Ada Tak Ahli Parlimen Bawa Isu Ni



KUALA LUMPUR: Kemampuan isi rumah untuk membeli rumah masih membimbangkan susulan berlaku ketidakpadanan dari segi harga yang ditawarkan pemaju.
Susulan itu, pasaran dilihat gagal menyediakan rumah mampu milik yang secukupnya untuk rakyat Malaysia.
Menurut Bank Negara Malaysia (BNM) dalam Tinjauan Kestabilan Kewangan Separuh Kedua yang dikeluarkan hari ini, 76 peratus isi rumah di Malaysia adalah berpendapatan atau kurang daripada RM8,333 sebulan yang mana mereka hanya mampu memiliki rumah berharga sehingga RM300,000.
"Namun hanya 36 peratus daripada unit perumahan yang baru dilancarkan adalah berharga kurang daripada RM300,000.
"Keadaan ini telah memburukkan lagi kemampuan memiliki rumah secara keseluruhan dan meningkatkan jumlah rumah tidak terjual yang berharga lebih daripada RM300,000 di Malaysia," katanya.
Menurut laporan itu, Melaka menjadi satu-satunya negeri di Malaysia yang harga rumah adalah mampu milik apabila mencatatkan nisbah harga rumah kepada pendapatan pada kadar 3.0 dan ke bawah.
Katanya, Johor, Perak, Sarawak, Sabah dan Kelantan pula berada pada kategori paling teratas iaitu benar-benar tidak mampu milik apabila merekodkan mata 5.1 dan ke atas.
"Negeri lain pula di kategori sangat tidak mampu milik apabila merekodkan mata di antara 4.1 hingga 5.0 manakala tiada wakil di dalam kategori agak hampir tidak mampu milik yang merekodkan mata di antara 3.1 hingga 4.0.
"Di peringkat kebangsaan, harga rumah di Malaysia adalah sangat tidak mampu milik apabila mencatatkan 4.7 kali untuk tahun 2020, meningkat daripada 4.1 kali pada 2019.
"Ini berdasarkan pengiraan harga rumah median pada 2020 adalah RM295,000 manakala pendapatan tahunan median pula RM62,508," katanya.
Pengiraan bagi menentukan sebuah rumah dianggap mampu milik adalah jika harga rumah berbanding pendapatan tahunan adalah sama atau kurang daripada 3.0 kali.
Mengulas lanjut laporan itu berkata, punca mengapa harga rumah sangat tidak mampu dimiliki oleh rakyat kerana bagi sesetengah rakyat, kemampuan memiliki rumah terhad disebabkan pendapatan yang tidak mencukupi dan tahap hutang yang tinggi.
Katanya, pendapatan rakyat berkembang lebih perlahan daripada harga rumah apabila kadar pertumbuhan tahunan terkompaun bagi pendapatan meningkat 2.1 peratus manakala harga rumah 4.1peratus dari tahun 2014-2020.
"Selain itu, bakal peminjam juga sudah dibebani hutang yang tinggi. 65 peratus peminjam sudah memiliki sama ada pinjaman kereta atau pinjaman peribadi, sekali gus mengehadkan keupayaan mereka untuk membuat pinjaman baharu bagi perumahan.
"Satu daripada lima peserta yang telah menamatkan modul Rumahku (modul pendidikan kewangan AKPK) memutuskan untuk tidak membeli rumah selepas menyedari mereka tidak mampu membayar balik pinjaman dan menampung perbelanjaan pemilikan rumah yang lain seperti yuran guaman dan yuran pengurusan bulanan," katanya ~ BH


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.anaksungaiderhaka.com/2022/04/ada-tak-ahli-parlimen-bawa-isu-ni.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pemilihan Pkr Ahli Parlimen Kuantan Fuziah Salleh Akan Bertanding Jawatan Naib Presiden

Pemilihan Pkr Ahli Parlimen Kuantan Fuziah Salleh Akan Bertanding Jawatan Naib Presiden

papar berkaitan - pada 29/3/2022 - jumlah : 239 hits
PETALING JAYA Ketua Wanita Parti Keadilan Rakyat ynag juga merupakan Ahli Parlimen Kuantan Fuziah Salleh akan bertanding satu daripada tiga jawatan Maib Presiden dalam pemilihan parti pada Mei ini Pencalonannya diumumkan dalam catatan Setia...
Tak Hadir Semasa Undian Sosma Ahli Parlimen Tuntut Zahid Beri Sebab

Tak Hadir Semasa Undian Sosma Ahli Parlimen Tuntut Zahid Beri Sebab

papar berkaitan - pada 25/3/2022 - jumlah : 253 hits
freemalaysiatoday com March 24 2022 3 51 PMPETALING JAYA Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi harus menjelaskan mengapa beliau dan Ahli Parlimen Umno lain tidak hadir di Parlimen semalam untuk mengundi satu usul undang undang kontroversi yang m...
Kalah Undi Kerana Ahli Parlimen Kerajaan Tidak Hadir Bukan Pembangkang Langgar Mou

