Ada Kata Sentimen Terhadap Bn Meningkat


 


MOHD MUKHLIS


Ada sahabat share survey katanya sentimen terhadap BN makin tinggi selepas Mail Sabri jadi PM dan survey sentimen terhadap PH makin teruk. Counter argument saya senang sahaja, kalau nak ikut survey ini, PAS sudah lama menang PRU14 tempoh hari dan Hadi Awang sudah lama jadi PM. PH memang dari dulu lagi underdog, tak pernah pun dalam mana-mana 3rd parti survey pra-PRU14 yang kata PH boleh menang kecuali Invoke.

Dan kita juga jangan lupa mereka yang buat undi rosak konon-kononya tak percaya pada sistem demokrasi di negera kita ini. Tapi againts all odd PH berjaya mengalahkan BN yang telah berkuasa selama 61 tahun dengan jalan demokrasi tanpa pertumpahan darah. Ini sendiri adalah salah satu titik penting dalam kematangan demokrasi dalam negara ini.

Betul bila kita lihat keadaan politik negara ini macam sudah tiada harapan, dengan ahli politik melompat demi kuasa dan wang, menteri kabinet yang tak berguna, Perdana Menteri yang takut undi percaya padahal sudah di titahkan oleh YDPA dan termaktub dalam perlembagaan, ini semua sebagian dari asam garam perjuangan.

Setiap umat dan bangsa ada struggle mereka sendiri dan bagi kita adalah perjuangan untuk memandaikan dan memerdekakan bangsa dari penjajahan minda untuk terus relaven dalam alaf yang baru. Tiada siapa siapa yang cakap perjuangan ini hanya untuk 10 atau 20 tahun, atau untuk 100 tahun. Kalau atuk nenek kita dahulu berputus asa melawan kebatilan, sudah pasti negara kita ini akan lain coraknya. Jangan kita mudah berputus asa walaupun jalan di hadapan nampak sukar. Ini yang baginda Nabi sebut dalam riwayat Ahmad.

"Jika terjadi hari kiamat sementara di tangan salah seorang dari kamu ada sebiji benih tanaman, maka jika dia mampu sebelum terjadi hari kiamat untuk menanamnya maka tanamlah.”

Sedangkan kalau esok kiamat pun Nabi suruh tanam benih, maksudnya amalan tadi tetap akan di kira pahala di hari akhirat walaupun kita mungkin tak dapat nikmat hasilnya. Berjuang ini niat kena betul demi Islah masa depan anak bangsa.

Contoh paling klasik adalah konsistan dan istiqamah dalam setiap benda. Siapa sangka yang demostrasi Bersih yang bertahun lepas kini membuahkan hasil macam pengunaan dakwat kekal; walaupun kita tak dapat semua, at least ada perubahan. Dan perubahan itu bermula dengan kita. Kalau kita duduk rumah waktu orang berdemo, adakah Kerajaan waktu itu akan laksanakan tuntutan kita?

"Rakyat tidak seharusnya takut dengan Kerajaan mereka. Kerajaan harus takut kepada rakyatnya." Alan Moore, V for Vendetta.

Dalam dunia ini struggle untuk kebaikan dan kebatilan, pengetahuan dan kebodohan adalah perjuangan sepanjang zaman. Kerajaan yang korup paling takut dengan rakyat yang cerdik sebab itu mereka suka dengan rakyat yang bodoh dan mudah di perbodohkan. Mereka akan buatkan rakyat leka dengan hendonisme, hiburan yang melampau, mereka cipta bogeyman macam komunis dan kebencian sesama kaum hanya untuk membuat rakyat di bawah bercakaran sesama sendiri. Bila rakyat di bawah sibuk bergaduh bab 3R ( race, royalti dan religion) mereka bebas merompak duit rakyat. Ini modus operandi BN zaman terutama sekali zaman Najib Razak.

Ada yang kata ramai yang masih bising bab e-wallet 30 ringgek, bagi saya orang macam ini kita ignore sahaja. Kita kena tumpukan pada rakyat biasa yang atas pagar yang ada potensi untuk mengundi mana-mana pihak yang releven bagi mereka, yang tak berapa minat tentang politik tapi masih boleh berfikir baik dan buruk. Dengan perlaksanaan undi 18, ini mungkin boleh jadi wild card untuk siapa yang boleh menang PRU15.

