Elak Paksa Anak Bawah 7 Tahun Buat Sesuatu Biarkan Dia Buat Sebab Kehendak Sendiri


Anak solat sebab takut kena rotan. Anak pakai tudung sebab nanti mak ayah marah. Anak tingkatan 4 tak mahu puasa kalau tak dapat hadiah?Ya, beri hadiah atau hukuman memang salah satu teknik yang berkesan untuk mengajar rutin dan tabiat pada anak.
Tetapi persoalannya sampai bila?
Sampai bila anak perlu bergantung harap pada “extrinsic motivation” ataupun motivasi luaran?
Baca: Tak Keluar Rumah Pun Ibu Risau Kesihatan Anak. Ini Apa Yang Boleh Dibuat

BIARKAN ANAK YANG MAHU
Tahukah mak ayah, dalam kita menerapkan sesuatu rutin, tabiat atau perbuatan baik pada anak. Semuanya bergantung kepada motivasi anak melakukan sesuatu.
Motivasi untuk solat.
Motivasi untuk berbuat baik.
Motivasi untuk belajar.
Motivasi untuk menutup aurat.
Motivasi untuk berkelakuan baik.
Kalau tak ada motivasi, memang susah untuk kita buat dengan sendiri. Motivasi pula ada 2 jenis;
1. Motivasi luaran – Hadiah atau elak dari dapat hukuman.
2. Motivasi dalaman – Datang dari diri sendiri.
Ada kajian yang menunjukkan apabila kita terlampau beri motivasi luaran seperti beri hukuman atau hadiah, ia boleh mengurangkan motivasi dalaman.
Dalam kajian itu terbukti kanak-kanak yang selalu diberi ganjaran untuk bermain sesuatu mainan yang mereka memang minat menjadi kurang minat untuk main mainan tersebut setelah mainan itu diberi sebagai ganjaran.
Contohnya kita selalu beri hadiah pada anak untuk main Lego jika berkelakuan baik, kesannya anak akan jadi kurang minat untuk main Lego.
Dalam kes yang lebih ekstrim, jika kita selalu sangat beri hadiah kepada anak yang memang suka membaca buku selepas anak membaca buku. Anak akan jadi kurang minat membaca buku.
Sebab itu bagi saya sistem hukuman atau hadiah sangat bahaya kalau terlalu berlebihan atau salahguna. Boleh guna untuk sesuatu perkara yang anak memang tak suka lakukan cuma perlu rangsang motivasi dalaman anak bersama-sama.

Dalam kes solat, puasa atau menutup aurat, pendapat saya seeloknya mak ayah rangsang motivasi dalaman dahulu sebab itu adalah kewajipan sebagai orang Islam.
Buat anak mahu buat dahulu dengan cara:
1. Jadi “role model” pada anak.
2. Cerita tentang kenapa kita solat, puasa dan menutup aurat.
3. Tunggu anak yang minta nak solat dan puasa bersama-sama semasa anak 7 tahun kebawah. Kebiasaannya anak umur 1 tahun sudah mula meniru perbuatan mak ayah. Itu yang bila kita solat, dimana tempat sujud disitulah anak mahu duduk.
4. Dalam Islam juga kita tidak boleh merotan anak semasa anak 7 tahun kebawah. Dedahkan dan ajak anak boleh cuma belum wajib lagi.
5. Rangsang motivasi dalaman anak dahulu sebelum kita beri hadiah atau hukuman.
6. Umur 7 tahun barulah terapkan disiplin dan tanggungjawab.
7. Tekankan kewajipan anak dan hadiah hanya sampingan.
8. Umur 10 tahun baru boleh hukum jika tinggal solat.

