain menggalakkan pertumbuhan rambut baharu yang lebih sihat. Selalunya majlis kenduri diadakan untuk menyambut kelahiran bayi. Sesiapa sahaja boleh menggunting rambut baik tetapi lebih baik jika dilakukan orang yang soleh dan keluarga terdekat. Menggunakan buah kelapa dan segala macam campuran seperti garam, beras dan bunga semasa mencukur rambut anak tidak dibenarkan kerana amalan ini diambil daripada budaya Hindu.
10. Mengkhatankan anak. Hadis daripada Al-Baihaqi menyebut Rasulullah bukan hanya menyembelih kambing tetapi turut mengkhatankan bayi baharu lahir pada hari ketujuh. Berkhatan bagi lelaki bertujuan untuk kebersihan, mencegah penyakit dan seksual. Perkara ini menjadi sunat kepada kaum perempuan dan satu kewajiban bagi lelaki. Bagi perempuan tidak perlu sebab Imam Syaukawi sebut tidak ada dalil yang sahih tentang wajib berkhatan bagi perempuan.
sumber: Majalah Pa&Ma 

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.tipsremaja1.com/2015/12/adab-ketika-menyambut-kelahiran-bayi.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Betul Ke Cara Mama Pakaikan Lampin Pada Bayi Jom Baca Untuk Ketahui

Betul Ke Cara Mama Pakaikan Lampin Pada Bayi Jom Baca Untuk Ketahui

papar berkaitan - pada 11/9/2021 - jumlah : 229 hits
Tak sampai hatilah bila tengok anak menangis dan kulit menjadi kemerah merahan disebabkan oleh ruam lampin semasa mama tukarkan lampin Kasihannya Kebanyakan mama menggunakan salap lampin hanya apabila terjadinya ruam lampin Sebenarnya lebih...
Cara Mengatasi Ruam Popok Pada Bayi

Cara Mengatasi Ruam Popok Pada Bayi

papar berkaitan - pada 17/9/2021 - jumlah : 225 hits
Ruam popok pada bayi biasanya akan hilang dalam beberapa hari namun ruam tetap dapat muncul kembali Gara gara ruam ini bayi Artikel ditulis oleh dan dipublikasikan pertama kali di Hak cipta oleh
Rupanya Cara Mudah Ni Boleh Hentikan Bayi Menangis Bila Duduk Dalam Car Seat Simple

Rupanya Cara Mudah Ni Boleh Hentikan Bayi Menangis Bila Duduk Dalam Car Seat Simple

papar berkaitan - pada 23/9/2021 - jumlah : 224 hits
Nak biasakan anak duduk dalam car seat memang mengambil masa Kena kental biarkan anak menangis untuk seketika dan teruskan pemanduan macam biasa Ini tip yang biasa kita dengar Namun rupanya ada beberapa tip yang mak ayah tidak tahu dapat re...
Bayi Selalu Kembung Perut Ini Cara Berkesan Merawat Mencegah Kembung Perut Bayi

Bayi Selalu Kembung Perut Ini Cara Berkesan Merawat Mencegah Kembung Perut Bayi

papar berkaitan - pada 12/9/2021 - jumlah : 367 hits
Masalah perut bayi kembung dan sering kentut ada kalanya boleh mendatangkan kerisauan di hati ibu Jom fahami punca bayi kembung perut dan cara mengatasinya yang dikongsi oleh hello doktor ini Perut bayi kembung dan sering kentut Secara pura...
Kemen Ppa Dorong Dukcapil Bantu Bayi Silver Pamulang Kantongi Akta Kelahiran

Kemen Ppa Dorong Dukcapil Bantu Bayi Silver Pamulang Kantongi Akta Kelahiran

papar berkaitan - pada 29/9/2021 - jumlah : 180 hits
Sebelumnya nasib nahas dialami bayi berusia 10 bulan berinisial MFA Seluruh tubuhnya dicat silver oleh tetangga orang tuanya dan diajak mengemis
Bayi 7 Bulan Maut Ibu Tak Sengaja Terberanak Dalam Mangkuk Tandas

Bayi 7 Bulan Maut Ibu Tak Sengaja Terberanak Dalam Mangkuk Tandas

papar berkaitan - pada 29/9/2021 - jumlah : 319 hits
Suasana menjadi cemas apabila seorang ibu hamil yang mahu membuang air besar tanpa sengaja terlahirkan kandungannya yang berusia 7 bulan di dalam mangkuk tandas rumahnya di Sekinchan petang semalam Menurut Pengarah Jabatan Bomba dan Penyela...
Status Kerakyatan Bayi Azalina Minta Kerajaan Berlaku Adil

Status Kerakyatan Bayi Azalina Minta Kerajaan Berlaku Adil

papar berkaitan - pada 29/9/2021 - jumlah : 157 hits
Status kerakyatan bayi Azalina minta kerajaan berlaku adil Azalina Othman Said meminta kerajaan berlaku adil dalam isu hak kewarganegaraan bagi kanak kanak yang dilahirkan di luar negara Bekas menteri undang undang itu mempersoalkan mengapa...
Kementerian Pppa Dorong Peristiwa Bayi Dilumuri Cat Silver Diusut

Kementerian Pppa Dorong Peristiwa Bayi Dilumuri Cat Silver Diusut

papar berkaitan - pada 28/9/2021 - jumlah : 173 hits
Deputi Perlindungan Anak Kementerian PPPA Nahar mendorong peristiwa bayi sepuluh bulan dilumuri cat silver di daerah Tangerang Selatan untuk diusut tuntas Nahar curiga peristiwa itu bukan ketidaksengajaan karena motif keterbatasan ekonomi
Pengasuh Beritahu Bapa Bayi 7 Bulan Terjatuh Dari Baby Walker Ketua Polis Perak Dedahkan Apa Sebenar Yang Berlaku

Pengasuh Beritahu Bapa Bayi 7 Bulan Terjatuh Dari Baby Walker Ketua Polis Perak Dedahkan Apa Sebenar Yang Berlaku

papar berkaitan - pada 28/9/2021 - jumlah : 258 hits
Polis menahan seorang pengasuh selepas disyaki mende ra dan cuba membu nuh bayi lelaki berusia tujuh bulan di sebuah rumah di Taman Desa Pelancongan di sini hari ini
Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut

Pelajari Kesalahan Trader Pemula Untuk Persiapan Trading Profit Maksimal 2025


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Tanah Melayu Sg Baru Diambil W Azizah Jual B Putih

Watercolor Apartment For A Young Family With A Maine Coon

10 Myanmar Nationals Found In Car After Crash

Actress S Car Household Items To Be Auctioned Tomorrow To Pay Off Debt

Muslims May Wish Non Muslims On Religious Holidays Says Penang Mufti

The Benefits Of A Learning Management System For Every Organization