Orang yang atas pagar ini mereka hanya akan lebih cakna bab politik bila parlimen di bubarkan. Masa itu baru mereka tahu kuasa yang ada tangan mereka untuk menukar undi. Kita kena yakinkan mereka yang rakyat boleh mengubah kerajaan pada 2018 dan tak mustahil kita boleh lakukannya sekali lagi.

Kalau siapa yang perasan AI baru sahaja buat akan TikTok beberapa hari lepas, saya pun baru sahaja buat 2 minggu lepas akaun tiktok. Ini adalah penting untuk capture segment pengundi atas pagar yang baru berusia 18 tahun ke atas. Jika kita belum cuba, jangan kita mudah menghukum yang mereka ini tak mahu berubah. Politik ini adalah arena menjual idealogi. Sebab itu kita kena gunakan bahasa yang baik dan tidak maki hamun. Posisikan kita macam penjual laptop di shopping complex. Kita tak payah burukan kedai yang lain pun, hanya terangkan kelebihan kedai kita dan servis kita. Kalaupun dia tak beli laptop dengan kita, mungkin di masa hadapan bila dia perlu pakai laptop, kitalah orang yang pertama dia akan cari.

Satu perkara yang saya belajar dari AI ialah bagaimana hendak jadi optimistik walau dalam keadaan yang paling sukar. Betul jalan ini sukar, tak ada siapa yang tahu apa yang berlaku di masa hadapan. Sedangkan yang dulu berjanji, bersumpah dengan tandatangan pun boleh berkhianat inikan gabungan yang belum lagi di uji. Kuatkan kesepakatan antara PH, dan pasti akan ada yang akan menyusul. Kalau kita nak ajak orang naik bas yang kita pandu, kita kena pastikan bas kita itu reliable dulu, enticing baru orang hendak naik. Bab bas lain depa nak bertikam sesama pemandu depa, itu masalah depa bukan masalah kita.

Yang penting mereka yang berfikir, mereka ini tak suka politik kebencian. Kalau kita terangkan polisi kita; manisfesto kita, tunjukkan track record kita, yang kita selama ini berjuang di samping prinsip, orang macam ini yang ada potensi untuk mengundi untuk kita. Yang penting kita kena berusaha dan jangan putus asa. Insyallah, pasti akan ada kejayaan.

 



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2021/09/ada-kata-sentimen-terhadap-bn-meningkat.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Ph Kekal Jadi Pembangkang Walaupun Sain Mou Dengan Kerajaan Kata Fahmi

Ph Kekal Jadi Pembangkang Walaupun Sain Mou Dengan Kerajaan Kata Fahmi

papar berkaitan - pada 14/9/2021 - jumlah : 457 hits
September 14 2021 Antara perkara disepakati kerajaan dan Pakatan Harapan dalam memorandum persefahaman termasuk tidak membubarkan Parlimen hingga 31 Julai tahun depan menurut Pengarah Komunikasi PKR Fahmi Fadzil Dalam catatan di Twitter Ahl...
Walaupun Simpati Tiada Kompromi Soal Undi Percaya Terhadap Pm Bila Parlimen Bersambung Kata Lge

Walaupun Simpati Tiada Kompromi Soal Undi Percaya Terhadap Pm Bila Parlimen Bersambung Kata Lge

papar berkaitan - pada 1/9/2021 - jumlah : 427 hits
August 31 2021 Ahli Parlimen Bagan Lim Guan Eng berkata Yang di Pertuan Agong pada 18 Ogos lalu bertitah agar Perdana Menteri baharu perlu melalui undi percaya di Dewan Rakyat bagi membuktikan sokongan majoriti PETALING JAYA DAP memberi per...
Muhyiddin Tak Dengar Cakap Penasihat Kesihatan Kata Dzulkefly

Muhyiddin Tak Dengar Cakap Penasihat Kesihatan Kata Dzulkefly

papar berkaitan - pada 27/8/2021 - jumlah : 230 hits
Ramai yang menggesa ujian Covid 19 besar besaran dilakukan termasuk penasihat kesihatan Muhyiddin Yassin Dr Jemilah Mahmood PETALING JAYA Kenyataan Dr Jemilah Mahmood bahawa kekurangan ujian besar besaran di negara ini sebagai kelemahan uta...
Keluarga Malaysia Kata Kata Baru

