Ada Rm135 Jom Jalan Jalan Singapore


Aku pernah pergi Singapore ni ada lah dua kali. Itu pun setakat beli pakej pergi USS. Pagi pagi berkumpul, lepastu terus masuk dalam USS. Masuk bas, tidur. Bangun bangu dah dalam USS. Balik pun sama. Lepas dah penat seharian bersakan dalam USS, masuk bas tidur, tengok tengok dah keluar Johor balik wakakka . So point dia sekarang, tak sempat lah nak berjalan atau nak pusing pusing Singapore tu. Dah lama teringin nak pergi tapi selalu ada je benda yang menghalang. Antaranya

1. Kewangan
Nak tunggu duit tu melimpah limpah macam lambat je lagi kan? Maka menabung lah kalau nak travel tu. Dan yang penting kena bijak buat perbandingan harga dan sesuaikan trip tu mengikut bajet yang ada.

2. Masa
Nak dapat cuti lama lama ofcos susah. Ingat kampeni bapak sendiri ke nak cuti 2,3 minggu suka hati? wakaka. So masa weekend jela yang ada untuk nak berjalan ke apa.


Berdasarkan dua point diatas, aku dah jumpa solution macam mana nak jalan jalan Singapore pada harga pocket-friendly, di waktu yang aku free dan dengan jadual perjalanan yang smooth.

So aku pilih je untuk join Singapore Day Trip dengan Raini Travel.



S I N G A P O R E   D A Y  T R I P  B E R S A M A   R A I N I   T R A V E L


Pakej Singapore Day Trip serendah RM135
reunited dengan Lily! yay!
Hello, apeni murahnya! Harga termasuk pengangkutan pergi balik KL SENTRAL - SINGAPORE , tour guide dan juga light breakfast (masa trip kitorang haritu dibekalkan nasi lemak)  Kalau nak kira satu hari tak puas nak jalan dalam Singapore tu. Tapi sebabkan dah join day trip ni, banyak tempat yang sempat disinggah. So dapatla bergambar kenangan . And yang penting kita dibawa ke tempat tempat femes di Singapore. 
*Perjalanan bermula Jumaat malam dan tiba di KL pagi Ahad (4 pagi)

N O T E :
Bas dari KL biasanya akan bergerak tengah malam, dan dijangka sampai di R&R Gelang Patah dalam pukul 5 pagi. Masa di R&R Gelang Patah, kita akan diberi peluang untuk rehat, mandi dan solat. Dekat sini memang ramai. So kalau rasa malas nak celaru sangat, malam tu mandi lah siap siap. Sebab dekat R&R ni memang ada banyak pelancong lain yang berhenti untuk mandi dan solat juga. Digalakkan bawa telekung dan sejadah sendiri. Sebab kalau surau full boleh solat dibahagian luar.
Toilet di Singapore takmacam toilet kat tempat kita. Dekat sana takde paip air, bahkan takde bidet juga (yang air pancut keluar ikut jamban tu) . So nak mudah, pastikan bawa botol air kecik. Untuk korang refill air dekat sink before masuk tandas.Pastikan bawa passport ye. Nak pergi Singapore ni, bukan jalan KLCCProcess imigresen agak makan masa sikit. Sebab tu penting untuk sentiasa tepati masa yang dah ditetapkan guide. Kalau kata nak bertolak pukul sekian sekian, sila punctual sebab kalau tak nanti sampai di Imigresen, dah ramai orangMasa di imigresen dari Malaysia nak keluar ke Singapore, boleh lenggang je bawa handbag sahaja. Tapi bila dah sampai ke checkpoint Imigresen kedua, pastikan angkut segala jenis barang yang korang bawa termasuklah benda benda sekali pun. Sebab bas akan diinspect.Pastikan korang isi white card seperti diarahkan. Jangan tulis cincai cincai sebab benda tu penting.Jangan ambil gambar atau selfie semasa di Imigresen!
Tentatif / Itinerary Yang Teratur
Itinerary diorangs sediakan jelas. Senang bagi semua peserta nak agak lepasni gi mana, dekat sini ada apa and sekian sekian. Cuma penting ya untuk tepati masa ditetapkan. Sebab kalau tak, nanti schedule lari. Tak sempat nak cover semua tempat. Macam masa kitorang haritu ada lah lari sikit schedule. Tapi sempat catch up juga

