Abang Dan Anak Anak Syurga Saya


“Abang, kita pergi kedai hiasan dalaman rumah, boleh?” Isteri memandangku penuh pengharapan. Aku senyum kelat. Mengangguk tidak. Menggeleng tidak.



Tapi, dia dah pergi bersiap. Tak sempat aku berikan jawapan.

Dia tak tahu, dah 3 bulan gajiku tak berbayar. Entah apa masalahnya dengan syarikat tempat kerjaku. Masalah kemelesetan ekonomi agaknya. Aku bukannya kerja tetap pun situ. Ambil upah kontrak saja.

Kerja aku, pikul simen, bawa paip besar-besar tu ke rumah-rumah. Kadang-kadang, aku jadi buruh binaan sandaran. Semua kerja berat, aku buat.

Bukan demi perut aku. Tapi, demi keluarga kecil aku ini. Anak baru dua orang. Dekat 10 tahun dah aku nikah. Isteri tak kerja. Suri rumah sepenuh masa.

Rumah ni pun rumah pusaka arwah nenek isteri. Duduk menumpang di tanah keluarga. Aku harta apa pun tiada. Harapkan kereta Proton Saga first model tu saja. Tu pun dah nak roboh kalau bawa lebih 100 km/j.

“Jom.”

Anak-anak pun dah siap. Isteriku senyum manja.

Kami ke kedai pameran perabot dan hiasan dalaman yang besar dekat area sini. Ada ekspo rupanya.

Aku tengok isteriku dan anak-anak happy sangat. Pergi dari satu pameran ke satu pameran. Dari satu galeri ke satu galeri. Display ke display. Dari pameran ruang tamu ke ruangan dapur.

Aku tengok dan tanya harga.

“Ribu. Belas ribu. Puluh ribu.”

Isteriku pimpin tanganku dan anak-anak. Sepanjang pameran, dia senyum saja. Hairannya, tak pula dia suruh aku beli.

Sampai di ruangan galeri dapur, dia berhenti lama. Aku tahu, dia mengimpikan dapur luas seperti itu. Ada kabinet, lengkap dengan ketuhar, dapur masak dan hood. Barangan dapur serba lengkap. Wanita mana yang tidak suka?

Dia memegang erat sedikit genggaman tanganku. Aku tahu, dia mahu.

“Abang, jom. Kita balik. Dah puas tengok.”

Aku terkebil-kebil. Menuruti saja langkahnya ke kereta uzurku.

Dalam kereta, isteriku tak lepaskan tanganku. Aku sengaja bertanya,

“Awak nak dapur macam tadi, ya?”

Dia jawab,

“Nak sangat. Tapi…”

Aku mencelah.

“Tapi?”

Dia meletakkan kepalanya di bahuku.

“Tapi, biarlah. Syukur dengan dapur rumah kita. Syukur dapat makan dan minum apa adanya. Bukan dapur yang saya ingini, tapi abang dan anak-anak ada di sisi.

"Masa makan, ceria dan gelak sekali. Gurau senda dengan famili. Meja kecil, senang nak capai dan hulur lauk. Senang nak suap suami dan anak-anak makan. Dapur yang bahagia.”

Aku terdiam. Senyum paksa.

“Abang tahu impian awak..”

Isteriku cepat-cepat genggam erat lagi. Kali ini lenganku jadi mangsa.

“Abang jangan fikir macam-macam. Saya ajak abang datang sini, supaya keinginan mata saya untuk lihat semua tadi, pudar setelah dah lihat. Tak terbayang-bayang dah. Tengok dan lupakan.

Menyintai kan tidak bermakna memiliki. Suka, tak bermakna nak beli.

Semua barangan mewah tadi, dari ruang tamu sampai ke dapur, dari pagar rumah sampailah rumah mewah, saya impikan abang dan anak-anak ada bersama dalam rumah tu dengan kelengkapan tu semua.

Indah sangat ada segalanya. Bahagia sangat.

Tapi saya bayangkan bukan indah di dunia, bang. Saya bayangkan mahligai di Syurga ada lebih dari semua tadi. Segalanya ada belaka.

