5 Langkah Berkesan Berhadapan Dengan Pelanggan Tak Puas Hati Yang Sedang Marah




Dalam perniagaan berlaku 4 proses asas seperti berikut.

Pemasaran > Jualan > Tunaikan Jualan > Selepas Jualan
Jika proses pemasaran gagal, maka tiada prospek akan hadir dalam syarikat. Jika berjaya, prospek akan masuk proses jualan yang mana jika jurujual berjaya, prospek akan bertukar jadi pelanggan. Jika proses jualan lemah, prospek akan pilih pesaing.
Jika jualan berlaku, pelanggan masuk ke zon selepas jualan. Banyak syarikat abaikan zon ini. Pelanggan sudah tidak dipedulikan lagi sebab syarikat sibuk cari dan layan prospek baru. Sikap syarikat yang sebegitu adalah seumpama scammer. Para scammer hanya mencari pelanggan baru sebab sangat tidak bijak untuk cuba menipu orang yang sama untuk kali kedua.
Jika syarikat tak mahu jadi scammer, dia perlu terlebih dulu uruskan tindakan susulan selepas jualan. Industri automotif terutamanya pemegang jenama kenderaan yang besar sangat cekap menguruskan keseluruhan proses di atas lengkap sehingga ke proses selepas jualan.
Jika syarikat ambil berat proses hubungan susulan selepas jualan, pelanggan akan berpotensi untuk jadi pelanggan setia. Makin kerap pelanggan ulang beli produk atau servis syarikat, makin baik kedudukan perniagaan. Tempoh berapa lama pelanggan kekal jadi pelanggan setia juga menentukan kedudukan syarikat dalam menguasai pasarannya.
Pelanggan serang syarikatApa yang saya terangkan di atas adalah ulang kaji sahaja berkenaan proses perniagaan. Nak ingatkan betapa pentingnya proses selepas jualan diuruskan dengan baik. jangan tunggu pelanggan yang datang menyerang syarikat.
Ada kalanya, memang berlaku keadaan di mana syarikat diserang oleh pelanggan yang rasa tertipu atau tak puas hati. Isu ini yang nak saya tulis dalam artikel ini.
Jika anda dah cukup lama berniaga, sudah tentu pernah lalui pengalaman kena serang pelanggan yang tak puas hati. Memang sentiasa ada manusia yang garang. Kalau anda tak bernasib baik, kerap bertemu dengan mereka. Kalau bernasib baik, akan bertemu juga tapi tak kerap sangat.
Data kajian menunjukkan bahawa dari 20 pelanggan yang tak puas hati, hanya satu saja akan datang serbu luahkan masalah mereka. Yang lagi 19 orang tu biasanya akan berlalu dan tak datang berurusan lagi dengan syarikat anda.
Itu menunjukkan betapa penting pelanggan yang datang serbu bagi tau tak puas hati tu. Bukan mudah nak cari orang yang secara sukarela beritahu kepada syarikat apa yang dia rasa pada produk atau perkhidmatan syarikat. Jadi kena uruskan mereka dengan baik supaya dapat membantu penambah baikan syarikat.
Bila pelanggan serbu, samada secara fizikal atau melalui media sosial atau alat komunikasi digital lain, apa cara terbaik berhadapan dengan situasi tersebut?
Paling penting, perlu fikirkan cara untuk betulkan keadaan dan mengeratkan lagi perhubungan dan kepercayaan pelanggan itu.
Berikut saya kongsikan 5 langkah asas bila kena serbu dengan pelanggan yang marah untuk anda cuba amalkan.
1. Beri ruang lepas kemarahanBiarkan pelanggan lepaskan perasaan marah sepuas hatinya terlebih dahulu. Marah itu umpama api yang semarak, kalau masuk akan terbakar hangus, jadi layan dulu dalam kedudukan selamat.
Tidak ada orang yang waras bila dikuasai oleh perasaan marah. Jadi jangan rasa kecil hati, jangan mencelah atau buat apa-apa. Latih diri untuk bertenang dengan apa cara sekalipun. Buang ego anda dan jika anda jenis panas baran, jangan ambil tugasan itu.
Jika anda taukeh, pastikan staff yang berada dalam jabatan selepas jualan adalah jenis penyabar dan semula jadi tebal telinga dan kematu pipinya. 
2. Isyarat satu gengTunjukkan yang anda berada di sebelah pihaknya. Bukan sekadar berlakon, malah benar-benar hayati yang anda berada dalam situasinya. Elakkan dari mencari kesalahan pelanggan itu. Bukan tempatnya untuk tentukan siapa yang salah siapa yang betul. Tapi fokus hanya kepada apa yang salah dan apa yang perlu dibetulkan, itu sahaja.
Berikan harapan pada orang yang sedang marah bahawa anda bersedia untuk selesaikan masalah. Berikan isyarat yang anda memahaminya dan bersedia untuk melakukan apa saja agar dia dapat dibantu.
Sebagai contoh, beritahu “saya faham perasaan tuan ..”
Elak dari berkata seperti, "Betul ke ni ..”, atau 
“Siapa yang salah ni ?”.
3. Nyatakan tindakanJelaskan padanya apa yang anda akan lakukan bagi menyelesaikan ketidak puasan hati pelanggan tersebut.
Anda perlu terangkan satu persatu dengan jelas dan spesifik sampai dia faham dan puas hati. Jangan lupa untuk berikan tempoh masa dan bila anda akan kembali berhubung dengannya untuk memberikan status terkini.
Elakkan ayat selamat yang mengundang salah faham seperti "saya akan cuba .. " atau "saya akan update secepat mungkin .. "
Sebaliknya pakai aat spesifik seperti, "saya akan buat pertukaran barang dan hubungi tan pada hari rabu 3hb Ogos pada pukul 3 petang". 
4. Pilih yang terpantasAmbil langkah penyelesaian yang paling pantas. Jangan tangguh-tangguh untuk bertindak dengan mendapatkan maklumat lanjut terhadap masalah berbangkit. 
Anda perlu jadi juara penyelesai masalah dalam syarikat dan lenyapkan segala salah faham yang mungkin berlaku.
5. Kemaskini laporanSebaik saja masalah atau pencerahan selesai, segera hubungi atau dapatkan pelanggan itu dan laporkan perkembangan. Lebih bagus jika anda berikan kejutan jauh melebihi apa yang mereka jangkakan. Kalau janji hari rabu contohnya, buat hari selasa awal sehari.
Begitulah lima langkah yang anda perlu ambil satu persatu setiap kali berhadapan dengan pelanggan tak puas hati yang datang untuk marah. 
Semua lima langkah yang saya sebutkan di atas perlu dilakukan dengan sempurna dan bukan lakonan.
Jika anda berlakon dan dapat dikesan, orang yang sedang marah itu akan bertambah marah. Ini akan mengusutkan lagi keadaan dan sukar untuk ditangani.
Latih dan amalkan setiap kali berhadapan dengan situasi kena marah sehingga ia menjadi tabiat diri yang berkekalan, insyallah darjat kedudukan anda semakin lama semakin tinggi.



