Kulit Bayi Terjaga Elok Ini Rahsia Semua Mama Kena Tahu
Bila si manja meragam, tak sampai hati tengok dia. Banyak faktor yang akan buat bayi rasa tak selesa selain lampin yang basah. Bila kulitnya bermasalah, bayi akan merengek kerana hanya itu yang mampu dia lakukan. Nak beritahu di mana tak kena, si manja tak mampu. Jadi sebagai mama papa, kita perlu lebih peka dan ambil berat jika ada sesuatu yang mengganggu keselesaan bayi tersayang.
Sumber foto: www.shutterstock.com
Salah satu punca yang menyebabkan anak rasa tak selesa adalah masalah berkaitan kulitnya. Perkara inilah yang membuatkan mama papa rungsing dan buntu untuk mencari penyelesaian bagi memastikan si manja selesa dan kulitnya juga sihat.
Masalah kulit pada si manja boleh dilihat apabila kulitnya kelihatan kering dan menyebabkan kegatalan, kulit yang kemerah-merahan atau mengalami ruam serta kerengsaan:
Kulit Kering & Gatal
Ini antara masalah yang paling biasa berlaku dalam kalangan bayi. Kulit bayi lebih sensitif berbanding kulit dewasa yang menyebabkan ia mudah mengalami kekeringan. Masalah kulit kering boleh berlaku kerana pemilihan material pakaian yang mungkin terlalu kasar untuk kulit bayi atau pun alergi kepada produk penjagaan bayi seperti gel mandian atau losyen.
Sumber foto: www.shutterstock.com
Tahukah mama papa, kerap memandikan bayi dalam tempoh masa yang lama juga akan menyebabkan kulit menjadi kering. Bukan itu sahaja, kulit mudah mengelupas serta membuatkan kulit menjadi gatal. Apabila gatal, bayi cenderung untuk menggaru bahagian tersebut sehingga terluka. Inilah yang menyebabkannya menangis dan meragam kerana tempat yang digaru mula terasa pedih.
Kulit Nampak Merah-Merah
Biasanya apabila kulit kering, ia akan menyebabkan kemerahan pada kulit si manja. Kulit kemerahan ini biasanya berlaku apabila bayi berpeluh. Kulitnya yang sensitif apabila berpeluh dan kemudian bergesel dengan pakaian akan menyebabkannya menjadi merah-merah. Kulit kemerahan ini biasanya akan terjadi pada bahagian leher, dada, bahu, bahagian berpelipat seperti ketiak dan paha serta belakang badan. Si manja akan berasa kurang selesa kerana bintik merah ini mungkin akan menyebabkan kulit mereka terasa panas, gatal dan pedih.
Sebagai langkah pencegahan, pastikan kulit si manja sentiasa dalam keadaan bersih, kering dan tidak melekit kerana peluh. Pakaikan bayi baju yang longgar serta menyerap peluh. Lebih baik jika mama papa pakaikan pakaian yang berlubang supaya bayi kurang berpeluh.
Masalah Ruam atau Kerengsaan Kulit
Masalah ini biasanya akan terjadi pada bahagian tubuh terutamanya bahagian berlipat seperti celah peha, punggung, bawah leher dan sebagainya. Ruam lampin berlaku kerana iritasi kulit yang disebabkan pemakaian lampin. Sekiranya si manja mempunyai kulit sensitif, lampin yang lambat ditukar juga boleh menyebabkan bayi mudah terkena ruam. Masalah ini perlu dipandang serius jika dalam sesetengah kes, masalah ruam lampin ini boleh menjadi jangkitan bakteria.
Sumber foto: www.shutterstock.com
Adalah normal untuk bayi yang memakai lampin mendapat masalah ruam lampin dan ia boleh dilihat apabila munculnya kemerahan pada kasan kemaluan si manja. Tompok merah ini bermula pada satu tempat dan ia boleh merebak dengan cepat jika mama papa memandang ringan tentang masalah ini. Paling teruk, kulit akan mengelupas dan bayi akan mula terasa pedih ketika membuang air.
Untuk membantu mengatasi semua masalah ini, mama papa perlu mencari produk yang terbaik untuk mereka. Dapatkan produk yang selamat dan diyakini kualitinya supaya ia tidak memberi mudarat kepada si manja.
Suu Balm Kids ni rahsia kulit sihat, jom dapatkan sekarang! Kini mama papa tak perlu susah hati kerana anda boleh dapatkan rangkaian Suu Balm Kids untuk membantu mengatasi masalah kulit si manja. Untuk mendapatkan kulit yang sentiasa sihat, amalkan dua langkah penjagaan kulit yang super easy ini:
Langkah 1:
Suu Balm Kids Dual Soothing & Moisturising Head To Toe Wash
– Dirumuskan dengan bahan-bahan lembut dan menenangkan untuk kegunaan harian bagi anak-anak yang mempunyai kulit kering, gatal dan sensitif
– Mengandungi 5 jenis bahan pelembab termasuk shea butter dan sodium hyaluronate
– Bebas dari SLS, SLES, paraben, pengawet dan pewangi
– Hipoalergenik dengan pH seimbang untuk kulit yang sihat
Langkah 2:
Suu Balm Kids Dual Rapid Itch Relieving & Restoring Ceramide Moisturiser
– Mengandungi menthol semula jadi untuk melegakan gatal dengan cepat
– Mengandungi 5 jenis ceramide yang melembabkan & memperbaiki penghadang kulit
– Pelembap ini bertekstur ringan dan tidak melekit, sesuai untuk kegunaan harian
– Tidak mengandungi paraben, pengawet dan pewangi
Kenapa Mama Papa Kena Dapatkan Produk Suu Balm Kids Untuk Si Manja?
Diformulasikan oleh Pakar Perunding Dermatologi, Dr Tey Hong Liang dari National Skin Centre, Singapura.
Rangkaian Suu Balm Kids selamat dan sesuai untuk kanak-kanak yang mempunyai kulit kering, gatal dan sensitif, termasuk bayi baru lahir.
Kulit si manja terasa lebih bersih dan lega dengan Suu Balm Kids Dual Soothing & Moisturising Head to Toe Wash!
Melegakan kegatalan dan melembabkan kulit dengan Suu Balm Kids Dual Rapid Itch Relieving & Restoring Ceramide Moisturiser!
Untuk maklumat lanjut tentang produk Suu Balm Kids, layari:
Facebook: @SuuBalmMalaysia
IG: @suubalm_my
Dapatkan rangkaian produk ini segera di Watsons, Caring, Guardian atau farmasi berdekatan. Selain itu, mama papa boleh nikmati penghantaran percuma dan bayaran ansuran tanpa faedah melalui kedai dalam talian Suu Balm (https://bit.ly/3zGDgxH)
The post Kulit Bayi Terjaga Elok, Ini Rahsia Semua Mama Kena Tahu! appeared first on Pa&Ma.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.majalahpama.my/kulit-bayi-terjaga-elok-ini-rahsia-semua-mama-kena-tahu/