Ada Sesuatu Yang Sudah Membusuk Di Negara Ini






1. Apabila kejahatan mereput ia umpama bangkai yang baunya naik ke atas menusuk deria dan memualkan. Demikianlah sesebuah negara apabila kejahatannya sudak memuncak ia mereput dan membusuk, bangkai rasuah walau disembunyikan, baunya sudah melata dihidu rakyat. 


2. Krisis hilang kepercayaan yang melanda SPRM membimbangkan rakyat apabila Ketua Pesuruhjaya terpalit dengan tuduhan bercanggah kepentingan sedangkan beliau adalah barisan hadapan anti-rasuah. Lebih memualkan ialah penjelasan Ketua Pesuruhjaya tersebut membuka lagi pekung betapa busuknya nilai integriti di negara ini. 


3. Tidaklah pelik hal Ketua Pesuruhjaya SPRM ini kerana semuanya bermula dengan pemimpin no 1 negara yang hilang rasa bersalah kepada rasuah, salahguna kuasa dan sogokan pangkat. Perangai 'muka selamba' mantan PM yang disabit kesalahan terhadap semua jenayah ini diwajarkan dengan nama perjuangan untuk membela Melayu dan disambut oleh suara 'Melayu-Isle' atas asalkan bukan Anwar, Dap dan PH. 


4. Rakyat dijampi oleh pejuang Melayu-Isle dengan mentera 'No Anwar' 'No DAP', 'Pakatan Hancing' sedangkan bau busuk bangkai mereput dari jenayah rasuah, khianat dan membeli kesetiaan dengan kedudukan dan pangkat dipekakkan dan dibutakan! 


5. Rasuah adalah bangkai dan pelakunya adalah pemakan bangkai tiada bezanya haram rasuah dengan haram bangkai dalam Syariat Islam. Malah bangkai rasuah lebih keji kerana kesannya kepada negara sangatlah keji dan memusnahkan kehidupan rakyat. Bangkai rasuah perlu dibuat dengan perancangan, taktik, membeli saksi dan menipu, makan bangkai hakiki tak perlu semua itu! 


6. Rakyat perlu berada dibelakang mereka yang mahu buangkan bangkai membusuk ini, pemimpin dari semua parti politik harus bersatu tekad, bersatu hati dan bersatu tindakan untuk melihat musuh utama negara yang kini membusuk sampai ke langit negara. Bebaskan diri dari mentera Melayu-Isle yang memukau atas nama Islam dan Melayu sedangkan negara dalam bahaya angkara pemakan bangkai ini. Inilah masanya semua parti politik bangkit dari lamunan mereka dengan keselesaan kelompok masing-masing atau cuba menjadi juara syiok sendiri! 


7. UMNO,BN mahu pun PH perlu berhimpun serentak membuat kata putus selamatkan negara kerana bangkai dah membusuk. Lupakan Keluarga Malaysia mahupun Abah yang sudah hilang deria baunya dan masih bernafas selamba sedangkan rakyat menutup hidung bau bangkai yang membusuk. Harapannya ialah semua parti politik harus duduk semeja dan lakukanlah sesuatu yang bermakna kepada rakyat! 


Kontraversi Ketua Pesuruhjaya SPRM adalah kemuncak loceng amaran, jika masih selamba lagi mungkin kita akan jadi rakyat yang sudah hilang maruah, hilang rasa malu kepada kejahatan dan hilang jatidiri kita sebagai manusia. Nabi bersabda: 


" Jika kamu tiada rasa malu, maka lakukakanlah apa sahaja yang kamu mahu" 


Jangan berdiam diri, hapuskan bangkai yang membusuk! 


DS Dr Mujahid Yusof Rawa
Naib Presiden Amanah
Ahli Parlimen Parit Buntar
Pengerusi PH Perak 


7 Jan 2022




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2022/01/ada-sesuatu-yang-sudah-membusuk-di.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Rakyat Sabah Ke Luar Negara Sebelum 28 Dis Perlu Dikuarantin Kata Hajiji

Rakyat Sabah Ke Luar Negara Sebelum 28 Dis Perlu Dikuarantin Kata Hajiji

papar berkaitan - pada 31/12/2021 - jumlah : 431 hits
Kerajaan Sabah menyediakan perkhidmatan doktor berdaftar bagi menjalani ujian RT PCR di pintu masuk KLIA secara percuma kepada rakyat Sabah yang menunaikan umrah dan keluar negara sebelum 28 Dis lalu KOTA KINABALU Kerajaan negeri memutuskan...
Negara Bakal Dilengkapi Sistem Amaran Banjir Pabn Pada 2023

Negara Bakal Dilengkapi Sistem Amaran Banjir Pabn Pada 2023

papar berkaitan - pada 1/1/2022 - jumlah : 1185 hits
KUALA LUMPUR 31 Disember Malaysia bakal dilengkapi Sistem amaran Pusat Ramalan dan Amaran Banjir Negara pada 2023 dengan 95 peratus ketepatan ramalan Jelas Ketua Setiausaha Kementerian Alam Sekitar dan Air Datuk Seri Dr Zaini Ujang sistem b...
Adik Irwansyah Jadi Dpo Kasus Korupsi Rugikan Negara Hingga Miliaran Rupiah

