Abah23 Paradise Sekinchan Lubuk Nelayan Darat Memancing Ikan Air Masin


Hi Korang,
Kak lily bukan favour sangat hobi memancing ni tapi bila dah tengok suasana kolam memancing di Abah23 Paradise ini rasa macam nak menceburkan diri dalam hobi yang kena banyak bersabar ni plak hah


Kalau korang nak tau yang mana kolam pancing Abah23 Paradise di Sungai Nibong Sekinchan Kuala Selangor merupakan lubuk kaki pancing ikan air masin pertama di Selangor. Mula dibuka pada 3 Jun 2023 pada keluasan 2 ekar dengan kedalaman kolam sehingga 8 kaki



Kolam ikan air masin ini diusahakan oleh Encik Razif Aini yang juga pengusaha kepada Restoran Abah Ikan Bakar yang cukup popular di Sekinchan. Biarpun beliau tidak mendapat pendidikan tinggi namun usahawan yang berjiwa besar ini sentiasa percaya kepada rezeki daripada berniaga yang pada masa yang sama dapat membantu mereka yang mencari pendapatan



Untuk info, Encik Razif yang baru berusia 38 tahun sememangnya seorang pemancing yang cukup tegar. Siapa sangka dari hobi yang paling disukainya ini dijadikan perniagaan tanpa beliau rancang sebelum ini

Info Tentang Abah23 Paradise
Sumber air kolam Abah23 Paradise adalah dari air laut sebenar yang terletak berdekatan dengan kawasan kolam. Bagi mengusahakan kolam ikan air masin yang punca airnya adalah dari air laut sebenarnya memerlukan kos yang cukup tinggi. Namun disebabkan Encik Razif ingin mengekalkan kualiti kesegaran ikan di kolamnya serta memberikan yang terbaik kepada pemancing "nelayan darat" beliau tetap mengambil risiko dari segi kos

Bukan itu sahaja, Abah23 Paradise juga menawarkan hampir 8 spesis didalam kolam ikan air masinnya. Namun 3 spesis yang sentiasa ada adalah ikan jenahak, siakap dan kaci


Waktu operasi Abah23 Paradise adalah seperti berikut:
Isnin - Khamis : 2pm- 2amJumaat : Tutup untuk penyelenggaraanSabtu & Ahad : 10am - 2pm

Harga (caj):RM100 untuk tempoh 5 jamRM90 untuk tempoh 4 jam
Misi Encik Razif ingin menjadikan Abah23 Paradise bukan sahaja lokasi terbaik bagi pemancing melakukan aktiviti yang digemari iaitu memancing ikan bahkan boleh juga sebagai sumber pendapatan. Ini kerana setiap pemancing boleh membawa balik hasil tangkapan untuk di jual pasaran luar ataupun jual kembali kepada pihak Abah23 Paradise

Ikan laut dari kolam ikan air masin Abah23 Paradise juga saiznya agak besar dan berat. Sangat berbaloi dengan caj yang dikenakan apabila melihat pada hasil tangkapan yang diperolehi


Pertandingan Memancing Bersempena Dengan Ulangtahun Pertama
Bagi meraikan ulangtahun pertama Abah23 Paradise telah diadakan Pertandingan Memancing pada 1 Jun 2024. Seramai 220 pemancing telah mendapatkan penyertaan yang mana 80% adalah dikalangan pemacing daripada negeri Selangor

Sesi pendaftaran dibuka pada jam 8.30 pagi 1 Jun dengan yuran serendah RM200



Tawaran hadiah wang tunai bermula dari RM300 sehingga RM3000 untuk tempat 1 ke 15 bagi ikan yang dipancing paling berat. Lebih istimewa bersempena ulangtahun petama turut diadakan cabutan bertuah yang mana hadiah utamanya merupakan motorsikal Yamaha RXZ berserta barangan elektrik untuk hadiah saguhati




Pertandingan yang berkonsepkan berkongsi rezeki bersama nelayan darat menjadi simbolik kepada kejayaan Abah Paradise23. Ini kerana biarpun baru berusia setahun pembukaannya tetapi sudah mendapat sambutan yang luar biasa dari kaki pancing



Tidak hairanlah antara objektif penganjuran pertandingan ini adalah sebagai penghargaan kepada pelanggan yang terus menyokong kejayaan Encik Razif dan anak buahnya dalam menguruskan kolam pancing ikan air masin

Pemancing di kolam ikan masin Abah23 Paradise tidak pernah pulang dengan tangan kosong. Selain pemancing dapat menjual hasil pancingan, Abah23 Paradise turut bersedekah beberapa ekor ikan kepada pemancing yang gagal mendapatkan hasilnya


Untuk info lanjut mengenai kolam ikan air masin ini, boleh ikuti tiktok Abah23 Paradise untuk segala promosi dan info terkini

Tik tok link : https://www.tiktok.com/@abah23_paradise

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.ciklilyputih.com/2024/06/abah23-paradise-sekinchan-lubuk-nelayan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kolam Memancing Ikan Air Masin Pertama Di Selangor Abah23 Paradise Sg Nibong Sungai Besar

Kolam Memancing Ikan Air Masin Pertama Di Selangor Abah23 Paradise Sg Nibong Sungai Besar

papar berkaitan - pada 6/6/2024 - jumlah : 221 hits
Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog Mahamahu com dan juga kepada rakan rakan yang dikasihi sekalian Panggilan Panggilan Panggilan untuk kaki pancing seluruh antero dunia wahhhh gituwwww Sekarang ni korang tidak lagi perlu pergi ...
Abah23 Paradise Kolam Pancing Air Masin Di Sekinchan Selangor

