Ada Kapal Terkait Israel Serang Ranapkan


 
Kapal pemusnah tentera Amerika Syarikat, Carney mengeluarkan kenyataan mendakwa tiga buah kapal komersial diserang pejuang Houthi Yaman di Laut Merah. (FOTO: AFP)
Demi Palestin: Houthi Yaman serang lagi kapal Israel
SANA’A, Yaman:  Tiga kapal komersial diserang di perairan antarabangsa di selatan Laut Merah, ketika kumpulan pejuang Houthi Yaman menegaskan serangan dron dan peluru berpandu ke atas dua kapal Israel di kawasan itu.

Tentera Amerika Syarikat dalam kenyataannya pada Ahad (3 Dis) berkata, kapal pemusnahnya, carney menjawab panggilan kecemasan dan memberikan bantuan berikutan pelancaran peluru berpandu dan dron dari wilayah yang dikuasai Houthi.

Sementara, Pergerakan Houthi Yaman berkata, tentera lautnya telah menyerang dua kapal Israel, Unity Explorer dan Number 9, dengan dron bersenjata dan peluru berpandu tentera lautnya. 
Jurucakap tentera kumpulan itu berkata, kedua-dua kapal itu menjadi sasaran selepas mereka menolak amaran, tanpa mengulas lanjut, lapor AFP.
Dalam satu kenyataan, jurucakap itu berkata serangan tersebut adalah sebagai tindak balas kepada tuntutan rakyat Yaman dan seruan daripada negara-negara Islam untuk berdiri bersama  memperjuang nasib rakyat Palestin yang kini dibunuh secara beramai-ramai di Gaza oleh serangan tentera Israel.
Tentera AS pula mendakwa, Carney telah menembak jatuh tiga dron kerana ia membantu kapal komersial yang melalui Laut Merah, namun tidak jelas sama ada kapal perang itu menjadi sasaran.
Ia berkata serangan itu adalah ancaman kepada perdagangan antarabangsa.
“Kami juga mempunyai sebab untuk mempercayai bahawa serangan ini, semasa dilancarkan oleh Houthi di Yaman, telah disokong sepenuhnya oleh Iran,” kata kenyataan itu.
“Amerika Syarikat akan mempertimbangkan semua tindak balas yang sesuai dengan penyelarasan penuh dengan sekutu dan rakan antarabangsanya,” tambah kenyataan itu.
Jurucakap tentera Israel, Laksamana Muda Daniel Hagari pula mendakwa bahawa kedua-dua kapal itu tidak mempunyai kaitan dengan Israel.
“Satu kapal telah rosak teruk dan ia nampaknya akan karam;  dan sebuah lagi kapal mengalami kerosakan kecil ringan,” kata Hagari kepada pemberita di Tel Aviv.
Insiden yang dilaporkan berikutan siri serangan di perairan Timur Tengah sejak perang meletus antara Israel dan kumpulan pejuang  Palestin Hamas pada 7 Okt.
Sebuah kapal kargo berkaitan Israel telah dirampas pada Nov oleh Houthi, yang mengawal sebahagian besar pantai Laut Merah Yaman, dan sebelum ini telah menembak peluru berpandu balistik dan dron bersenjata ke Israel dan berikrar untuk menyasarkan lebih banyak kapal Israel demi perjuangan menyokong Palestin. – HARAKAHDAILY 4/12/2023 
Komen Weblog Ibnu Hasyim: Ada kapal terkait Israel, serang! Ranapkan..
Lihat komen ini..
(i) Di M'sia, Parti Islam kemuka usul isu Palestin

Senator Hussin Ismail
Di KL, Senator Hussin Ismail, hari ini mengemukakan usul di Dewan Negara untuk mendesak kerajaan menyatakan solidariti tidak berbelah bahagi kepada rakyat Palestin.

