Jom Viral Anak Melayu Cipta Laman Web Tempahan Hotel Mesra Muslim
Salam. Saya Mohon share Berita baik👇
FwdTRIPFEZ...LAMAN WEB TEMPAHAN HOTEL 'MESRA MUSLIM' SELURUH DUNIA CIPTAAN ANAK MELAYU
Sekarang ni bila kita nak pergi melancong dan nak tempah hotel, laman web yang selalu kita layari adalah Agoda, Booking.com, Trivago etc.
Bagi yang beragama Islam, masalah timbul bila kita nak cari hotel luar negara yang restorannya halal, yang kalau boleh ada arah kiblat, ada sejadah bagai. Ada orang kata, merapulah nak cari hotel luar negara yang ada semua tu. So last-last kita ambil prinsip 'darurat dan musafir'...janji takde arak dan babi, kita main hentam keromo aje
Menyedari masalah yang dihadapi oleh pelancong Muslim, baik di Malaysia atau di negara luar, seorang anak Melayu dari Kuala Lumpur yang berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Mekanikal (Kelas Pertama) dari Universiti Sydney, Australia, telah mencipta satu laman web tempahan hotel yang fokus utamanya khusus untuk memenuhi keperluan pelancong beragama Islam
M Faeez M Fadhlillah akhirnya berjaya membangunkan laman web https://www.tripfez.com bagi memudahkan umat Islam untuk melancong, menginap di hotel dan menikmati makanan halal ketika berada di luar negara
Memang awesome bro website Tripfez ni!
Paling menarik, kalau korang booking kat website ni, korang akan dibekalkan sekali waktu solat sepanjang korang di negara-negara yang korang pergi dan senarai restoran-restoran halal berhampiran hotel yang korang tempah, cool beb
Cakap je mana nak pergi...London, Jepun, Korea, Bulgaria? Cakap je hotel 'mesra Muslim' mana yang korang nak...bajet atau mewah? Tripfest cover hampir seluruh dunia beb
Aku memang salute dengan anak muda ni. No wonder beliau kini tersenarai antara 10 rakyat Malaysia yang dimasukkan dalam senarai 30 anak muda bawah 30 tahun Asia kelolaan majalah kewangan Forbes tahun lepas
So nak keluar negara? Apakata korang cuba layari www.tripfez.com dan korang akan faham apa yang aku maksudkan
SAK: Ini bukan iklan dan bukan artikel berbayor ye, ini serius aku tulis kerana kagum dengan idea Faeez dan Tripfez yang dibangunkannya
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://www.krissmerah.com/2019/01/jom-viral-anak-melayu-cipta-laman-web.html?utm_source=feedburner&utm_medium=feed&utm_campaign=Feed%3A+krissmerah+%28Kriss+Merah.com+%28Blogger+Melayu%29%29