Jaga Mulut Gigi Anak Sejak Kecil Penting Untuk Elakkan Penyakit Kronik


Siapa kata penjagaan mulut dan gigi anak kurang penting untuk mama papa fikirkan. Masalah mulut dan gigi sebenarnya jika tidak dibendung sejak kecil akan mendedahkan anak-anak dengan risiko penyakit kronik.
Ya ini bukan main-main. Menurut Dr Ezairy M Salleh, Doktor Telinga, Hidung & Tekak (ENT) dari Pusat Perubatan Universiti Malaya, mendedah anak dengan makanan manis akan menyebabkan risiko penyakit kronik seperti darah tinggi dan kencing manis.
Jadi selain mengehadkan anak dengan makanan manis, ada perkara lain yang mama papa wajib ambil tahu akan bahaya jenis pemakanan seperti ini.
PENJAGAAN MULUT & GIGI
Menurut Dr Ezairy M.Sallih, hakikatnya, kesemua masalah yang melibatkan penjagaan mulut dan gigi mampu untuk diselesai dan ditangani dengan baik jika langkah pencegahan dapat dilakukan lebih awal pada peringkat di dalam rumah lagi.
Beberapa punca masalah penjagaan gigi dan dalam mulut yang berlaku adalah disebabkan oleh beberapa keadaan.

Kurang kesedaran di kalangan ibu bapa
Ini yang biasa berlaku. Pemupukan akan kepentingan menjaga kesihatan dan kebersihan di dalam mulut seharusnya disemai sejak awal usia lagi. Ini penting bagi memastikan anak-anak kita dibesarkan dengan cara dan budaya yang sihat. Apabila mereka masuk ke alam persekolahan dan remaja, kesemua perkara yang telah dilatih semenjak kecil dapat dilaksanakan tanpa sebarang paksaan dan masalah.
Karenah anak-anak
“Anak saya ini susahlah, doktor. Setiap kali nak suruh gosok gigi mesti menjerit-jerit, menangis-nangis. Tak kan setiap pagi nak macam itu?” Ini merupakan antara kata-kata daripada ibu bapa yang sering diperolehi apabila soalan diajukan kepada mereka. Takut kepada rengekan dan kerenah anak-anak bukanlah alasan untuk kita mengabaikan penjagaan di dalam mulut mereka.
Tidak semestinya ia perlukan paksaan. Ibu bapa boleh mempelbagaikan teknik dan cara agar anak-anak tidak merasakan bahawa itu ialah satu tindakan yang terbeban. Jadikan amalan memberus gigi dan lain-lain dalam penjagaan mulut ini sebagai suatu aktiviti yang menyeronokkan. Rajin beli berus gigi baru untuk anak-anak contohnya, ajak mereka gosok gigi bersama-sama dan berbagai-bagai lagi cara untuk memupuk minat dan keseronokan di kalangan anak-anak kita.

Tiada temu janji bersama doktor
Ini tidak bermakna ibu bapa perlu membawa anak-anak berjumpa doktor setiap minggu atau setiap bulan. Sebagai ibu bapa, kita harus pastikan bahawa kesihatan dalam mulut anak-anak berada di dalam keadaan yang baik. Seminggu sekali cuba periksa dalam mulut anak.
Lihat kalau ada gigi yang rosak, jika ada ulser yang menyebabkan anak kurang makan, dan lain-lain lagi. Sekiranya ibu bapa dapat mengesan kesemua perkara ini dengan lebih awal, maka pemeriksaan dan rawatan awal daripada doktor adalah amat membantu.
GALAKKAN ANAK SECARA POSITIF
Kurangkan makanan ringan
Ini penting kerana pelbagai jenis makanan ringan yang ada di pasaran seperti manisan dan gula-gula bukan sahaja boleh menyebabkan anak-anak kita mendapat nutrien yang tidak sepatutnya, bahkan ia juga boleh mendatangkan kerosakan gigi kepada anak-anak.
Untuk usia kanak-kanak 4 sehingga 6 tahun, proses tumbesaran dan perkembangan gigi anak-anak perlu dijaga agar masalah seperti kerosakan gigi tidak berlaku kepada mereka. Banyakkan makanan sihat yang boleh mendatangkan seronok di kalangan anak-anak, buah-buahan contohnya. Justeru, mereka dengan sendirinya akan lebih mengamalkan diet pemakanan yang sihat berbanding makanan ringan. Bersihkan mulut sekerap mungkin
Perkara ini sering ditekankan kepada setiap pesakit. Rajin bersihkan mulut seperti berkumur sebelum dan selepas makan. Memberus gigi pastinya lebih baik. Ini amat penting untuk mengelakkan berlakunya karies gigi dan pengumpulan sisa makanan pada tonsil yang seterusnya boleh menyebabkan jangkitan.

