Baru 2 Tahun 9 Bulan Moleiq Berjaya Solat Penuh Terawih Berpuasa Netizen Kagum Dengan Didikan Jozlyn
Pasangan selebiriti, Ozlynn dan juga Johan Raja Lawak berkongsi aktiviti harian sepanjang bulan ramadan di instagram mereka. Namun, si kecil Moleiq menarik perhatian ramai kerana kegigihanya yang berpuasa, solat penuh waktu termasuk terawih walaupun baru berusia 2 tahun 9 bulan.
Baca: “Tahniah Ayah dan Mak Iti, Alhamdulillah Baby Sihat & Comel” Asyraf Khalid Teruja Dapat Adik Lelaki
Menurut Ozlynn, dia tidak pernah memaksa anak bongsunya itu berpuasa dan solat kerana memahami Moleiq masih kecil dan tidak diwajibkan untuk melaksanakan ibadah ini namun Moleiq tetap berkeras untuk solat dan berpuasa sama seperti ahli keluarga yang lain.
“Moleiq bangun subuh dan ngaji.. tak nangis, tak kejut pun.. dia bangun sendiri bila dengar semua busy lepas sahur.. tapi lepas solat dan ngaji kita bagi dia susu.. upah dia solat dan ngaji subuh tadi.. pelan-pelan kayuh okehh..”
“Jujur Moleiq kitaorg tak pernah paksa untuk solat.. InsyaAllah sempat nanti hari ni aku buat video bagitau macam mane cara kiteorg bimbing dorang ok.. sejujurnya tiada niat lain.. sekadar berkongsi cara.. kitaorg percaya semua ibu bapa ada cara masing-masing.. kami just berkongsi cara kitaorg.. mane tau boleh dimanfaatkan buat yang memerlukan.. semoga anak-anak kita yang berpuasa pada harini berjaya habiskan puasa dan solat fardhu ok”
Walaupun Moleiq masih kecil, namun dia berjaya melengkapkan solat fardhu 5 waktu dan juga terawih sehingga ke witir. Ozlynn menegaskan memang tiada paksaan untuk anak-anak bersolat dan berpuasa. Semuanya dilakukan dengan kehendak sendiri setelah melihat ahli keluarga lain yang solat dan berpuasa. Tambahnya lagi “Doakan Moleiq strong.. kami tak paksa tapi dia yang nak. Kami bagi je dia makan tapi dia yang tak nak”
“Moleiq full puasa.. kami tak paksa.. sebab puasa pertama dan kedua dia tengok semua tak nak makan.. so dia nak puasa kiteorg bagi try je.. dia bangun sahur, solat 5 waktu lengkap ngaji dan full terawih sampai ke witir.. haihhh hati mak mane tak tacing, bila tengok anak semangat.. berapa kali tanya adik ok ke? Oleiq lapar ke? Sebab dia baru 2tahun 9bulan.. risau nak susu ke.. yang pasti dia aktif.. tetap ceria..”
“Chantiq full day puasa sama seperti tahun-tahun yang sebelum ni.. Alhamdulillah jugak Moleiq solat fardhu lengkap 5 waktu dan berjaya habiskan terawih sampai ke witir.. tak rengek langsung..”
Ozlynn pernah untuk tidak mengejutkan Moleiq bersahur semata-mata untuk memberikan anaknya berehat dari berpuasa tapi malangnya Moleiq tetap terus berpuasa.
“Kami cuba tak nak kejut dia sahur.. nak bagi dia enjoy makan tak payah puasa.. sekarang ni kitaorg yang lemah sebab dia cakap dia puasa.. tak apa satgi nak pujuk dia minum susu.. nak cakap mama belanja adik sebab puasa 2 hari.. esok puasa balik.. dan hari ni niat kami suami isteri nak belikan dia toys sebagai hadiah atas sifat dan sikap dia yang “ada hati”..”
Tambahnya lagi, dia sebak kerana dia bukanlah ibu bapa yang baik dan sempurna namun dikurniakan anak-anak yang sangat baik. Ozlynn turut memohon doa semua agar keluarga mereka sentiasa dalam keadaan yang baik-baik.
“Sebak la bila cakap pasal anak-anak ni.. sebab kami bukan la parents yang baik.. tapi berusaha perbaiki setiap hari untuk jadi yang terbaik.. Moga ALLAH permudahkan urusan kami dan keluarga kita semua.. aamiin Yaa Rabb
kami tidak perlukan pujian atau kejian cuma kami mohon selitkan kami juga dalam doa kalian.”
Rata-rata warganet kagum dengan ketabahan Moleiq dan mendoakan Moleiq agar sentiasa menjadi anak yang solehah.
dahh87
kagum betul dengan didikan family akak… alhamdulillah…
… semoga Moleiq berjaya dunia akhirat…
nrhwz
cute
kilang_tudung_borong
Moleiq umur brapa… Hebatnya moleiq berpuasa penuh
callamilkbyummi
Chomeellll moleiq. Bijak solehah pula tu
hasfalina
Wah moleiq pun dh belajar puasa..hebat nya..3 thn ye dia?
eznyez
madanaya03
Aamiin…..comey moleiq..,
…malu tau yg kat luar sana dh besar pjg, wajib utk nya berpose, tp byk alsn klu nk pose…
nor.gie8
Comel nyaaa…..moga Moleiq berjaya puasa hari ni n seterus nyaaa……
Johan dan Ozlynn berkahwin pada 25 Julai 2009 dan dikurniakan 5 orang cahaya mata iaitu Ariq, Sodiq, Haziq, Xantiq dan Moleiq.
Kredit: Jozlynn
Baca: Tak Keluar Rumah Pun Ibu Risau Kesihatan Anak. Ini Apa Yang Boleh Dibuat
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
The post Baru 2 Tahun 9 Bulan Moleiq Berjaya Solat Penuh, Terawih & Berpuasa! Netizen Kagum Dengan Didikan Jozlyn appeared first on Pa&Ma.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.majalahpama.my/baru-2-tahun-9-bulan-moleiq-berjaya-solat-penuh-terawih-berpuasa-netizen-kagum-dengan-didikan-jozlyn/