Memang normal kita sebagai mak ayah kalau boleh mahu anak kita cepat dari semua aspek. Tetapi apa guna cepat tetapi tidak tahan lama?
Kita tak mahu jadi punca anak solat dan puasa hanya didepan mak ayah.
Dalam parenting, kita perlu fikir jangka masa panjang. 12 tahun sahaja kita ada masa untuk bentuk anak. Anak dah masuk sekolah menengah, mereka sudah masuk alam separuh dewasa.
Sebab itu dalam didikan agama, saya dan suami ambil pendekatan untuk tidak terburu-buru dan ikut didik ikut cara Nabi Muhammad kerana kami juga dibesarkan dengan cara ini.
Kami mahu anak gembira setiap kali waktu solat atau puasa semasa umur 7 tahun dibawah. Jadikan perkara tersebut sebagai perkara yang seronok dan ceria bukannya sebagai sesuatu yang stress.
Percayalah, pasti anak yang mahu lakukannya sendiri.
Sepanjang saya membesar, seingat saya, masa darjah 3 barulah ayah saya rotan bila tinggal solat. Tiap kali lepas maghrib, ayah saya akan soal setiap waktu solat sembahyang atau tidak. Kalau 3 waktu tidak solat, alamatnya dapatlah 3 kali rotan.
Tapi tak lama pun, masa awal-awal sahaja. Lepas itu sendiri dah biasa.
Dalam kes menutup aurat pula, bila dah umur 7 tahun memang dah tak ada pakai skirt ataupun seluar pendek tak kiralah anak lelaki atau perempuan. Pakai baju “princess” tetapi berseluar panjang. Belilah baju fesyen apa-apa yang penting sopan.
Tudung pula tidak pernah mak ayah paksa pakai, cuma sentiasa diingatkan yang nanti dah baligh kena tanggung dosa sendiri. Pakai tudung untuk diri sendiri, tak mahu tanggung dosa bukan sebab takut mak ayah marah.
Saya pasti apabila berbicara tentang ini memang semua ada pendapat dan hujah masing-masing. Poin penting saya adalah, gunalah apa-apa cara tetapi yang penting kita mak ayah rangsang motivasi dalaman bukannya mengharap motivasi luaran semata-mata.
Dunia parenting penuh dengan seni. Lagi-lagi dalam keadaan dunia semakin mencabar, seperti menarik rambut dalam tepung. Kena faham dan banyak belajar tentang psikologi anak. Setiap personaliti dan umur anak pendekatannya berbeza.
Cuba kongsikan cara kalian dididik puasa atau solat dahulu?
Semoga semua mak ayah dipermudahkan dalam mendidik anak. Semoga bermanfaat.
#Follow page Maryam Jamadi untuk membaca isu parenting berdasarkan perspektif Pediatic Occupational Therapist.
Kredit: Maryam Jamadi
Pediatric Occupational Therapist
BEYOND Home Therapy
Baca: Tak Keluar Rumah Pun Ibu Risau Kesihatan Anak. Ini Apa Yang Boleh Dibuat
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
 
The post Elak Paksa Anak Bawah 7 Tahun Buat Sesuatu, Biarkan Dia Buat Sebab Kehendak Sendiri appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.majalahpama.my/elak-paksa-anak-bawah-7-tahun-buat-sesuatu-biarkan-dia-buat-sebab-kehendak-sendiri/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Masa Kita Bersama Anak Hingga 13 Tahun Saja Lepas Tu Dia Mula Cari Hidup Sendiri

Masa Kita Bersama Anak Hingga 13 Tahun Saja Lepas Tu Dia Mula Cari Hidup Sendiri

papar berkaitan - pada 20/4/2021 - jumlah : 296 hits
Masa kita bersama anak ialah sehingga 13 tahun saja Lepas itu mereka akan melepaskan tali pergantungan kepada ibu bapa perlahan lahan mereka akan cuba meneroka kehidupan dengan cara mereka sendiri dan mereka perlahan lahan akan mula melebih...
Anak Bawah 4 Tahun Ibu Ayah Strugle Berkejar Sana Sini Kira Lulus Fasa Pertama

Anak Bawah 4 Tahun Ibu Ayah Strugle Berkejar Sana Sini Kira Lulus Fasa Pertama

papar berkaitan - pada 23/4/2021 - jumlah : 380 hits
Terpaksa bagi anak gajet waktu makan sebab anak tak duduk diam Ini antara jawapan yang selalu sangat ibu bapa beritahu bila ditanya Tapi adakah ia sebenarnya bagus Melalui perkongsian Penulis Keibubapaan beliau terima BANYAK mesej macam ni ...
Tak Paksa Tapi Biar Anak Bersedia Nak Puasa Lama Lama Anak Minat Nak Cuba Puasa

Tak Paksa Tapi Biar Anak Bersedia Nak Puasa Lama Lama Anak Minat Nak Cuba Puasa

papar berkaitan - pada 10/4/2021 - jumlah : 292 hits
Tinggal lagi dua hari pasti ada mak ayah yang sedang mencari pelbagai usaha dan tip untuk mengajar si kecil berusia tujuh tahun untuk berpuasa Berpuasa tidak perlukan paksaan namun harus dididik anak kecil kita malah didedahkan dengan apa i...
Bazar Ramadan Selangor Larang Bawa Kanak Kanak 12 Tahun Ke Bawah

