Adab Cara Menyambut Kelahiran Bayi Menurut Islam


Entri ini khas buat anda yang bakal melahirkan anak dan ada kena mengena dengan diri saya yang bakal melahirkan anak ke-2 kami pada awal tahun 2012, insya Allah (EDD 9/1/2012). Di sini saya kongsikan adab-adab yang disunatkan dalam Islam ketika menyambut kelahiran bayi :
tips kelahiran bayi/ anak dalam islam 1. Melakukan sujud syukur sebagai tanda kesyukuran kepada Allah. Suami boleh lakukan di mana sahaja dia berada ketika itu. Ia elok dilakukan sebaik sahaja anak keluar daripada rahim ibu. Perbanyakkan bacaan zikrullah (tasbih, takbir dan tahmid).
2. Mengikut hadis sahih daripada Abu Daud dan Tarmizi, sunat untuk diazankan di telinga bayisebab ia dibuat oleh Nabi Muhammad s.a.w ketika cucu baginda, Hassan lahir. Imam Ibnu Qayyium memberitahu azan dilakukan supaya kalimat seruan tentang kebesaran Allah menjadi seruan pertama yang didengar oleh bayi.
Sementara Sheikh Muhammad Ali Qutub pula menyamakan seruan azan/iqamat seperti bacaan talqin. Kelahiran bayi bermaksud bayi berpindah dari alam rahim ke alam dunia, seruan azan mengingatkan bayi tentang tanggungjawabnya di dunia. Sebab itu bayi menangis ketika baru lahir ke dunia.
3. Memohon doa keselamatan untuk anak supaya dijauhkan daripada gangguan syaitan. Apa-apa sahaja doa yang diketahui oleh ibu bapa boleh dibacakan. Nabi Muhammad s.a.w juga melakukan amalan ini apabila cucundanya lahir. Amalan ini disebut dalam hadis sahih dari Bukhari. Ustaz Abu Hasan mengingatkan ibu bapa agar jangan sekali-kali melakukan amalan meletakkan gunting, paku dan sebagainya lagi di bawah bantal bayi bertujuan menghalau syaitan atau sebarang gangguan iblis. Ia boleh jatuh syirik kerana ia perbuatan yang khurafat.
4. Sunat memberi ucapan tahniah kepada ibu bapa yang baharu sahaja mendapat anak. Ia ada disebut dalam kitab Imam An-Nawawi. Tujuannya untuk menghulurkan rasa kegembiraan kepada seluruh ahli keluarga yang memperoleh cahaya mata baharu selain mengeratkan kemesraan dan ikatan silaturrahim di antara mereka. Disarankan mereka yang berkunjung melawat bayi turut menghulurkan buah tangan seperti hadiah, wang dan sebagainya kepada ibu bapa tersebut.
5. Tanam uri dengan segera kerana ia adalah benda kotor dan najis. Menurut Ustaz Abu Hasan, uri tersebut tidak perlu dibersihkan seperti dilakukan sesetengah masyarat yang membersihkan uri dengan garam dan asam gelugor. Sebaiknya bungkus terus dan segera ditanam. Elok ditanam di tanah yang keras dengan mencangkul dalam tanah untuk mengelakkan daripada dikorek dan dimakan binatang. Selain itu dia juga mengingatkan ibu bapa agar jangan percaya kepada amalan sesat yang menanam uri bersama objek lain kerana percaya memberi nasib yang baik kepada bayi. Amalan itu boleh merosakkan akidah.