Abah23 Paradise Kolam Pancing Air Masin Di Sekinchan Selangor

papar berkaitan - pada 4/6/2024 - jumlah : 313 hits
Abah23 Paradise Kolam Pancing Air Masin Di Sekinchan Selangor Assalamualaikum semua Siapa sini suka memancing Sis pasti ramai di kalangan kaum lelaki yang memilih aktiviti memancing sebagai hobi tapi jangan terkejut ye jika ada juga kaum wa...
Kelantan Nelayan Darat Terjejas Daging Babi Sejuk Beku Dibuang Ke Sungai Nenggiri

Kelantan Nelayan Darat Terjejas Daging Babi Sejuk Beku Dibuang Ke Sungai Nenggiri

papar berkaitan - pada 10/6/2024 - jumlah : 355 hits
Paya Linda Yahyaam hmetro com myPENDUDUK menunjukkan lokasi tempat pembuangan daging babi sejuk beku di Kampung Kuala Lah di sini FOTO Paya Linda YahyaGua Musang Lebih 30 nelayan darat di tiga kampung di sini kecewa dengan tindakan sebuah s...
Makan Ikan Bakar Waktu Tengah Hari Di Restoran Abah Ikan Bakar Paling Popular Di Sekinchan Selangor

Makan Ikan Bakar Waktu Tengah Hari Di Restoran Abah Ikan Bakar Paling Popular Di Sekinchan Selangor

papar berkaitan - pada 6/6/2024 - jumlah : 298 hits
Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu com dan juga kepada rakan rakan yang dikasihi sekalian Kalau sebut sahaja Sekinchan apa yang pertama terbayang dalam fikiran korang Sawah padi luas yang menguning Atau Homestay ...
Apple Ipad Pro M4 Dan Ipad Air M2 Kini Tersedia Di Malaysia

Apple Ipad Pro M4 Dan Ipad Air M2 Kini Tersedia Di Malaysia

papar berkaitan - pada 30/5/2024 - jumlah : 239 hits
iPad Pro baru yang ditenagai oleh M4 dan iPad Air yang ditenagai oleh M2 kini boleh dibeli di Malaysia mengikut penyenaraian masing masing di laman web Apple Malaysia yang baru dikemaskini Kedua dua model ini kelihatan eksklusif buat masa i...
Mayat Pria Bertato Dalam Toren Air Ternyata Dpo Kasus Narkoba Sempat Pesta Sabu Sebelum Tewas

Mayat Pria Bertato Dalam Toren Air Ternyata Dpo Kasus Narkoba Sempat Pesta Sabu Sebelum Tewas

papar berkaitan - pada 30/5/2024 - jumlah : 174 hits
Mayat Pria Bertato dalam Toren Air Ternyata DPO Kasus Narkoba Sempat Pesta Sabu Sebelum Tewas
Cerita Sutrisno Dua Hari Pakai Air Dari Toren Berisi Mayat Untuk Mandi Dan Mencuci

Cerita Sutrisno Dua Hari Pakai Air Dari Toren Berisi Mayat Untuk Mandi Dan Mencuci

papar berkaitan - pada 30/5/2024 - jumlah : 165 hits
Cerita Sutrisno Dua Hari Pakai Air dari Toren Berisi Mayat untuk Mandi dan Mencuci
Global Warming To Blame For Rising Air Turbulence Says Expert

Global Warming To Blame For Rising Air Turbulence Says Expert

papar berkaitan - pada 30/5/2024 - jumlah : 296 hits
Meteorological department director general Helmi Abdullah said air travel remains one of the safest modes of transportation boasting a lower accident rate in comparison to road and sea transport PETALING JAYA Rising global temperatures are ...
Mayat Dalam Toren Air Diduga Buronan Kasus Narkoba Warga Dengar Suara Orang Dicekik

Mayat Dalam Toren Air Diduga Buronan Kasus Narkoba Warga Dengar Suara Orang Dicekik

papar berkaitan - pada 29/5/2024 - jumlah : 262 hits
Warga Duga Mayat dalam Toren Air Buronan Kasus Narkoba Sembunyi saat Digerebek Polisi
Misteri Dinding Megalitik Montana Yang Menggegarkan Dunia Sains Dan Sejarah

Sungai Golok Attackers Wore Niqabs To Hide Identities Says Deputy Mayor

Siling Pusat Beli Belah Popular Di Jb Runtuh

Ministry To Address Corruption In Ums Says Deputy Minister

Apa Itu Tin Ini 3 Cara Dapatkan Tin Tax Identification Number

Achey Tantari Baby Feaaa Ragam Raya Chord

Selamat Menyambut Bulan Ramadan Dan Menunaikan Ibadah Puasa 2025 Masihi 1446 Hijrah

Balik Asrama


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Geek Bar Raih If Design Award 2025 Untuk Dua Produk Konsep Inovatif

Lirik Lagu Balaklava Fetya

Mencari Al Khaliq

Iman Troye Salam Salam Lebaran Chord

Mal Hamka Thamiera Chan Athalia Nadia Rosli Pokai Raya Chord

Cara Cpr Orang Lemas Orang Tak Sedarkan Diri Yang Wajib Anda Buat