Ada 3 Kluster Umno Dalam Dilema
by1Media.my-January 09, 20210
Oleh Mohd Shuhaimi Al-Maniri
Berita pemecatan Tan Sri Annuar Musa dari jawatan Setiausaha Agung Barisan Nasional (BN) dan Muafakat Nasional (MN) yang dibuat ‘tergesa-gesa’ oleh Presiden UMNO ketika pertemuan dengan Ketua Bahagian UMNO dikatakan tidak mengikut peraturan Barisan Nasional.
Pemecatan yang tidak dibuat secara teratur mengikut peraturan jelas menimbulkan pelbagai tanda tanya dan tidak memuaskan hati komponen tersebut terutama MCA dan MIC. Mereka tertanya-tanya, Apa sudah jadi dengan Presiden Umno, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi?
Apatah lagi, ianya berlaku ditengah-tengah kemelut dan pergeseran UMNO dan parti ‘serpihannya', Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) berada pada tahap kemucak ekoran pilihanraya negeri Sabah dan pembentukan kerajaan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) serta terkini ‘penggulingan’ Menteri Besar Perak, Ahmad Faizal Azumu pada Disember lepas.
Sebelum ini, Annuar Musa dilihat begitu ‘outspoken’ mempertahankan gabungan muafakat politik antara Umno, PAS dan PPBM dalam dua payung utama iaitu MN dan PN demi penyatuan ummah Melayu Islam.
Mungkin ada yang sedar mahupun tak sedar, permuafakatan politik yang dibentuk pasca kejatuhan Kerajaan PH yang didominasi DAP sebelum ini adalah hasil penyatuan politik orang Melayu di Malaysia.
UMNO di persimpangan
Ramai pemerhati politik melihat tindakan UMNO ini bakal meruntuhkan kerajaan Perikatan Nasional (PN) yang dibentuk selepas Tun Dr Mahathir Mohamad (PM7) dan kerajaan Pakatan Harapan (PH) runtuh pada Februari 2020 dan PPBM dan MN (UMNO-PAS) serta GPS dan parti-parti Sabah STAR dan PBS berjaya membuat permuafakatan politik untuk membentuk kerajaan Perikatan Nasional (PN) diketuai Tan Sri Muhyiddin Yassin (PM8) yang ada sekarang dengan majoriti yang tipis.
Jika UMNO diketuai Zahid Hamidi dan dibayangi Najib Tun Razak Berjaya meruntuhkan kerajaan PN yang ada sekarang dengan bekerjasama dengan pembangkang diketuai Anwar Ibrahim yang dah sedia ada 108 undi (berdasarkan undian bajet 2020 baru-baru ini), sekali lagi kerajaan berteraskan PH akan kembali.
Jika mengikut Ahmad Maslan, punca UMNO (atau lebih tepat lagi sebahagian pimpinan utama UMNO) tidak puas hati bukanlah kerana pembahagian jawatan tetapi lebih kepada kepentingan peribadi kepimpinan utama UMNO yang terlibat dengan kes-kes mahkamah.
Artikel ini tidak ditulis untuk membincagkan kes-es mahkamah berkenaan. Umum mengetahui UMNO dilihat mempunyai 3 kelopok (kluster), Kluster yang dominan adalah kluster yang disebut Kluster pimpinan utama parti tersebut yang menghadapi berbagai kes mahkamah.
Kluster kedua adalah pimpinan UMNO yang berada dalam kabinet kerajaan PN seperti Anuar Musa, Hishamuddin Tun Husein, Khairi Jmaluddin dan lain-lain Menteri cabinet yang tidak menguasai pimpinan tama UMNO.
Manakala kluster ketiga adalah pimpinan UMNO yang berjawatan dalam UMNO seperti Asyraf Wajdi (Ketua Pemuda) dan lain-lain Ketua Bahagian UMNO tetapi tidak menyertai kerajaan PN dan diberikan jawatan tertentu kerana dalam konteks UMNO mereka tidak menyertai komponen PN tetapi mereka mendakwa ahli parlimen dan ADUN mereka sahaja yang menyokong kerajaan PN
Bagi pemimpin UMNO dalam kluster kedua seperti Annuar, Hishamuddin dan Khairi misalnya, melihat Umno berada dalam keadaan yang lebih dari segi kelangsungan hidupnya melalui gabungan berkenaan, namun penentangnya pula merasakan Umno selepas memenangi beberapa pilihanraya kecil selepas bergabong dengan PAS m,embentuk Muafakat Nasional (MN) sudah cukup berkuasa dan boleh mendapat sokongan rakyat yang sebenarnya belum pasti menjadi realiti di peti undi pada PRU ke15 nanti.
Umno, PAS dan PPBM masing-masing merupakan parti berasaskan bangsa Melayu dan agama Islam yang pertama kali dalam sejarah bergabung membentuk sebuah pakatan besar, dibentuk dengan penuh onak dan duri.
Masing-masing mempnyai kekuatan tersendiri termasuk PPBMm Jika bertembung 3 penjuru, tidak mustahil pihak lain. PH yang di dominasi DAP sekali lagi keluar sebagai pemenang dan membentuk kerajaan persekutuan yang baru selepas PRU15 nanti.
Jika ini berlaku, semasa PRU15 akan datang bermaksud BN akan melawan dengan PH dan PN – tiga penjuru utama. PH sebenarnya cukup takut jika MN dan PN bersatu hati kerana kekuatan asas politik di Malaysia ini diakui lahir dari corak politik orang Melayu Islam sendiri.
Pada PRU15 nanti, boleh saja BN dan PN bersama dalam melawan PH untuk menguburkan pengaruh PH yang masih berbaki. Di akhirnya, kita masih mampu membentuk kerajaan yang kuat berasaskan bangsa Melayu dan agama Islam.
Apabila penggerak utama permuafakatan politik melayu islam seperti Anuar Musa, Setiausaha Agung BN dan MN sebelum ini ditukar, ia akan melemahkan permuafakatan politik bangsa Melayu sebenarnya. Silap haribulan, ia mampu meruntuhkan apa yang telah dibina Bersama untuk pertama kalinya. Adakah ini yang UMNO dan BN mahu?
Pada rakyat pemimpin boleh datang dan pergi. Mereka tidak kisah sebenaya. Rakyat tiada masalah untuk tolak uMNO sekali lagi pada PRU15 nanti. Nasib siapa sebenarnya yang mahu dibela oleh UMNO dan sekutu baru mereka mbentukkerajaan baru yang diusahakan Anwar dengan kerjasama Zahid-Najib jika benar-benar berlaku
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://wak-labu.blogspot.com/2021/01/ada-3-kluster-umno-dalam-dilema.html