Ada Yang Sudi Bantu Rm15 000 Lagi Belum Cukup Untuk Rawatan Noah


Pasangan suami isteri ini masih buntu untuk menyediakan sebanyak RM15,000 lagi bagi mencukupkan RM24,000 keperluan untuk menampung kos rawatan anaknya Noah Ulhaq, berusia dua tahun, yang menghidap penyakit tulang kaki bengkok.
Mohd Nor Hafiz Md Shari, 35, berkata anaknya yang turut menghidap lima komplikasi kesihatan lain iaitu sindrom noonan (kelainan genetik), jantung berlubang, angin pasang, jangkitan kuman dalam paru-paru dan talasemia, memerlukan rawatan lanjut.

Katanya, ketika ini anaknya yang mesra dipanggil Adam itu sedang menerima rawatan secara berperingkat di Hospital Antarabangsa Bumrungrad, Bangkok, Thailand.
“Saya jadi buntu kerana perlu menyediakan sekitar RM24,000 untuk meneruskan rawatan anak di hospital berkenaan di Bangkok.
“Setakat ini, wang terkumpul ada RM9,000 hasil wang simpanan dan bantuan daripada orang ramai dan masih kurang sebanyak RM15,000 lagi untuk menampung keperluan itu.
“Sehingga kini, Noah Ulhaq sudah menjalani rawatan sebanyak tiga kali di hospital berkenaan sejak awal tahun ini apabila doktor melakukan proses menyimen pada kedua-dua kaki anak saya bagi tujuan meluruskan tulang kaki yang bengkok.
“Noah Ulhaq dijadual akan menerima rawatan tiga peringkat lagi di hospital itu termasuk menjalani pembedahan kaki pada hujung bulan ini,” katanya ketika ditemui di kediamannya di Taman Nusa Intan Senawang, Seremban.

Mohd Nor Hafiz yang menjalankan perniagaan takoyaki di pasar malam dan tapak karnival berkata, dia dan isteri, Suhaila Suid, 35, tidak mampu menyediakan wang berkenaan kerana ia di luar kemampuannya.
“Saya terpaksa merayu bantuan orang ramai bagi membolehkan proses rawatan dan pembedahan anak tidak tergendala,” katanya.
Menurutnya, pada peringkat awal, anggaran kos rawatan termasuk perjalanan dan penginapan berjumlah sekitar RM33,000, tetapi selepas meneliti semula termasuk proses rawatan enam kali ditetapkan doktor, kos melebihi daripada itu.
Katanya, kadar pertukaran wang asing antara Ringgit Malaysia dengan Baht Thailand turut menjadi faktor pertambahan kos berkenaan.
“Saya dan isteri mengharapkan anak kami yang menghidap penyakit berkenaan sejak lahir, dapat pulih dan berjalan seperti kanak-kanak lain.
“Orang ramai yang ingin membantu boleh menghubungi di talian 011-16650548,” katanya.
Sebelum ini kesukaran pasangan suami isteri ini untuk mendapatkan dana bagi rawatan anaknya itu  pernah dilaporkan dan menerusi penyiaran kisahnya, orang ramai termasuk pertubuhan bukan kerajaan (NGO) telah tampil membantu meringankan beban mereka.
Cuma kos itu masih belum mencukupi dan berharap ada lagi insan yang prihatin untuk membantu merealisasikan impian Noah untuk kembali sihat seperti kanak-kanak lain.
Sumber: Metro & BH
 
The post Ada Yang Sudi Bantu? RM15,000 Lagi Belum Cukup Untuk Rawatan Noah appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.majalahpama.my/ada-yang-sudi-bantu-rm15000-lagi-belum-cukup-untuk-rawatan-noah/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kurma Madu Bantu Jaga Kuantiti Dan Kualiti Susu Ibu Ketika Berpuasa Tak Perlu Risau Susu Tak Cukup

Kurma Madu Bantu Jaga Kuantiti Dan Kualiti Susu Ibu Ketika Berpuasa Tak Perlu Risau Susu Tak Cukup

papar berkaitan - pada 2/3/2020 - jumlah : 310 hits
Puasa tidak menjejaskan kandungan air susu ibu Kilang susu akan berperanan menghasilkan air susu ibu mengikut keadaan ibu dan ia menyesuaikan pengeluaran susu ibu mengikut keadaan badan ibu Bila ibu puasa hormon prolaktin dan hormon oksitos...
Bantu 13 000 Pekerja Mas Tanpa Gaji Sebelum Cakap Hal Pakaian Syed Saddiq