Selain itu, beliau menegaskan bahawa kerajaan perlu menyatakan kecaman terhadap tindakan Israel yang terus menerus mengamalkan dasar aparteid, penjajahan dan pembunuhan beramai-ramai insan tidak bersalah.
Menurutnya, usul itu dibuat kerana kerana konflik tersebut membabitkan kepentingan negara memandangkan Palestin mempunyai hubungan diplomatik Malaysia.
“Maka adalah penting bagi Malaysia secara konsisten bersuara menentang kezaliman dan membawa keadilan sebagai usaha dimainkan oleh Malaysia dalam komuniti antarabangsa.
“Usul ini berkehendak disegerakan kerana keangkuhan rejim zionis yang enggan meneruskan gencatan senjata dan terus menggila hingga meragut 15,500 nyawa,” katanya.
Usul yang dikemukakan melalui Perkara 17(1) itu turut melibatkan kepentingan orang ramai kerana tindakan mengebom penempatan awam termasuk sekolah, hospital, kem pelarian dan sebagainya.
Konflik itu, katanya menyebabkan Israel memutuskan bekalan elektrik, air dan menyekat bekalan bantuan makanan kepada orang awam yang bertentangan dengan undang-undang antarabangsa.
Menurutnya, jika situasi tegang itu berterusan, ia pasti akan menjejaskan kestabilan dan keamanan dunia, manakala rakyat yang tidak bersalah dibunuh saban hari.
“Justeru saya mendesak kerajaan Malaysia agar terus berperanan di peringkat antarabangsa untuk memberi tekanan terhadap kuasa besar dunia agar segera menamatkan konflik tersebut.
“Besar harapan saya agar perkara ini mendapat pertimbangan sewajarnya daripada Yang Dipertua Dewan Negara serta keizinan majlis mesyuarat demi kepentingan rakyat, usul saya,” katanya.
Sementara itu Yang Dipertua Dewan Negara, Senator Tan Sri Dato Sri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata, pihaknya menerima satu pemberitahuan di bawah usul Perkara 17 (1) semalam.
Beliau berkata usul yang dibangkitkan perlu mendapatkan persetujuan dan pertimbangan seramai 70 senator selain menentukan usul tersebut menepati tiga syarat ditetapkan Dewan Negara.
Pertama, katanya perkara itu bersifat tertentu, kedua bersifat bagi kepentingan orang ramai dan terakhir iaitu hendaklah disegerakan dan setelah penelitian dibuat, usul itu memenuhi syarat.
“Jadi saya membenarkan usul ini untuk dibahaskan mengikut perkara 17(3), usul ini akan dibahaskan pada petang ini, Rabu dalam persidangan dewan bermula jam 4.30 petang hingga 5.30 petang.
“Saya membenarkan pihak pencadang membahaskan usul ini selama 10 minit,” katanya. – HARAKAHDAILY 6/12/2023
(ii) Ini cara puak munafik menentang Islam diikuti Israel dan PH.

Lanjutnya, sila rujuk terus 'Cara golongan munafiq menentang Islam diikuti Israel dan Pakatan Harapan' oleh ABDUL HADI AWANG, Presiden PAS  6 Disember 2023 – HARAKAHDAILY 6/12/2023.
Akhirnya, di M'sia, hanya tinggal pemimpin-pemimpin ekstrem mentadbir negara seperti DAP-madani yang masih bodoh sombong, degil tak mahu mengikut perkembangan keadilan dan kemanusiaan sejagat.
Sekian.





Kesimpulan:
Terima kasih tuan-tuan pengundi. Tuan telah menggunakan tugas tuan sebaik-sebaiknya, bila menyokong perjuangan parti Islam/PN dan rakan-rakan. Umat Islam wajib mempertahankan agamaNya dengan menentang kezaliman pemerintah puak anti Islam.
Namun, hak orang bukan Islam di negara ini pun wajib dilindungi oleh kerajaan Islam yang memerintah. Sila lihat peraturan dan hukum 'Hak orang bukan Islam dalam negara Islam' yang sebenar. Lihat negeri Kelantan sebagai contoh awalnya. 
Terima kasih juga kepada kawan-kawan kita yang bukan dan belum Islam.
Sekian. Wassalam. 
Maaf zahir batin, dari rakan Islammu Ibnu Hasyim.

Ikutilah siri keganasan Israel di Palestin, tanda hayatnya sudah dekat..1.Ada kapal terkait Israel, serang! Ranapkan..2.Tel Aiv diserang HAMAS, Iran, Yaman & +++3. Israel kalah perang di Gaza. & kesan di M'sia..4. AS Tiba-Tiba 'Bela' Hamas, mengapa?5. Gencatan senjata, Israel/HAMAS awal kemenangan Is...6. Rahsia kekuatan HAMAS. & Misteri wanitanya..7. Ini, Mossad Israel, buru HAMAS hingga ke M'sia, ki...8. Ini, Abu Ubaidah jadi hujung tombak Al-Qassam HAMAS.

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.ibnuhasyim.com/2023/12/ada-kapal-terkait-israel-serang-ranapkan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Israel Serang Damsyik

Israel Serang Damsyik

papar berkaitan - pada 2/12/2023 - jumlah : 137 hits
Israel serang Damsyik Dikemas kini 30 minit yang lalu Diterbitkan pada 2 Dec 2023 12 00PM
Israel Kalah Perang Di Gaza Kesan Di M Sia

Israel Kalah Perang Di Gaza Kesan Di M Sia

papar berkaitan - pada 4/12/2023 - jumlah : 168 hits
BEBERAPA kereta kebal tentera Israel musnah ketika menentang Hamas di Gaza baru baru ini Foto Media Sosial Al MayadeenKonflik Palestin Israel Israel berisiko kalah perang di Gaza Oleh KOSMO 28 November 2023 BANDAR GAZA Cara Israel mengendal...
Hos Israel Koyak Kena Maki Dengan Rakyat Indonesia