Apa guna jika ada semuanya, tapi abang dan anak-anak tidak turut serta? Itu bukan bahagia maknanya pada saya.

Abang, susah kita sekarang, semua yang kita lalui sekarang ini adalah harga yang sedang kita bayar untuk mahligai di akhirat kelak. Makin kita sabar dan tenang lalui pahit-maung, suka duka masih bersama, insya-Allah.

Syurga jadi milik kita jua.

Bang, ‘syurga’ bagi setiap orang tidak sama. Ada orang makan kek yang harga mahal barulah dia terasa bahagia.

Tapi, saya dan anak-anak, makan biskut tawar pun sudah terasa nikmat bahagianya.

Abang, anak-anak. Syurga saya.”

Aku terkesima dengan kata-kata isteriku. Berhenti seketika di bahu jalan. Aku cakap dengan dia nak check tayar. Macam tak sedap saja drive. Padahal, aku tunduk tengok tayar, nangis sendirian.

Masuk balik kereta. Senyum.

“Depan sana ada air jambu asam boi. Semua nak tak?”

Isteri dan anak-anak serentak jawab, “Nak!~~”

BACA INI JUGA:
"Senyumannya Ikhlas Dan Suaranya Seperti Malaikat"Kisah Orang Miskin Yang Mengeluh
-Sentiasapanas.com



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.sentiasapanas.com/2015/07/abang-dan-anak-anak-syurga-saya.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Ampunkan Dosa Abang Lelaki Sesal Bekas Isteri Anak Meninggal Dunia Lepas Cerai Talak Tiga

Ampunkan Dosa Abang Lelaki Sesal Bekas Isteri Anak Meninggal Dunia Lepas Cerai Talak Tiga

papar berkaitan - pada 6/1/2020 - jumlah : 464 hits
Orang kedua menjadi salah satu penyebab sengketa dalam sesebuah rumah tangga Janji yang dilafaz semasa berlakunya ikatan antara suami isteri seharusnya menjadi benteng yang utuh untuk mencegah orang kedua tersebut menjadi batu penghalang da...
Tak Kekok Suap Kawan Istimewa Gelagat Anak Syurga Raih Pujian

Tak Kekok Suap Kawan Istimewa Gelagat Anak Syurga Raih Pujian

papar berkaitan - pada 3/1/2020 - jumlah : 305 hits
Seperti semua sedia maklum hari ini merupakan hari pertama bagi sesi persekolahan tahun 2020 Pelbagai situasi dan ragam dapat dilihat seperti yang dikongsikan di media sosial Ada yang menangis ada yang bersemangat dan gembira malah ada yang...
Anak Kita Dah Ada Bau Syurga Cukup Sedap Tak Perlu Nak Letak Bedak

Anak Kita Dah Ada Bau Syurga Cukup Sedap Tak Perlu Nak Letak Bedak

papar berkaitan - pada 28/12/2019 - jumlah : 274 hits
Sudah menjadi kebiasaan usai memandikan anak dipakaikan bedak Tujuannya tiada lain selain untuk harumannya tetapi juga dikatakan baik untuk merawat masalah ruam jika ada Adakah pemakaian bedak ini perlu sebenarnya Artikel Menarik Petikan da...
Takut Masuk Neraka Asif Suhaimi Tetap Solat Walaupun Memang Quot Anak Syurga Quot

Takut Masuk Neraka Asif Suhaimi Tetap Solat Walaupun Memang Quot Anak Syurga Quot

papar berkaitan - pada 31/12/2019 - jumlah : 282 hits
Dua hari lepas YouTuber terkenal Syahmi Sazli telah memenangi anugerah Video Pendek Terbaek dalam Konsert Throwbaek 2019 Astro Karya Drama Spontan yang mengetengahkan dua orang remaja autisme ini telah berjaya membuatkan anak kelahiran Kela...
Bawa Anak Autisme Tunai Umrah Ibu Ini Kongsi Tip Pengalaman Nak Bawa Anak Kecil Ke Mekah

