Photoshoot Raya Nampak Cantik Dengan The Empire Studio
Photoshoot Raya Nampak Cantik dengan The Empire Studio || Yay, dah rayaaaaa! Selamat Hari Raya Aidilfitri!! Raya dalam musim PKP...Fuh...Moga tabahlah kita.... Nah, ada yang tanya Nona photoshoot raya katne, gambar dalam entri INI.
Hihi.. Buat menceriakan raya, Nona kasik onz photoshoot raya.. Kalau biasanya bergambar dekat kawasan kampung yang kitaorang kunjungi tapi dah setahun dua ni, singgah beraya rumah orang pun takleh, kan...Maka Nona onz photoshoot raya kat sini.. Bagi orang Johor yang berdekatan dan ingin adakan photoshoot raya sebagai kenangan hari raya, bolehlah try perkhidmatan dorang ni.. Tak raya pertama, raya hari lain pun boleh tau. (Raya sebulan katanya)
Ready, ready. Ikut SOP!
Suka sangat tengok hasil yang diberikan. Sesuai dengan harga wooo..
Ada empat tema atau background yang disediakan untuk customer photoshoot. Dua checkpoint bertemakan ala ala kampung dan lagi dua ala ala pelamin gitu...
Jom tengok betapa cantik, jelas dan ceria gambar yang diambil! Nampak 'hidup' dan sesuai dengan harganya tau!
Background moden
Ala-ala pelamin gitu..
Next,Background style ala-ala dalam rumah kampung
Segala props dan alatan pun kelihatan bernostalgia. Telefon, radio, kipas pun nampak macam zaman dulu punya barang
Farah Nona..Kih kih...
Dua orang ni namanya Farah...I menyelit
#gengsingle katanya.
Sister
Hmmm.. Nona bila bergambar kat tempat ala ala kampung, terus rindu kat nenek di kampung Batu Pahat. (Tak dapat jumpaaaa, sobbs!)
Ha, lagi satu, jangan risau kalau kat sana nanti anak buat hal atau merengek time nak bergambo (biasalah budak budak, kan), sebab akan ada orang tolong acah acah dan pujuk anak uolz.. Huhu.. Tetiba datang mood malas bergambar, boring dan sebagainya, confirm dorang nak lari dari masuk frame... Even dah dukung pun kalau mood tak ok, boleh murung kat situ tau.. Hahahaha .. Cuba tengok gambar bawah nii...
Syahid nak keluar kamera, sekali dia tersungkur, terus tertiarap gitu..
Lelaju aku pakaikan songkok! Hahaha.
Tag mak dia : Blogger Hernee Nazir
Aummm
Nanti akan ada pembantu yang tolong buat gaya haiwan ker, ketuk ketuk lantai ker...bak cha bak chaaa ke...untuk bagi anak fokus balik ke kamera... Gituhhhh
Nice, kan? Dorang memahami situasi kalian yang mempunyai anak kecil. Penuh kesabaran aku tengok dorang cuba melayan. Agak struggle jugak..Hahaahaa~
Macam tak kena pulak baju aku dengan background belakang ek! Sebelum photoshoot, seharusnya ushar dulu backdrop apa dorang sediakan agar korang standby pakaian yang bersesuaian ye..
Seterusnya, background ala-ala kat halaman luar rumah kampung. Lengkap ada basikal, pelita, mangkuk tingkat dan atap nipah gitu. Sukanyaaa sayaa
Kami gadis gadis sopan... Kakakaka~Aku suka tema style kampung ni, sesuai dengan bajuku
Mangkut tingkat untuk awak,Pelita untuk menerangi hidup kita berdua.... EHH, Tibber
Seterusnya, lagi satu background moden
Ala-ala pelamin..
Alamak, baju ni pun tak kena ngan tema ni. Huhu..
Kami Blogger-Blogger Johor
Boleh terjah blog mereka untuk baca pengalaman dorang pulak (Nona update link blog dari semasa ke semasa)
Hernee NazirFarahainFarah HudaMama MaszulMia LianaNurul AinUyul RosliNurul
Ketupat JDT! Hidup Johor Darul Takzim
Harga Pakej Pakej Yang Ada:
Thanks The Empire Studio realisasikan nak gambar cantik sebagai kenangan raya 2021
Okay, bagi yang berminat dan berdekatan di sekitar kawasan, boleh rujuk info di bawah ya.
Nama Lokasi: THE EMPIRE STUDIO
Instagram The Empire Studio
Alamat:53-02, Jalan Aliff 4, Taman Damansara Aliff, 81200 Johor Bahru,Johor
No Telefon:013 700 8889
SENYUM SAJA
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.nonasani.com/2021/05/photoshoot-raya-nampak-cantik-dengan.html