Bazar Ramadan Selangor Larang Bawa Kanak Kanak 12 Tahun Ke Bawah

papar berkaitan - pada 22/4/2021 - jumlah : 230 hits
SHAH ALAM Kerajaan Selangor memperketatkan prosedur operasi standard di bazar Ramadan dengan melarang pengunjung membawa kanak kanak berumur 12 tahun ke bawah ke tapak tersebut Pemangku Datuk Bandar Shah Alam Mohd Rashidi Ruslan berkata per...
Bintang Bersinar 4 Selebriti Korea Bawah 30 Tahun Ini Tersenarai Dalam Forbes 30 Under 30

Bintang Bersinar 4 Selebriti Korea Bawah 30 Tahun Ini Tersenarai Dalam Forbes 30 Under 30

papar berkaitan - pada 21/4/2021 - jumlah : 295 hits
Forbes baru baru ini telah mengeluarkan senarai 30 Under 30 untahun 2021 dan nampaknya ramai selebriti Korea yang tersenarai di dalamya Suzy IU Nam Joo hyuk Hwasa Tahniah kepada semua selebriti ini Jom Like dan Follow dan KimchiDaily untuk ...
Paksa Buat Anak Jadi Tak Ikhlas Jangan Paksa Anak Puasa Kalau Tak Larat Beri Anak Masa

Paksa Buat Anak Jadi Tak Ikhlas Jangan Paksa Anak Puasa Kalau Tak Larat Beri Anak Masa

papar berkaitan - pada 13/4/2021 - jumlah : 361 hits
Mendidik anak kecil berpuasa sememangnya perlu namun berikanlah anak kita masa untuk mereka benar benar bersedia Ada kalanya dek kerana rasa takut anak mula bersetuju untuk berpuasa walhal anak masih belum bersedia Jangan biarkan anak kecil...
Syukur Anak Mama 6 5 Tahun Puasa Penuh Hari Ini Almy Nadia Kongsi Moment Hari Pertama Puasa

Syukur Anak Mama 6 5 Tahun Puasa Penuh Hari Ini Almy Nadia Kongsi Moment Hari Pertama Puasa

papar berkaitan - pada 14/4/2021 - jumlah : 332 hits
Semalam merupakan hari pertama buat seluruh umat islam menunaikan ibadah berpuasa Ramai yang berkongsi di laman media sosial tentang perkembangan hari pertama berpuasa termasuklah selebriti selebriti terkenal tanah air Pelakon Almy Nadia tu...
Tak Perlu Paksa Anak Kecil Berpuasa Penuh Mereka Perlu Nutrisi Pesanan Dr Izzar

Tak Perlu Paksa Anak Kecil Berpuasa Penuh Mereka Perlu Nutrisi Pesanan Dr Izzar

papar berkaitan - pada 15/4/2021 - jumlah : 375 hits
Bila masuk bulan ramadan ramai ibu bapa yang cuba nak mendidik anak anak agar berpuasa seawal usia yang boleh Maka banyaklah pujuk rayu dan ganjaran yang sesetengah ibu ayah berikan supaya anak kecil dapat berpuasa selama yang mungkin Namun...
Penyelesaian Bagi Wanita Yang Tak Sempat Ganti Puasa Tahun Lepas Kerana Mengandung Menyusukan Anak

Penyelesaian Bagi Wanita Yang Tak Sempat Ganti Puasa Tahun Lepas Kerana Mengandung Menyusukan Anak

papar berkaitan - pada 9/4/2021 - jumlah : 258 hits
Penyelesaian Bagi Wanita Yang Tak Sempat Ganti Puasa Tahun Lepas Kerana Mengandung Menyusukan Anak Wanita masa mengandung syok pula terutama anak pertama syok puasa penuh tapi tak syok bila diuji dengan terpaksa tinggal sebab alahan terpaks...
Makan Steamboat Dapat Henna Free

15 Kafe Di Johor Bahru Instagrammble Muslim Friendly

Sarawak And Malaysia Can T Afford Escalating O G Disputes

Antara Projek Pungguk Rindu Bulan Tilapia M Sia Pro Hamas

Isu Calon Perdana Menteri Kembali Menjadi Tegang Di Kalangan Pemimpin Pn

Isu Papan Tanda Aneh Dan Pelik Menteri Wilayah Masih Diam

Worldcoin Dan Ai

Coffee Is For Closers The Motivational Phrase From Quot Glengarry Glen Ross


echo '';
Memahami Fasa Renjatan Elektrik Yang Selamat dan Berbahaya Untuk Manusia

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Lara Kasih Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 2 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


Ciri Ciri Kad Pengenalan Baru

Yaph Jiwa Gundah

E Book Pertama Saya

Resipi Ayam Gepuk

Orbit Labels The Parent S Choice For Safe And Sanitary Feeding

Samun Barang Kemas Dianggar Seberat 4 1 Kilogram Bernilai Rm1 54 Juta Sekumpulan Penjenayah Diburu