Ada Pendarahan Di Awal Kehamilan Ini 8 Risiko Yang Mungkin Terjadi


Kenapa berlaku pendarahan walaupun berdasarkan ujian kehamilan, keputusannya positif? Ini punca pendarahan awal kehamilan yang patut bakal ibu ketahui.

Pendarahan di awal kehamilan keadaan normal?
Pendarahan ketika hamil yang dikategorikan sebagai ringan, tidak perlu dibimbangkan. Ini terutamanya jika ia berlangsung selama 1 atau 2 hari sahaja. Pendarahan awal kehamilan adalah dianggap sebagai perkara biasa dan sering kali tidak mendatangkan sebarang masalah.
Namun sebaliknya, jika ia pendarahan berat dan disertai dengan gejala-gejala lain, ini mungkin petunjuk kepada keadaan kesihatan yang lebih serius.

Punca pendarahan awal kehamilan
Seperti yang dinyatakan awal tadi, jika pendarahan ketika hamil agak teruk, terdapat beberapa kemungkinan yang menjadi penyebab keadaan itu terjadi. Kenapa berlaku pendarahan walaupun berdasarkan ujian kehamilan, keputusannya positif? Ini punca pendarahan awal kehamilan yang patut bakal ibu ketahui.
Pendarahan di awal kehamilan keadaan normal?
Pendarahan ketika hamil yang dikategorikan sebagai ringan, tidak perlu dibimbangkan. Ini terutamanya jika ia berlangsung selama 1 atau 2 hari sahaja. Pendarahan awal kehamilan adalah dianggap sebagai perkara biasa dan sering kali tidak mendatangkan sebarang masalah.
Namun sebaliknya, jika ia pendarahan berat dan disertai dengan gejala-gejala lain, ini mungkin petunjuk kepada keadaan kesihatan yang lebih serius.
Punca pendarahan awal kehamilan
Seperti yang dinyatakan awal tadi, jika pendarahan ketika hamil agak teruk, terdapat beberapa kemungkinan yang menjadi penyebab keadaan itu terjadi.
Berikut antara 7 risiko yang boleh dialami ibu mengandung:
1. Pendarahan implantasi
Pendarahan di awal kehamilan yang ringan adalah tidak berbahaya, ia disebut sebagai spotting. Keadaan itu berlaku apabila embrio melekat pada dinding rahim dan sedang berkembang. Selalunya ia terjadi dalam tempoh anda sepatutnya mengalami kedatangan haid.
Berbeza dengan darah haid, pendarahan awal kehamilan atau pendarahan implantasi biasanya berwarna lebih ringan – merah muda hingga coklat pudar. Biasanya ia berlangsung untuk tempoh beberapa jam hingga hari dan tidak melibatkan pendarahan berat.
2. Polip serviks
Dianggarkan 2 hingga 5% wanita menghidap polip – ketumbuhan kecil sebesar jari – pada serviks, pintu masuk daripada saluran faraj ke rahim. Polip serviks biasanya jinak – bererti ia bukan punca barah.
Walau bagaimanapun, ketumbuhan itu boleh menyebabkan keradangan atau iritasi sehingga mengakibatkan berlakunya pendarahan berwarna merah terang. Anda juga mungkin tidak akan mengalami sebarang simptom lain. Tetapi polip ini boleh dikesan dengan mudah semasa melakukan pemeriksaan pelvis.
3. Hubungan seks atau pemeriksaan fizikal
Bercakap mengenai pemeriksaan pelvis, seperkara perlu difahami, terdapat kemungkinan ada alatan yang mungkin mencucuk atau berada dekat dengan pelvis semasa ujian dilakukan.
Keadaan itu boleh menyebabkan iritasi sekali gus pendarahan faraj. Ini bermakna, aktiviti seksual juga boleh menjadi faktor pendarahan di awal kehamilan. Umumnya, keadaan ini terjadi kerana hormon kehamilan menjadikan serviks – dan banyak perkara lain – lebih sensitif.
Anda mungkin melihat darah merah terang pada seluar dalam sejurus selepas hubungan intim atau pemeriksaan fizikal. Usah bimbang, ia keadaan biasa yang berlaku sekali sahaja dan akan hilang dengan sendiri.
4. Keguguran
Sebarang pendarahan berat pada trimester pertama, terutamanya jika diikuti dengan kesakitan, ia mungkin berkaitan dengan keguguran. Kebanyakan keguguran berlaku pada trimester pertama kehamilan.
Jika anda mengalami keguguran, terdapat beberapa simptom lain yang akan terjadi seperti:
Pendarahan berwarna merah terang hingga coklat Rasa sakit pada bahagian bawah perut Rasa mencucuk pada bahagian belakang badan Keluar darah beku atau tisu daripada saluran faraj 5. Kehamilan ektopik
Turut dikenali sebagai kehamilan luar rahim, ia terjadi apabila telur disenyawakan melekat pada kawasan luar rahim. Kebanyakan kehamilan jenis ini berlaku pada bahagian tiub fallopio – penghubung antara ovari dan rahim.
Peratusan untuk berlakunya kehamilan ektopik adalah lebih rendah berbanding risiko keguguran. Bayi tidak boleh membesar selain daripada di dalam rahim. Maka kehamilan ini perlu mendapatkan rawatan perubatan segera.
Simptom lain yang mungkin dialami adalah:
Gelombang kesakitan tajam Kekejangan teruk Tekanan pada rektum 6. Kehamilan molar
Punca lain pendarahan awal kehamilan adalah kehamilan molar atau kehamilan anggur. Komplikasi ini jarang terjadi tetapi ia merupakan keadaan serius. Dianggarkan 1 daripada setiap 1,000 kehamilan mengalaminya.
Ia terjadi apabila tisu plasenta tumbuh secara tidak normal, yang berpunca daripada kesilapan genetik semasa persenyawaan. Ia sekali gus mengakibatkan janin tidak membesar dan boleh menyebabkan keguguran pada trimester pertama.
Selain pendarahan ketika hamil yang berwarna merah terang hingga coklat gelap, simptom lain yang mungkin terjadi adalah:
Sakit perut bahagian bawah Loya Muntah 7. Subchorionic hematoma
Merupakan pendarahan di awal kehamilan yang berlaku apabila plasenta terlepas sedikit lekatan daripada dinding rahim. Keadaan itu menyebabkan terbentuk jurang antara keduanya.
Hematoma boleh terjadi dalam pelbagai saiz yang berbeza. Untuk saiz yang kecil, ia adalah keadaan paling biasa. Sebaliknya, saiz yang lebih besar boleh mengakibatkan pendarahan berat.
Kebanyakan wanita yang mengalami hematoma dapat menjalani kehamilan yang sihat. Namun bagi subchorionic hematoma besar, wujud risiko keguguran untuk 20 minggu pertama kehamilan.
Simptom lain yang boleh dialami adalah:
Pendarahan ringan hingga berat, mungkin berwarna merah jambu hingga coklat Sakit perut bahagian bawah Kekejangan 8. Jangkitan
Adakalanya pendarahan ketika hamil mungkin tidak berkaitan dengan kandungan anda sama sekali, seperti jangkitan pada kawasan pelvis, pundi kencing atau saluran kencing.
Ia mungkin berpunca daripada bakteria, virus atau fungus. Jangkitan yis atau keradangan (vaginitis) serius turut boleh mengakibatkan pendarahan.
Selain pendarahan ringan berwarna merah jambu hingga merah, simptom lain yang mungkin terjadi adalah:
Kegatalan Kesakitan bahagian perut bawah Sensasi terbakar ketika kencing Keputihan Benjolan atau luka pada bahagian luar faraj Berhati-hati dengan pendarahan awal kehamilan Pendarahan di awal kehamilan pastinya mendatangkan kerisauan, bukan?
Namun, dalam kebanyakan kes, ia adalah keadaan biasa dan sebahagian daripada proses awal mengandung. Tetapi jika pendarahan berat, ia mungkin petanda masalah lebih serius. Jika ada sebarang keraguan, segera berjumpa dengan doktor.