 
Dapatkan pemeriksaan doktor
Jangan bertangguh apabila anda dapati anak-anak anda mengalami sebarang masalah di dalam mulut. Kerosakan pada gigi contohnya boleh menyebabkan jangkitan pada ruang sekitarnya dan seterusnya boleh juga menyebabkan jangkitan seperti pengumpulan nanah. Rawatan seperti ubat antibiotik adalah perlu apabila keadaan ini berlaku. Sekiranya rujukan untuk berjumpa doktor lewat untuk dilakukan, jangkitan yang berlaku amat sukar untuk ditangani dan pembedahan untuk mengeluarkan nanah adakalanya terpaksa dilakukan. Oleh itu, jangan bertangguh. Jumpa doktor jika anda ada sebarang masalah.
Benar bukan anak-anak dan golongan muda ini sangat suka kepada makanan dan minuman manis? Bagi kanak-kanak, adalah amat sukar untuk mengelakkan kesemua jenis makanan yang manis.
Namun sebaiknya cegahlah sejak kecil dan ajarlah mengehadkan makanan manis ini untuk anak-anak kita. Bukan sahaja ia penting untuk mengelakkan kita daripada masalah penyakit kronik seperti darah tinggi dan kencing manis, bahkan ia juga penting untuk kesihatan anak-anak. Masalah gigi rosak dan lain-lain banyak berpunca daripada amalan seperti ini.  Maka, sedarlah dan hati-hati. Kalau bukan kita yang mahu berubah, siapa? Sayangi anak-anak kita.
 
The post Jaga Mulut & Gigi Anak Sejak Kecil, Penting Untuk Elakkan Penyakit Kronik! appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://majalahpama.my/jaga-mulut-gigi-anak-sejak-kecil-penting-untuk-elakkan-penyakit-kronik/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Jaga Jaga Masa Marah Sebab Mulut Ibu Memang Masin 10 Tip Mendidik Anak Ini Ibu Perlu Buat

Jaga Jaga Masa Marah Sebab Mulut Ibu Memang Masin 10 Tip Mendidik Anak Ini Ibu Perlu Buat

papar berkaitan - pada 3/11/2018 - jumlah : 657 hits
Kata orang mulut ibu memang masin Apa yang dikata memang menjadi Jadi mama jangan mudah terlepas cakap walau pun tengah marah Hikmah masin mulut ibu jangan disalah guna Kawalan emosi dalam mendidik anak kunci ketenangan dalam mengasuh amana...
Lagi Awal Berus Lagi Mudah Disiplinkan Anak Gosok Gigi Tak Perlu Tumbuh Gigi Baru Ajar

Lagi Awal Berus Lagi Mudah Disiplinkan Anak Gosok Gigi Tak Perlu Tumbuh Gigi Baru Ajar

papar berkaitan - pada 3/11/2018 - jumlah : 1178 hits
Setiap benda yang kita kenalkan atau buatkan untuk anak anak kena step by step untuk bagi biasakan anak kita dengan benda baru termasuklah memberus gigi 0 6 BULAN Pada masa ini biasanya anak belum tumbuh gigi Tetapi gusi anak juga perlu dib...
Penting Ajar Anak Anda Untuk Ingat Nombor Nombor Ini

Penting Ajar Anak Anda Untuk Ingat Nombor Nombor Ini

papar berkaitan - pada 28/10/2018 - jumlah : 300 hits
Bila dah berkahwin ada anak anak memang menggembirakan kita sebagai ibu bapa apabila mereka sedikit demi sedikit dapat memahami apa yang kita ajar Diajar bercakap diajar menulis diajar berjalan tak kurang juga lebih advance anak anak diajar...
Cara Sekat Anak Daripada Main Game Seusia Kecil

