A Quiet Place Lokasi Karaoke Terbaru Di Bukit Bintang


Hi Korang,
Bukan seperti tempat sunyi biasa, A Quiet Place mengalu-alukan kedatangan pencinta muzik dan peminat karaoke untuk menyanyi sepuas hati, menganjurkan parti atau berhibur dengan nyanyian sahabat handai. 

Merupakan lokasi hiburan sehenti, A Quiet Place menawarkan tiga konsep di bawah satu bumbung dan dilihat bakal menjadi tempat bersantai terbaharu untuk keseronokan karaoke yang sebenar

Dibuka di tengah Bukit Bintang, A Quiet Place merupakan kedai utama (flagship store) bagi Loud Speaker 2.0, Mini Studio dan GeTai yang berkeluasan 17,000 kaki persegi dengan setiap satu konsep yang bakal menarik minat golongan pelanggannya tersendiri. Loud Speaker 2.0 ialah cawangan premium pertama yang dilancarkan sejak pembukaan 11 cawangan Loud Speaker yang tersedia ada. Mini Studio dan GeTai merupakan konsep karaoke baharu yang asalnya bermula di Johor Bahru (JB) dan kini diperkenalkan di Kuala Lumpur. Mini Studio dan GeTai di cawangan utama A Quiet Place juga diberikan rupa dan gaya yang berbeza berbanding cawangan terawalnya di JB


"Ini adalah merupakan pencapaian penting buat kami untuk membawa kesemua 3 jenama kami di bawah satu bumbung, terutamanya selepas dua tahun yang mencabar menempuhi pandemik. A Quiet Place bukan hanya sekadar pusat hiburan karaoke, ia juga adalah tanda komitmen kami untuk memberikan pengalaman yang unik dan terbaik kepada pelanggan. Dari Mini Studio yang dilengkapi dengan pengalaman studio peribadi, bilik dengan ruang yang luas di Loud Speaker 2.0 untuk menikmati bersama keluarga dan rakan-rakan, hingga ke pengalaman menyanyi di atas pentas seperti seorang artis, A Quiet Place menawarkan segala pengalaman unik dengan cara yang tersendiri”, kata Damien Soh, Pengasas & Pengerusi Kumpulan Ottotree

Sebaik sahaja pelanggan melangkah masuk ke A Quiet Place, mereka disambut dengan konsep 70-an bermotifkan retro glam anggun dan mewah, memberikan rasa selesa dengan penampilan kontemporari-minimalis bersiling tinggi dan cahaya semula jadi dari pintu serta tingkap gelas. Pelanggan karaoke kemudiannya akan terus ke kawasan hiburan yang dipilih dimana setiap daripadanya mempamerkan hiasan dalaman yang tersendiri



Di A Quiet Place, pelanggan boleh memilih lagu menggunakan telefon bimbit mereka secara ‘on demand’ melalui aplikasi web. Terdapat lebih 300,000 pilihan lagu dalam pelbagai genre untuk pelanggan mencari lagu karaoke kegemaran mereka

Sementara itu, sistem audio tercanggih oleh JBL dan skrin luas berdefinisi tinggi boleh didapati di Loud Speaker 2.0 dan GeTai untuk memastikan pelanggan dapat menikmati hanya yang terbaik

Pelanggan di Loud Speaker 2.0 dan GeTai juga boleh memesan minuman sihat kombucha oleh Myboocha atau menikmati minuman tanpa alkohol yang boleh diisi semula dari bar minuman, sambil menikmati bertih jagung. Penggemar alkohol pula akan menyukai pilihan wain organik dan koktel yang disediakan; dipilih oleh pelayan wain di sana

Penggemar karaoke boleh memilih antara tiga konsep di satu tempat yang mudah dan selesa untuk bersantai dan menyanyi sepuas hati


Loud Speaker 2.0
Suasana Loud Speaker 2.0 yang berkelas dan ranggi akan membuatkan pelanggan berasa teruja untuk memulakan persembahan konsert mini mereka sendiri. Sesuai untuk mereka yang mencari pengalaman karaoke premium, bilik Loud Speaker 2.0 memberikan keselesaan dan ruang privasi; menjadikan cawangan Bukit Bintang ini lebih menarik daripada cawangan Loud Speaker sedia ada