6. Sunat menamakan anak yang baharu lahir dengan nama yang elok dan membawa makna baik kerana nama itu yang akan dipanggil di hari akhirat kelak. Nabi menyuruh ibu bapa memberi nama anak pada hari ke-7 atau secepat yang boleh.
7. Sunat melakukan tahnik atau belah mulut bayi baharu lahir. Tahnik ialah mengunyah buah kurma dan diletakkan sedikit rasanya di dalam mulut bayi. Tahnik bertujuan memohon kepada Allah SWT supaya anak yang dilahirkan mempunyai lidah yang fasih dan terkawal lidahnya daripada menyebut perkara-perkara yang tidak berfaedah dan mendatangkan maksiat walaupun perkara ini boleh dilakukan oleh orang yang soleh namun bapa kepada anak tersebut lebih utama melakukan tahnik untuk anaknya kerana hadis riwayat oleh Tirmizi menyebutkan salah satu doa yang paling mustajab ialah doa ibu bapa untuk anaknya”.
8. Sunat membuat aqiqah yang bermaksud penyembelihan binatang ternakan seperti kambing, lembu, kerbau atau unta dan lebih afdal dilakukan pada hari ketujuh kelahiran bayi. Hadis Abu Daud ada menyebut aqiqah dilakukan sebagai tanda kesyukuran kepada Allah SWT supaya mendekatkan anak kepada Allah. Daging sembelihan hendaklah disedekahkan kepada orang sekeliling supaya mereka tahu tentang kelahiran anak anda. Tetapi jika ibu bapa tidak mampu melakukan aqiqah tersebut dalam masa terdekat, ia boleh dilakukan sebelum aqil baligh si anak. Sunah Rasulullah menyuruh aqiqah dua ekor kambing bagi anak lelaki dan seekor kambing bagi anak perempuan.

9. Mencukur jambul atau rambut anak yang baharu lahir. Menggunting sedikit rambut bayi pada hari ke tujuh adalah sunat. Ini sebagai tanda permulaan kehidupan anak kecil sebagai manusia dan hamba di sisi Allah selain menggalakkan pertumbuhan rambut baharu yang lebih sihat. Selalunya majlis kenduri diadakan untuk menyambut kelahiran bayi. Sesiapa sahaja boleh menggunting rambut baik tetapi lebih baik jika dilakukan orang yang soleh dan keluarga terdekat. Menggunakan buah kelapa dan segala macam campuran seperti garam, beras dan bunga semasa mencukur rambut anak tidak dibenarkan kerana amalan ini diambil daripada budaya Hindu.
10. Mengkhatankan anak. Hadis daripada Al-Baihaqi menyebut Rasulullah bukan hanya menyembelih kambing tetapi turut mengkhatankan bayi baharu lahir pada hari ketujuh. Berkhatan bagi lelaki bertujuan untuk kebersihan, mencegah penyakit dan seksual. Perkara ini menjadi sunat kepada kaum perempuan dan satu kewajiban bagi lelaki. Bagi perempuan tidak perlu sebab Imam Syaukawi sebut tidak ada dalil yang sahih tentang wajib berkhatan bagi perempuan.
sumber: Majalah Pa&Ma 

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://tipsremaja1.blogspot.com/2015/12/adab-ketika-menyambut-kelahiran-bayi.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Bau Aircond Pun Jadilah Mengandung Bayi Kembar Ibu Ni Serba Tak Kena Tak Dapat Makan Ais Batu

Bau Aircond Pun Jadilah Mengandung Bayi Kembar Ibu Ni Serba Tak Kena Tak Dapat Makan Ais Batu

papar berkaitan - pada 30/7/2022 - jumlah : 218 hits
Jika ada yang gemar makan beras mentah ketika mengidam lain pula kisahnya dengan ibu hamil ini yang dikenali sebagai Ekin Norash di Tik Toknya ekinnnorash Paling gemar makan ais batu Begitu kongsi Ekin di Tik Toknya Malah katanya kandungan ...
Boleh Beli Tapi Nak Buat Untuk Create Memories Gigih Ibu Siapkan Kek Hari Jadi Mesra Bayi

Boleh Beli Tapi Nak Buat Untuk Create Memories Gigih Ibu Siapkan Kek Hari Jadi Mesra Bayi

papar berkaitan - pada 28/7/2022 - jumlah : 296 hits
Hari jadi anak antara perkara yang ditunggu tunggu setiap ibu Pasti nak meraikan hari bahagia ini Ada yang memilih untuk membeli kek yang sudah siap ada juga yang memilih untuk membuat sendiri kek hari jadi anak Bagi Puan Farah kali ini dia...
Bayi 8 Bulan Maut Dengan Kesan Kecederaan Di Badan

