Malaysia Tidak Berdepan Dengan Risiko Kemelesetan Ekonomi Menteri Kewangan


Jelas beliau lagi, ekonomi Malaysia diramal berkembang antara 5.3 hingga 6.3 peratus pada tahun 2022, disokong oleh permintaan dalam negeri dan luar yang lebih baik.
klik 👉 Follow Telegram BeritaUp2date (large-bt)


Malaysia tidak berdepan dengan risiko kemelesetan ekonomi, kata Menteri Kewangan Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz.

Menurut beliau, perbincangan berkenaan perkara itu ketika ini adalah bersifat pramatang memandangkan Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) telah menyemak semula unjuran pertumbuhan global kepada 3.6 peratus pada tahun ini.


"Walau bagaimanapun, kita masih bimbang terhadap risiko ke atas ekonomi seperti peperangan di Ukraine, harga komoditi yang tinggi dan pengetatan dasar monetari global. Maka, kerajaan perlu memastikan fiskal fleksibiliti pada masa hadapan dapat menguruskan risiko berkenaan.

"Jadi, ini sebabnya kita berhasrat untuk mengurangkan defisit fiskal secara beransur-ansur daripada 6.4 pada tahun 2021 kepada 6 peratus pada tahun 2022, selain merasionalisasi subsidi bersasar.



"Jadi, kegagalan untuk melunaskan obligasi hutang adalah risiko utama disebabkan oleh kemelesetan global tetapi tidak berisiko kepada Malaysia. Risiko ini dapat dikurangkan kerana separuh daripada hutang luar jika dibandingkan adalah kurang daripada tiga peratus dalam mata wang asing.

"Kita juga mempunyai lokaliti domestik yang mencukupi untuk membiayai sektor kerajaan dan swasta dari segi pinjaman dan keperluan," katanya dalam temu ramah Ekonomi Malaysia Suku Pertama 2022, bersama pemberita di sini pada Selasa.

Mengulas mengenai situasi ekonomi negara pada suku kedua tahun ini pula, Tengku Zafrul berkata momentum pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) yang berada pada tahap positif, iaitu lima peratus pada suku pertama, dijangka berterusan.


Jelas beliau lagi, ekonomi Malaysia diramal berkembang antara 5.3 hingga 6.3 peratus pada tahun 2022, disokong oleh permintaan dalam negeri dan luar yang lebih baik.

"Kita dapat lihat aktiviti ekonomi dan pasaran buruh terus pulih dan sempadan antarabangsa pun telah dibuka.


"Jadi, InsyaAllah pelancong mula datang dan aktiviti perdagangan dan perkhidmatan pun akan meningkat. Ia akan membantu pertumbuhan dan langkah yang diumumkan dalam Bajet 2022 adalah bajet yang mengembang dan mempunyai kesan pengganda tinggi," kata Tengku Zafrul.

Katanya lagi, program Rancangan Malaysia ke-12 (RMK12) turut akan membantu poses pemulihan ekonomi negara.

Terdahulu, Bank Negara Malaysia (BNM) mengumumkan ekonomi Malaysia mencatatkan pertumbuhan lebih kukuh sebanyak 5.0 peratus pada suku pertama 2022, berbanding 3.6 peratus pada suku keempat 2021.


Pertumbuhan ini antaranya disokong oleh permintaan dalam negeri yang bertambah baik, pemulihan dalam pasaran buruh; pertumbuhan berterusan dalam permintaan luar; serta sokongan dasar yang berterusan. Sumber: Astro Awani

SOURCE: TR

Kongsikan artikel ini:

Ikuti kami di Facebook, Twitter, dan Telegram untuk berita terkini setiap hari.
klik 👉 https://t.me/BeritaUp2Date




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://beritaup2date.blogspot.com/2022/05/malaysia-tidak-berdepan-dengan-risiko_17.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kadar Inflasi Di Malaysia Masih Rendah Jadi Ia Masih Baik Menteri Kewangan

Kadar Inflasi Di Malaysia Masih Rendah Jadi Ia Masih Baik Menteri Kewangan

papar berkaitan - pada 25/5/2022 - jumlah : 227 hits
Ekonomi Malaysia menuju ke arah hala tuju yang betul meskipun persekitaran yang mencabar terutamanya dengan jangkaan peningkatan kadar inflasi kata Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz Bagaimanapun beliau berkata dengan pert...
Mengulas Debat Dungu Mereka Ingin Jadi Perdana Menteri Menjaga 7 Ekonomi Sahaja

Mengulas Debat Dungu Mereka Ingin Jadi Perdana Menteri Menjaga 7 Ekonomi Sahaja

papar berkaitan - pada 15/5/2022 - jumlah : 146 hits
Saya terkejut jugalah apabila Broken Rubber sebut Pan Borneo Highway Nauzubillah Pan Borneo Highway telah disebut sejak zaman Pak Lah Pak Lah jadi PM 19 tahun dulu Tetapi itu juga menjadi idea utama Broken Rubber Kedua pelawak itu cuma sebu...
Malaysia Mungkin Berdepan Fenomena Jerebu Dalam Tempoh Monsun Barat Daya Yang Bermula 14 Mei Ini

