Ampunkan Dosa Abang Lelaki Sesal Bekas Isteri Anak Meninggal Dunia Lepas Cerai Talak Tiga


Orang kedua menjadi salah satu penyebab sengketa dalam sesebuah rumah tangga. Janji yang dilafaz semasa berlakunya ikatan antara suami isteri seharusnya menjadi benteng yang utuh untuk mencegah orang kedua tersebut menjadi batu penghalang dalam hubungan.
Pun begitu, perasaan dan hawa nafsu terkadang lebih menguasai diri. Tanpa disedari, ia boleh menghancurkan ikatan suami isteri yang dibina sejak sekian lama.
Sama dengan kisah yang dikongsikan oleh seorang pengguna Facebook di page Kisah Rumah Tangga yang hidup dengan penyesalan kerana menceraikan isterinya dengan talak tiga demi seorang wanita lain.

Ikutkan hati, aku merana selamanya Assalamualaikum admin dan warga krt.. Malam ni aku nak luahkan perasaan aku. Sebelum tu aku mintak maaf kerana ayat aku ni tunggang terbalik sebab aku tak pandai nak karang ayat. Haha..Aku nak kenal kan diri sebagai Am berusia 28 tahun. Berstatus suami orang. Apa yang ingin aku ceritakan biarlah menjadi pengajaran dan iktibar kepada semua kaum lelaki. Kerana ikutkan hati, aku merana selamanya.
Jumpa semula dengan bekas kekasih Aku dan imani(isteri dunia akhirat aku) kenal pd tahun 2015. Ketika tu umur aku 23 tahun. Kami sebaya. Kami berkahwin 2 tahun kemudiannya dan dikurniakan seorang anak lelaki yang comel. Jika ada sekarang hero aku dah berumur 2 tahun lebih. Sebelum tu kami hidup bahagia tanpa ada sebarang masalah. Gaduh kecil tu biasa lah. Kami berdua bekerja dalam unit beruniform. Imani bekerja syif dan aku normal syif. Kisahnya bermula selepas aku jumpa semula dengan bekas kekasih aku, mila(isteri sekarang). Mila merupakan kekasih aku ketika kami sama-sama melanjutkan pengajian di universiti. Kira aku kenal mila dulu sebelum imani.
Tetapi hubungan kami mengalami masalah. Aku dapati mila menduakan aku. Aku terlalu sayangkan mila kerana dia cinta pertama aku. Aku dan mila tidak pernah memutuskan hubungan cinta kami. Cuma aku hanya mendiamkan diri seketika dan disebabkan kecewa aku kahwin dengan imani. Mila cuba mencari aku untuk kembali bersama tetapi gagal. Disebabkan kecewa, mila berkahwin dengan kawan seuniversiti kami. Pada awal perkahwinan, walaupun aku dah kahwin dengan imani tapi perasaan sayang aku masih kuat terhadap mila.
Lalai, hanyut dalam cinta Aku cuba untuk beri kasih sayang aku pada imani tapi tidak sama seperti mila. Imani adalah seorang isteri dan ibu yang bertanggungjawab. Walaupun dia bekerja syif dan kadangkala selalu balik lewat kerja tapi dia masih menjalankan tanggungjawab dia sebagai isteri dan ibu. Dia seorang yang lemah lembut. Cantik. Tidak pernah sekalipun dia tinggikan suara atau melawan aku walaupun ada perselisihan faham antara kami. Dia hormati keluarga aku. Boleh dikatakan dia adalah wanita yang sempurna dari segi rupa dan akhlaknya. Tp aku bodoh dalam menilai dia. Bila aku dah jumpa semula dengan mila, aku lalai. Aku hanyut dlm cinta. Ketika bersama imani aku selalu teringatkan mila. Kami selalu berjumpa.