Bawa Anak Autisme Tunai Umrah Ibu Ini Kongsi Tip Pengalaman Nak Bawa Anak Kecil Ke Mekah

papar berkaitan - pada 30/12/2019 - jumlah : 497 hits
Setiap orang pasti mendambakan untuk menjejakkan kaki ke Tanah Suci Mekah dan Madinah sama ada untuk mengerjakan ibadah Haji mahupun Umrah Tapi kalau nak bawa anak anak kecil pastinya ia memerlukan persiapan yang rapi kerana maklum sahajala...
Mula Mula Ajar Anak Kemas Mainan Selepas Main Lama Lama Dia Akan Biasa Dengan Tugasan Rumah

Mula Mula Ajar Anak Kemas Mainan Selepas Main Lama Lama Dia Akan Biasa Dengan Tugasan Rumah

papar berkaitan - pada 31/12/2019 - jumlah : 402 hits
Melatih anak anak untuk melakukan kerja ringan di rumah bukan sahaja akan memudahkan dan meringankan tugas anda malah ia juga dapat meningkatkan peribadi serta kejayaan mereka untuk jangka masa panjang Tugas kerja rumah ini boleh dimulakan ...
Elak Makan Kicap Takut Gelap Warna Kulit Anak Ikut Genetik Bukan Makanan

Elak Makan Kicap Takut Gelap Warna Kulit Anak Ikut Genetik Bukan Makanan

papar berkaitan - pada 30/12/2019 - jumlah : 545 hits
Naik risau ibu hamil banyak sangat momokan pelik yang diberitahu kepada mereka Semua benda serba tak kena kesannya boleh terjadi pada bayi Sesetengah nasihat tu kalau difikirkan secara logik langsung tak masuk dek akal Artikel Menarik Ada b...
Bawa Anak Secara Front Facing Kaki Tergantung Boleh Sebabkan Masalah Tulang Belakang

Bawa Anak Secara Front Facing Kaki Tergantung Boleh Sebabkan Masalah Tulang Belakang

papar berkaitan - pada 30/12/2019 - jumlah : 402 hits
Kebelakangan ini kebanyakan ibu bapa akan memilih carrier untuk bawa anak dengan tujuan untuk mudah bawa berjalan Ye betul memudahkan tetapi adakah carrier itu selesa dan sesuai untuk anak Memang banyak pilihan carrier dengan pelbagai jenam...
Target 12 Anak Dari Biasa Biasa Bila Anak Ramai Rezeki Murah Rumah Pun Meriah

Target 12 Anak Dari Biasa Biasa Bila Anak Ramai Rezeki Murah Rumah Pun Meriah

papar berkaitan - pada 30/12/2019 - jumlah : 413 hits
Orang kata anak ramai rezeki Tapi dalam keadaan hari ini bila pasangan yang mempunyai anak lebih dari 5 orang pun orang dah menjeling tengok bila bawa keluar ke mana mana Mungkin dulu orang tak kisah sangat tapi sekarang ia sedikit berbeza ...
Makan Steamboat Dapat Henna Free

15 Kafe Di Johor Bahru Instagrammble Muslim Friendly

Sarawak And Malaysia Can T Afford Escalating O G Disputes

Antara Projek Pungguk Rindu Bulan Tilapia M Sia Pro Hamas

Isu Calon Perdana Menteri Kembali Menjadi Tegang Di Kalangan Pemimpin Pn

Isu Papan Tanda Aneh Dan Pelik Menteri Wilayah Masih Diam

Worldcoin Dan Ai

Coffee Is For Closers The Motivational Phrase From Quot Glengarry Glen Ross


echo '';
Memahami Fasa Renjatan Elektrik Yang Selamat dan Berbahaya Untuk Manusia

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Lara Kasih Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 2 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


E Book Pertama Saya

Resipi Ayam Gepuk

Orbit Labels The Parent S Choice For Safe And Sanitary Feeding

Samun Barang Kemas Dianggar Seberat 4 1 Kilogram Bernilai Rm1 54 Juta Sekumpulan Penjenayah Diburu

Kes Bunuh Pelajar Vokasional Warden Temui Mangsa Tak Sedarkan Diri

Elak Kenyataan Merugikan Kerajaan Perpaduan Pemuda Umno Wp