Bayi 8 Bulan Maut Dengan Kesan Kecederaan Di Badan

papar berkaitan - pada 26/7/2022 - jumlah : 241 hits
Bayi 8 bulan maut dengan kesan kecederaan di badanFoto Hiasan SahajaSeorang bayi lelaki berusia lapan bulan meninggal dunia dengan kesan kecederaan di bahagian badan dalam kejadian di Sungai Siput dekat Ipoh semalam Ketua Polis Daerah Sunga...
Doktor Sy4k Baby Ada Bayi Ditahan Di H0spital Ariff Bahran Sedih Tak Dapat Bawa Pulang Bersama Isteri

Doktor Sy4k Baby Ada Bayi Ditahan Di H0spital Ariff Bahran Sedih Tak Dapat Bawa Pulang Bersama Isteri

papar berkaitan - pada 26/7/2022 - jumlah : 370 hits
Penyanyi Ariff Bahran yang baru sahaja menimang cahaya mata pada Ahad akui sedih kerana tak dapat membawa pulang anak sulungnya bersama isteri hari ini Kata Ariff bayi lelakinya itu ditahan kerana perlu dipantau selepas disy4ki mempunyai j4...
Jururawat Didakwa Bunuh Bayi Lelaki

Jururawat Didakwa Bunuh Bayi Lelaki

papar berkaitan - pada 1/8/2022 - jumlah : 246 hits
SUNGAI SIPUT 1 Ogos Seorang jururawat persendirian didakwa di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan bunuh seorang bayi lelaki Tertuduh 30 hanya mengangguk faham dan tiada pengakuan direkodkan sebaik pertuduhan dibacakan di had...
Kulit Bayi Terjaga Elok Ini Rahsia Semua Mama Kena Tahu

Kulit Bayi Terjaga Elok Ini Rahsia Semua Mama Kena Tahu

papar berkaitan - pada 1/8/2022 - jumlah : 207 hits
Bila si manja meragam tak sampai hati tengok dia Banyak faktor yang akan buat bayi rasa tak selesa selain lampin yang basah Bila kulitnya bermasalah bayi akan merengek kerana hanya itu yang mampu dia lakukan Nak beritahu di mana tak kena si...
Iltizam Anak Selangor Untuk Bayi Lahir 2022 Dapat Akaun Simpan Sspn Ini Syarat Mohon

Iltizam Anak Selangor Untuk Bayi Lahir 2022 Dapat Akaun Simpan Sspn Ini Syarat Mohon

papar berkaitan - pada 5/8/2022 - jumlah : 248 hits
ILTIZAM Anak Selangor 2022 merupakan satu program skim baharu di bawah jenama Iltizam Selangor Penyayang Berita baik untuk semua ibu bapa yang mempunyai anak anak yang lahir pada tahun 2022 di negeri Selangor Kerajaan negeri telah memperken...
Resepi Kek Pisang Cheese Tanpa Telur Antara Idea Makanan Bayi 8 Bulan Ke Atas

Resepi Kek Pisang Cheese Tanpa Telur Antara Idea Makanan Bayi 8 Bulan Ke Atas

papar berkaitan - pada 3/8/2022 - jumlah : 455 hits
Anak cepat bosan kala mama sediakan menu yang sama sahaja Bila mama kreatif anak pun makin berselera kan Kalau mama tak ada idea jom ikuti pilihan resepi yang dikongsi sesuai untuk anak berusia 8 bulan ke atas Selamat mencuba IDEA MAKANAN B...
Makanan Penambah Berat Badan Bayi Yang Anda Harus Berikan Kepada Anak Kecil Anda

Makanan Penambah Berat Badan Bayi Yang Anda Harus Berikan Kepada Anak Kecil Anda

papar berkaitan - pada 2/8/2022 - jumlah : 178 hits
Bila bawak anak check up ke klinik perkara pertama yang nak ditengok adalah berat badan bayi Paling risau kalau berat bayi tak naik Betul tak Disini CN kongsikan jenis makanan yang boleh menambah berat badan bayi Semoga perkongsian ini berm...
Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Panduan Lengkap Untuk Reka Bentuk Kotak Pembungkusan Makanan Yang Menarik

10 Tips Pilih Pam Tayar Kereta Tekanan Angin Tayar Kereta Yang Sesuai

Catatan Hari Terakhir Trip Ke Kuching

Resepi Udang Khamped Padu Mudah Sedap Dan Confirm Licin Pinggan

The Skill Hexagon The Power Of Multifaceted Abilities

Skill Up Steam Curator