Efek pencahayaan yang mengikut rentak muzik di semua bilik Loud Speaker 2.0, menjadikan suasana nyanyian lebih bertenaga dan mengujakan buat penyanyi. Selain itu, sesi karaoke pastinya lebih memuaskan dengan penampilan skrin visual besar yang memberikan pelanggan pengalaman imersif dan hanya boleh didapati di Bilik Opera (VIP) dan Bilik Festival (VVIP). Bagi mereka yang gemar berparti, Bilik Party (VVIP) boleh memuatkan sehingga 40 orang dan sesuai untuk acara peribadi atau korporat

Terdapat 5 jenis bilik berkeluasan dari 100 kaki persegi sehingga 800 kaki persegi dengan 5 jenis bilik; Audition (kecil), Cabaret (Sederhana), Symphony (Besar), Opera dan Festival; membuatkan jumlah keseluruhan 33 bilik termasuk 7 bilik Opera dan 1 bilik Festival. Harga tempahan bermula dari RM 40 sejam dan disertakan dengan minuman tanpa alkohol yang boleh diisi semula. Para pelanggan boleh menikmati promosi "beli 2 percuma 1 jam". Tambahan lagi, ahli Jom K Kakee Loud Speaker dapat menebus ganjaran naik taraf bilik secara percuma. Promosi ini tertakluk kepada kekosongan bilik dan sah dari 22 Feb hingga 31 Mac 2023


Mini Studio
Berita untuk penyanyi yang baru berjinak-jinak dalam dunia muzik dan anak seni umumnya. Mini Studio menawarkan pengalaman studio sebenar untuk menyanyi seperti seorang artis rakaman. Ia juga merupakan tempat yang sesuai untuk sesiapa sahaja yang mencari hiburan karaoke yang tidak memakan masa at baik au kerseronokkan buat seketika, dengan harga yang bermula dengan hanya RM10 untuk 30 minit. Ia adalah idea yang menarik untuk luangkan waktu makan tengahari




Pertama kali dibuka di Pusat Beli-belah Toppen, Johor Bahru, jenama tersebut kini membuka pintunya buat komuniti Lembah Klang untuk mencuba pengalaman unik ini. Mini Studio mempunyai rupa moden dan rapi, diganding dengan rupa persekitaran studio yang mewah. Manakala tona warna yang tenang pula mirip dengan suasana profesional industri muzik. Selain itu, Mini Studio menawarkan kemudahan daftar masuk mudah akses seperti ‘contactless check-in’ di kiosk yang tersedia. Setelah tiba di pusat karaoke, pelanggan boleh menuju ke kiosk untuk menempah dan membayar sebelum terus pergi ke bilik yang ditetapkan. Di Mini Studio, terdapat 23 bilik yang boleh memuatkan dari seorang di bilik Duet sehingga lapan orang di bilik Choir

Selain itu, fungsi Rekod & Kongsi kini sedang diusahakan. Pengalaman di studio akan menjadi lebih baik, kerana tidak lama lagi, penyanyi akan dapat merakam nyanyian mereka di studio dan menyimpannya untuk tujuan demo atau dimuat naik ke media sosial

Mini Studio juga dibuka untuk peluang francais, dan pendaftaran kini dibuka. Bakal pelabur dan usahawan boleh menghantar e-mel ke [email protected] untuk info lanjut


GeTai
GeTai (歌台), yang secara literal bermaksud "pentas lagu" dalam bahasa Cina dikatakan berasal dari Singapura pada tahun 1940-an. Ia telah menjadi satu hiburan yang popular dan kini dimodenkan untuk terus kekal dalam dunia hiburan hari ini




Jika anda mencari sesuatu yang lebih mencabar, GeTai adalah pilihan yang terbaik. GeTai ialah bar karaoke ‘open mic’ yang boleh memuatkan kira-kira 100 orang pada satu-satu masa. Selain itu, ia menawarkan pelbagai tetapan tempat duduk daripada bar dan meja makan sehinggalah ke ruang sofa. Bersedialah untuk mengembara semula ke filem-filem Shanghai lama, yang dibawakan oleh hiasan dalaman GeTai yang menggabungkan rekaan oriental lama dan teknologi, disempurnakan dengan pentas karpet merah. Pencinta muzik yang lebih suka untuk bersantai pula boleh duduk sambil dihiburkan dengan dendangan nyanyian orang lain dalam kemewahan suasana GeTai