Kasih sayang terbahagi dua antara Imani dan Mila Kadang-kadang aku tipu imani kata ada kursus. Dua tiga hari baru aku balik. Imani tidak pernah syak apa-apa terhadap aku. Aku dan mila dilamun cinta semula. Kasih sayang aku terbahagi dua antara imani dan mila. Pada masa yang sama mila baru saja bercerai dengan suaminya. Jadi aku menjadi tempat mila mengadu dan memadu kasih. Aku juga mengambil peluang tersebut kerana perasan aku terhadap mila masih ada.Lagi pula isteri aku bekerja syif. Segala permainan aku tersimpan rapi. Satu hari mila memberitahu bahawa dia hamil. Pada mulanya aku tidak mengaku bahawa anak itu hasil dari aku. Tapi mila sekeras kerasnya mengatakan bahawa itu anak aku sebab dia dan bekas suami dia sudah lama tidak bersama.
Malam itu aku begitu tegar membuat dia menangis Hanya aku bersamanya sepanjang tempoh itu. Mila mahu aku menikahinya tetapi dia tidak mahu menjadi isteri kedua. Aku perlu menceraikan imani. Aku dalam dilema ketika itu. Aku buntu. Aku perlu membuat pilihan. Aku memilih mila. Dia cinta pertama aku. Dan kandungan itu adalah anak aku.Pada malam itu aku tunggu kepulangan imani. Aku ingat lagi, hari tu dia bekerja syif petang. Sampai saja dia dirumah aku memanggilnya untuk bercakap. Dia minta izin untuk bersihkan diri terlebih dahulu. Anak aku sudah pun tidur. Selesai mandi dan sembahyang, imani ingin memasak untuk aku tetapi aku halang. Aku mahu selesaikan masalah itu malam itu juga. Dia akur. Kami duduk bertentangan. Aku lihat raut wajah wanita dihadapanku, wanita yg susah senang bersamaku selama ini. Tapi kenapa malam itu aku begitu tegar membuat dia menangis.
Dengan lafaz bismillah aku melafazkan cerai terhadapnya Sampainya hati aku. Maafkan abang sayangku. Aku menggenggam erat tangannya. Imani menjadi tidak keruan melihat reaksi aku malam tu. Dia bertanya kepada aku kenapa aku kelihatan lain.. Aku diam.. Dan.. Dengan lafaz bismillah aku melafazkan cerai terhadapnya. Bukan 1, bukan 2 tapi 3..3..betapa tegar dan bodohnya aku menghancurkan hati wanita yang betul-betul ikhlas mencintai aku. Terdiam imani dan akhirnya dia menangis semahu mahunya. Bertanya dimana silapnya dan apa salahnya sehingga sanggup aku menceraikannya.Malam itu juga aku keluar dari rumah. Tinggalkan imani dan anak aku. Aku balik ke rumah mila.
Dalam tempoh proses penceraian aku dan imani, aku tidak pernah telefon atau bertanya khabar tentang imani dan anak aku. Aku sudah pun berkahwin dengan mila.Aku berasa bahagia bersama mila tapi kebahagiaan itu hanya sementara. Tiba-tiba aku jadi rindu yang amat pada imani dan anak aku. Aku rindu gelak tawa imani. Aku rindu senyuman dia. Rindu gelagat anak aku. Aku jadi rindu keluarga kecil aku yang dulu.Aku jadi tidak keruan. Aku ingin mencari imani dan anakku. Aku pergi ke rumah sewa kami yang dulu. Tapi imani dah pindah. Aku pergi ke rumah bekas mertua aku. Akhirnya aku dapat berita yang mengubah hidup aku selamanya, kedua insan yang aku abaikan, aku aniya telah pun meninggal dunia akibat kemalangan jalanraya.
Rindu yang tiada berpenghujung Hitam gelap dunia aku. Aku pengsan.Buat imani abang, maafkan abang sayangku. Imani bidadari abang. Imani tetap isteri abang dunia akhirat. Ampunkn dosa abang terhadap imani. Abg rindukan imani sangat-sangat.. Rindu yang tiada berpenghujung. Imani tetap hidup dalam kenangan abang. Bila aku kehilanganmu, baru la aku tahu bahawa kau adalah permata.Buat anakku, maafkan papa. Papa abaikan mu anakku. Ampunkn dosa papa. Papa rindukan noah sangat-sangat.. Rindu sangat-sangat. Noah tetap dalam kenangan papa.Bila rindu ku sebut namamu.. Tenang dan damailah kekasihku disana.. Al-fatihah
Diruangan komen posting yang sama, lelaki ini sekali lagi menyatakan rasa rindu dan sesalnya.