Bantu 13 000 Pekerja Mas Tanpa Gaji Sebelum Cakap Hal Pakaian Syed Saddiq

papar berkaitan - pada 14/3/2020 - jumlah : 228 hits
Ketua Pemuda Bersatu Syed Saddiq Abdul Rahman berkata keutamaan perlu ditumpukan terhadap usaha membantu 13 000 kakitangan Malaysia Airlines yang diminta bercuti tanpa gaji berbanding gesaan mengenakan pakaian patuh syariah terhadap para pe...
Hanya Mampu Makan Sekali Sehari Isteri Pula Tengah Sarat Dengan 2 Orang Anak Masih Kecil Siapa Sudi Silalah Bantu

Hanya Mampu Makan Sekali Sehari Isteri Pula Tengah Sarat Dengan 2 Orang Anak Masih Kecil Siapa Sudi Silalah Bantu

papar berkaitan - pada 10/3/2020 - jumlah : 504 hits
Setiap manusia dugaan yang diterima pasti berlainan Tapi apa yang penting adalah sabar disamping terus berusaha dan bertawakal kepada yang Maha Esa Setiap apa yang berlaku pasti ada hikmah yang tersembunyi di sebaliknya Seperti perkongsian ...
Menteri Kkm Tempat 1 000 Doktor Pelatih Di Seluruh Negara Bantu Operasi Covid 19

Menteri Kkm Tempat 1 000 Doktor Pelatih Di Seluruh Negara Bantu Operasi Covid 19

papar berkaitan - pada 15/3/2020 - jumlah : 369 hits
Kementerian Kesihatan Malaysia akan menempatkan 1 000 doktor pelatih di hospital kerajaan seluruh negara bagi membantu melicinkan operasi harian susulan penularan Covid 19 Menteri Kesihatan Dr Adham Baba berkata kesemua doktor pelatih akan ...
Cukup Tidur Bisa Bantu Remaja Atasi Stres Akibat Masalah Sosial

Cukup Tidur Bisa Bantu Remaja Atasi Stres Akibat Masalah Sosial

papar berkaitan - pada 6/3/2020 - jumlah : 194 hits
Sebuah penelitian terbaru mengungkap bahwa cukup tidur bisa membantu remaja tak hanya secara fisik Hal ini diketahui bisa membantu mereka mengatasi stres secara sosial secara efisien
Nazmi Faiz Saya Belum Cukup Puas Hati

Nazmi Faiz Saya Belum Cukup Puas Hati

papar berkaitan - pada 8/3/2020 - jumlah : 312 hits
Mungkin ada yang menjangkakan pemain berusia 25 tahun ini akan direhatkan dan hanya akan banyak digunakan dalam saingan Liga Juara Juara Asia 2020 sebagaimana yang dilalui Nazmi Faiz Mansor pada saingan musim lalu Dengan ramai pemain yang m...
Belum Terlambat Muhyiddin Tarik Diri

Belum Terlambat Muhyiddin Tarik Diri

papar berkaitan - pada 29/2/2020 - jumlah : 375 hits
Kekal Presiden BERSATU kekal BERSATU KELUAR PH Dan kekalkan calonkan Tun PM8
3 Fakta Virus Corona Di Iran Belum Menangguhkan Penerbangan Dari China

3 Fakta Virus Corona Di Iran Belum Menangguhkan Penerbangan Dari China

papar berkaitan - pada 29/2/2020 - jumlah : 174 hits
Beberapa pejabat di Iran mulai dari wakil Menteri kesehatan Iran Iraj Harirchi ketua komisi keamanan dan hubungan luar negeri parlemen Iran Mojtaba Zonnour hingga Wakil Presiden Iran untuk Urusan Wanita dan Keluarga Masoumeh Ebtaker telah d...
Plan Your Travels Dpm Says After Govt Ends Toll Free Rides During Festivities

Gegar Vaganza 11 Senarai Lagu Minggu Ke 10 Dan Keputusan Minggu Ke 9

Richtech Digital Berhad Lancar Prospektus Ipo Pasaran Ace

Revision Of Mahb Takeover Terms Sets Unhealthy Precedent Says Wan Fayhsal

Life S A Gift Pass It On Why You Should Donate Blood

Kenapa Mp Mp Umno Membisu Takut Kepada Dap

Tawaran Pakej Haji Terbaik Dan Premium Dari Mkm

Anwar I Went Through Hell In Prison But Won T Treat Najib That Way


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 10 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Suku Akhir

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 9 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Akad Yang Terlindung Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 9 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 8 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11


Cara Cuci Kerang

Penduduk Gempar Jumpa Bangkai Makhluk Aneh

Kerajaan Pn Akan Undang Bencana

Pkr Datang Dari Jalanan Jangan Halang Rakyat Berhimpun Hassan Karim

Tips Memilih Mesin Minuman Untuk Cafe Dan Restoran

Minggu Asperasi Dan Kecemerlangan Pelajar 2024 2025