Kalah Undi Kerana Ahli Parlimen Kerajaan Tidak Hadir Bukan Pembangkang Langgar Mou

papar berkaitan - pada 24/3/2022 - jumlah : 256 hits
Kekalahan pihak Kerajaan dalam sesi pengundian usul bertujuan melanjutkan kuatkuasa Seksyen 4 Akta Sosma untuk selama 5 tahun lagi semalam terjadi kerana Ahli Parlimen Kerajaan yang berjumlah lebih 114 orang gagal hadir secukupnya di dalam ...
Ini Istilah Ahli Parlimen Lompat Parti Wan Junaidi

Ini Istilah Ahli Parlimen Lompat Parti Wan Junaidi

papar berkaitan - pada 30/3/2022 - jumlah : 267 hits
a Ini istilah Ahli Parlimen lompat parti Wan Junaidi Menteri di Jabatan Perdana Menteri Wan Junaidi Tuanku Jaafar menjelaskan tiga perkara utama mengistilahkan seseorang Ahli Parlimen melompat parti dalam draf pentadbiran Rang Undang Undang...
Parlimen Mesti Siasat Isu Mysejahtera Kata Anwar

Parlimen Mesti Siasat Isu Mysejahtera Kata Anwar

papar berkaitan - pada 30/3/2022 - jumlah : 394 hits
FMT ReportersMarch 29 2022Anwar Ibrahim berkata Khairy Jamaluddin memberi penjelasan kabur berhubung isu pemilikan aplikasi itu termasuk perkara berkaitan data peribadi PETALING JAYA Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim menggesa Parlimen memulak...
Pejuang Pertikai Istilah Ahli Parlimen Dipecat Parti Dikategori Lompat Parti

Pejuang Pertikai Istilah Ahli Parlimen Dipecat Parti Dikategori Lompat Parti

papar berkaitan - pada 5/4/2022 - jumlah : 226 hits
Mukhriz Mahathir akan membangkitkan istilah Ahli Parlimen dipecat parti yang dikategorikan sebagai melompat parti dalam draf RUU antilompat parti dalam sidang khas Parlimen pada 11 April ini PETALING JAYA Pejuang mempersoalkan istilah Ahli ...
Ahli Parlimen Permatang Pauh Rasmikan Bot Koperasi Wanita

Ahli Parlimen Permatang Pauh Rasmikan Bot Koperasi Wanita

papar berkaitan - pada 4/4/2022 - jumlah : 256 hits
Koperasi Ibu Tunggal dan Wanita SPT berjaya mengusahakan dua bot pelancongan di Jeti Nelayan Kampung Terus Penanti Pulau Pinang Menurut Ahli Parlimen Permatang Pauh Nurul Izzah Anwar yang merasmikan bot berkenaan peluang perniagaan pelancon...
Ahli Parlimen Sg Petani Beri Bantu Mangsa Ribut

Ahli Parlimen Sg Petani Beri Bantu Mangsa Ribut

papar berkaitan - pada 5/4/2022 - jumlah : 213 hits
Ahli parlimen Sungai Petani Datuk Johari Abdul semalam memberi bantuan wang tunai kepada mangsa mangsa ribut di sekitar Sg Petani bersama ADUN Bukit Selambau Summugam Rengsamy Katanya kejadian ribut yang berlaku pada 1 April lalu itu telah ...
Ahli Parlimen Pandan Tinjau Projek Bina Tembok Pemisah

Ahli Parlimen Pandan Tinjau Projek Bina Tembok Pemisah

papar berkaitan - pada 3/4/2022 - jumlah : 296 hits
Ahli Parlimen Pandan Datuk Seri Dr Wan Azizah Ismail hari ini melawat projek pembinaan tembok pemisah di antara kawasan perumahan di kawasan parlimen beliau Permintaan membina tembok tersebut telah disuarakan penduduk sekitar sejak beberapa...
Buying Semaglutide Online In Canada What You Should Know Before Ordering

Mb Pahang Luangkan Masa Tinjau Keadaan Mangsa Banjir Di Pps Dewan Serbaguna Jaya Gading Nasihat Sentiasa Waspada

Tomica Brand Store Pertama Di Asia Tenggara Rasmi Dibuka Di Suria Klcc

Perlu Monitor Chart Setiap Hari Untuk Untung Kripto

Sultan Nazrin Mosques Should Tackle Food Security Environment And Health Challenges

Anggota Khidmat Malaysia Maran Bersama Adun Luit Terus Komited Bantu Mangsa Banjir Menerusi Operasi Cuci Rumah

Indonesia Hantar Pulang 30 Tan Bantuan Beras Daripada Uae

Kilang Di Tebrau Diserbu 356 Pekerja Asing Ditahan


echo '';
9 Jenis Kerosakan Jalan Raya Yang Kita Perlu Redha Hari Hari

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3


Jumaat Selamat Hari Lahir Myadik

Ppim Desak Tindakan Segera Tangani Banjir Besar Di Aceh Harapan Daily 19 12 2025

Lirik Lagu Mikraj Agung Munif Hijjaz X Ustaz Faizan

Menyingkap Rahsia Molekul Revolusi Ai Dalam Meramalkan Dan Merekabentuk Kehidupan

Lirik Lagu Rindu Yang Pergi Jmbelog

Bronzed Beauty A Lithe Yamaha Xsr700 Street Tracker By Crooked