7 Kebaikan Chia Seed Untuk Ibu Hamil


Keperluan nutrisi bagi wanita hamil adalah lebih banyak berbanding orang lain dan jika anda sukar untuk mendapatkan makanan berkhasiat yang boleh memenuhi keperluan nutrisi itu, ambil sahaja chia seed kerana pastinya anda akan terpukau dengan senarai khasiat dan kebaikan yang diberikan oleh bijirin kecil itu kepada tubuh badan.


Secara umumnya, tiada masalah untuk ibu-ibu mengandung untuk mengamalkan chia seed sepanjang tempoh kehamilan jika tidak mempunyai sebarang alahan kepada bijirin atau kekacang, namun sebaik-baiknya anda minta pandangan doktor terlebih dahulu.

Menurut kajian yang terbitan Journal of Food Science and Technology, chia seed membekalkan asam lemak omega-3 yang sangat penting untuk perkembangan otak dan sistem saraf bayi serta membantu meningkatkan sistem kekebalan tubuh mereka.

Manakala penyelidikan yang diterbitkan dalam Nutrients pada 2015 pula melaporkan bahawa amalan memakan minyak chia seed selama tiga bulan pertama menyusukan bayi dapat meningkatkan pengeluaran susu dan meningkatkan kandungan omega-3 dalam air susu.

Namun, bilakah masa terbaik untuk makan chia seed?

Anda boleh ambil satu sudu kecil chia seed pada waktu pagi dan satu sudu kecil pada waktu malam sebelum tidur, dengan mencampurkan chia seed ke dalam makanan atau minuman yang anda ambil.

KHASIAT CHIA SEED UNTUK IBU MENGANDUNG

1. Mengurangkan Kekejangan

Kekejangan, terutamanya pada kaki selalunya dikaitkan dengan kekurangan magnesium. Ia juga boleh berlaku pada otot badan yang lain seperti perut. Chia seed dikatakan mengandungi 15 kali lebih magnesium berbanding brokoli.

Selain kekejangan, antara simptom kekurangan magnesium adalah timbulnya rasa loya dan muntah-muntah. Sesetengah kajian juga mendapati chia seed mampu mengurangkan kontraksi awal pada rahim, sekaligus mengurangkan risiko kelahiran pramatang.

2. Mengurangkan rasa lapar

Menyusukan bayi membuatkan kaum ibu mudah berasa lapar. Rasa lapar ini berpunca daripada jumlah kalori yang banyak digunakan untuk menghasilkan susu.

Dalam situasi ini, chia seed boleh dijadikan alternatif untuk menghilangkan rasa lapar sekali gus memberi zat tambahan memandangkan ia dapat memberikan 139 kalori bagi setiap dua sudu makan pengambilannya.

3. Mencegah Sembelit

Tubuh badan melalui pelbagai perubahan fizikal dan juga hormon ketika hamil. Disebabkan itu, pelbagai masalah kesihatan yang muncul, contohnya sembelit.

Chia seed adalah sumber serat tidak larut yang dapat membantu mencegah masalah tersebut. Hanya dengan 2 sudu bijian ini setiap hari, chia seed mampu memenuhi 38% daripada jumlah fiber yang diperlukan oleh tubuh.

4. Meningkatkan protein

Bayi memerlukan protein untuk tumbesaran dan untuk bayi yang masih menyusu, sumber protein mereka datangnya daripada susu ibu.

Journal of Food Science and Technology menerusi sebuah kajian yang dilakukan pada tahun 2016 menjelaskan kandungan protein chia seed adalah sekitar 18.8 hingga 21.5% per auns.

Satu portion makanan dengan chia seed mampu memenuhi sekitar 15% keperluan protein harian pada wanita hamil, satu pertiga keperluan serat harian dan hampir semua keperluan kalori tambahan sepanjang trimester pertama.

5. Kaya Omega-3

Chia seed kaya dengan asid lemak Omega-3 yang penting untuk kesihatan otak dan perkembangan bayi.

Selain itu, ia juga dapat membantu kesihatan rambut, kulit, dan kuku ibu mengandung agar lebih berseri-seri.

6. Tinggi Kalsium, Menguatkan tulang dan gigi bayi

Chia seed mengandungi 268 miligram kalsium bagi setiap tiga sudu besar. Database Produk Makanan USDA menjelaskan jumlah tersebut hampir sama dengan pengambilan segelas susu.

Khasiat kalsium yang disalurkan menerusi air susu ibu membantu menguatkan tulang dan gigi si kecil. Bagi si ibu pula, chia seed membantu meremajakan tulang selepas kehamilan dan melahirkan.

Malah, ada kajian yang disiarkan melalui HuffingtonPost ini yang mendakwa bahawa jumlah kalsium dalam chia seed adalah 5 kali lebih tinggi berbanding susu.

7. Meningkatkan Zat Besi Dalam Darah

Semasa hamil, isipadu darah dalam tubuh wanita hamil boleh meningkat sehingga 50%. Untuk menyokong pertambahan sel darah merah, zat besi amat diperlukan agar ia dapat membawa oksigen ke seluruh tubuh dengan efisyen.

