Akta 852 Penting Untuk Negara Langkah Bagi Membentuk Tingkah Laku Dan Pemikiran Masyarakat




KUALA LUMPUR: Akta Kawalan Produk Merokok Demi Kesihatan Awam 2024 (Akta 852) yang mula berkuat kuasa semalam (Selasa) adalah langkah dinantikan dan penting untuk negara.
Presiden Persatuan Pakar Perubatan Kesihatan Awam, Prof Dr Jamalludin Ab Rahman berkata, paling mustahak adalah perubahan tingkah laku masyarakat yang bakal terhasil, manakala industri pula perlu sedar dan tidak sepatutnya meletakkan keuntungan lebih daripada nilai kesihatan.
“Nak kata berpuas hati, kita sentiasa tak puas hati. Tapi ini adalah satu pencapaian yang dinantikan, akta sendiri dan tidak bergantung pada akta makanan.
“Satu perkara yang mustahak, apa yang kami harap adalah kesedaran dan perubahan tingkah laku masyarakat sendiri. Perubahan ke arah kesedaran tentang bahaya dan impak rokok terhadap masyarakat terutama kanak-kanak,”katanya ketika muncul dalam Agenda AWANI, pada Selasa.
Penguatkuasaan serta-merta bermula hari ini melibatkan penjualan produk merokok yang berbentuk permainan dan menarik perhatian kanak-kanak serta remaja bertujuan mengekang kebolehdapatan produk tersebut.
Kementerian Kesihatan memandang serius kesan buruk amalan merokok berleluasa termasuk promosi pemasaran kurang beretika yang menyasarkan golongan berkenaan.
Selain itu, peruntukan akta juga melibatkan pengiklanan, promosi dan tajaan semua jenis produk merokok serta berkaitan tempat larangan penjualan produk merokok seperti institusi pendidikan, pasar jualan dalam talian dan mesin layan diri.
Penguatkuasaan pendidikan pula akan dilaksanakan dahulu bagi tempoh enam hingga 12 bulan daripada tarikh kuat kuasa bagi aspek seperti pendaftaran produk merokok yang akan dikuatkuasakan bermula 1 April 2025, kawalan jualan termasuk pameran di kaunter jualan (1 April 2025) serta pembungkusan dan pelabelan (1 Okt 2025).
Bagi Pengarah Urusan Persatuan Kanser Kebangsaan Malaysia, Dr Muralitharan Munisamy pula, beliau berharap orang ramai tidak melihat kehadiran akta itu akan menyelesaikan terus masalah.
Jelasnya, orang ramai perlu faham bagaimana akta ini berfungsi dan pihak berkewajipan termasuk media juga perlu memainkan peranan dengan memberi penerangan yang tepat.
“Ini titik permulaan untuk kita giatkan segala aktiviti bagi memastikan langkah ini diterima dan diterap kepada semua golongan masyarakat termasuk pemegang taruh.
“Semalam ada rakan media yang masih mengeluarkan berita tidak tepat (tentang akta). Saya tahu penerangan apa akta itu dan impak kepada masyarakat secara keseluruhan memerlukan masa dan perbincangan seperti yang dilakukan Astro AWANI hari ini,” katanya. #AstroAwani
http://www.pahangdaily.blogspot.com

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://pahangdaily.blogspot.com/2024/10/akta-852-penting-untuk-negara-langkah.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
28 Tempat Larangan Merokok Di Bawah Akta 852

28 Tempat Larangan Merokok Di Bawah Akta 852

papar berkaitan - pada 8/10/2024 - jumlah : 222 hits
Berikut adalah 28 tempat yang dilarang di bawah Akta Kawalan Produk Merokok Demi Kesihatan Awam 2024 Bangunan dobi dan bangunan tempat kerja turut tersenarai sebagai tempat dilarang merokok namun tindakan penguatkuasaan bagi kedua duanya ak...
Langkah Penting Dalam Belanjawan 2025

Langkah Penting Dalam Belanjawan 2025

papar berkaitan - pada 30/9/2024 - jumlah : 435 hits
Belanjawan 2025 kerajaan Madani yang akan diumumkan pada 18 Oktober ini diharapkan terus memberi tumpuan kepada langkah langkah dalam meningkatkan daya saing negara untuk menarik pelaburan Ini termasuklah mempercepatkan reformasi fiskal yan...
Belajar Public Speaking Langkah Penting Menuju Komunikasi Efektif