Penyanyi juga boleh menggunakan aplikasi GeTai untuk menyanyi, memberi ganjaran dan menerima ganjaran dari pengguna aplikasi yang lain untuk persembahan mereka. Apabila pengguna menerima ganjaran secara maya ini, ia akan ditukar menjadi mata ganjaran yang boleh digunakan untuk menuntut hadiah seperti MacBook, iPhone, Apple Watches, AirPods dan banyak lagi

Untuk menyenangkan pelanggan,Mini Studio dan Loud Speaker 2.0 akan melancarkan sistem tempahan karaoke online yang pertama untuk menambah baik lagi pengalaman menempah bilik. Dengan tiada keperluan untuk beratur, pengguna boleh menempah sesi mereka pada bila-bila masa, di mana-mana sahaja dan terus bermula menyanyi sebaik sahaja tiba

Dengan perancangan untuk mengembangkan lagi empayar Loud Speaker, Mini Studio dan GeTai, setiap jenama sedang bersedia untuk membuka lima lagi cawangan baharu dalam tahun ini

Lawati A Quiet Place untuk pengalaman karaoke premium terbaik. Untuk maklumat lanjut tentang A Quiet Place, layari www.aquietplacekl.com

Alamat:

A Quiet PlaceGF-003, Ground Floor, Federal Arcade, No. 35, Jalan Bukit Bintang, 55100 K.L

Pertanyaan tempahan / nombor telefon: +6012 766 7161 (Loud Speaker 2.0) / +6012 706 7161 (GeTai)
#AQuietPlaceGoesLoud#LoudSpeakerV2#MiniStudioKTV#GetaiMalaysia


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.ciklilyputih.com/2023/02/a-quiet-place-lokasi-karaoke-terbaru-di.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Port Karaoke Paling Havoc Di Bukit Bintang A Quiet Place

Port Karaoke Paling Havoc Di Bukit Bintang A Quiet Place

papar berkaitan - pada 27/2/2023 - jumlah : 262 hits
Salam sejahtera kepada semua pembaca blog Mahamahu dan juga kepada rakan rakan yang dikasihi sekalian Maha tahu ramai yang kaki karok dalam ni dan suka mengasah dan menguji bakat menyanyi di karaoke Maha ada satu tempat dengar nama sangat s...
Merasai Penginapan Mengujakan Atas Lalaport Bukit Bintang Dan Menghadap Menara Merdeka 118

Merasai Penginapan Mengujakan Atas Lalaport Bukit Bintang Dan Menghadap Menara Merdeka 118

papar berkaitan - pada 20/2/2023 - jumlah : 229 hits
Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga kepada rakan rakan yang dikasihi sekalian Harit u Maha dah kongsi percutian mewah di atas untuk 4hari 3malam Kalau nak dapat harga yang berpatutan dan bebaloi boleh ruj...
15 Lokasi Pusat Karaoke Best Di Sekitar Lembah Klang Boleh Test Pitching

15 Lokasi Pusat Karaoke Best Di Sekitar Lembah Klang Boleh Test Pitching

papar berkaitan - pada 14/2/2023 - jumlah : 273 hits
Pusat karaoke adalah tempat semua orang yang tidak semestinya penyanyi boleh menyanyi lagu lagu kegemaran bersama rakan taulan dan mereka yang tersayang Hanya perlu mengambil mikrofon dan menyanyikan sepuas hati anda tidak kira lagu pop bal...
A Quiet Place A Grand Place For Music Lovers

A Quiet Place A Grand Place For Music Lovers

papar berkaitan - pada 27/2/2023 - jumlah : 187 hits
A Quiet Place A Grand Place for Music Lovers Another movie Nope Not that movie Here at A Quiet Place you are allowed to make noise The more the merrier the better A Quiet Place is the latest karaoke joint in town and it is certainly grand N...
Bob Sentuhan Feat Maman Teachers Pet Bukit Bintang Chord