Keluarga Malaysia Kata Kata Baru

papar berkaitan - pada 27/8/2021 - jumlah : 262 hits
Kabinet baruKeluarga MalaysiaKeyakinan baruPencapaian 100 hari pertamaBekerja bersama rakyatKabinet memerlukan sokongan penjawat awamKata kata baru
Masjid Di N Sembilan Benar Operasi Terhad 150 Jemaah Susulan Peralihan Fasa 2 Ppn Kata Mb

Masjid Di N Sembilan Benar Operasi Terhad 150 Jemaah Susulan Peralihan Fasa 2 Ppn Kata Mb

papar berkaitan - pada 27/8/2021 - jumlah : 292 hits
Aminuddin Harun berkata para jemaah diingatkan sentiasa memakai pelitup muka dengan sempurna membawa sejadah peribadi bersaiz besar menjaga penjarakan fizikal dan berwuduk dari rumah PETALING JAYA Masjid dan surau di Negeri Sembilan dibenar...
Saingan Anwar Shafie Musnah Peluang Pembangkang Jadi Pm Kata Pemuda Upko

Saingan Anwar Shafie Musnah Peluang Pembangkang Jadi Pm Kata Pemuda Upko

papar berkaitan - pada 27/8/2021 - jumlah : 231 hits
Shafie Apdal turut dinamakan sebagai calon perdana menteri tetapi kemudian menyatakan sokongannya kepada Anwar Ibrahim KOTA KINABALU Persaingan antara Presiden PKR Anwar Ibrahim dan Presiden Warisa Shafie Apdal mengenai siapa yang patut men...
Ini Kabinet Pn 2 0 Kata Pembangkang

Ini Kabinet Pn 2 0 Kata Pembangkang

papar berkaitan - pada 27/8/2021 - jumlah : 116 hits
Ini kabinet PN 2 0 kata pembangkang Pembangkang mengkritik komposisi kabinet Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob yang memaparkan majoriti muka muka sama dengan kerajaan lama Ini bukan kerajaan baru Timbalan perdana menteri dahulu naik jadi ...
Imej Ahli Politik Sudah Buruk Jangan Salahkan Rakyat Kata Zambry

Imej Ahli Politik Sudah Buruk Jangan Salahkan Rakyat Kata Zambry

papar berkaitan - pada 27/8/2021 - jumlah : 182 hits
August 27 2021 Masyarakat tidak boleh dipersalahkan sekiranya mempunyai tanggapan negatif terhadap golongan ahli politik Ahli Dewan Undangan Negeri Pangkor Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir berkata ini kerana rakyat sedang memerhatikan gerak k...
Hormat Jemaah Menteri Baharu Pilihan Ismail Sabri Kata Salleh

Hormat Jemaah Menteri Baharu Pilihan Ismail Sabri Kata Salleh

papar berkaitan - pada 27/8/2021 - jumlah : 245 hits
Salleh Said Keruak mengucapkan tahniah kepada barisan Jemaah Menteri baharu dan berharap rakyat terus dijadikan fokus serta paksi terpenting kerajaan dalam usaha memulihkan kehidupan dan ekonomi rakyat KUALA LUMPUR Bekas menteri persekutuan...
Ioi City Mall Gears Up For A Meletop 2025 With A Star Studded New Year S Eve Celebration

Icqs Bukit Kayu Hitam Sesak Luar Biasa Rakyat Malaysia Melancong Ke Thailand Diminta Jaga Adab

The West Isn T Dying But It S Working On It

10 Proven Strategies For Raising Resilient Kids

Fort Kemar Pusat Operasi Di Tengah Belantara

Lepas Misi Selawat Ruhainies Sertai Majlis Agama Uai

Have A Relaxing Day With Friends Over Lunch Or Dinner

The Skill Hexagon The Power Of Multifaceted Abilities


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Lirik Lagu Doremon Atmosfera

Harry Parintang Di Hatimu Ternyata Dia Chord

Tiket Escape Penang Harga Tiket Cara Pembelian Tahun 2025

Japan S First Plug In Hybrid Minivan In Two Versions Toyota Alphard And Vellfire

This Vivid Royal Enfield Bobber Is A Tasty Technicolor Treat

Dating Tengok Wayang Lembayung Di Palm Mall