Selain itu, zat besi juga berfungsi untuk membantu ibu hamil berasa segar lebih bertenaga sepanjang hari!

KEBURUKAN CHIA SEED

Biarpun memiliki banyak khasiat untuk kesihatan, chia seed juga boleh mendatangkan kesan sampingan.

1. Masalah Perut

Masalah gastrointestinal merupakan kesan sampingan paling umum yang boleh dialami akibat pengambilan chia seed yang berlebihan dan antara kesannya ialah sembelit, najis keras dan kembung perut.

2. Meningkatkan risiko kanser prostat

Chia seed mengandungi zat alfa-linolenat dalam jumlah tinggi, dan menurut beberapa kajian, jumlah ini mampu meningkatkan risiko kanser prostat.

3. Menurunkan tekanan darah

Kandungan omega-3 dalam chia seed boleh menurunkan tekanan darah secara semula jadi, selain berperanan sebagai pencair darah semula jadi. Oleh itu, jika anda menggunakan ubat mencairkan darah seperti warfarin, hindari chia seed.

Anda juga tidak digalakkan untuk mengambil chia seed ketika baru menjalani pembedahan bagi mengelakkan pendarahan.

4. Menyebabkan sakit tekak

Amalan memakan chia seed boleh menyebabkan sakit di bahagian tekak kerana saluran tenggorok akan mengalami penyempitan akibat penyumbatan makanan.

Chia seed adakalanya mampu mengeringkan air di sekitar saluran esofagus sehingga menyebabkan makanan tersekat.

5. Tidak sesuai untuk orang kurus

Chia seed memiliki kemampuan untuk membakar lemak dan menahan rasa lapar sehingga sesuai dijadikan menu diet sihat.

Namun, individu yang berbadan kurus tidak disarankan untuk memakan chia seed kerana boleh menyebabkan kehilangan nafsu makan dan menimbulkan masalah kesihatan yang lain.

CARA MAKAN CHIA SEED

Chia seed kering juga boleh ditambah untuk dijadikan:
SmoothiesJus buah-buahanDicampur menjadi yoghurtDicampur dalam oatDitabur atas salad
RESEPI PUDING CHIA SEED

Anda juga boleh mencuba cadangan resepi di bawah:

Bahan-bahan:
1¼ cawan susu¼ cawan chia seed3 camca makan serbuk koko1 camca makan maduSedikit garamHirisan dark chocolate untuk hiasan
Cara menyediakannya:
Masukkan semua bahan ke dalam bekas bertutup.Kacau sebati.Tutup bekas dan goncang bekas kuat-kuat.Setelah itu, masukkan bekas tersebut ke dalam peti ais selama semalaman atau sekurang-kurangnya 4 jam.Tekstur makanan akan berubah seperti puding.Sedap dimakan ketika sejuk.
Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:
11 Makanan Yang Dilarang Ketika HamilApa Itu Doula Dan Fakta Ibu Mengandung Wajib Tahu
-Sentiasapanas.com



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.sentiasapanas.com/2020/06/kebaikan-chia-seed-untuk-ibu-hamil.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
6 Fakta Seputar Plasenta Untuk Ibu Hamil Dan Janin Wow Menakjubkan Banget Ternyata

6 Fakta Seputar Plasenta Untuk Ibu Hamil Dan Janin Wow Menakjubkan Banget Ternyata

papar berkaitan - pada 22/6/2020 - jumlah : 324 hits
Mungkin selama ini kamu lebih dengar banyak mitosnya tapi kurang paham apa aja fungsinya Cus yuk dibaca
Ibu Hamil Dan Gangguan Tiorid Ibu Perlu Dapatkan Rawatan Segera Jika Mengalami Masalah Ini

Ibu Hamil Dan Gangguan Tiorid Ibu Perlu Dapatkan Rawatan Segera Jika Mengalami Masalah Ini

papar berkaitan - pada 21/6/2020 - jumlah : 302 hits
IBU HAMIL DAN GANGGUAN TIROID IBU PERLU DAPATKAN RAWATAN SEGERA JIKA MENGALAMI MASALAH INI Jujur cikla juga adalah seorang pesakit tiroid hipotiroid Pastinya pengalaman mengandung kali ni memang sangat mencabar dan of course bagi pengalaman...
Ali Pengubat Rindu Ibu Pada Ayah Lepas 3 Hari Ayah Pergi Baru Tahu Hamil

Ali Pengubat Rindu Ibu Pada Ayah Lepas 3 Hari Ayah Pergi Baru Tahu Hamil

papar berkaitan - pada 3/7/2020 - jumlah : 402 hits
Kehadiran bayi lelaki ini pengubat rindu buat arwah Sampaikan rambut pun sama betul anak ayah ni Kongsi seorang ibu muda yang kisahnya pernah tular sebelum ini kerana pemergian suami secara mengejut sewaktu baru mengecapi alam perkahwinan g...
Ada 12 Komplikasi Semasa Mengandung Paling Bahaya No 1 Jaga Jaga Ibu Hamil