Hos Israel Koyak Kena Maki Dengan Rakyat Indonesia

papar berkaitan - pada 5/12/2023 - jumlah : 232 hits
Utusanonline nbsp TANGKAP layar permohonan maaf oleh Shai Golden selepas dia melabel rakyat Indonesia sebagai pengganas AGENSITEL AVIV Penyampai televisyen Israel Shai Golden menyampaikan permohonan maaf kepada rakyat Indonesia selepas dia ...
Rumah Imam Masjid Al Aqsa Diserbu Pengganas Israel

Rumah Imam Masjid Al Aqsa Diserbu Pengganas Israel

papar berkaitan - pada 5/12/2023 - jumlah : 212 hits
HarapanDaily comSelepas kira kira setahun imam Masjid Al Aqsa berdepan provokasi berterusan oleh kumpulan pelampau Yahudi yang menghasut pembunuhannya rumah Sheikh Ekrima Sabri di Baitulmuqaddis Timur telah diserbu ejen perisikan Israel har...
Israel Bahagikan Gaza Kepada 2 375 Blok Tiada Lagi Tempat Selamat

Israel Bahagikan Gaza Kepada 2 375 Blok Tiada Lagi Tempat Selamat

papar berkaitan - pada 4/12/2023 - jumlah : 277 hits
Mahaizura Abd Malikmahaizura mediaprima com myPETA zon pemindahan selamat disiarkan di laman web Pasukan Pertahanan Israel FOTO IDFKuala Lumpur Israel menggunakan strategi baharu dengan membahagikan Semenanjung Gaza kepada 2 375 blok kawasa...
Risiko Perang Berdekad Jika Matlamat Israel Untuk Musnahkan Hamas

Risiko Perang Berdekad Jika Matlamat Israel Untuk Musnahkan Hamas

papar berkaitan - pada 4/12/2023 - jumlah : 212 hits
Bhonline nbsp DUBAI Presiden Perancis Emmanuel Macron memberi amaran bahawa matlamat Israel untuk menghapuskan kumpulan militan Palestin Hamas berisiko mencetuskan peperangan selama sedekad Saya fikir kita berada pada titik yang mana pihak ...
Lantang Selar Israel Kontrak Rakaman Kaka Azraff Terjejas

Lantang Selar Israel Kontrak Rakaman Kaka Azraff Terjejas

papar berkaitan - pada 2/12/2023 - jumlah : 220 hits
PETALING JAYA Tiada angin timbul dakwaan mengatakan bahawa kontrak penyanyi Kaka Azraff bakal ditamatkan syarikat rakaman Warner Music Malaysia gara gara kelantangannya menyelar tindakan kejam Israel terhadap Palestin
Tolonglah Ambil Mayat Mereka Kebumikan Di Israel

Tolonglah Ambil Mayat Mereka Kebumikan Di Israel

papar berkaitan - pada 3/12/2023 - jumlah : 154 hits
Mahaizura Abd Malikmahaizura mediaprima com myBIBAS merayu kepada kerajaan zionis supaya isteri dan dua anak yang terkorban di Gaza akibat serangan tentera Israel supaya dikebumikan di Israel FOTO Briged Al QassamKuala Lumpur Sampai terpaks...
Lebih 200 Penduduk Gaza Terbunuh Dalam Serangan Udara Israel Pada Sabtu

Lebih 200 Penduduk Gaza Terbunuh Dalam Serangan Udara Israel Pada Sabtu

papar berkaitan - pada 3/12/2023 - jumlah : 273 hits
LEBIH 200 orang awam termasuk kanak kanak terbunuh dalam serangan udara darat dan laut tentera penceroboh Israel di seluruh Semenanjung Gaza pada Sabtu menurut Agensi Berita Palestin Di Khan Yunis di selatan Gaza pesawat pejuang Israel mela...
Apa Kuasa Myeg Ke Atas Worldcoin

Petua Kesihatan Untuk Orang Yang Sudah Berusia

Major Projects Will Make Sarawak An Asian Economic Force Says Premier

Police Arrest Two Over Fight Between Football Fans At Lrt Station

Kural Vista A Luxurious Waterfront Villa By Saota On Palm Jumeirah Dubai

Kawal Alergik Bila Alahan

Indah Delvia Tacilak Di Nan Rami Chord

Merry Christmas 2024


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


How To Plan A Stress Free Family Vacation

Wan Rosdy Insentif Kecemerlangan Pendidikan Kerajaan Pahang Sedia Peruntukkan Sebanyak Rm1 Juta

Keropok Ikan Tamban Trengganu Nipis Dan Sedap

Tapau Mfc Fried Chicken

Yuzu Cha

Usah Terikut Ikut Provokasi Pihak Tertentu Pertikai Pelantikan Tun Musa