A&S, sebuah jenama dari Malaysia hari ini mengumumkan barisan produk vacuum cleaner sebagai tambahan kepada portfolio produk sedia ada mereka. Walaupun masih baru, jenama ini sudahpun memiliki beberapa produk kelengkapan rumah dan audio visual seperti peti sejuk, mesin basuh, sound bar, TV dan juga air con.
Cordless handheld vacuum cleaner sebagai model paling mampu milik dalam lineup dari A&S
Dalam acara hari ini A&S turut mengumumkan kerjasama dengan Neatsvor, sebuah syarikat pengeluar robotic vacuum cleaner yang mana mereka turut menjadi pembekal OEM kepada jenama-jenama lain termasuk Heier.
Robotic vacuum cleaner A&S by Neatsvor
29 Julai sebagai A&S Day di Lazada
Selain memperkenalkan produk baru, A&S turut mengumumkan 29 Julai nanti sebagai A&S Day dimana mereka akan memberikan diskaun menarik melalui Lazmall A&S di Lazada. Diskaun besar-besaran sehingga 70% hanya untuk sehari sahaja. Model cordless handheld vacuum A100 contohnya pada hari tersebut akan dijual hanya pada harga RM279. A&S juga menawarkan penghantaran percuma bagi produk sound bar untuk pembelian pada hari tersebut.
Antara diskaun untuk jualan pada A&S Day
Jadi bersiap-sedialah, 29 Julai, Isnin minggu depan untuk memiliki produk-produk A&S pada harga luar biasa.|
Kempen Promosi dan Iklan Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua. Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini |