Ada Adengan Berkaraoke Ketika Rakyat Ditimpa Bencana Speaker Makan Angin Keluar Negara Apa Punya Tak Guna
Itu belum saya dedah sesi karaoke, kata Zunar
Oleh MALAYSIA DATELINE / January 3, 2022Lawatan kerja Ahli Parlimen Batu Pahat Datuk Mohd Rashid Hasnon ke luar negara, ketika kebanyakan negara di Eropah sedang bercuti sempena Krismas dan Tahun Baru dipersoal.
Kartunis Zunar berkata, lawatan Rashid atas kapasiti Timbalan Speaker tidak masuk akal dan sepatutnya dibatalkan terutama ketika negara sedang berdepan musibah banjir besar termasuk di Johor.
Rashid didakwa melawat beberapa negara Eropah sehingga 8 Jan.
“Lawatan kerja ke Vienna masa Krismas? Masa semua orang cuti di sana? Itu belum saya dedah sesi karaoke di sana lagi.
“Siapa yang bekerja waktu itu? Mereka biasanya cuti Krismas pada hujung tahun dan tiada orang kerja waktu itu,” katanya dipetik FMT.
Terdahulu, Zunar berkongsi gambar yang menunjukkan Rashid bersama isteri dalam satu majlis makan di Vienna.
Beliau mendakwa menerima gambar berkenaan daripada seorang kenalan, namun enggan mendedahkan maklumat lanjut individu berkenaan.
Namun Rashid menegaskan beliau berada di Vienna dalam lawatan kerja atas kapasiti sebagai sebagai ahli Parlimen serta melawat beberapa negara untuk bertemu rakan sejawatan sebagai Timbalan Speaker.
Zunar turut meminta Rashid mendedahkan jadual kerjanya dari hari pertama beliau berada di negara terbabit termasuk wakil kerajaan yang ditemui.
“Kita menuntut dari hari pertama dia sampai pada 30hb atau 31hb itu siapa yang kamu jumpa… janganlah satu hari sahaja pertemuan atau mesyuarat, tetapi hari-hari lain dianggap lawatan kerja juga,” katanya.
Zunar turut menegur sikap Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob yang begitu lemah mengawal Kabinet Keluarga Malaysia yang hanya mengarahkan anggota kabinet membatalkan cuti mereka dan menteri yang sedang berada di luar negara agar pulang segera.
“Hairan kenapa PM begitu lemah untuk ambil tindakan, sepatutnya arahan itu tidak terhad kepada Jemaah Menteri saja, kerana secara moralnya semua pemimpin tidak patut bercuti atau berada di luar negara sekarang,” katanya.
Minggu lalu, Ismail mengarahkan anggota kabinet untuk membatalkan cuti mereka dan menteri yang sedang berada di luar negara agar pulang segera.
Menurut Ismail, pembatalan cuti itu berkuat kuasa sehingga masalah banjir ketika ini selesai.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://wrlr.blogspot.com/2022/01/ada-adengan-berkaraoke-ketika-rakyat.html