Ketahui fungsi caresat di E-Workshop Sayangi Nyawa Anak Dalam Kereta, Let’s Buckle Up! Daftar secara PERCUMA di https://toko.ideaktiv.com/product/sayang-nyawa-anak-dalam-kereta/
Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!
 
The post Ada Pendarahan Di Awal Kehamilan? Ini 8 RISIKO Yang Mungkin Terjadi appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.majalahpama.my/ada-pendarahan-di-awal-kehamilan-ini-8-risiko-yang-mungkin-terjadi/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kad Grafik Siri Nvidia Geforce Rtx 4000 Mungkin Dilancar Lebih Awal

Kad Grafik Siri Nvidia Geforce Rtx 4000 Mungkin Dilancar Lebih Awal

papar berkaitan - pada 17/5/2022 - jumlah : 113 hits
Anda mungkin akan dapat melihat pelancaran siri Nvidia GeForce RTX 4000 lebih awal daripada apa yang kita jangkakan Hal ini kerana RTX 4000 dengan nama kod Lovelace mungkin akan dilancarkan pada suku ketiga tahun ini Berdasarkan pemberi mak...
Malaysia Tidak Berdepan Dengan Risiko Kemelesetan Ekonomi Menteri Kewangan

Malaysia Tidak Berdepan Dengan Risiko Kemelesetan Ekonomi Menteri Kewangan

papar berkaitan - pada 18/5/2022 - jumlah : 225 hits
Jelas beliau lagi ekonomi Malaysia diramal berkembang antara 5 3 hingga 6 3 peratus pada tahun 2022 disokong oleh permintaan dalam negeri dan luar yang lebih baik Malaysia tidak berdepan dengan risiko kemelesetan ekonomi kata Menteri Kewang...
Arie Kriting Indah Permatasari Umumkan Kehamilan Pertama Ini Sederet Faktanya