Cara Sekat Anak Daripada Main Game Seusia Kecil

papar berkaitan - pada 25/10/2018 - jumlah : 425 hits
Cara sekat anak daripada main game seusia kecil Beberapa hari yang lalu Naufal asyik duduk ditepi saya melihat saya main game di telefon Saya tahu dia berminat Berulang kali bertanya Game apa ayah Pandai ayah main game Saya sedar dia menant...
Guna Bahasa Yang Baik Penuh Dan Tepat Dengan Anak Kecil Barulah Tak Pelat Dan Cepat Belajar

Guna Bahasa Yang Baik Penuh Dan Tepat Dengan Anak Kecil Barulah Tak Pelat Dan Cepat Belajar

papar berkaitan - pada 4/11/2018 - jumlah : 398 hits
Seawal anak dalam kandungan lagi mereka dah boleh mendengar apa yang diperkatakan oleh orang paling dekat dengannya Sebab itu penting untuk ibu bapa sentiasa merangsang anak bercakap dengan menggunakan bahasa penuh walaupun si kecil masih b...
Ngobrol Eksklusif Hipwee Bareng Ayudia Ditto No Helper Dalam Asuh Anak Itu Bisa Yang Penting Kompak Dan Bahagia

Ngobrol Eksklusif Hipwee Bareng Ayudia Ditto No Helper Dalam Asuh Anak Itu Bisa Yang Penting Kompak Dan Bahagia

papar berkaitan - pada 31/10/2018 - jumlah : 233 hits
Meskipun kita ini teman tapi menikah tapi kita nggak suggest teman teman di luar sana harus menikah sama teman sendiri kok Ayu
Teknik Mudah Rangsang Anak Lambat Cakap Atau Berat Mulut Buat Berulang Kali Pasti Jadi

Teknik Mudah Rangsang Anak Lambat Cakap Atau Berat Mulut Buat Berulang Kali Pasti Jadi

papar berkaitan - pada 7/11/2018 - jumlah : 480 hits
Kadang kala susah untuk dapatkan respon dari anak terutamanya bagi anak anak yang pasif ataupun ada agenda tersendiri Jadi mereka perlukan dorongan dari persekitaran dan keperluan diri untuk mereka memulakan interaksi Komunikasi 2 hala mest...
Tak Cukup Rangsangan Saraf Mulut Antara Penyebab Anak Lambat Cakap Cerewet Makan

Tak Cukup Rangsangan Saraf Mulut Antara Penyebab Anak Lambat Cakap Cerewet Makan

papar berkaitan - pada 4/11/2018 - jumlah : 397 hits
Teknik rangsangan saraf di luar dan dalam mulut masih menjadi perbincangan di kalangan terapis Adakah ia menyumbang kepada pertuturan anak anak Secara teorinya saraf yang tidak normal akan menyebabkan beberapa masalah kepada anak anak seper...
Punca Penyakit Buah Pinggang Kronik Dan Pendedahan Mengejutkan Oleh Pakar Mengapa Wanita Lebih Cenderung Menghidapinya

Punca Penyakit Buah Pinggang Kronik Dan Pendedahan Mengejutkan Oleh Pakar Mengapa Wanita Lebih Cenderung Menghidapinya

papar berkaitan - pada 7/11/2018 - jumlah : 593 hits
Anda seorang wanita Tahukah anda wanita lebih cenderung menghidap penyakit buah pinggang kronik Statistik Penyakit Buah Pinggang Kronik di MalaysiaMenurut Pengerusi Yayasan Buah Pinggang Kebangsaan Malaysia seramai 600 000 kematian di kalan...
Pas Mocks Madani Gov T After Pmx Loosely Faulted Rushed Flawed Trials Of High Profile Cases Post 2018 Ge

Sah Kes Najib Razak Cacat

Icac Found No Case Rahman Dahlan Defends Musa S Appointment

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Tenure Of Sabah Sarawak S Top Judge Extended Says Source

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Cinta Bukan Milik Kita Slot Samarinda TV3


10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Pelajari Kesalahan Trader Pemula Untuk Persiapan Trading Profit Maksimal 2025

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa

Razer Umum Koleksi Squid Game