Okay jom tengok gambar sis jakun jakun pusing Singapore 


Pulau SentosaSampai sampai je terus ke sini. Takdela masuk dalam USS tu, tapi dapatlan bergambar dengan their iconic USS globe. Pulau Sentosa ni besar! Siap nak berjalan dari satu tempat ke satu tempat, naik monorail tau. wuuu best

Cuma light breakfast disediakan oleh RAINI Travel. Nak makan minum yang lain atas perbelanjaan sendiri ya. Dekat sini kalau nak banding duit MYR ofcos la mahal. Nak beli apa apa pejam mata je hahaha.  So digalakkan bawa botol air, so kalau nampak water cooler boleh la refill. Kalau tak, beli je air mineral. Cuma ehem ada la RM4 sebotol mihmih



Kampung Glam

Dah puas pusing Sentosa Island, kita nak makan pulak! Kitorang makan haritu dekat Restoran Zam Zam terletak di kawasan Kampong Glam. Dekat sini memang tourist spot. So nak makan, jalan jalan boleh lah dekat sini. Tapi kalau nak beli souvenir better jangan kat sini kot sebab agak mahal.





Di Kampong Glam ni juga terletaknya Masjid Sultan. Cantik masjid ni dan memang menjadi tarikan pelancong. Terkejut jugak la masa naik nak solat kawasan muslimah, ada foreigner lelaki pakai jubah datang tengok kawasan tu. ahahahai tanjat ite. Eh awa mana boleh masuk kawasan perempuan. Ish ish. Nasib baik masa tu elok je bertudung.

Bugis StreetNext stop, Bugis street. Dah kenyang, dah habis pusing pusing dekat Kampong Glam, datang la sini untuk shopping souvenir.

photo credit Aqalili Azizan
photo credit Aqalili Azizan

Kata orang dekat sini memang lagi murah nak banding tempat lain. Kedai ni 2 tingkat (kalau tak silap). Dan ada macam macam souvenir termasukla baju, fridge magnet dan macam macam jenis souvenir lain juga. Aku tak beli apa pun dekat sini haha. Datang cuci mata je tengok tengok. Tapi pilihan t-shirt dia not bad jugak la

Merlion Park & Esplanade


Setel shopping, kita ke mercu tanda Singapore pulak! Kalau datang Singapore, tapi tak jejak kat sini hmmmmm rugi! Dekat sini petang petang ya auloh ramai betul la. Memang bersesak dan struggle juga la nak bergambar. Terpaksa menyelit nyelit dekat orang tapi tula still ada orang lalu lalang haha. Redha jela. Yang penting ada la sekeping dua gambarnya.

photo credit Aqalili Azizan 
Gardens By The Bayphoto credit Aqalili Azizan
Ini memang cantik sangat! Masa aku datang tu hujan. So limited sikit la nak berjalan. Duduk bawah bawah bumbung je. Tapi hujan renyai renyai je lepastu stop. Alhamdulillah. Nak naik dekat atas tu kena bayar separately. Taksure berapa RM tapi kalau beli in advanced di KLOOK lagi murah. Cuma __ je. Boleh beli dekat sini.


Dekat sini cantik datang masa sunset/senja. Lawa sangat. Dan masa lampu dah start pasang, memang cantik sangat! Tapi time dia buka lampu tu kitorang dah ready nak gerak. so dapat ambil gambar dari jauh jela
Marina Bay Sand Light & Water ShowPenutup trip yang sangat best! Light & Water show yang paling gempak aku pernah tengok. Terhibur tau tengok ni haha. Tak sangka tengok light & water show boleh jadi satisfying sangat. Show ni ada beberapa sesi. So pastikan datang 15 minit awal sebelum sesi bermula untuk secure seat. sebab akan ada ramaiiii pengunjung yang datang nak tengok dan takde designated seat pun. Cuma korang kena datang awal untuk menyelit dekat depan untuk pastikan view korang tak kena blok dan puas hati nak tengok dan record video. Dekat sini FREE je, takde bayaran pun. Show ni terletak di Marina Bay Sand, macam sejenis mall yang luxury. Huih cuci mata la lalu depan butik butik mewah macam GUCCI, Balenciaga dan PRADA. Kayanya sekalian manusia yang keluar masuk jinjit paper bag tu heee.