Arie Kriting Indah Permatasari Umumkan Kehamilan Pertama Ini Sederet Faktanya

papar berkaitan - pada 13/5/2022 - jumlah : 227 hits
Kabar bahagia ini disampaikan usai keduanya menggelar syukuran pernikahan di kampung halaman Arie Ternyata usia kehamilan Indah udah masuk 22 minggu
Najib Beri Isyarat Bn Berdepan Risiko Besar Jika Tangguh Lagi Pru15

Najib Beri Isyarat Bn Berdepan Risiko Besar Jika Tangguh Lagi Pru15

papar berkaitan - pada 2/6/2022 - jumlah : 186 hits
freemalaysiatoday com June 1 2022 1 47 PMNajib Razak menggesa kepimpinan tertinggi membuat keputusan yang tepat dan bijaksana demi kepentingan negara KUALA LUMPUR Bekas perdana menteri Najib Razak memberi isyarat Barisan Nasional akan berde...
Tambat Ringgit Beri Risiko Besar Kepada Negara Gabenor Bnm

Tambat Ringgit Beri Risiko Besar Kepada Negara Gabenor Bnm

papar berkaitan - pada 14/5/2022 - jumlah : 170 hits
Tambat ringgit beri risiko besar kepada negara Gabenor BNM Menambat ringgit bukan satu langkah terbaik buat negara dalam persekitaran semasa yang mencabar Gabenor Bank Negara Malaysia Tan Sri Nor Shamsiah Mohd Yunus berkata tindakan tersebu...
Gary Iskak Jalani Rehabilitasi Pengacara Sebut Kliennya Tak Mungkin Gunakan Sabu

Gary Iskak Jalani Rehabilitasi Pengacara Sebut Kliennya Tak Mungkin Gunakan Sabu

papar berkaitan - pada 2/6/2022 - jumlah : 293 hits
Menurut kuasa hukumnya hasil positif dari tes urine Gary didapatkan karena ia menghirup udara yang terkontaminasi sabu di ruangan tempatnya ditangkap
Who Beri Amaran Wabak Cacar Monyet Mungkin Tak Dapat Dibendung

Who Beri Amaran Wabak Cacar Monyet Mungkin Tak Dapat Dibendung

papar berkaitan - pada 2/6/2022 - jumlah : 160 hits
WHO beri amaran wabak cacar monyet mungkin tak dapat dibendung Dikemas kini 1 jam yang lalu Diterbitkan pada 2 Jun 2022 8 00A
5 Potret Tasyakuran 4 Bulan Kehamilan Kartika Putri Yang Mencuri Perhatian

5 Potret Tasyakuran 4 Bulan Kehamilan Kartika Putri Yang Mencuri Perhatian

papar berkaitan - pada 15/5/2022 - jumlah : 113 hits
Kartika Putri baru saja menggelar acara tasyakuran empat bulanan kehamilannya Acara berlangsung dengan khusyuk dan meriah karena dihadiri banyak teman artis Berikut beberapa fotonya
Britney Spears Alami Keguguran Setelah Umumkan Kehamilan Sebulan Lalu

Britney Spears Alami Keguguran Setelah Umumkan Kehamilan Sebulan Lalu

papar berkaitan - pada 15/5/2022 - jumlah : 153 hits
Bersama tunangannya Sam Asghari ia mengunggah kabar duka yang menyatakan bahwa mereka kehilangan calon bayinya
Makan Steamboat Dapat Henna Free

15 Kafe Di Johor Bahru Instagrammble Muslim Friendly

Sarawak And Malaysia Can T Afford Escalating O G Disputes

Antara Projek Pungguk Rindu Bulan Tilapia M Sia Pro Hamas

Isu Calon Perdana Menteri Kembali Menjadi Tegang Di Kalangan Pemimpin Pn

Isu Papan Tanda Aneh Dan Pelik Menteri Wilayah Masih Diam

Worldcoin Dan Ai

Coffee Is For Closers The Motivational Phrase From Quot Glengarry Glen Ross


echo '';
Memahami Fasa Renjatan Elektrik Yang Selamat dan Berbahaya Untuk Manusia

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Lara Kasih Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 2 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


E Book Pertama Saya

Resipi Ayam Gepuk

Orbit Labels The Parent S Choice For Safe And Sanitary Feeding

Samun Barang Kemas Dianggar Seberat 4 1 Kilogram Bernilai Rm1 54 Juta Sekumpulan Penjenayah Diburu

Kes Bunuh Pelajar Vokasional Warden Temui Mangsa Tak Sedarkan Diri

Elak Kenyataan Merugikan Kerajaan Perpaduan Pemuda Umno Wp