Adik Irwansyah Jadi Dpo Kasus Korupsi Rugikan Negara Hingga Miliaran Rupiah

papar berkaitan - pada 31/12/2021 - jumlah : 348 hits
Usai gelapkan uang saudara ipar sendiri kini adik Irwansyah ditetapkan sebagai tersangka dengan ancaman 20 tahun penjara
Legenda Bola Sepak Negara M Kuppan Meninggal Dunia

Legenda Bola Sepak Negara M Kuppan Meninggal Dunia

papar berkaitan - pada 31/12/2021 - jumlah : 518 hits
Legenda bola sepak negara M Kuppan meninggal dunia Legenda bola sepak serta bekas jurulatih negara M Kuppan menghembus nafas terakhir di kediaman adiknya di Bandar Sri Damansara di sini petang tadi Mendiang meninggal dunia pada usia 84 tahu...
Paras Sungai Tembeling Naik Pelancong Taman Negara Diminta Keluar

Paras Sungai Tembeling Naik Pelancong Taman Negara Diminta Keluar

papar berkaitan - pada 1/1/2022 - jumlah : 289 hits
Ketua Polis Daerah Jerantut Mazlan Hassan berkata 45 pelancong tempatan yang berada di beberapa penginapan di kawasan itu telah mula keluar secara berperingkat sejak pagi tadi PETALING JAYA Polis meminta semua pelancong yang berada di beber...
2022 Tahun Getir Pertarungan Politik Negara

2022 Tahun Getir Pertarungan Politik Negara

papar berkaitan - pada 1/1/2022 - jumlah : 444 hits
HARI ini kita membuka lembaran pertama daripada 365 helaian untuk 2022 2021 telah kita tinggalkan dengan memori dan kenangan Namun empat perkara berikut menjadi fakta terpenting tahun 2021 yang akan membentuk kerangka politik negara 2022 Pe...
Alasan Rachmat Kaimuddin Jadi Abdi Negara Tinggalkan Penghasilan Besar Di Bukalapak

Alasan Rachmat Kaimuddin Jadi Abdi Negara Tinggalkan Penghasilan Besar Di Bukalapak

papar berkaitan - pada 4/1/2022 - jumlah : 275 hits
Mantan CEO Bukalapak Rachmat Kaimuddin kini resmi bergabung membantu Pemerintahan Jokowi Ma ruf Ini setelah dirinya diberikan kepercayaan oleh Menteri Koordinator Bidang Kemaritiman dan Investasi Luhut Binsar Panjaitan untuk mengemban tugas...
Ada Adengan Berkaraoke Ketika Rakyat Ditimpa Bencana Speaker Makan Angin Keluar Negara Apa Punya Tak Guna

Ada Adengan Berkaraoke Ketika Rakyat Ditimpa Bencana Speaker Makan Angin Keluar Negara Apa Punya Tak Guna

papar berkaitan - pada 3/1/2022 - jumlah : 298 hits
Itu belum saya dedah sesi karaoke kata ZunarOleh MALAYSIA DATELINE January 3 2022Lawatan kerja Ahli Parlimen Batu Pahat Datuk Mohd Rashid Hasnon ke luar negara ketika kebanyakan negara di Eropah sedang bercuti sempena Krismas dan Tahun Baru...
Ready 2026 Sesi Refleksi Persediaan Akhir Tahun Bersama Tuan Fazrul Ismail

Apple Chooses Samsung As The Main Memory Supplier For Iphone 18

Telecom Tower Catches Fire In Kuala Kangsar

Cari Makan Tengahari Di Ikan Bakar Sabah Jalan Ke Kkia Kota Kinabalu Sabah

Menyingkap Dunia Nano Minyak Enjin Peranan Penyerakan Neutron Dalam Kimia Koloid

Hiburan Kami Berbincang Antara Keluarga Respon Syed Saddiq Dan Bella Astillah Mengenai Hari Bahagia Jadi Tumpuan

Indonesia Rancang Denda Hingga Us 8 5 Bilion Ke Atas Syarikat Sawit Di Usaha Pemuliharaan Alam

Cara Menghilangkan Rasa Pedas Dengan Cepat


echo '';
9 Jenis Kerosakan Jalan Raya Yang Kita Perlu Redha Hari Hari

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3


Tarikh Penting Hari Perlawanan 14 Pada Ahad 28 Disember 2025

Won Korea Melonjak Semula Susulan Campur Tangan Pihak Berkuasa

Makluman Motac Dan Tourism Malaysia Tidak Terlibat Dalam Penganjuran Acara Miss Amp Mister Celebrity International 2025

Vijay Disambut Meriah Di Kuala Lumpur Menjelang Pelancaran Audio Filem Jana Nayagan

Pendapatan Pasif Jangka Panjang Cara Bina Income Stabil Konsisten Untuk Masa Depan

Ai Bot Trading Kripto Cara Selamat Jana Income Pasif Dalam Usdt