Bob Sentuhan Feat Maman Teachers Pet Bukit Bintang Chord

papar berkaitan - pada 24/2/2023 - jumlah : 142 hits
E E G m G m A A B B EPertama kali ku terlihatnyaG mSenyumannya saja A B Bmenggoncang jantungku EDia ketawa aku tercungap G mkehabisan udara ANyawaku terbang B B bersamanyaCmWoh B AKita bercanda di Bukit BintangA Woh Woh C m BMataku hanya pa...
Ingat Ini Syarat Terbaru Jual Beli Minyakita Dan Minyak Goreng Curah

Ingat Ini Syarat Terbaru Jual Beli Minyakita Dan Minyak Goreng Curah

papar berkaitan - pada 12/2/2023 - jumlah : 98 hits
Kementerian Perdagangan merilis aturan baru mengenai tata cara jual dan beli minyak goreng guna memastikan ketersediaan dan stabilitas harga minyak goreng rakyat Ini tercantum dalam Surat Edaran Nomor 03 Tahun 2023 tentang Pedoman Penjualan...
10 Cara Resize Foto 4x6 Secara Online Dan Offline Terbaru

10 Cara Resize Foto 4x6 Secara Online Dan Offline Terbaru

papar berkaitan - pada 11/2/2023 - jumlah : 166 hits
Selamat Datang di Blog Orang IT Pada postingan kali ini saya akan share tutorial sederhana bagaimana cara resize ukuran foto ukuran 3x4 4x6 dibawah 200Kb tanpa banyak mengurangi kualitasnya Perlu diketahui bahwa smartphone keluaran terbaru ...
Voters Will Punish State Govt Over Bukit Cherakah Development Warns Group

Voters Will Punish State Govt Over Bukit Cherakah Development Warns Group

papar berkaitan - pada 26/2/2023 - jumlah : 111 hits
Last August two NGOs hauled the Selangor state government to court over its decision to degazette the forest PETALING JAYA The Selangor state government risks angering voters living near the Bukit Cherakah Forest Reserve if it does not heed...
Shazam Berhadapan Dengan Naga Dalam Poster Terbaru Shazam Fury Of The Gods

Shazam Berhadapan Dengan Naga Dalam Poster Terbaru Shazam Fury Of The Gods

papar berkaitan - pada 11/2/2023 - jumlah : 91 hits
Poster baharu Shazam Fury of the Gods telah dikeluarkan memberikan kepada kita satu lagi usikan tentang pertarungan antara adiwira utama yang akan menentang seekor naga gergasi Filem terbaru DC ini akan ditayangkan di pawagam pada 17 The po...
Kkb Polls Go Out To Vote With Peace Of Mind As Safety Assured Says Selangor Police

Kanak Kanak Usia 3 Tahun Sudah Boleh Diajar Berdikari Tahu Urus Diri Sudah Cukup Baik

Bnm Fines Habib Jewels Rm96 250 For Anti Money Laundering Breach

Business Community Heaves Sigh Of Relief At Stable Opr

Are Malaysian Consumers Missing The Target In Anti Israel Boycotts Of Western Brands

Pharmaniaga Komited Pulih Kewangan Keluar Status Pn17

Crisis Management 101

Siri Iqoo Z9 Yang Dikuasakan Oleh Snapdragon 7 Gen 3 Kini Dilancarkan Di Malaysia



Info Dan Sinopsis Filem Shaitaan 2024 Remake Filem Vash Kini Di Netflix

Biodata Emran Rijal Owner Jenama Emri Vision Suami Tyra Kamaruzzaman Founder BeauTyra

Biodata Tyra Kamaruzzaman Founder BeauTyra Yang Kahwin Bersuamikan Emran Rijal

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dr Pontianak Astro Warna Sooka

10 Fakta Biodata Jabir Meftah Pelakon Drama Berepisod Racun Rihanna TV3


Kesan Kehadiran Belalang Pelesit

Agar Agar Pandan Santan Segera

Siri Vivo V30 Adalah Hadiah Yang Sempurna Untuk Hari Ibu

Refacing Vs Replacing Cabinets Cost Breakdown For Your Kitchen

Siapalah Punya Kerja

Pas No Decision Yet On Pn S Pm Candidate But Bersatu Backs Muhyiddin