Ada Yang Nak Rampas Kuasa


JALAN PENYELESAIANNYA MUDAH SAHAJA, BUBAR PARLIMEN DAN BUAT PILIHANRAYA UMUM.TIDAK PERLU TEGANG URAT LEHER CAKAP PUNG PANG DAN PENDAMKAN APA YANG TERPENDAM.BIAR RAKYAT BUAT KEPUTUSAN, DARI RASA TAKUT ADA YANG NAK RAMPAS KUASAATAUKOT-KOT ADA YANG TAKUT DENGAN BAYANG-BAYANG SENDIRI-Pak Karamu- Saifuddin: Elak rampasan kuasa melalui 'deep state'Lu Wei Hoong  |  Diterbitkan Hari ini 9:25 pagi  |  Dikemaskini Hari ini 9:25 pagi     Menteri Luar Saifuddin Abdullah menegaskan bahawa kerajaan yang dipilih rakyat harus dipertahankan daripada "daulah terpendam" yang ingin menjatuhkannya melalui cara tidak demokratik.
Istileh deep state atau daulah terpendam merujuk kepada "negara dalam negara" yang memiliki agenda di luar kerangka politik nasional.
Beliau berkata demikian merujuk kenyataan Dr Mahathir Mohamad Jumaat lalu bahawa terdapat usaha agar Raja-raja Melayu menandatangani perintah  menentangnya berikutan keputusan kerajaan untuk meratisikasi Statut Rom Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC).
Menurut Saifuddin keadaan yang sama pernah terjadi di sebuah negara di Asia dan boleh berlaku di negara ini.
"Ada sebuah negara yang tidak pernah berlaku transisi demokratik, berlaku satu pilihan raya selepas kebangkitan rakyat, seorang presiden dipilih. Dan presiden itu dianggap the first elected democratically president and he formed the government (presiden pertama yang dipilih secara demokratik dan dia telah membentuk kerajaan).
"Dalam masa setahun seorang jeneral mengetuai satu rampasan kuasa dan menjatuhkan kerajaan yang dipilih secara demokratik.
"Kenyataan Dr M, kerisauan saya perkara sedemikian boleh berlaku di negara ini. Kita mesti elakkan perkara ini berlaku. Kita harus mempertahankan kebangkitan rakyat dan pilihan raya rakyat," katanya dalam satu wawancara dengan Malaysiakini.
Saifuddin berkata peralihan kuasa dalam mana-mana negara adalah lumrah tetapi mesti dilakukan dalam proses demokrasi.
"Yang harus dielakkan adalah rampasan kuasa atau coup d'etrat oleh deep state atau apparatus yang tidak demokratik," katanya. 
Jumaat lalu Mahathir mengumumkan bahawa Malaysia menarik diri daripada Statut Rom berikutan bantahan terutamanya dari Putera Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim.
Tunku Ismail mendakwa Statut Rom yang mentadbir ICC dalam mengendalikan jenayah perang, pembunuhan beramai-ramai, jenayah kemanusiaan dan pencerobohan akan mengancam kedudukan Yang Di-Pertuan Agong, Melayu dan Islam.
Mahathir berkata langkah itu bukan kerana perjanjian antarabangsa itu merupakan ancaman tetapi disebabkan kekeliruan oleh "orang tertentu yang mahu bebas memukul orang".
"Dan jika dia memukul orang lagi, saya akan hantar polis untuk menangkapnya, saya tidak peduli siapa dia," katanya.
Mahathir juga mendakwa terdapat usaha untuk melibatkan Raja-raja bagi menandatangani perintah menentang kerajaan. 
Baca: 'Sebab ada orang nak memukul sesuka hati' - Transkrip penuh Dr M
Semalam, bakal pengganti Mahathir, Anwar Ibrahim ketika ditanya sama ada perdana menteri mungkin merujuk kepada mana-mana ahli politik, berkata ia sebenarnya "personaliti tertentu dari keluarga diraja".
Anwar berkata beliau pasti kerana telah bertemu Mahathir untuk membincangkan perkara itu.
Saifuddin berkata beliau telah menjelaskan Statut Rom dengan panjang lebar dan mengkritik mereka yang didakwa telah "memanipulasi fakta".
"Saya telah jawab dalam parlimen, saya menghadap Yang di-Pertuan Agong dua kali."Kita mendapatkan pandangan daripada pakar, antaranya peguam negara, pakar perlembagaan persekutuan yang terkenal Dr Shad Faruqi.
"Masalah timbul, ada beberapa orang ahli akademik atau peguam atau mereka yang dianggap pakar dan mereka bukan tak tahu apa sebenanya ICC, tapi telah manipulasi fakta," katanya.
Beliau sekali lagi mempertahankan bahawa ratisikasi Statut Rom tidak akan mempengaruhi kuasa Raja-raja Melayu dan oleh sebab itu tidak ada keperluan untuk berunding dengan Majlis Raja-raja. 