Malaysia Mungkin Berdepan Fenomena Jerebu Dalam Tempoh Monsun Barat Daya Yang Bermula 14 Mei Ini

papar berkaitan - pada 11/5/2022 - jumlah : 226 hits
Jabatan Meteorologi Malaysia memaklumkan Monsun Barat Daya dijangka bermula pada 14 Mei 2022 dan ia akan berterusan sehingga pertengahan September 2022 Menerusi kenyataan media rasmi mereka MET Malaysia menyatakan pembentukan awan hujan s
Bantuan Kewangan Rm 600 Kepada Rakyat Malaysia L Bantuan Bmt Tahun 2022 L Mohon Segera

Bantuan Kewangan Rm 600 Kepada Rakyat Malaysia L Bantuan Bmt Tahun 2022 L Mohon Segera

papar berkaitan - pada 11/5/2022 - jumlah : 306 hits
BANTUAN KEWANGAN RM 600 KEPADA RAKYAT MALAYSIA l BANTUAN BMT TAHUN 2022 l MOHON SEGERA Dalam usaha kerajaan membantu mereka yang memerlukan telah pelbagai jenis bantuan telah diperkenalkan oleh pihak kerajaan melalui agensi agensinya yang p...
Ramalan Untuk Gbp Usd Pada 9 Mei Kemelesetan Ekonomi Global Ketidaktentuan Global

Ramalan Untuk Gbp Usd Pada 9 Mei Kemelesetan Ekonomi Global Ketidaktentuan Global

papar berkaitan - pada 10/5/2022 - jumlah : 151 hits
Menurut carta masa setiap jam pasangan mata wang GBP USD pada hari Jumaat melakukan kejatuhan ke tahap 1 2272 dan melantun daripadanya Pada hari Isnin pasangan mata wang itu melakukan satu lagi penurunan ke tahap 1 2272 dan lantunan lain da...
Kenapa Siasat Kit Siang Ekonomi Malaysia Sudah Memang Buruk

Kenapa Siasat Kit Siang Ekonomi Malaysia Sudah Memang Buruk

papar berkaitan - pada 24/5/2022 - jumlah : 244 hits
Kenapa siasat Kit Siang ekonomi Malaysia sudah memang burukPosted By on May 24 2022Tindakan menyiasat supremo DAP Lim Kit Siang kononnya menghasut rakyat Malaysia untuk bertindak sebagaimana rakyat Sri Lanka yang merusuh akibat kehancuran e...
Golongan Kaya Lebih Banyak Nikmati Subsidi Diberi Kerajaan Menteri Kewangan

Golongan Kaya Lebih Banyak Nikmati Subsidi Diberi Kerajaan Menteri Kewangan

papar berkaitan - pada 19/5/2022 - jumlah : 182 hits
Golongan kaya atau kumpulan T20 ketika ini lebih banyak menikmati subsidi yang diperuntukan oleh kerajaan kata Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz Menurut Menteri Kewangan manfaat tersebut termasuk sebahagian besar subsidi petroleum ...
Another Lonely Raya For Malaysia S Elderly Gays

Another Lonely Raya For Malaysia S Elderly Gays

papar berkaitan - pada 5/5/2022 - jumlah : 248 hits
For many living in the streets Aidilfitri is a reminder of rejection instead of forgiveness and family unity PETALING JAYA There was a time when Kai looked forward to Hari Raya celebrations with family and friends at his hometown in Penang ...
Google Netizen Malaysia Semakin Peka Dengan Keselamatan Kata Laluan

Google Netizen Malaysia Semakin Peka Dengan Keselamatan Kata Laluan

papar berkaitan - pada 5/5/2022 - jumlah : 206 hits
Khamis minggu pertama Mei telah ditetapkan sebagai Hari Kata Laluan Sedunia Mungkin anda tidak sedar tapi tak mengapa kerana hal yang lebih mustahak ialah tahap keselamatan password anda Menurut Google Malaysia carian oleh pengguna Malaysia...
Mengapa Sholat Sebaiknya Dilakukan Di Awal Waktu

Siti Mastura Pays Rm830k Pending Appeal In Dap Leaders Defamation Case

All The Android Updates Coming To The Samsung Galaxy S25 Series And More

Ringgit Strengthens After Bnm Maintains Opr At 3

Buffet Ramadan 2025 Bangi Golf Resort

Nasi Kandar Kayu Di Kl Sentral Kuala Lumpur

Wordless Wodnesday Nasi Daun Jeruk By Sheila Rusly

Siti Kasim Enraged At Money Play To Lure Conversion Forced Islamisation In Malaysia


echo '';
4 Tanda Ketagihan Yang Jelas Pada Wajah Seorang Penagih Syabu Ice

Biodata Putra Abdullah Atlet Muay Thai Boxing Malaysia Seangkatan Johan Ghazali Jojo Team Jordan Boy

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 10 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Suku Akhir

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 9 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Akad Yang Terlindung Slot Samarinda TV3


Cara Merancang Jadual Aktiviti Harian Yang Berkesan

Boy Cipta Kejutan Sambar Emas Di Acara Keirin

Resipi Mudah Dan Sedap Masak Pucuk Paku Lemak Tempoyak Dengan Udang

Pemimpin Pemuda Umno Sokong Hak Rakyat Berhimpun Sabtu Ini

Rekod Tiga Kerajaan Lalu Jaga Kebebasan Kehakiman Lebih Baik

Mondy Diarah Bayar Rm20 000 Kepada Ebit Lew