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.hidupringkas.com/2024/10/5-langkah-berkesan-berhadapan-dengan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Apa Deh Kurangnya Indo Penduduk Seberang Tak Puas Hati Khabib Post Gambar Di Hadapan Menara Klcc

Apa Deh Kurangnya Indo Penduduk Seberang Tak Puas Hati Khabib Post Gambar Di Hadapan Menara Klcc

papar berkaitan - pada 5/10/2024 - jumlah : 136 hits
Sedia maklum petinju handal dunia iaitu Khabib Nurmagomedov sudah tiba di Malaysia sejak Isnin lalu dan dia pun ada memuat naik di Instagram memaparkan dirinya berdiri di hadapan menara berkembar Petronas Sekadar info Khabib menghadirkan di...
Kami Berdua Je Di Dunia Pengarah Puas Hati Park Seojoon Ulas Adegan Ciuman Bersama Han Sohee

Kami Berdua Je Di Dunia Pengarah Puas Hati Park Seojoon Ulas Adegan Ciuman Bersama Han Sohee

papar berkaitan - pada 7/10/2024 - jumlah : 219 hits
Meskipun bukan drama romantik Park Seo joon dan Han So hee tidak dinafikan mempunyai keserasian mantap dalam Gyeongseong Creature 2 Artikel Berkaitan Untuk musim kedua kali ini Yoon Chae ok kembali bertemu Jang Ho jae untuk membongkar hubun...
Ramai Luah Rasa Tak Puas Hati Ini Alasan Bytedance Hentikan 700 Pekerja Di Malaysia