Sumber:Kisah Rumah Tangga
The post “Ampunkan Dosa Abang,” Lelaki Sesal Bekas Isteri, Anak Meninggal Dunia Lepas Cerai Talak Tiga appeared first on Siakap Keli.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://siakapkeli.my/2020/01/06/ampunkan-dosa-abang-lelaki-sesal-bekas-isteri-anak-meninggal-dunia-lepas-cerai-talak-tiga/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Bekas Isteri Da I Farhan Selamat Lahir Anak Kedua

Bekas Isteri Da I Farhan Selamat Lahir Anak Kedua

papar berkaitan - pada 6/1/2020 - jumlah : 301 hits
Kontroversi rumah tangga Da i Farhan hangat diperkatakan tahun lalu apabila pendakwah itu berkahwin dengan seorang janda anak lapan dan kemudian menceraikan isteri The post appeared first on
Anak Luah Rasa Hiba Mak Ikut Jejak Ayah Meninggal Dunia Berselang Hari Di Madinah

Anak Luah Rasa Hiba Mak Ikut Jejak Ayah Meninggal Dunia Berselang Hari Di Madinah

papar berkaitan - pada 26/12/2019 - jumlah : 426 hits
Berat ujian yang ditanggung Mohd Fikri Ismail dan adik beradiknya apabila kedua dua ibu bapa mereka kembali ke rahmatullah ketika sedang mengerjakan umrah di tanah suci baru baru ini Lebih menyedihkan pasangan itu pergi hanya selang sehari ...
Bekas Jurulatih Jaguh Badminton Jepun Kento Momota Meninggal Dunia

Bekas Jurulatih Jaguh Badminton Jepun Kento Momota Meninggal Dunia

papar berkaitan - pada 24/12/2019 - jumlah : 548 hits
Bekas Ketua Jurulatih Persatuan Badminton Perlis dan pemain badminton Jepun Kento Momota Izuan Ibrahim 35 disahkan meninggal dunia pada jam 7 20 malam tadi Izuan dilaporkan menjalani rawatan di Hospital Universiti Sains Malaysia Kubang Keri...
Cinta Ke Hujung Nyawa Suami Isteri Meninggal Dunia Selang Dua Hari Di Madinah Selepas Umrah

Cinta Ke Hujung Nyawa Suami Isteri Meninggal Dunia Selang Dua Hari Di Madinah Selepas Umrah

papar berkaitan - pada 27/12/2019 - jumlah : 508 hits
Mungkin ini selayaknya digelar cinta sejati sehidup sem4ti apabila pasangan suami isteri mninggaI dnia di Madinah masing masing pada Isnin lalu dan semalam selepas menunaikan umrah di Makkah Pasangan iu yang diibaratkan sebagai pasangan mer...
Bekas Pemain Hoki Tht Meninggal Dunia

Bekas Pemain Hoki Tht Meninggal Dunia

papar berkaitan - pada 13/1/2020 - jumlah : 338 hits
Bekas pemain hoki Terengganu Hockey Team Syamiru Aiman Bidin meninggal dunia kira kira pukul 11 48 pagi tadi di Hospital Sultanah Nur Zahirah di sini akibat kanser di kepala Timbalan Persatuan Hoki Terengganu Mohd Fikri Harun berkata pemerg...
Matanya Memandang Sayu Batu Nisan Arwah Ayah Kucing Jatuh Sakit Selepas Tuannya Meninggal Dunia

Matanya Memandang Sayu Batu Nisan Arwah Ayah Kucing Jatuh Sakit Selepas Tuannya Meninggal Dunia

papar berkaitan - pada 31/12/2019 - jumlah : 926 hits
Pemergian tuannya benar benar membuatkan seekor kucing di Indonesia ini berasa sedih Anak arwah menyangka kucing ini sakit lalu dibawa ke klinik haiwan tetapi doktor mengesahkan segalanya normal Sehinggalah mereka membawa kucing parsi ini k...
Kisah Orang Fasiq Meninggal Dunia

Kisah Orang Fasiq Meninggal Dunia

papar berkaitan - pada 30/12/2019 - jumlah : 305 hits
Ini kisah seorang kaya yang digelar OB menghadapi sakaratul maut dan kematian yang buruk asbab cara hidupnya di dunia Sajak Sakaratul MautSakarat Sakarat Sakaratul maut Di hari itu seorang OB rebah di kamar mandi diserang lemah jantungnya y...
Pemergian Yang Dicemburui Lelaki Ini Meninggal Dunia Ketika Rakaat Ketiga Solat Asar

Pemergian Yang Dicemburui Lelaki Ini Meninggal Dunia Ketika Rakaat Ketiga Solat Asar

papar berkaitan - pada 26/12/2019 - jumlah : 367 hits
Seorang jemaah lelaki di Masjid Raya Kota Parepare Sulawesi Selatan meninggal dunia pada rakaat ketiga solat Asar di masjid berkenaan petang semalam Bagaimanapun H Tahir Tenri yang meninggal pada jam kira kira 4 40 petang itu masih belum di...
Anggota Kumpulan Alleycats Frank Ong Meninggal Dunia Kerana Kanser

Anggota Kumpulan Alleycats Frank Ong Meninggal Dunia Kerana Kanser

papar berkaitan - pada 28/12/2019 - jumlah : 495 hits
Pemain bass kumpulan Alleycats Frank Ong meninggal dunia akibat kanser paru paru PETALING JAYA Pemain bass kumpulan Alleycats Frank Ong atau nama Islamnya Abdul Rashid Abdullah meninggal dunia di sebuah pusat perubatan di Kuala Lumpur Khami...
Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu

Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Resepi Udang Khamped Padu Mudah Sedap Dan Confirm Licin Pinggan

The Skill Hexagon The Power Of Multifaceted Abilities

Skill Up Steam Curator

Dua Sahabat Makan Ikan Mentah Minum Air Laut Sepanjang Hanyut

Godox Perkenalkan Lampu Led Knowled Ms60r Bi Yang Sangat Fleksibel

Adi Putra Alami Jangkitan Kuman Di Paru Paru Kini Dalam Keadaan Baik