Abah23 Paradise Kolam Pancing Air Masin Di Sekinchan Selangor
Abah23 Paradise Kolam Pancing Air Masin Di Sekinchan Selangor | Assalamualaikum semua.. Siapa sini suka memancing?? Sis pasti ramai di kalangan kaum lelaki yang memilih aktiviti memancing sebagai hobi tapi jangan terkejut ye jika ada juga kaum wanita yang gemarkan aktiviti memancing ni tau. Haa, termasuk la sis. Ya, sis memang suka memancing dan untuk entri kali ni sis nak share dengan semua pembaca blog sis mengenai satu lokasi yang best untuk memancing iaitu di Abah23 Paradise
Lokasi Abah23 Paradise
Mungkin ada di antara kaki pancing especially geng kaki pancing kolam pernah mendengar mengenai Abah23 Paradise ni. Tapi bagi yang tak familiar, lokasi Abah23 Paradise terletak di Sekinchan, Selangor.
Alamat Penuh :Kolam Pancing Air Masin Abah23 Paradise Sungai NibongBatu 23, Sungai Nibong, 45300 Sungai Besar, Selangor
Ha, perasan tak nombor '23' pada nama Abah23 Paradise?? Ya, nombor ini digunakan sempena alamatnya di 'Batu 23'. Nak datang ke sini boleh guna jalan Kuala Selangor - Sekinchan ataupun nak mudah hanya perlu Waze sahaja 'Kolam Pancing Air Masin Abah23 Paradise Sungai Nibong'
Info Mengenai Abah23 Paradise
Untuk pengetahuan korang, Abah23 Paradise mula beroperasi pada 3 Jun 2023. Dengan keluasan 2 ekar dan kedalaman sehingga 8 kaki, kolam pancing Abah23 Paradise ini merupakan tumpuan para pemancing ikan air masin pertama di Selangor. Ya, kolam pancing di sini menggunakan air masin dan sumber air kolam Abah23 Paradise adalah dari air laut sebenar yang terletak berhampiran dengan kawasan kolam.
Walaupun kos untuk pengendalian air masin ni mahal tapi inilah keistimewaan Abah23 Paradise untuk mengekalkan kualiti ikan dari segi rasa dan tiada bau hanyir bila dimakan. Ikan laut dari kolam ikan air masin Abah23 Paradise ini juga saiznya agak besar dan berat. Ini menjadikan kepuasan kepada para pemancing dengan hasil tangkapan mereka.
Waktu operasi Abah23 Paradise adalah seperti berikut:Isnin - Khamis : 2pm- 2amJumaat : Tutup untuk penyelenggaraanSabtu & Ahad : 10am - 2am
Harga (caj):RM100 untuk tempoh 5 jamRM90 untuk tempoh 4 jam
Pemilik Abah23 Paradise
Pada hari Sabtu yang lalu, sis berkesempatan untuk datang ke Abah23 Paradise dan sis berpeluang untuk berjumpa sendiri dengan pemilik kolam pancing Abah23 Paradise. Untuk pengetahuan korang, kolam ikan air masin ni diusahakan oleh Encik Razif Aini (38 tahun). Beliau juga merupakan pemilik kepada restoran Abah Ikan Bakar yang terletak di Sekinchan.
Pabila ditanya mengenai bagaimana beliau boleh membuka kolam pancing, Encik Razif berkongsi bahawa beliau merupakan seorang pemancing yang tegar. Sebagai seorang usahawan, beliau menjadikan hobi memancing ini sebagai salah satu sumber pendapatan dengan membuka kolam pancing. Kebetulan beliau dapat lokasi yang strategik dan dengan bermodalkan sendiri maka bermula la operasi Abah23 Paradise yang menjadi lubuk para pemancing kolam.
Konsep Nelayan Darat
Oh ya.. apa yang menariknya mengenai Abah23 Paradise, di sini para pemancing bukan sahaja dapat melakukan aktiviti kegemaran iaitu memancing malah mereka juga dapat menjana pendapatan tau. Ini kerana Encik Razif memperkenalkan konsep Nelayan Darat di mana pemancing boleh membawa balik hasil tangkapan untuk di jual pasaran luar ataupun jual kembali kepada pihak Abah23 Paradise.
Selain pelanggan dapat menjual hasil pancingan, Abah23 Paradise turut bersedekah beberapa ekor ikan kepada pelanggan yang gagal mendapatkan hasilnya. Dengan mengamalkan konsep berkongsi rezeki begini, En Razif berharap ia akan terus menjadi simbolik kepada kejayaan Abah23 Paradise
Pertandingan Memancing Sempena Sambutan Ulang Tahun Pertama Abah23 ParadiseBila melangkah ke bulan Jun, ini bermakna genap la setahun Abah23 Paradise beroperasi. Pada tanggal 1 Jun 2024, Abah23 Paradise telah mengadakan pertandingan memancing bagi meraikan sambutan ulang tahun pertamanya. Seramai 220 pemancing telah menyertai pertandingan ini dan pendaftaran dibuka pada 8.30 pagi dengan bayaran yuran sebanyak RM200 untuk 1 joran. Sebanyak 1000kg ikan dilepaskan dan limit masa memancing adalah selama 5 jam
Bagi pertandingan memancing ini, hadiah yang ditawarkan adalah berbentuk wang tunai untuk tempat pertama hingga ke tempat ke-15. Apa yang menariknya, hadiah tertinggi bukan pada kedudukan No 1 tetapi pada kedudukan No 5 tau. Ha, kenapa macam tu? Menurut Encik Razif ini adalah strategi untuk memastikan mood pemancing tidak 'down' tatkala melihat orang lain mendapat ikan besar. Bijak kan
Selain itu ada juga hadiah Lucky Draw di mana hadiah utamanya merupakan motosikal Yamaha RXZ berserta barangan elektrik untuk hadiah saguhati. Motosikal Yamaha RXZ ini adalah motosikal kesayangan milik Encik Razif yang dilepaskan sebagai tanda penghargaan kepada pemancing yang bertuah.
Tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia siapa yang tahu kan. Ya, begitulah yang dialami oleh En Hamzah Musa apabila dipilih sebagai pemenang motosikal Yamaha RXZ. Walaupun tidak berjaya mendapat hadiah bagi memancing tapi rezeki beliau berpihak kepada Lucky Draw. Begitu juga dengan En Mohamad Zaidi Sungip yang membawa pulang motosikal Yamaha LC 135
Secara keseluruhannya, penganjuran pertandingan kali ini memberi makna buat Abah23 Paradise sempena setahun beroperasi dan juga sebagai tanda penghargaan kepada pelanggan yang terus menyokong kejayaan Abah23 Paradise dalam menguruskan kolam pancing ikan air masin
Jadi, buat kaki pancing yang selalu memancing di kolam boleh la datang ke Abah23 Paradise di mana pemancing pastinya tidak akan pulang dengan tangan yang kosong. Untuk info lanjut boleh rujuk di :
Facebook :fb.com/kolampancingbatu23sungainibong
Tiktok :tiktok.com/@abah23paradise
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.dikbee.com/2024/06/abah23-paradise-kolam-pancing-air-masin.html