photo credit Aqalili Azizan 

Selesai je tengok show ni, semua get ready untuk kembali pulang ke Malaysia (wah macam jauh je haha) . In between the time, korang kena susun masa untuk bila nak solat jamak dan juga makan. Sebab takde specific time untuk solat dan makan.  Tapi untuk jamak Maghrib dan Isyak, kita akan berhenti di R&R di Johor untuk makan malam (kalau masih tak cukup), solat dan mandi (setelah berlecak ketiak bersuka ria di Singapore pagi tadi)

Selesai makan dan solat jamak, ayuh kembali ke KL! Haritu trip kitorang sampai KL dalam pukul 4.30pagi, hari Ahad. so the rest of the day boleh dimanfaatkan untuk berehat, dan edit gambar untuk post dekat Instagram ekekeke

Conclusionnya, seronok! Tak sangka boleh cover banyak tempat menarik di Singapore dalam masa satu hari! Puas hati sangat. Thank you RAINI Travel sebab buka peluang bagi ramai orang untuk melancong pada bajet yang sangat rendah. Keseluruhan trip ialah menyeronokkan dan Alhamdulillah semua berjalan dengan lancar dan takde apa apa issue in between. Tu yang kita nak sebab trip mestilah nak happy happy kan

Okay siapa nak tahu next trip date dan untuk booking boleh ke instagram atau facebook rasmi RAINI TRAVEL :

website : https://www.rainitravel.com/pakej-luar-negara/pakej-singapore/facebook : https://www.facebook.com/rainitravel/instagram : https://www.instagram.com/rainitravel/




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://blog.farahdafri.com/2019/01/ada-rm135-jom-jalan-jalan-singapore.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Jom Support Pink Pride Breat Cancer By 50gram

Jom Support Pink Pride Breat Cancer By 50gram

papar berkaitan - pada 5/1/2019 - jumlah : 212 hits
Assalamualaikum Holla Sebut ja breast cancer rata rata wanita pastinya gerun kan Ishh tak payah nak katalah sebut cancer ja semua tercungap cungap atas kesedaran tersebut 50gram telah menajalankan kempen Pink Pride untuk memberi sokongan ke...
Jom Viral Anak Melayu Cipta Laman Web Tempahan Hotel Mesra Muslim

Jom Viral Anak Melayu Cipta Laman Web Tempahan Hotel Mesra Muslim

papar berkaitan - pada 6/1/2019 - jumlah : 414 hits
Salam Saya Mohon share Berita baik FwdTRIPFEZ LAMAN WEB TEMPAHAN HOTEL MESRA MUSLIM SELURUH DUNIA CIPTAAN ANAK MELAYU Sekarang ni bila kita nak pergi melancong dan nak tempah hotel laman web yang selalu kita layari adalah Agoda Booking com ...
Sokong Sardin Heritage Keluaran Bumiputera Jom Viral

Sokong Sardin Heritage Keluaran Bumiputera Jom Viral

papar berkaitan - pada 7/1/2019 - jumlah : 1044 hits
Apa kebaikan ikan sardin Heritage Produk sardin ini keluaran Bumiputera Islam 100 Jadi anda tidak perlu risau untuk membelinya malah memberikan sokongan kepada pihak syarikat untuk berkembang Harga yang jimat dengan kualiti yang terbaik dip...
Azam Baru Nak Kurus Jom Ikut Cara Diet Puasa Lisa Surihani

