Abadikan Gambar Kenangan Raya Di Cvs Studio Production
Tak salah percaturan Cik Sue tahun ni ,pertama kali booking studio ambil gambar raya dan mengandung dengan keluarga awal-awal sebelum raya.Rupanya nak raya dalam PKP kita ni huhuu.Memang raya berkurung la kali ni,tahun lepas sekurangnya boleh rentas daerah dapat la balik raya ke Sungai Buloh sebab masih dalam Selangor,tapi kali ni rentas daerah pun tak boleh,Allahuuuu,betul-betul beraya dalam rumah je,paling-paling pun hulur hidangan raya kat jiran sebelah je.
Memang Cik Sue ngan Mr D tak de pakai baju raya pun raya pertama dan kedua,Humaira je sibuk pakai baju raya dengan Mok Su dia (adik bongsu Cik Sue -yang memang tinggal dengan kitaorang) bersiap melawa bergambar bagai.Memang duduk dalam rumah je la seharian,tak keluar langsung.Alhamdulillah dapat la post ucapan raya di media sosial dengan gambar ambil kat studio tu sekurangnya kan? Cik Sue ambil slot photoshot di studio CVS Production ,Balakong sempena promosi photoshoot raya mereka untuk tahun ke 6 dah,sebelum ni Cik Sue asyik tengok kawan-kawan je buat gambar raya studio,tahun ni teringin pulak, tambahan gambar mengandung kali ke dua ni sekeping pun tak de sebagai kenangan,apa salahnya kan buat kenangan.
Promosi ni tuk 30 keluarga terawal tapi harga yang tak promosi pun masih berbaloi tau,haaa jangan lepaskan peluang ye,memandangkan sekarang tengah pkp,mana yang satu daerah area Balakong tu bolehlah ambil kesempatan pergi bergambar untuk kenangan ye.Dengar khabarnya full house raya pertama dan kedua,baik korang booking cepat
Cik Sue ingatkan lama prosesnya tapi tak punnnn,sekejap je,yang best SOP memang terjaga sebab ada slot waktu masing-masing bukanlah serbu ramai-ramai dalam studio tu tau.Kebetulan Cik Sue selepas slot Cik Qaseh dan family,diorang siap kami pun sampai,memang ngam la,lepas kami siap tu ada orang lain pula,jadi tak de la beramai kat dalam tu,studio pun selesa ,tandas pun di sediakan
Humaira la paling teruja bila kata nak bergambar tapi dia pelik kenapa kat dalam bilik,sebab biasa kalau ajak bergambar mesti kat taman atau kat luar,apa nak buat ibu dah sarat,tak daya dah nak berjalan dalam taman heheheh
Studio CVS ni sediakan 4 tema tuk bergambar,bolehlah pilih atau pun bagitau nak tema yang mana atau kalau nak bergambar kat semua,bab posing jangan risau staf mereka sangat mesra dan sporting dan diorang akan ajar la nak posing camne hehehehe tambah-tambah yang keras kejung cam kami ni hahahha
Terletak di tingkat 3 di kawasan rumah kedai di Balakong,bab parking tak perlu risau, memang mudah dan banyak parkingnya.Cik Sue siap dapat parking depan-depan pintu lagi tapi berbayar la dan berbaloi.Seronok pula bila tengok gambar satu family cantik-catik dalam studio gini.Tetiba rasa nak ambil gambar gini la setiap tahun,boleh print dan simpan untuk kenangan hari tua.kat CVS ni harga pun berbaloi sangat.korang patut cuba tau
Nak tengok tak hasilnya? Cik Sue puas hati dengan kualiti gambar diorang,memang terbaik
Insya Allah ada rezeki panjang umur tahun depan nak repeat lagi tuk gambar family
Selamat hari raya semua,Alhamdulillahhhh ada juga kenangan tuk raya pkp 2021 tahun ni,jadi lahhhhhh huhuuuu,pengubat hati tak dapat balik kampung
Untuk maklumat lanjut ,korang bolek klik link untuk maklumat ye,boleh kontek diorang juga :
CVS PRODUCTION STUDIONo B-28-2 Dataran C180,Jalan C180/143200 CherasKuala Lumpur
Tel : 011-15786362 (Admin)014-3314929 (Fatin)
Facebook : https://www.facebook.com/cvsproductionmy
Instagram : https://www.instagram.com/cvsproductionmyWeb : http://www.cvsproduction.net/
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.sueizza.com/2021/05/abadikan-gambar-kenangan-raya-di-cvs.html