Ramai Luah Rasa Tak Puas Hati Ini Alasan Bytedance Hentikan 700 Pekerja Di Malaysia

papar berkaitan - pada 11/10/2024 - jumlah : 133 hits
Sedia maklum ByteDance iaitu syarikat induk TikTok telah memberhentikan seramai 700 orang pekerja di Malaysia dan hal itu telah menarik perhatian ramai di mana ramai menyuarakan rasa tidak puas hati kerana bersikap tidak adil dengan pekerja...
Suara Hati Seorang Suami

Suara Hati Seorang Suami

papar berkaitan - pada 3/10/2024 - jumlah : 170 hits
Tiada suami yang jujur Dengarlah wahai isteri Di balik senyuman suamimu yang manis nbsp Ada beban yang tak pernah terungkapAda derita yang tak pernah diadukanHinaan yang menusuk caci yang menghujam nbsp Mungkin di jalanan mungkin dari orang...
Sayu Hati Tengok Ibu Kendong Anak Bersama Anak Kecil Isi Minyak Waktu Malam Bantuan Ditolak Cara Baik

Sayu Hati Tengok Ibu Kendong Anak Bersama Anak Kecil Isi Minyak Waktu Malam Bantuan Ditolak Cara Baik

papar berkaitan - pada 3/10/2024 - jumlah : 119 hits
Video seorang ibu yang menunggang motorsikal bersama dua anak kecilnya yang tular di platform TikTok ternyata amat menyentuh hati ramai Ketika minyak diisikan ke dalam motorsikal bayi kecil pula terpaksa dikendong kemas dalam pelukan Meneru...
Jangan Suka Hati Langgan Kotak Tv Haram Salah Dari Segi Undang Undang

Jangan Suka Hati Langgan Kotak Tv Haram Salah Dari Segi Undang Undang

papar berkaitan - pada 3/10/2024 - jumlah : 129 hits
Dalam dunia digital yang serba canggih ini ramai di antara kita mungkin tidak menyedari atau dengan sengaja memilih untuk menggunakan peranti penstriman haram Penggunaan peranti ini bukan sahaja melanggar undang undang tetapi juga membawa p...
Zynakal Terima Kritikan Dengan Hati Terbuka Fokus Pada Muzik Budiey Channel

Zynakal Terima Kritikan Dengan Hati Terbuka Fokus Pada Muzik Budiey Channel

papar berkaitan - pada 7/10/2024 - jumlah : 136 hits
Zynakal atau nama sebenarnya Muhammad Raziq Rosli mengakui tidak kisah dengan komen negatif mengenai penampilannya Baginya fokusnya adalah pada bidang muzik dan dia tidak merasakan kekurangannya itu satu masalah besar Penyanyi ini tidak ber...
Doa Penerang Hati

Doa Penerang Hati

papar berkaitan - pada 7/10/2024 - jumlah : 139 hits
06 Oktober 2024 3 Rabiulakhir 1446H Alhamdulillah urusan menghantar dak Kakak kembali ke luar negeri berjalan dengan baik Selamat menjalani sesi pembelajaran di sana dan moga beroleh keputusan yang baik dan cemerlang Ilmu adalah harta yang ...
Pas Mocks Madani Gov T After Pmx Loosely Faulted Rushed Flawed Trials Of High Profile Cases Post 2018 Ge

Sah Kes Najib Razak Cacat

Icac Found No Case Rahman Dahlan Defends Musa S Appointment

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Tenure Of Sabah Sarawak S Top Judge Extended Says Source

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu


echo '';
Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Cinta Bukan Milik Kita Slot Samarinda TV3

6 Tapak Buangan Produk Manusia Yang Bersaiz Gergasi


Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa

Razer Umum Koleksi Squid Game

Penganjur Tarian Wanita Mencolok Mata Boleh Berdepan Tindakan

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Malaysia Kongsi Kepakaran Nuklear Sempena Kepengerusian Asean 2025