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://abnnasution.blogspot.com/2019/04/ada-yang-nak-rampas-kuasa.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Tentera Rampas Kuasa Di Sudan

Tentera Rampas Kuasa Di Sudan

papar berkaitan - pada 12/4/2019 - jumlah : 162 hits
KHARTOUM 5 Syaaban 1440H Khamis Tentera Sudan merampas kuasa dan menangkap Presiden Omar al Bashir yang berdepan tunjuk perasaan terhadap pemerintahan hampir 30 tahun beliau hari ini Dalam satu kenyataan Menteri Pertahanan Jeneral Awad Ibno...
Fara Tolong Buat Milo Dahaga Sangat Nak Minum Milo Tak Kuasa Aku Nak Layan Aku Pura2 Tidur

Fara Tolong Buat Milo Dahaga Sangat Nak Minum Milo Tak Kuasa Aku Nak Layan Aku Pura2 Tidur

papar berkaitan - pada 24/3/2019 - jumlah : 374 hits
Tadi ke Giant cari barang rumah dengan husband Tengah nak cari deodorant terjumpa botol brand Enchaunter ini Mata tiba tiba berair Dada tiba tiba terasa berrat Dulu inilah brand favourite almarhum nenda saya yang tersayang Saya panggil nene...
Raden Macam Anak Jepun Pipi Tu Minta Nak Dicubit Netizen Geram Tengok Anak Mawar

Raden Macam Anak Jepun Pipi Tu Minta Nak Dicubit Netizen Geram Tengok Anak Mawar

papar berkaitan - pada 28/3/2019 - jumlah : 398 hits
Selepas dua minggu melahirkan anak Mawar Rashid telah berkongsikan gambar anak lelakinya secara rasmi buat tatapan umum View this post on Instagram A post shared by on Mar 24 2019 at 10 14pm PDT Bayi yang dilahirkan pada 13 Mac lalu yang di...
Nak Malu Apa Dia Umpama Bidadari Suami Ikhlas Dukung Mandikan Setiap Hari Tukarkan Pad Bila Datang Bulan

Nak Malu Apa Dia Umpama Bidadari Suami Ikhlas Dukung Mandikan Setiap Hari Tukarkan Pad Bila Datang Bulan

papar berkaitan - pada 27/3/2019 - jumlah : 441 hits
Kala kita memikirkan wujudnya wanita perampas rumahtangga orang lain tetapi bagi yang mencari bukti masih wujudnya kisah cinta sejati kisah rumahtangga dibina oleh Muhammad Jefri Abdullah 43 dan isterinya Roszanika Abdul Karim 39 tahun adal...
Manifesto Pun Belum Tunai Nurul Izzah Masih Nak Kencing Rakyat I

Manifesto Pun Belum Tunai Nurul Izzah Masih Nak Kencing Rakyat I

papar berkaitan - pada 27/3/2019 - jumlah : 268 hits
Masih bermadah yang sekarang ini reformasi perlahan di era MAHATHIR tanpa MAHATHIR laju dan pecut Pooraahh Hakikatnya ditawar jawatan tetapi tolak dan lari kerana cakap memang mudah melaksana tunggang langgang APA pengalaman yang DIA ADA Se...
Perelokkanlah Akhlak Perangai Anakku Seindah Akhlak Rasulullah Noor Nabila Nak Anak Jadi Hafiz Alim Ulama

Perelokkanlah Akhlak Perangai Anakku Seindah Akhlak Rasulullah Noor Nabila Nak Anak Jadi Hafiz Alim Ulama

papar berkaitan - pada 27/3/2019 - jumlah : 286 hits
kakak kepada pengacara terkenal Noor Neelofa telah memuatnaik gambar anaknya Jebat Jayden di instagram dengan caption mendoakan anaknya supaya menjadi orang yang baik pandai berakhlak mulia dan menjadi alim ulama suatu hari nanti Nabila yan...
Ww Tak Tahu Nak Masak Apa Dah

Ww Tak Tahu Nak Masak Apa Dah

papar berkaitan - pada 27/3/2019 - jumlah : 377 hits
ayam pedas tesco goreng garingtelur sambalmasak lemak putih kubis bersama suhun dan fucukKadangkala masak beriya iya pun tiada yang makan
Ibu Dah 3 Tahun Saya Penat Saya Nak Mati Pelajar Bunuh Diri Selepas Dibuli 2 Gurunya

Ibu Dah 3 Tahun Saya Penat Saya Nak Mati Pelajar Bunuh Diri Selepas Dibuli 2 Gurunya

papar berkaitan - pada 27/3/2019 - jumlah : 302 hits
The ReporterSeorang pelajar berusia 14 tahun bertindak membunuh diri selepas dibuli oleh dua guru sekolahnya lapor Mangsa Zhanibek Zhuzdai mendakwa dua guru terbabit yang bernama Aisulu dan Zhanar telah membulinya sejak tahun lalu dengan me...
Pesanan Buat Sang Suami

Politikus Merosakkan Nama Raja Raja Melayu

Thousands Rally On Labour Day Demand Better Rights

Pesanan Datin Thalia Kepada Wanita Jadilah Wanita Yang Mahal

Set Up Gig Workers Commission Quickly Says Anwar

Continuous Learning

Embark On The Journey Of Family Togetherness With Sharp This Parents Day

Pengangguran Hilang Kerja Dan Kerja Luar Bidang



Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Bercakap Dengan Jun Slot DramaVaganza Astro Ria

5 Amalan Muslim Yang Sering Dijadikan Bahan Lawak di Malaysia

6 Fungsi Kereta Yang Sepatutnya Ada Tapi Tak Dijadikan Standard

5 Perkhidmatan Yang Kini Entah Kenapa Kita Langgan Bulanan

5 Tumbuhan Penghalau Kucing Yang Turut Mencantikkan Laman Rumah


Drama Puaka Cuti Semester Lakonan Mark Adam Zaki Azeman

Cerita Foto Sepanjang Minggu

Kkb Polls Indians And The Futility Of Voting

They Travelled For Hours To Celebrate Raya With Us

Tinta Bernoktah

Peluang Bisnis Digital Apa Yang Bagus Tahun 2024