Azam Baru Nak Kurus Jom Ikut Cara Diet Puasa Lisa Surihani

papar berkaitan - pada 5/1/2019 - jumlah : 668 hits
Saban tahun azam baru kita adalah pastinya bersangkut paut dengan pengurusan berat badan Namun hakikatnya ramai tidak mampu menuntut berat badan ideal mahupun bentuk tubuh idaman mereka gara gara tersilap cara bahkan ada pula yang tidak kon...
Jom Sihat Dan Cergas Bersama Guardian Malaysia X Joanna Soh Ready Set Glow

Jom Sihat Dan Cergas Bersama Guardian Malaysia X Joanna Soh Ready Set Glow

papar berkaitan - pada 4/1/2019 - jumlah : 441 hits
JOM SIHAT DAN CERGAS BERSAMA GUARDIAN MALAYSIA x JOANNA SOH READY SET GLOW Assalamualaikum semua Selamat sejahtera Waduh waduh rata rata ramai ya nak kurus azam tahun ni 2019 Mummy pun sama jugak lah nak juga kurus dan sihat Kurus sahaja ta...
Sokong Produk Mee Segara Sufi Buatan Muslim Jom Viralkan

Sokong Produk Mee Segara Sufi Buatan Muslim Jom Viralkan

papar berkaitan - pada 4/1/2019 - jumlah : 929 hits
Yang jenis suka makan mee segera nak campur kuah tom yam sup atau kari Boleh guna produk mee segera keluaran Sufi 100 buatan Muslim halal bersih dan berkat Aku dah try memang padu gila bebJom viralkan kita sokong produk Muslim
Jom Amalkan Doa Mohon Kesihatan Tubuh Badan Ini

Jom Amalkan Doa Mohon Kesihatan Tubuh Badan Ini

papar berkaitan - pada 4/1/2019 - jumlah : 2630 hits
Doa Mohon Kesihatan Tubuh BadanMarilah kita bersama sama amalkan untuk memperoleh kesihatan tubuh badan yang sihat Salam Jumaat dari Cikgu Norazimah
Jom Belajar Mengaji Di Beanahomequran

Jom Belajar Mengaji Di Beanahomequran

papar berkaitan - pada 7/1/2019 - jumlah : 801 hits
Jom Belajar Mengaji Di BeanaHomeQuran Salam Selamat pagi semuaa Hihi Ada tak kat sini yang tengah mencari kerja kosong secara sambilan Lagi lagi sekarang ni ramai yang tengah menganggur Tak pun kepada yang ada kerja tapi nak hilangkan bosan...
Jom Baca Perkongsian Menarik Ni Jangan Suka Marah Marah

Jom Baca Perkongsian Menarik Ni Jangan Suka Marah Marah

papar berkaitan - pada 8/1/2019 - jumlah : 592 hits
Jom baca perkongsian menarik ni Jangan suka marah marah Assalamualaikum wbt Jom baca perkongsian menarik ni Semoga memberi manfaat kepada kita semua InshaAllah Jangan suka marah marah Gambar diubahsuai dari carian Google Jom baca perkongsia...
Makan Steamboat Dapat Henna Free

15 Kafe Di Johor Bahru Instagrammble Muslim Friendly

Sarawak And Malaysia Can T Afford Escalating O G Disputes

Antara Projek Pungguk Rindu Bulan Tilapia M Sia Pro Hamas

Isu Calon Perdana Menteri Kembali Menjadi Tegang Di Kalangan Pemimpin Pn

Isu Papan Tanda Aneh Dan Pelik Menteri Wilayah Masih Diam

Worldcoin Dan Ai

Coffee Is For Closers The Motivational Phrase From Quot Glengarry Glen Ross


echo '';
Memahami Fasa Renjatan Elektrik Yang Selamat dan Berbahaya Untuk Manusia

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Lara Kasih Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 2 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


E Book Pertama Saya

Resipi Ayam Gepuk

Orbit Labels The Parent S Choice For Safe And Sanitary Feeding

Samun Barang Kemas Dianggar Seberat 4 1 Kilogram Bernilai Rm1 54 Juta Sekumpulan Penjenayah Diburu

Kes Bunuh Pelajar Vokasional Warden Temui Mangsa Tak Sedarkan Diri

Elak Kenyataan Merugikan Kerajaan Perpaduan Pemuda Umno Wp