Ada 12 Komplikasi Semasa Mengandung Paling Bahaya No 1 Jaga Jaga Ibu Hamil

papar berkaitan - pada 24/6/2020 - jumlah : 336 hits
Kebanyakan wanita mengandung tidak mengalami masalah sepanjang kehamilan Namun terdapat juga komplikasi kehamilan mungkin dialami oleh mereka berbadan dua dan ia bahaya Sesetengah masalah kesihatan dialami sebelum kehamilan dan mengakibatka...
Seri Ibu Mengandung Tak Pernah Tak Cantik Walau Tengah Hamil 7 Bulan Isteri Rizman Nordin Bakal Lahirkan Anak Perempuan

Seri Ibu Mengandung Tak Pernah Tak Cantik Walau Tengah Hamil 7 Bulan Isteri Rizman Nordin Bakal Lahirkan Anak Perempuan

papar berkaitan - pada 16/6/2020 - jumlah : 484 hits
Seri ibu yang mengandung ni memang lain auranya membuatkan mata yang memandang terpesona dengan penampilan yang ada Model dan juga isteri kepada pereka fesyen Rizman Nordin Nurida Suraya antara yang menjadi perhatian bila memuat naik gambar...
Bantuan Khas Ibu Tunggal Cara Permohonan Manual Online Semakan Status

Bantuan Khas Ibu Tunggal Cara Permohonan Manual Online Semakan Status

papar berkaitan - pada 20/6/2020 - jumlah : 1580 hits
BANTUAN KHAS IBU TUNGGAL CARA PERMOHONAN MANUAL ONLINE SEMAKAN STATUS APA ITU BKIT BANTUAN KHAS IBU TUNGGAL Satu bantuan yang disediakan oleh kerajaan yang akan diberikan secara one off kepada ibu tunggal yang layak Bantuan ini adalah berda...
Permohonan Online Bantuan Ibu Tunggal Rm300 Penjana

Permohonan Online Bantuan Ibu Tunggal Rm300 Penjana

papar berkaitan - pada 19/6/2020 - jumlah : 590 hits
Bg para ibu tunggal di Malaysia anda kini blh memohon Bantuan Ibu Tunggal sebanyak RM300 secara online Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin pd 5 Jun yg lalu telah mengumumkan pakej rangsangan ekonomi jangka pendek yg dipanggil Pelan Jan...
Hiburan Pernah Leka Zaman Remaja Rita Rudaini Akui Bukan Ibu Sempurna

Hiburan Pernah Leka Zaman Remaja Rita Rudaini Akui Bukan Ibu Sempurna

papar berkaitan - pada 19/6/2020 - jumlah : 454 hits
Menjadi perhatian netizen baru baru ini apabila anak lelaki sulungnya Aarit Rayyan Rizqin mengimamkan solat sunat Aidilfitri di rumah mereka pada Syawal lalu pelakon Rita Rudaini zahir rasa syukur Menurut Rita beliau menyedari dirina bukanl...
Bunyi Bising Suami Isteri Berakhir Dengan Tangisan Anak Di Sisi Jasad Ibu

Bunyi Bising Suami Isteri Berakhir Dengan Tangisan Anak Di Sisi Jasad Ibu

papar berkaitan - pada 18/6/2020 - jumlah : 435 hits
Seorang wanita yang juga ibu kepada dua anak yang masih kecil maut di tangan suaminya sendiri selepas berlaku pertelingkahan dalam satu kejadian di Kampung Gong Garu Gaal di Pasir Puteh Kelantan pagi 17 Jun Mangsa yang merupakan warga asing...
Makan Steamboat Dapat Henna Free

15 Kafe Di Johor Bahru Instagrammble Muslim Friendly

Sarawak And Malaysia Can T Afford Escalating O G Disputes

Antara Projek Pungguk Rindu Bulan Tilapia M Sia Pro Hamas

Isu Calon Perdana Menteri Kembali Menjadi Tegang Di Kalangan Pemimpin Pn

Isu Papan Tanda Aneh Dan Pelik Menteri Wilayah Masih Diam

Worldcoin Dan Ai

Coffee Is For Closers The Motivational Phrase From Quot Glengarry Glen Ross


echo '';
Memahami Fasa Renjatan Elektrik Yang Selamat dan Berbahaya Untuk Manusia

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Lara Kasih Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 2 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


Tu Kata Pembangkang Mereka Tidak Tahu Mereka Tidak Cerdik

Buasir Otak Tv Buasir Otak The Muzik Palsu

Enam Bulan Tanpa Gaji Hafiz Mahamad Aina Utamakan Pekerja Lebih Dari Diri Sendiri

Jangan Tertipu Dengan Mekanik Bengkel Kereta

Ciri Ciri Kad Pengenalan Baru

Yaph Jiwa Gundah