Belajar Public Speaking Langkah Penting Menuju Komunikasi Efektif

papar berkaitan - pada 19/9/2024 - jumlah : 217 hits
BloggerBorneo com Public speaking atau berbicara di depan umum bukanlah sekadar kemampuan untuk menyampaikan ide Ini adalah seni mengomunikasikan pesan dengan cara yang jelas efektif dan memukau audiens Dalam dunia yang semakin terhubung se...
Pendakwah Negara Terkenal Tidak Berbaju Buat Panggilan Video Pukul 3 40 Pagi

Pendakwah Negara Terkenal Tidak Berbaju Buat Panggilan Video Pukul 3 40 Pagi

papar berkaitan - pada 22/9/2024 - jumlah : 271 hits
Pendakwah negara terkenal Ebit Irawan Ibrahim Lew didakwa membuat panggilan telefon serta video terhadap seorang wanita pada jam 3 40 pagi 4 Mac 2021 Wanita berkenaan mendedahkan kepada mahkamah kerana menjadi selaku saksi kesembilan Mahkam...
Len Kali Buat Wassap Group La Apa Punya Lemah Macamana Nak Tadbir Negara

Len Kali Buat Wassap Group La Apa Punya Lemah Macamana Nak Tadbir Negara

papar berkaitan - pada 21/9/2024 - jumlah : 178 hits
Cik Din lain kali buat la dulu Takde la sorang cakap lain sorang lagi cakap lain Taki untuk MoU ni Yang Mahiaddin pulak kata tetap tolak Mana satu ni Kejap nak kejap tak nak Dalam PN memang takde kesepakatan eh Tapi tak pelik pun Orang lain...
Lawatan Luar Negara Perlu Kelulusan Menteri Elak Pembaziran Dana Pm

Lawatan Luar Negara Perlu Kelulusan Menteri Elak Pembaziran Dana Pm

papar berkaitan - pada 21/9/2024 - jumlah : 110 hits
Datuk Seri Anwar Ibrahim meletakkan syarat semua program projek lawatan dan tugasan di luar negara membabitkan kakitangan awam perlu mendapat kelulusan Menteri sebagai langkah mengelakkan pembaziran dana dan sumber manusia Perdana Menteri b...
Veto Power For East Malaysia In Dewan Negara

Veto Power For East Malaysia In Dewan Negara

papar berkaitan - pada 23/9/2024 - jumlah : 263 hits
Rise of Social Efforts Coalition for Clean and Free Elections Engage and Tindak Malaysia support the call for Sarawak Sabah and Labuan to be given more than one third of senatorial seats A specific Dewan Negara 35 100 was made by Project St...
Siasatan Gisb Ketua Polis Negara Jawap Pas

Siasatan Gisb Ketua Polis Negara Jawap Pas

papar berkaitan - pada 23/9/2024 - jumlah : 105 hits
IGP nafi dakwaan PAS siasatan GISBH berlebih lebihan Ili AqilahKetua Polis Negara Razarudin Hussain memaklumkan siasatan terhadap Global Ikhwan Services and Business Holdings dijalankan mengikut prosedur undang undang Ketika dihubungi Malay...
Term Limit Culture Emerging With Veteran Dap Trio S Exit Says Analyst

Who Else Nazri Backs Anwar For Second Term As Pm

Sprm Reman 4 Pegawai Ismail Sabri Kes Keluarga Malaysia

Punca Nahas Maut Isteri Tentera Menurut Polis

Sambut Raya Dengan Gaya Di Melawati Mall

Siti Kasim Schools Living Under Coconut Shell Muslim Preachers I Owe It To Kafir Britain For Who I M Today

25 Orang Penting Yang Wajib Diketahui

Macc Arrests Ismail Sabri S Officers


echo '';
Senarai Keputusan Pemenang Calon Top 5 Kategori Persembahan Penyampai Trofi Undian Tarikh Tiket Gempak Most Wanted Awards 2024 2025 Live Di Astro Ria Sooka

10 Drama Melayu Terbaru Astro Yang Best 2025 Mesti Tonton Juga Tersedia Online

10 Filem Melayu Malaysia Terbaru Best 2024 2025 Mesti Tonton

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Teratak Kasih Salina Rindu Kasih Musim 3 Slot Samarinda TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dia Imamku Slot Megadrama Astro Ria


Advertise Up To 200 Million Emails

Burung Jatuhkan Tangan Manusia Di Halaman Sekolah

Pergi Luar Negara Isytihar Berbilion Balik Tarik Subsidi

Fadillah Sertai 4 000 Lebih Peserta Larian Kesedaran Autisme

Kepada Azalea Yang Dihormati Surat Terbuka Untukmu Hentikan Serangan Terhadap Fra

Tekanan Darah Turun Naik Bekas Pm Ismail Sabri Masih Lagi Perlukan Pemantauan Rapi Di Hospital